Februari 2024
ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah
Bahagian 12: Makkah - Madinah
HARAMAIN HIGH SPEED RAIL
Part 31: Tawaf Wada'
Setelah 5 hari berada di Makkah, dah tiba masa untuk kami bergerak ke Madinah. Memandangkan perjalanan kami ke Madinah akan bermula pada pukul 1 petang, kami melakukan Tawaf Wada' di sebelah pagi.
Semua ahli kumpulan kami diminta untuk mengumpulkan bagasi di depan bilik masing-masing pada pukul 9 pagi untuk memudahkan diangkut pekerja ke bas. |
Turun ke bawah untuk melaksanakan Tawaf Wada' |
Tawaf Wada' adalah Tawaf Selamat Tinggal yang perlu dilaksanakan oleh mereka yang berkemampuan yang ingin meninggalkan kota Makkah.
Menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan Tawaf Wada' |
Suasana di Dataran Masjidil Haram berhampiran Safwah Tower |
Memandangkan kita tidak diwajibkan memakai pakaian Ihram sewaktu pelaksanaan Tawaf Wada', kami hanya berpakaian biasa. Bila dah berpakaian biasa begitu, tak bolehlah kita bertawaf di Dataran Kaabah. Maka terpaksalah kita bertawaf di Tingkat Pertama.
Laluan ke Mataf di Tingkat Pertama |
Banyak kerja pembinaan masih dilaksanakan di Masjidil Haram |
Pemandangan menghala ke Menara Jam |
Laluan ini juga digunakan oleh pekerja-pekerja pembinaan untuk masuk ke dalam masjid |
Pintu masuk ke Tingkat Pertama Masjidil Haram |
Disebabkan ada kerja-kerja pembinaan sedang berlangsung di kawasan Mataf Aras Pertama, kita dibenarkan memakai kasut ketika masuk ke sana.
Pemandangan di Mataf (Tempat Tawaf) di Aras Pertama |
Suasana Tawaf di sini tidaklah sesibuk Mataf di Aras Bawah |
Tempat Permulaan Tawaf (Rukun Hajaral Aswad) di Aras Pertama |
Jika dibandingkan dengan Mataf di Aras Bawah Masjidil Haram, pusingan Mataf di Aras Pertama ini lebih besar. Secara purata, kita memerlukan masa kira-kira 1 jam 30 minit untuk melengkapkan 7 pusingan Umrah di sini. Disebabkan binaan bangunan Masjidil Haram yang berbentuk bujur, Jemaah juga sukar nak memandang ke arah Kaabah sepanjang masa jika bertawaf di Aras Pertama ini. Oleh itu, kita perlu berwaspada sepanjang masa untuk memastikan yang Kaabah sentiasa berada di sebelah kiri bahu kita yang merupakan syarat sah Tawaf.
Garisan yang disediakan pada lantai di Aras Pertama ini sangat membantu untuk kita sentiasa mengirikan Kaabah. |
Suasana di Mataf Aras Pertama ini juga agak sibuk pagi itu. Dahlah sebahagian kawasan Mataf ditutup untuk kerja-kerja pembinaan, sebahagian yang tinggal juga ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.
Kerja-kerja pembinaan sedang dilaksanakan di Mataf Aras Pertama |
Kerja-kerja pembersihan di kawasan Mataf |
Paip Air Zamzam untuk minuman |
Memang sayu memandang Kaabah buat kali terakhir kerana kami akan meninggalkan kota suci Makkah sebentar lagi. Sejujurnya, Myself memang merasa tidak puas beribadah di kota Makkah pada kali ini kerana kami jatuh sakit sejak awal tiba di Makkah dan ia sedikit sebanyak menghalang perancangan kami untuk beribadah sepenuhnya di dalam Masjidil Haram. Mudah-mudahan Allah akan menjemput kami lagi ke Tanah Suci dan semoga perjalanan akan datang akan menjadi lebih baik dari perjalanan kali ini.
Memandang Kaabah dari kejauhan di Aras Pertama |
Semoga Allah SWT akan menjemput kami datang lagi untuk beribadah di sini pada masa akan datang |
Kerja-kerja pembersihan juga sedang dilaksanakan di Aras Bawah sana |
Part 32: Lunch Di Safwah Tower
Selepas selesai Tawaf Wada', tibalah masa untuk kami makan tengahari. Lunch pada hari terakhir ini sebenarnya dah termasuk dalam pakej penginapan kami. Walau bagaimanapun, disebabkan kami perlu berada di lobi pada pukul 1 petang, tak sempatlah kita nak lunch di sana. Ini adalah kerana waktu lunch di Hotel Safwah Royale Orchid bermula selepas habis waktu Solat Zohor.
Pemandangan sewaktu berjalan keluar dari Masjidil Haram |
Berjalan turun dari ramp... |
Pemandangan menghala ke Safwah Tower |
Pemandangan menghala ke sebelah sana pulak... |
Bangunan Makkah Clock Towers (kiri) dan Hotel Makkah Hilton (kanan) |
Kami membuat keputusan untuk membeli lunch bungkus sahaja dari Food Court di Safwah Tower hari ini. Maka ke sanalah kami melangkah selepas meninggalkan Masjidil Haram.
Pintu masuk ke Safwah Tower dari arah tepi |
Kedai-kedai di sebelah sini Safwah Tower banyak terdiri dari farmasi.
Salah sebuah farmasi di Safwah Tower |
Mengintai ke dalam farmasi... |
Macam-macam ubat ada... |
Bagasi penginap hotel yang dikumpulkan di depan Safwah Tower untuk dibawa ke destinasi yang seterusnya. |
Disebabkan masih awal lagi ketika itu, Food Court di Safwah Tower masih belum sesak. Senanglah kita nak memilih-milih makanan untuk lunch pada tengah hari itu.
Suasana di Food Court yang tidak sibuk |
Agak tenang kerana belum waktu lunch |
Kuih-muih Melayu di Restoran Felda D'Saji |
Makanan bungkus kami |
Jemput makan lunch... Mee Goreng dan Roti Telur |
Part 33: Stesen HHSR Makkah
Kami menunaikan Solat Zohor hanya di bilik hotel sahaja pada tengah hari itu. Selepas selesai bersolat, kami turun menunggu di lobi hotel seperti yang diarahkan.
Bersedia nak pergi ke Madinah |
Kaunter reception di Safwah Royale Orchid Hotel |
Husband bergambar dengan Petugas Azzuha di Makkah yang bernama Hadi. Thumbs up kepada Hadi atas khidmat cemerlang yang diberi kepada kumpulan kami sepanjang berada di kota Makkah. |
Sebahagian ahli kumpulan kami bergerak meninggalkan Makkah menuju ke Madinah dengan menaiki bas manakala sebahagian lagi pula memilih bergerak ke Madinah dengan menggunakan perkhidmatan keretapi laju Haramain High Speed Rail (HHSR). Bagi mereka yang memilih menaiki HHSR, Syarikat Azzuha juga memberi pilihan sama ada nak mencari transport sendiri dari hotel ke Stesen HHSR atau menggunakan khidmat GMC yang diuruskan oleh Azzuha.
Suasana di depan Safwah Tower agak sibuk ketika itu kerana ada ramai orang yang sedang bersedia untuk meninggalkan Makkah seperti kami. |
Lagi suasana di depan hotel |
Menunggu GMC tiba |
Myself dan Husband memilih untuk menaiki transport GMC yang diuruskan oleh Azzuha untuk ke Stesen HHSR Makkah. Turut bersama kami menaiki GMC ini adalah sebuah keluarga seramai 5 orang yang berasal dari Baling, Kedah. Caj tambahan yang dikenakan kepada Myself dan Husband bagi pakej HHSR ini adalah MYR700 seorang termasuk tiket HHSR Business Class dan Pengangkutan GMC dari stesen ke hotel di kedua-dua destinasi Makkah dan Madinah.
GMC |
Berlepas menuju ke Stesen HHSR Makkah |
GMC ini memang luas dan selesa |
Kenderaan GMC yang kami naiki memang luas dan selesa. Bak kata seorang ahli kumpulan yang naik GMC bersama kami, kalau dapat pakai GMC ini terus sampai ke Madinah pun okay. Hahaha!!
Suasana ketika meninggalkan kota Makkah |
Teksi di kota Makkah |
Terowong |
Lebuhraya |
Banyak terowong yang dilalui ketika menuju ke Stesen HHSR Makkah |
Masjid |
Setibanya di Stesen HHSR Makkah, GMC kami terus menuju ke basement parking kerana tempat drop off terletak di sana.
Tiba di Stesen HHSR Makkah |
Tempat drop off yang terletak di basement parking |
Jom masuk ke dalam... |
Stesen HHSR Makkah sangat besar tetapi kelihatan sepi kerana tidak ramai orang di dalamnya. Ini mungkin disebabkan HHSR ini hanya memberi perkhidmatan di antara kota Makkah dan Madinah dengan persinggahan di Jeddah dan tidak ke bandar-bandar lain di Arab Saudi.
Suasana di dalam Stesen HHSR Makkah |
Suasana di dalam stesen |
Tren kami yang bernombor 1152 dijadual berlepas ke Madinah dari Platform 7 pada pukul 3.20 petang |
Naik escalator ke atas |
Tiket perlu discan di sini untuk masuk ke kawasan penumpang |
Oh ya, lupa nak cerita. Kami datang ke Stesen HHSR Makkah cuma sehelai sepinggang. Bagasi kami dibawa ke Madinah bersama bas. Penumpang HHSR memang tidak dibenarkan membawa barang yang banyak atau beg yang besar masuk ke dalam tren. Kalau ada bagasi besar dibawa bersama, penumpang akan diminta untuk menggunakan khidmat penghantaran yang disediakan seperti yang sering dilihat di airport-airport di Jepun. Malah ada kaunter perkhidmatan ini yang disediakan dekat pintu masuk ke ruang menunggu tren.
Suasana di Stesen HHSR Makkah |
Information Desk |
Pintu-pintu ke Platform Perlepasan |
Ruang menunggu untuk penumpang |
Kerusi empuk juga disediakan... |
Ada Business Class Lounge disediakan khas untuk penumpang-penumpang tren Business Class. Disebabkan Myself dan Husband adalah penumpang Business Class, kami dijemput untuk menunggu di sana.
Business Class Lounge |
Tiket HHSR kami |
Business Class Lounge yang disediakan mewah macam Lounge Kapalterbang. Ada minuman dan makanan ringan secara free flow disediakan. Walaupun kami tak dapat stay lama di sini, sempat jugalah kita menjamah kek, biskut serta Teh Arab yang sedap juga rasanya.
Suasana di dalam Lounge |
Minuman panas |
Teh yang pelbagai perasa |
Makanan ringan |
Memilih makanan yang hendak dimakan |
Lounge ini juga menyediakan pelbagai pilihan kerusi empuk untuk kegunaan pengunjungnya.
Lagi suasana di dalam Lounge |
Cosy & comfortable |
Lelap sekejap kat sini pun macam best je rasanya... |
Tren kami dijadual berlepas pada pukul 3.20 petang. Oleh itu tepat pada pukul 3 petang, kami bangun meninggalkan Business Class Lounge untuk menuju ke platform perlepasan.
Bergerak menuju ke platform perlepasan |
Siling di Stesen HHSR Makkah |
Kerusi untuk kegunaan penumpang menunggu tren |
Lagi suasana di Stesen HHSR Makkah |
Mengintai tren di bawah sana... |
Pintu masuk ke platform tren |
Bersambung ke Bahagian 13...
CATITAN PERJALANAN UMRAH KE-6 (2024):
- Bhg. 01 - KL - Jeddah: Perjalanan Ke Tanah Suci
- Bhg. 02 - KL - Jeddah: Dari KL Menuju ke Jeddah
- Bhg. 03 - Jeddah - Makkah : Dari Jeddah Ke Makkah
- Bhg. 04 - Makkah : Hotel Safwah Royale Orchid & Safwah Tower
- Bhg. 05 - Makkah : Masjidil Haram & Umrah
- Bhg. 06 - Makkah : Ziarah Sekitar Masjidil Haram
- Bhg. 07 - Makkah : Kota Makkah Al Mukarramah
- Bhg. 08 - Makkah : Ziarah Makkah (Arafah)
- Bhg. 09 - Makkah : Ziarah Makkah (Muzdalifah, Mina & Jaaranah)
- Bhg. 10 - Makkah : Muzium Abubekr Alamoudi 1
- Bhg. 11 - Makkah : Muzium Abubekr Alamoudi 2 & Masjid Hudaibiyah
- Bhg. 12 - Makkah - Madinah : Haramain High Speed Rail (Makkah Station)
- Bhg. 13 - Makkah - Madinah : Haramain High Speed Rail (Makkah - Madinah)
- Bhg. 14 - Madinah : Kota Madinah Al Munawwarah
- Bhg. 15 - Madinah : Masjid Nabawi
- Bhg. 16 - Madinah : Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
- Bhg. 17 - Madinah : Ziarah Ke Raudah
- Bhg. 18 - Madinah : Perjalanan Pulang (Meninggalkan Madinah)
- Bhg. 19 - Madinah : Perjalanan Pulang (Madinah - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.