Tuesday, 5 March 2024

2024 UMRAH KE-6 BHG. 07 (Kota Makkah)

Februari 2024

ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah

Bahagian 7: Makkah
KOTA MAKKAH AL MUKARRAMAH

Part 20: Lawatan Sekitar Masjidil Haram

Program Perjalanan Umrah kami di Makkah turut mempunyai 3 program Ziarah di dalamnya: Lawatan Sekitar Masy'aril Haram, Lawatan Ke Taif dan Lawatan Ke Hudaibiyah. Myself dan Husband cuma mengikuti lawatan ke Masy'aril Haram dan ke Hudaibiyah sahaja. Kami tidak mengikut program lawatan ke Taif kerana secara kebetulan hari lawatan tersebut jatuh pada Hari Isnin dan kami bercadang untuk berpuasa sunat di kota Makkah pada hari itu. Lagipun program lawatan ke Taif yang ditawarkan sama seperti yang pernah kami ikuti dalam perjalanan Umrah yang sebelum ini.

Menunggu memulakan Program Ziarah Masy'aril Haram  di lobi Hotel Safwah Royale Orchid. Husband siap berpakaian ihram kerana kami bercadang nak membuat Umrah Kedua sekembali dari Ziarah nanti.
Pemandangan dari lobi Hotel Safwah Royale Orchid
Satu lagi pemandangan dari lobi Hotel Safwah Royale Orchid
Berkumpul untuk memulakan ziarah

Part 21: Kota Makkah

Jalan di depan Safwah Tower di Makkah adalah sebatang jalan yang sangat sibuk kerana ia adalah juga laluan menuju ke Masjidil Haram. Oleh yang demikian, terdapat larangan untuk kenderaan termasuk bas yang akan membawa kami membuat program ziarah menunggu penumpang di sana. Hanya bas dan kenderaan yang membawa penumpang yang baru tiba di hotel atau yang akan membawa penumpang meninggalkan hotel dengan bagasi mereka sahaja yang dibenarkan menunggu di jalan ini.

Jalan yang sibuk di depan Safwah Tower
Bas yang membawa kami berziarah menunggu di puncak bukit berhampiran Terowong Ajyad. Oleh yang demikian, bila bas tiba kami beramai-ramai berjalan mendaki bukit yang curam ini untuk mendapatkan bas.

Mendaki bukit yang curam untuk mendapatkan bas yang menanti berhampiran Ajyad Tunnel di sana.
Boleh tahan juga kecuraman bukit yang perlu didaki ini!
Tiba di puncak bukit
Bas kami menanti di sana
Jauh juga nak kena berjalan mendapatkan bas itu.
Pemandangan Safwah Tower yang terletak di bawah bukit
Bas membawa kami mengelilingi kota Makkah untuk keluar menuju ke Masy'aril Haram. Sepanjang perjalanan kita dapat melihat pembinaan extension bangunan Masjidil Haram dari berbagai arah. Memang giant betul saiz bangunan Masjidil Haram ini bila siap sepenuhnya nanti!

Bersedia untuk memulakan ziarah
Meninggalkan kawasan Masjidil Haram
Bukit batu di sekeliling kota Makkah
Bangunan extension Masjidil Haram yang terletak jauh dari Kaabah dan Tempat Saie.
Hotel Address Jabal Omar Makkah yang sedang dalam pembinaan
Hotel Address Jabal Omar Makkah ini akan menjadi sebuah hotel mewah yang baru di Makkah kelak
Hotel Anjum Makkah
Masih bukit batu yang mengelilingi Makkah
Terowong
Sewaktu kami menunaikan Haji di Makkah pada tahun 2006 dulu, ada 11 buah terowong di sekeliling Makkah. Tak tahu berapa bilangan terowong ini sekarang.
Di sekitar kota Makkah kini ada banyak bangunan hotel baru yang sedang dibina untuk menampung kedatangan jemaah Haji dan Umrah yang bertambah setiap tahun. Myself perhatikan lokasi hotel-hotel baru ini semuanya berdekatan dengan extension bangunan Masjidil Haram yang sedang dibina. Bila pembinaannya siap nanti, memanglah lokasi hotel ini dekat dengan masjid. Cuma masalahnya, penghuni hotel yang berihram dan ingin mengerjakan Umrah atau Haji kelak akan terpaksa berjalan super jauh untuk mendapatkan Kaabah dan Tempat Saie.

Pembangunan moden kota Makkah
Makkah Al-Mukarramah (Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak kira-kira 73 km ke timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Nabi Muhammad SAW dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah SWT. Lokasi bandar ini adalah di barat daya ibu kota Arab Saudi, Riyadh.

Makkah adalah kota paling suci bagi umat Islam. Di sini jugalah letaknya Masjidil Haram yang mana terdapatnya Kaabah. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Umat Islam tidak mengira di mana tempat mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersolat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di sini. Orang bukan Islam dilarang daripada memasuki Makkah. Sekatan jalan raya diadakan pada setiap pintu masuk ke Kota Makkah. Hal ini adalah bagi memelihara kesucian Kota Makkah.

Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibina untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. [Surah Ali 'Imran: Ayat 96]. Nabi SAW pula bersabda dalam sebuah Hadis Sahih: "Sesungguhnya kota ini, Allah telah memuliakannya pada hari penciptaan langit dan bumi. Ia adalah kota suci dengan dasar kemuliaan yang Allah tetapkan sampai hari Kiamat."

Hotel baru yang dalam pembinaan
Sebuah masjid di kawasan kediaman
Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim AS menerima perintah daripada Allah SWT supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail AS dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang untuk pergi ke Palestin bagi menyeru manusia ke jalan Allah.

Apabila kehabisan air yang dibawa oleh Siti Hajar, Nabi Ismail yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mencari air di antara Bukit Safa daripada Jabal Qubais hinggalah ke Bukit Marwah. Dalam suasana yang kelam kabut itu, Nabi Ismail yang sedang menangis menghentakkan kakinya ke atas tanah. Dengan izin Allah, maka keluarlah air dari tanah yang dihentak oleh Nabi Ismail tadi. Sebuah telaga dibina kemudiannya dan kini dikenali sebagai Telaga Zamzam.

Dengan kemunculan Telaga Zamzam, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu lahirlah Kota Makkah.

Setelah Nabi Ibrahim AS lulus dugaan menyembelih anaknya yang disayangi Nabi Ismail AS, maka Allah menghadiahkan kepada Ibrahim dan Ismail perintah untuk membina Kaabah.

Pemandangan di pinggir kota Makkah
Kemakmuran kota Makkah kini adalah keberkatan dari doa Nabi Ibrahim AS sewaktu baginda meninggalkan anak dan isterinya di sini.
Kebanyakan bangunan tinggi di kota Makkah adalah terdiri dari hotel-hotel kediaman.
Bangunan-bangunan pencakar langit di kota Makkah
Satu lagi sejarah yang dikaitkan dengan Makkah adalah ketika kelahiran Nabi Muhammad SAW. Pada tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW, Makkah hendak diserang oleh tentera Abrahah yang cemburu dengan kemajuan Makkah sebagai pusat keagamaan di kawasan Semenanjung Arab. Dengan kuasa Allah, tentera Abrahah ditewaskan. Tahun kejadian itu digelar sebagai Tahun Gajah.

Bandaraya Makkah juga mempunyai jalinan jalanraya moden yang ekstensif
Terowong
Makkah dikelilingi kawasan pergunungan dengan puncak berceranggah dan bukit-bukit batu yang menyediakan kepungan semula jadi. Akibatnya, ia mengalami iklim yang kebanyakannya gersang, dengan suhu tinggi yang umumnya melebihi 40°C dan hujan minimum hampir sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, pada musim dingin seperti ketika kami berada di sana pada bulan Februari 2024, suhu purata di kota Makkah adalah sekitar 19-22°C. Sungguh, kami tak menyangka Makkah boleh menjadi sedingin itu. Tetapi mungkin inilah kesan dari fenomena climate change yang sedang dialami di seluruh dunia.

Maka, jemaah yang merancang untuk melawat bandar Makkah dan juga Madinah untuk Haji atau Umrah mesti merancang dengan sewajarnya untuk mengatasi cabaran fizikal dan rohani supaya perjalanan ibadah mereka tidak terganggu.

Kawasan Al Misfalah yang merupakan lokasi hotel kami di perjalanan Umrah yang sebelum ini.
Hotel di kawasan ini banyak didiami oleh Jemaah dari negara Turkiye
Sejadah yang dibentang di kawasan lapang untuk solat berjemaah
Banyak hotel ekonomi bertumpu di kawasan ini
Farmasi
Hotel Zuwar Albait
Hotel Luluat Alshark
Hotel Sama Al Deafah
Masih pemandangan Hotel Sama Al Deafah
Concorde Makkah Hotel
Violet Hotel
Capital Guest Hotel
Hotel Rehab Al Shroq
Al Qimmah Atlas Hotel
Terowong masuk dan keluar dari bandar Makkah
Masjid Al Rajhi yang merupakan masjid kedua terbesar di Makkah selepas Masjidil Haram. Ia dibina oleh pengasas Bank Al Rajhi.

Part 22: Jabal Tsur

Tempat pertama yang ditunjukkan kepada kami sebaik keluar dari kota Makkah adalah sebuah bukit yang dinamakan sebagai Jabal Tsur. Di puncak bukit inilah letaknya Gua Tsur yang menjadi tempat perlindungan sementara Nabi Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar As-Siddik sewaktu mereka berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Jabal Tsur
Satu lagi pemandangan Jabal Tsur. Kami cuma melihat Bukit ini dari dalam bas.
Gua Tsur terletak di selatan Makkah sedangkan Madinah terletak di utara. Arah perjalanan Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah ini bukanlah laluan yang biasa digunakan oleh orang Quraisy ketika itu. Arah laluan ini telah diperintahkan oleh Allah SWT melalui perantaraan Malaikat Jibril. Nabi juga berhijrah meninggalkan Makkah jauh lebih lama setelah umat Islam lain terlebih dahulu bergerak ke Madinah, juga atas perintah dari Allah SWT.

Gua Tsur yang menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar As-Siddik terletak di puncak bukit ini.
Tempat persembunyian Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar di Jabal Tsur tidak dapat dikesan oleh orang Quraisy kerana Allah SWT mentakdirkan labah-labah dan burung merpati membuat sarang di mulut gua. Ia memberi gambaran seakan tiada sesiapa berada di sana.
Kisah persembunyian Nabi Muhammad SAW bersama Abu Bakar As-Siddik di Gua Tsur juga menyerlahkan kehebatan dan keberanian seorang wanita Muslim yang bernama Asma binti Abu Bakar. Beliau adalah anak Abu Bakar yang berulang-alik mendaki bukit ini untuk membawa makanan kepada ayahnya dan Nabi Muhammad SAW yang dalam persembunyian walaupun dia sendiri sedang hamil ketika itu.

Mendaki Jabal Tsur untuk melihat Gua Tsur di puncak sana
Meninggalkan Jabal Tsur


Bersambung ke Bahagian 8...


CATITAN PERJALANAN UMRAH KE-6 (2024):

No comments: