Februari 2024
ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah
Bahagian 9: Makkah
ZIARAH MAKKAH 1 (Muzdalifah, Mina & Jaaranah)
Part 24: Muzdalifah
Dari Arafah, kami menuju pula ke Muzdalifah. Walau tidak diterangkan dalam perjalanan ini, kami melalui sebuah kawasan yang dinamakan sebagai Wadi Nar (Lembah Api Neraka) kerana di sinilah Tentera Abrahah yang datang hendak meruntuhkan Kaabah diserang oleh Burung Ababil yang membawa batu dari Neraka Sijjil. Peristiwa ini berlaku pada tahun kelahiran Rasullullah SAW dan diceritakan di dalam Surah Al-Fiil di dalam Al Quran.
|
Lembah Nar dalam perjalanan menuju ke Muzdalifah |
Muzdalifah (Bahasa Arab: مزدلفة) adalah sebuah kawasan yang terletak di antara Mina dan Arafah. Ia merupakan sebahagian dari Tanah Haram (Masya'ir Haram). Umat Islam yang menunaikan ibadah Haji pada bulan Zulhijjah adalah diminta untuk berada di Muzdalifah sekurang-kurangnya dari waktu terbit fajar hari Nahr, tanggal 10 Zulhijjah (menurut ulama Syafie boleh dari setengah akhir malam pada hari Nahr) sampai waktu terbit matahari hari Nahr. Perkara ini akan diterangkan secara terperinci kalau kita mengikut Kursus Persediaan Haji.
|
Pusat Pengurusan Jemaah Haji Bagi Negara-Negara Afrika Non-Arab di Muzdalifah |
|
Persimpangan jalan |
|
Kemudahan Telekomunikasi bergerak yang disediakan untuk Jemaah Haji |
|
Jaringan jalanraya moden di Muzdalifah |
|
Kesan runtuhan saliran air Ain Zubaidah di Muzdalifah |
|
Pemandangan kesan Ain Zubaidah dengan lebih dekat |
Muzdalifah juga dikenali sebagai Al-Masy'aril Haram, yang disebut di dalam Surah Al-Baqarah dalam kitab suci Al Quran: “Tetapi apabila kamu keluar dari Arafah, ingatlah Allah di Al Masya'aril Haram. Dan ingatlah kepada-Nya sebagaimana Dia telah memberi petunjuk kepadamu, sesungguhnya kamu sebelum itu termasuk orang-orang yang sesat.” [Surah al-Baqarah 2: Ayat 198]
|
Masjid Masy'aril Haram di Muzdalifah |
|
Satu lagi pemandangan Masjid Masy'aril Haram di Muzdalifah |
Myself perhatikan telah ada banyak bangunan tandas awam dibina di Arafah dan juga di Muzdalifah. Baguslah begitu kerana kedua-dua kawasan ini walau kelihatan selapang-lapang alam pada masa sekarang, ia sangat sesak pada Musim Haji. Maklum sajalah setiap tahun sekitar 2 - 3 juta orang akan berkumpul serentak di kawasan ini untuk menunaikan Haji.
Memang tidak dapat dilupakan pengalaman kami melalui kawasan ini dengan bas pada waktu malam selepas berwukuf di Arafah. Jemaah dari Malaysia sangat bertuah kerana ada kenderaan bas yang disediakan untuk kita, walaupun bas terpaksa bergerak perlahan macam semut. Ramai Jemaah dari negara lain yang kami lihat berjalan kaki melintasi Muzdalifah pada ketika itu. Kemudahan tandas awam seperti ini pasti akan sangat membantu mereka.
|
Banyak bangunan tandas awam dilihat disediakan di Muzdalifah |
Bas kami membuat Toilet Stop di salah sebuah tandas awam ini. Tapi biasalah di luar Musim Haji begini, kemudahan tandas tidak diselenggara dengan baik kerana sangat jarang digunakan.
|
Toilet Stop di Muzdalifah |
|
Meneruskan perjalanan |
Part 25: Mina
Program lawatan disambung lagi ke Mina. Ia paling dikenali sebagai tempat pelaksanaan ibadat melontar jamrah dalam ibadah haji. Selain itu, di Mina juga terdapat khemah-khemah kekal yang menjadi tempat penginapan bagi beratus ribu jemaah Haji.
|
Tiba di Mina |
|
Khemah-khemah untuk penginapan Jemaah Haji sewaktu melaksanakan ibadah melontar jamrah |
|
Salah sebuah pintu masuk ke kawasan khemah haji yang dilihat dari atas bas |
|
Pusat Kawalan Jemaah Haji di Mina |
|
Kawasan-kawasan di Mina juga dibahagikan mengikut zon untuk kemudahan rujukan Jemaah Haji |
|
Lalu di bawah Stesen Monorail yang berfungsi hanya di Musim Haji |
Sewaktu di Mina juga, kami ditunjukkan tapak di mana Nabi Ibrahim AS melaksanakan perintah penyembelihan anaknya Nabi Ismail AS oleh Allah SWT. Ia terletak di atas sebuah bukit dan ada sebuah struktur batu kecil yang dibina untuk menandakan lokasi tersebut. Sembelihan ini walau bagaimanapun telah digantikan oleh Allah SWT dengan seekor qibas atas ketakwaan Nabi Ibrahim AS melaksanakan perintah dariNya.
|
Tapak di mana Nabi Ibrahim AS melaksanakan perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS |
|
Struktur batu yang dibina untuk menandakan lokasi penyembelihan yang berlaku |
|
Persiapan Haji telah mula kelihatan dilaksanakan di sekitar Mina |
Sewaktu Nabi Ibrahim AS hendak menyembelih anaknya, baginda telah digoda oleh Iblis yang cuba untuk memesongkannya dari melaksanakan perintah Allah SWT. Disebabkan mereka enggan tunduk kepada godaan Iblis, Nabi Ibrahim dan keluarganya telah membaling batu ke arah Iblis. Perbuatan inilah yang seterusnya diangkat oleh Allah SWT menjadi manasik dalam Ibadah Haji.
Waktu yang paling afdhal untuk melaksanakan ibadah Melontar Jamrah ialah selepas tergelincirnya matahari pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Jemaah akan melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah, masing-masing dengan tujuh biji batu setiap hari. Waktu melontar bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
|
Struktur Jamrah di Mina |
|
Struktur Jamrah ini telah dibina semula setinggi 5 tingkat untuk melancarkan pergerakan ibadah Jemaah Haji |
|
Bangunan Hotel untuk kegunaan VIP juga turut disediakan di Mina |
Sewaktu kami menunaikan Ibadah Haji pada tahun 2006 dulu, binaan Jamrah cuma setinggi 2 tingkat. Struktur Kompleks Jamrah kini telah dibina semula setinggi lima tingkat di sekitar tiga tapak jamrah untuk melancarkan pergerakan jemaah. Para jemaah juga hanya dibenarkan bergerak dalam satu arah di seluruh kawasan untuk mengelakkan kesesakan dan pertembungan.
|
Pemandangan ketika meninggalkan Mina |
|
Lebuhraya |
Part 26: Jaaranah
Persinggahan terakhir dalam sesi Ziarah Makkah Pertama kami adalah ke Masjid Jaaranah yang juga merupakan sebuah Miqat bagi penduduk Makkah yang ingin menunaikan Umrah. Ia terletak kira-kira 24 km dari Makkah.
|
Pemandangan dalam perjalanan menuju ke Jaaranah |
|
Fasiliti kerajaan |
|
Masih dalam perjalanan menuju ke Jaaranah |
|
Stadium Bolasepak |
|
Satu lagi pemandangan di dalam perjalanan |
Rasulullah SAW pernah bermukim di Jaaranah selama 13 hari dan kemudian bermiqat untuk melakukan umrah baginda yang ketiga. Tempat di mana Rasulullah SAW berihram ini kemudiannya telah didirikan Masjid Jaaranah.
Di masjid ini juga terdapat sebuah perigi tua yang sekarang telah ditutup oleh kerajaan Arab Saudi. Ini adalah kerana ia telah menjadi praktik bid’ah, yang mana airnya digunakan bahkan dibawa pulang oleh Jemaah Haji kerana menganggapnya penawar dan boleh menyembuhkan berbagai jenis penyakit.
|
Masjid Jaaranah |
|
Suasana di Masjid Jaaranah agak sibuk dengan pengunjung yang ingin memulakan Ihram Umrah |
|
Meninggalkan Masjid Jaaranah |
Part 27: Jabal Nur
Sebahagian besar ahli rombongan kami bermiqat di Masjid Jaaranah untuk membuat Umrah Kedua termasuklah Myself dan Husband.
|
Pulang ke Makkah dari Jaaranah |
|
Perhentian R&R dalam perjalanan pulang ke Makkah |
Dalam perjalanan pulang ke Makkah, kami ditunjukkan pula sebuah bukit yang bernama Jabal Nur (Bukit Cahaya). Di kemuncak bukit inilah letaknya Gua Hira' di mana ayat Al Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril.
|
Jabal Nur |
|
Gua Hira' terletak di puncak Jabal Nur |
Seperti di Jabal Tsur tadi, ada ramai pengunjung yang mendaki Jabal Nur untuk melihat Gua Hira'. Myself dan Husband tidak mempunyai pengalaman mendaki ke atas sana. Walau bagaimanapun teringat cerita dari salah seorang Mutawif dalam perjalanan Umrah kami yang terdahulu tentang pengalaman beliau berbuat demikian. Kata Mutawif tersebut, Jabal Nur memang bercahaya kerana ia boleh didaki pada malam gelap tanpa bantuan lampu suluh sekalipun.
|
Ramai pengunjung yang mendaki ke puncak Jabal Nur |
|
Pendaki di puncak Jabal Nur |
Bersambung ke Bahagian 10...
CATITAN PERJALANAN UMRAH KE-6 (2024):
No comments:
New comments are not allowed.