Wednesday, 13 March 2024

2024 UMRAH KE-6 BHG. 11 (Muzium Abubekr Alamoudi 2 & Hudaibiyah)

Februari 2024

ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah

Bahagian 11: Makkah
ZIARAH MAKKAH 2 (Muzium Abubekr Alamoudi 2 & Masjid Hudaibiyah

Part 29: Muzium Abubekr Alamoudi 2

Pameran di bahagian belakang Muzium Abubekr Alamoudi banyak memberi tumpuan kepada penghasilan kesenian tradisional Arab.

Contoh-contoh bengkel penghasilan tradisional
Periuk belanga
Contoh rumah sembelihan
Lagi pemandangan di belakang muzium
Bangunan muzium ini juga dibina mengikut senibina tradisional Arab
Mesin pembasuh pakaian
Ada sesetengah peralatan yang dipamerkan kita tak tahu kegunaannya
Ada juga pameran peralatan berkait dengan agama Islam di sini. Antaranya termasuklah teleskop yang digunakan untuk melihat anak bulan dan contoh binaan masjid tradisional.

Teleskop
Mengintai anak bulan
Bengkel peralatan untuk menunggang kuda
Pelana untuk menunggang kuda
Katil tradisional
Contoh miniature bangunan yang dibuat dari tanah liat seperti yang pernah kami lihat dalam muzium di Kuwait dulu.
Bangunan penjara
Kita jenguk apa yang ada di dalam bangunan ini pula....
Diorama majlis sambutan tetamu yang dinamakan sebagai Diwaniyah. Kami banyak belajar tentang tradisi Arab Diwaniyah ini sewaktu melawat ke Kuwait dulu.
Pemandangan keseluruhan ruang Diwaniyah
Sama seperti sewaktu melawat ke muzium di Kuwait dulu juga, memang terperanjat kita bila terpandang patung wanita berpakaian serba hitam begini. Haihh!!
Pemandangan dari angle lain pulak...
Cushion yang dihiasi dengan corak tradisional Arab
Lagi contoh perhiasan tradisional
Haiwan ternakan yang turut disimpan di dalam rumah
Bengkel pertukangan
Peralatan rumah yang diperbuat dari jerami
Peralatan rumah yang diperbuat dari tanah liat
Bengkel kulit
Dacing tradisional
Gerai penjaja makanan
Lagi bengkel peralatan tradisional
Replika masjid tradisional
Suasana di dalam masjid
Sejadah
Bergambar di pintu masjid
Menguli tepung secara tradisional
Muzium Abubekr Alamoudi ini memang telah menjadi sebuah tarikan popular di kalangan Jemaah Umrah yang berkunjung ke Makkah. Sewaktu kami nak meninggalkan muzium ini, kelihatan berduyun-duyun pengunjung lain yang tiba.

Pengunjung-pengunjung yang baru tiba di Muzium Abubekr Alamoudi
Menyusun diri untuk membuat Group Photo
Sebelum meninggalkan Muzium Abubekr Alamoudi, kami mengambil kesempatan berposing di padang pasir di luar muzium. Walau bergambar di tengah padang pasir, tak terasa langsung bahang kepanasan padang pasir kerana ketika itu musim dingin di mana suhu waktu tengahari adalah sekitar 19 - 22'C.

Posing-posing di luar Muzium Abubekr Alamoudi
Padang pasir di luar Muzium Abubekr Alamoudi
Tiba-tiba ada pulak segerombolan kambing biri-biri lalu...
Kambing biri-biri
Pengembara di padang pasir. Posing macam yang pernah dibuat di tengah padang pasir dekat Piramid di Mesir dulu...
Membawa diri di tengah padang pasir...
Posing-posing di luar Muzium Abubekr Alamoudi
One for the memory...

Part 30: Hudaibiyah

Selepas dah puas melawat Muzium Abubekr Alamoudi, kami bergerak menuju ke destinasi kami yang seterusnya, Hudaibiyah.

Perjalanan ke Hudaibiyah
Destinasi kami di Hudaibiyah adalah Masjid Hudaibiyah yang juga merupakan sebuah Miqat bagi penduduk Makkah yang ingin menunaikan Umrah. 

Masjid Hudaibiyah
Dah ada sebuah pasar jualan yang proper di luar masjid ini sekarang
Kena lalu di depan pasar untuk masuk ke dalam masjid
Suasana di pasar jualan
Satu lagi suasana di pasar jualan
Pelbagai barangan yang dijual
Selain menjadi Miqat untuk menunaikan Umrah, Hudaibiyah juga adalah sebuah lokasi bersejarah. Di sinilah Perjanjian Hudaibiyah dimeterai di antara Nabi Muhammad SAW dengan orang-orang Kafir Quraisy Makkah. Secara zahirnya, perjanjian ini kelihatan berat sebelah dengan memihak kepada orang-orang kafir sehingga menyebabkan ramai sahabat Nabi sendiri khususnya Saidina Umar Al Khattab mengkritik perjanjian tersebut. 
 
Namun demikian, Nabi membuat perjanjian ini dengan petunjuk dari Allah SWT. Kebenaran akhirnya terserlah bila syarat-syarat perjanjian ternyata sebenarnya menguntungkan Umat Islam. Perjanjian inilah yang seterusnya membolehkan Nabi Muhammad SAW memasuki dan menakluk kota Makkah. Myself ada bercerita tentang perjanjian ini secara terperinci dalam entry umrah yang lalu. Ia boleh dibaca di sini: Bhg. 9 [Hari 6] : Ziarah Makkah (4) - Ladang Unta, Hudaibiyah & Muzium Haramain

Lokasi di mana Perjanjian Hudaibiyah dibuat adalah di dalam pagar di belakang sana
Perjanjian Hudaibiyah sebenarnya dimeterai di bawah sebatang pokok di zaman Rasullullah SAW. Kemudian sebuah masjid dibina di situ. Masjid lama ini juga telah runtuh dan hanya kesan tinggalannya sahaja yang dapat dilihat. Kawasan ini juga telah dipagar oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mengelakkan perkara-perkara khurafat. Namun disebabkan ada lubang telah dibuat oleh pengunjung pada pagar ini, maka dapat jugalah kita masuk melawat ke situ.

Runtuhan Masjid Lama Hudaibiyah
Di sinilah Perjanjian Hudaibiyah dimeterai di antara Nabi Muhammad SAW dengan orang-orang kafir Musyrik Makkah
Perjanjian Hudaibiyah sangat tidak disenangi oleh para sahabat Rasullullah SAW ketika itu kerana pada zahirnya ia memihak kepada orang-orang Kafir Quraisy
Perjanjian Hudaibiyah inilah yang membawa kepada pembukaan Kota Makkah oleh Rasullullah SAW yang membawa kemenangan kepada Umat Islam
Myself dan Husband tidak membuat Umrah hari ini. Jadi sewaktu ahli rombongan yang ingin membuat Umrah bersiap-siap di dalam Masjid Hudaibiyah, kami hanya melawat-lawat di sekitar kawasan masjid.

Masjid Hudaibiyah agak sibuk dengan orang yang hendak mengerjakan Umrah
Pemandangan Masjid Hudaibiyah dari depan
Membeli-belah di depan Masjid Hudaibiyah
Menara Masjid Hudaibiyah
Ruang solat lelaki di Masjid Hudaibiyah
Pintu masuk ke ruang solat lelaki
Pemandangan di ruang solat lelaki
Mihrab
Bersiap sedia hendak menunaikan Umrah
Meninggalkan Masjid Hudaibiyah
Tidak seperti lawatan-lawatan ke Hudaibiyah sebelum ini, kami tidak membuat lawatan ke ladang unta. Kami diberitahu aktiviti berkunjung ke ladang unta ini tidak lagi dibenarkan oleh Kerajaan Arab Saudi sekarang atas sebab-sebab yang tertentu.

Menuju kembali ke Tanah Haram
Sempadan Tanah Haram dan Tanah Halal di Hudaibiyah


Bersambung ke Bahagian 12...


CATITAN PERJALANAN UMRAH KE-6 (2024):

No comments: