Februari 2024
ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah
Bahagian 10: Makkah
ZIARAH MAKKAH 2 (Muzium Abubekr Alamoudi 1)
Part 28: Muzium Abubekr Alamoudi
Program Ziarah Makkah kami yang kedua adalah melawat ke Muzium Abubekr Alamoudi dan Masjid Hudaibiyah. Seperti Masjid Jaaranah yang kami lawati sebelum ini, Masjid Hudaibiyah juga adalah Miqat Umrah bagi penduduk Makkah. Myself dan Husband walau bagaimanapun tidak membuat Umrah selepas melawat ke Masjid Hudaibiyah. Kami sekadar berziarah saja sewaktu bas berhenti di Masjid Hudaibiyah.
|
Pemandangan di Lobi Hotel Safwah Royale Orchid sebelum memulakan program Ziarah Makkah yang kedua. |
Seperti semalam, bas kami menunggu di atas puncak bukit berhampiran Safwah Tower.
|
Bas kami menanti di atas jambatan sana |
|
Terowong Ajyad berhampiran tempat bas kami menunggu |
|
Terowong Ajyad |
|
Pemandangan di dalam bas |
|
Pemandangan menghala ke Safwah Tower dan Masjidil Haram dari dalam bas. |
|
Projek-projek pembangunan hotel baru yang dilalui sewaktu meninggalkan Makkah |
|
Stesen Bas |
Laluan ke Hudaibiyah tidak sama dengan laluan menuju ke Arafah semalam. Dalam perjalanan juga kami memerhatikan pemandangan di bandar Makkah kini telah semakin hijau jika dibandingkan dengan kedatangan kami yang sebelum ini.
|
Kota Makkah kini dah semakin hijau |
|
Kehijauan di kota Makkah |
|
Salah sebuah laluan masuk ke Kota Makkah |
|
Perkataan Arab yang tertera bermaksud: Pemimpin Yang Melakar Sejarah |
|
Panda Hypermarket |
|
Bangunan Social Development Bank |
Pemandangan padang pasir mula muncul sebaik kami meninggalkan kota Makkah. Di sanalah terletaknya destinasi pertama kami hari ini ~ Muzium Abubekr Alamoudi.
|
Padang pasir yang muncul dalam pandangan |
|
Hardscape |
|
Mentari terik di padang pasir tetapi di musim dingin begini, bahangnya tidak terasa. |
|
Tiba di Muzium Abubekr Alamoudi |
|
Bas kami yang parking di luar |
|
Berjalan masuk ke dalam muzium |
Dari luar, Muzium Abubekr Alamoudi dibina seperti kubu Arab lama. Dari penerangan yang diberi, dinding muzium ini dibina dengan cara tradisional iaitu menggunakan campuran tanah liat, jerami pelepah kurma dan susu seperti kelaziman rumah tradisional Arab di masa lalu.
|
Group Photo di Muzium Abubekr Alamoudi |
Muzium Abubekr Alamoudi merupakan muzium yang memaparkan kebudayaan dan cara hidup Orang Arab. Sebaik masuk ke perkarangan muzium, terdapat pelbagai bentuk replika kedai-kedai mini seperti warung, kedai runcit dan kedai buku yang selalu ada di desa-desa Arab Saudi. Terdapat juga peralatan tradisional seperti telaga dan scarecrow.
|
Replika mata air tradisional di tengah muzium |
|
Scarecrow dan mata air |
|
Pam yang digunakan untuk menyedut keluar air dari mata air |
|
Pemandangan pam dari sudut lain |
|
Scarecrow yang digunakan untuk menghalau burung dari merosakkan tanaman |
|
Posing dengan scarecrow Arab. Sopan saja rupanya... taklah macam scarecrow kat Malaysia yang macam Orang Lidi |
Kita akan diberi penerangan tentang semua benda yang dilihat di muzium ini oleh petugas-petugas yang berbangsa Arab. Namun begitu, ada sebahagian mereka yang boleh bercakap dalam Bahasa Melayu walaupun tidak begitu fasih dan pelat sebutannya.
|
Replika kedai-kedai tradisional Arab |
|
Petugas-petugas muzium yang akan memberi penerangan tentang kedai-kedai tradisional Arab |
|
Tekun mendengar penerangan dari petugas muzium |
|
Stor simpanan makanan |
|
Stor ini dibina dua tingkat. Ini pintu ke tingkat bawah.
|
|
Ini pula tangga untuk naik ke tingkat atas |
|
Menjenguk ke dalam stor |
|
Replika makanan yang disimpan di dalam stor |
Berdekatan dengan replika kedai-kedai ini, ada pula dibina sebuah telaga. Uniknya, timba yang digunakan untuk mengambil air dari dalam telaga ini dibuat dari kulit kambing.
|
Telaga |
|
Mendengar penerangan tentang penggunaan telaga |
|
Demonstrasi pengambilan air dari dalam telaga |
|
Timba yang diperbuat dari kulit kambing |
|
Pemandangan dasar telaga. Oleh kerana ini cuma telaga demo, tak ada air disimpan di dalamnya. |
|
Meninggalkan telaga |
|
Tak ingat nama pokok ini |
|
Dua lagi kegunaan kulit kambing ~ sebagai bekas simpanan makanan dan buaian bayi |
|
Bekas simpanan makanan. Sewaktu di Turkiye dulu, kami pernah diberitahu yang bekas simpanan makanan yang diperbuat dari kulit seperti ini selamat dari ditebuk tikus. |
|
Buaian bayi |
|
Baby yang tidur di dalam buaian |
Selepas melihat outdoor exhibition, kami masuk ke dalam sebuah bangunan untuk melihat indoor exhibition pula.
|
Bangunan yang menempatkan Indoor Exhibition |
|
Jom kita masuk ke dalam... |
Di dalam indoor exhibition ini ada pameran tentang Kaabah. Yang paling menarik, ada gambar 3D Hajaral Aswad. Boleh posing macam konon-konon sedang mencium Hajaral Aswad pada gambar ini. Bila crop gambar yang diambil, memang kelihatan macam betul-betul kita tengah mencium Hajaral Aswad.
|
Sudut pameran tentang Kaabah |
|
Satu lagi suasana sudut pameran tentang Kaabah |
|
Model Kaabah |
|
Model Hajaral Aswad. Yang di sebelah kiri adalah Gambar 3D Hajaral Aswad |
|
Posing konon-kononnya tengah mencium Hajaral Aswad |
|
Bila crop gambar yang diambil, nampak macam real. |
|
Pedang bercabang ini adalah sebenarnya replika pedang perang milik Saidina Ali bin Abi Talib |
|
Tempat mencuba pakaian Arab |
|
Tok Sheikh Arab dan Isteri |
|
Aksi sweet yang penuh bergula. Hahaha!! |
No comments:
New comments are not allowed.