Sunday, 3 March 2024

2024 UMRAH KE-6 BHG. 06 (Sekitar Masjidil Haram)

Februari 2024

ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah

Bahagian 6: Makkah
LAWATAN SEKITAR MASJIDIL HARAM

Part 15: Lawatan Sekitar Masjidil Haram

Pada Hari Kedua kami di Makkah, Ustaz Azli membawa kami melawat ke beberapa buah kawasan bersejarah di sekitar Masjidil Haram.

Turun escalator di Safwah Tower untuk memulakan lawatan
Laluan terus dari Safwah Tower menuju ke Masjidil Haram
King Fahd Gate di Masjidil Haram
Safwah Tower
Ustaz Azli memberi penerangan
Ustaz Azli membawa kami menyusuri bahagian Masjidil Haram yang berdekatan dengan kawasan Saie. Ini adalah tapak penempatan Makkah dan Masjidil Haram yang asal di zaman Rasullullah SAW dulu.

Pemandangan menghala ke Masjidil Haram
Laluan masuk ke Tempat Tawaf dan Saie di Tingkat Pertama
Mereka yang tidak berpakaian Ihram hanya dibenarkan masuk ke Tempat Tawaf dan Saie di Aras 1 melalui pintu ini sahaja pada masa sekarang
Ustaz memberi penerangan tentang laluan masuk ini kepada kumpulan kami. Kami juga masuk menggunakan laluan ini sewaktu Tawaf Wada' di hari terakhir kerana tidak memakai pakaian Ihram.
Pintu masuk ke Tempat Tawaf di Tingkat Pertama

Part 16: Jabal Qubais

Kami berjalan mengelilingi bangunan Masjidil Haram berhampiran sebuah bukit bersejarah yang dinamakan Jabal Qubais. Ia dinamakan Jabal Qubais kerana pada zaman jahiliah, seorang lelaki bernama Abu Qubais tinggal di sini dan merupakan orang yang pertama membina rumah di atas gunung besar itu. Sejak dari itu, orang ramai mula merujuk kepada gunung tersebut dengan nama beliau. Ada sebuah istana Raja Arab Saudi yang telah dibina di puncak bukit ini sekarang.

Berjalan menghala ke Jabal Qubais
Jabal Qubais adalah sebuah bukit yang telah menyaksikan beberapa peristiwa yang paling besar dan ajaib dalam sejarah Islam. Menurut rujukan dalam sejarah Islam, Jabal Abu Qubais adalah gunung pertama yang dicipta oleh Allah SWT.

Ia adalah tempat di mana Allah SWT memerintahkan Nabi Adam AS untuk membina Kaabah dan dipercayai baginda Nabi Adam telah mengambil batu dari gunung Abu Qubais untuk membina rumah Allah SWT ini. Selain itu, Nabi Ibrahim AS pernah berdiri di atas Jabal Qubais untuk berdakwah dan dari sinilah beliau menggali batu Hajaral Aswad.

Jabal Qubais adalah bukit yang terletak di sebelah kanan Masjidil Haram dalam gambar ini.
Bangunan berkaca biru di atas Jabal Qubais adalah istana milik Raja Arab Saudi
Satu fakta lain yang menarik tentang Jabal Qubais ialah sewaktu peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh AS, seluruh kota Makkah tidak terkecuali sehingga Kaabah turut banjir. Allah SWT telah menetapkan bahawa batu Hajaral Aswad dilindungi di dalam Jabal Qubais.

Kisah ini berlanjutan sehingga ke zaman ketika Allah SWT mengarahkan Nabi Ibrahim AS untuk membina semula Kaabah. Allah SWT telah membimbing Nabi Ibrahim ke arah Jabal Abu Qubais untuk mencari batu Hajaral Aswad yang tersembunyi. Ketika itu jugalah Allah SWT telah memaklumkan kepada Nabi Ibrahim AS bahawa Hajaral Aswad bukanlah sebuah batu biasa. Ia telah diturunkan dari Syurga dan harus diletakkan di Kaabah yang suci.

Terdapat riwayat lain yang mengatakan Malaikat Jibril AS telah mengangkat batu Hajaral Aswad ke Jabal Qubais sewaktu peristiwa banjir besar dan seterusnya memberikannya kepada Nabi Ibrahim AS semasa pembinaan Kaabah.

Berjalan menyelusuri kaki Jabal Qubais
Mendengar penerangan dari Ustaz Ali tentang sejarah Jabal Qubais
Pemandangan Masjidil Haram (Tempat Saie) dari kaki Jabal Qubais
Pemandangan menghala ke Menara Jam
Sebahagian Istana Raja Saudi di puncak Jabal Qubais
Selepas menerima seruan kenabian, di gunung inilah Nabi Muhammad SAW telah berdiri untuk berdakwah secara terbuka. Di Jabal Qubais, Nabi Muhammad SAW berdiri dan memohon kepada Allah SWT untuk memberikan mukjizat kepada baginda. Allah SWT memperkenankan doa Rasullullah dan memperlihatkan mukjizat bulan terbelah dua sambil baginda menyeru manusia supaya tunduk kepada Allah SWT.

Selepas penaklukan Makkah, Bilal RA membaca azan dari atas Jabal Abu Qubais. Sebuah masjid kecil yang dinamakan Masjid Bilal pernah didirikan di atas bukit ini tetapi kini telah diruntuhkan.

Kerja pembersihan dinding Masjidil Haram sedang berlangsung
Close-up pemandangan Menara Jam dari kaki Jabal Qubais
Inilah pemandangan muka Menara Jam pada masa biasa. Bila azan berkumandang, seluruh permukaan Menara Jam ini akan dihiasi dengan cahaya terang yang berwarna hijau

Part 17: Darun Nadwah

Kawasan Tempat Saie di Masjidil Haram juga mempunyai satu nilai sejarah yang sangat besar kerana di sinilah letaknya Darun Nadwah yang menjadi Parlimen masyarakat Quraisy di Zaman Jahiliyah. Jika ada sesuatu permasalahan besar yang sulit untuk dipecahkan, semua pembesar Quraisy akan diundang datang ke Darun Nadwah untuk menyelesaikan masalah tersebut bersama.

Pemandangan Tempat Saie dari luar Masjidil Haram
Banyak pintu masuk di Tempat Saie ini sedang ditutup untuk kerja-kerja pembinaan sekarang
Satu permasalahan yang telah diselesaikan di Darun Nadwah adalah persengketaan antara mereka di saat hendak meletakkan Hajaral Aswad ke tempatnya semula. Bangsa Quraisy pernah merobohkan Kaabah dan kemudiannya membangunkannya kembali. Pada saat Hajaral Aswad akan dipasang semula, suku-suku dari bangsa Quraisy berbalah besar kerana masing-masing merasakan merekalah yang paling berhak untuk mengambil tugas tersebut.

Oleh kerana perselisihan tidak dapat diredakan, Musyrikin Quraisy bermesyuwarah di Darun Nadwah dan membuat suatu keputusan akan siapa yang berhak meletakkan Hajaral Aswad kembali ke posisinya semula. Mereka bersetuju pemuda yang pertama sekali masuk ke Baitullah dari pintu Bani Syaibah adalah yang paling berhak untuk meletakkan Hajaral Aswad di Kaabah. Allah SWT mentakdirkan Rasulullah SAW menjadi pemuda tersebut. Baginda telah meletakkan Hajaral Aswad di tengah-tengah serban baginda dan diangkut bersama-sama oleh semua suku kabilah ke tepi bucu Kaabah. Kemudian baginda sendirilah yang menempatkan Hajaral Aswad kembali ke tempatnya.

Suasana kerja-kerja pembinaan yang sedang dilaksanakan di luar kawasan Saie
Di zaman permulaan pengembangan Islam, kafir Quraisy  pernah bermesyuarat di Darun Nadwah untuk membendung dakwah Nabi Muhammad SAW. Iblis telah menyamar menjadi salah seorang di antara mereka dan menyarankan supaya baginda Rasullullah SAW dibunuh bersama-sama oleh semua suku kabilah. Ini adalah kerana walaupun baginda Rasullullah dibenci, budaya Arab ketika itu menetapkan baginda akan tetap dilindungi oleh kaum keluarganya. Menurut budaya mereka juga, akan ada balas dendam dibuat oleh keluarga Nabi kepada keluarga pembunuh nanti. Bila semua suku bersama-sama membunuh Rasullullah SAW, sukarlah bagi keluarga Nabi untuk membalas dendam.

Mereka merancang tetapi perancangan Allah lebih baik. Walau pemuda-pemuda wakil dari semua kabilah menunggu di depan pintu rumah Nabi, Allah SWT mentakdirkan mereka semua tertidur di saat Nabi keluar rumah untuk berhijrah ke Madinah. Bila mereka tersedar dan menyerbu masuk ke rumah Nabi Muhammad SAW, hanya ditemui hanyalah Saidina Ali Bin Abi Talib yang masih kanak-kanak yang tidur di tempat Nabi.

Salah sebuah pintu masuk ke kawasan Saie ini dinamakan sebagai Bab An-Nadwah sempena bangunan Darun Nadwah yang pernah berdiri di sini
Pada masa sekarang, Darun Nadwah sudah dibongkar untuk perluasan Masjidil Haram. Untuk mengenang tempat yang penuh bersejarah itu dibangun sebuah pintu yang dinamakan Bab An-Nadwah atau Pintu An-Nadwah.

Pemandangan keseluruhan Tempat Saie dari luar
Mendengar penerangan tentang Darun Nadwah dan Pintu Babus Salam
Masjidil Haram memang memiliki pintu (dipanggil: Bab dalam Bahasa Arab) yang banyak. Setiap pintu diberi nombor dan nama yang khusus. Di antara pintu yang banyak itu ~ juga di kawasan Saie di Masjidil Haram ~ terdapat Pintu Babus Salam yang erat kaitannya dengan Baginda Nabi Muhammad SAW. Pintu ini pernah dimasuki oleh Rasulullah SAW ketika melaksanakan Haji Wada'.

Pintu Babus Salam
Escalator untuk turun ke Babus Salam
Menuju ke tapak perkampungan Bani Hashim

Part 18: Perpustakaan Makkah
[Tapak Rumah Kelahiran Nabi Muhammad SAW]

Lawatan seterusnya adalah ke kawasan lapang di penghujung Tempat Saie yang suatu masa dahulu merupakan kawasan perkampungan Bani Hasyim yang merupakan suku kaum keluarga Nabi Muhammad SAW. 

Seluruh kawasan ini pada masa dahulu adalah perkampungan penempatan suku Bani Hasyim yang merupakan suku keluarga Nabi Muhammad SAW
Berkunjung ke kawasan ini sambil mendengar penerangan yang disampaikan oleh Ustaz Azli memang menyebabkan kita semakin menghargai perjuangan Nabi Muhammad SAW sewaktu mengembangkan agama Islam.
Pada awal pengembangan Islam, kabilah Bani Hasyim pernah diboikot oleh kaum Quraisy selainnya yang marah dengan usaha Nabi Muhammad SAW untuk mengembangkan ajaran agama tersebut. Walaupun ajaran Islam ketika itu tidak diterima baik oleh suku kaum Bani Hasyim sendiri, sikap kesukuan dan kekeluargaan yang tinggi di kalangan masyarakat Arab menyebabkan mereka tetap setia mempertahankan Nabi dan rela diboikot bersama. Pemboikotan ini sangat teruk sehingga ramai ahli suku Bani Hasyim yang kebuluran kerana tidak sesiapa pun mahu menjual atau memberi makanan kepada mereka. Kertas kulit deklarasi pemboikotan Bani Hasyim ini turut ditampal pada dinding Kaabah pada ketika itu.

Walau diboikot teruk, pertolongan Tuhan tetap ada. Sekalipun Nabi Muhammad SAW berasal dari suku keluarga Bani Hasyim, isteri baginda Siti Khadijah tidak berasal dari suku tersebut. Oleh yang demikian, Siti Khadijah masih boleh berurusan berjual beli makanan dengan suku Quraisy yang lain. Adalah dikatakan Siti Khadijahlah yang banyak membantu suku Bani Hasyim dari mati kebuluran ketika itu.

Pemboikotan suku Bani Hasyim itu berlangsung selama 3 tahun. Ia berakhir apabila kertas kulit pengisytiharan pemboikotan ini dimakan oleh anai-anai. Tanpa pengisytiharan tersebut, suku Bani Hasyim mengumumkan pemboikotan ini tidak sah kerana tiada sebarang pemakluman tentangnya. Perkara ini kemudiannya diterima oleh masyarakat Quraisy secara umum.

Perpustakaan Makkah yang merupakan tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW
Pengujung yang datang berziarah ke tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW
Kami seterusnya ditunjukkan bangunan Perpustakaan Makkah yang merupakan tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dilahirkan di rumah tersebut yang pada ketika itu dimiliki oleh datuk baginda yang bernama Abdul Muthalib pada tahun 571 Masehi atau 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Rumah ini telah dijadikan perpustakaan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menghindari pemujaan oleh sebahagian umat Islam terhadap tempat tersebut. 

Berziarah ke kawasan ini membolehkan kita membayangkan suasana kehidupan Nabi pada ketika itu. Nabi membesar dan menghabiskan kehidupan remajanya di sini. Beliau terkenal sebagai seorang yang berakhlak tinggi dan beramal dengan sisa-sisa ajaran peninggalan Nabi Ibrahim AS kerana agama Islam belum diturunkan lagi pada ketika itu.

Berkunjung ke kawasan ini sambil menghayati sejarah yang disampaikan mendekatkan kita kepada kehidupan Rasullullah SAW.
Bayangkan... di sekitar kawasan ini jugalah pernah berdiri rumah kediaman sahabat-sahabat Nabi seperti Abu Bakar, Umar Al Khattab dan ramai yang lain.
Bangunan baru sambungan kepada bangunan Masjidil Haram sedia ada yang sedang dalam pembinaan

Part 19: Pulang Ke Safwah Tower

Lawatan ke sekitar Masjidil Haram cuma lawatan ringkas. Selepas itu, kami pulang ke hotel di Safwah Tower untuk bersiap menunaikan Solat Zohor. Namun sebelum itu, Myself dan Husband membuat detour masuk ke bangunan Masjidil Haram dari sisi yang tidak pernah kami lalui.

Bangunan extension masjid yang sedang dalam pembinaan
Tempat permulaan Saie bagi mereka yang ingin menggunakan kereta elektrik
Kereta elektrik untuk kegunaan Saie
Maklumat penggunaan kereta elektrik
Tempat pemulangan kereta elektrik setelah tamat Saie
Satu lagi pemandangan Tempat Saie dari luar bangunan Masjidil Haram menghala ke arah Menara Jam
Disebabkan kerja-kerja pembinaan yang sedang dilaksanakan, memang ada banyak laluan detour untuk pengunjung di sekitar Masjidil Haram
Memandangkan bangunan Safwah Tower terletak berdekatan dengan arah Bukit Safa di laluan Saie, kami membuat keputusan untuk pulang menggunakan laluan Saie di Tingkat Pertama Masjidil Haram sebagai jalan pintas. Tidak seperti laluan Saie di Ground Floor yang berbukit dan berlembah, laluan Saie di Tingkat Pertama ini rata.

Penghujung Tempat Saie di Bukit Marwah pada Tingkat Pertama
Roundabout yang menandakan kedudukan Bukit Marwah di Tingkat Pertama
Selain di Ground Floor dan Tingkat Pertama ini, Saie juga boleh dibuat di Tingkat Dua di atas sana.
Kerja-kerja pencucian dinding sedang dilaksanakan
Ruang Solat berdekatan Tempat Saie
Sebahagian Laluan Tawaf di Tingkat Pertama juga dapat dilihat di sini
Pemandangan Laluan Tawaf di Tingkat Pertama
Laluan Tawaf di Tingkat Pertama ini sangat lapang berbanding Laluan Mataf di Ground Floor
Laluan Tawaf di Tingkat Pertama ini juga turut digunakan oleh orang-orang yang hendak bertawaf dengan menggunakan Kerusi Roda
Laluan Tawaf di Tingkat Pertama ini jauh lebih panjang berbanding laluan di Mataf di tingkat bawah. Sekiranya 7 pusingan tawaf boleh dihabiskan dalam tempoh 45 minit di tingkat bawah, 7 pusingan tawaf di sini pula memakan masa purata 1 jam 3o minit.
Kerja-kerja pembersihan di luar Pintu Saie Masjidil Haram
Dataran Masjidil Haram ketika ini agak sesak dengan pengunjung yang sedang berihram untuk melaksanakan Umrah


Bersambung ke Bahagian 7...


CATITAN PERJALANAN UMRAH KE-6 (2024):

No comments: