Wednesday, 1 April 2020

2020 CAMERON HIGHLANDS BHG. 01 (KL - Cameron)

Mac 2020

PAHANG, MALAYSIA
Cameron Highlands

Bahagian 1: Kuala Lumpur - Cameron Highlands
TERMINAL BERSEPADU SELATAN & PERJALANAN KE CAMERON HIGHLANDS

Part 1: Cuti-Cuti Cameron Highlands

Dah lama Myself dan Husband merancang nak berkunjung ke Cameron Highlands sebagai destinasi Percutian Bak Orang Putih kami yang seterusnya, namun tak pernah cadangan ini menjadi kenyataan. Sukar bagi kami nak menjejakkan kaki ke sana kerana kami tak suka memandu jauh-jauh bila bercuti. Cameron Highlands pula terletak di atas pergunungan tinggi dan tak ada lapangan terbang atau perkhidmatan keretapi sampai ke sana. Itulah yang sering membantutkan hasrat kami.

Peta kedudukan Cameron Highlands di Semenanjung Malaysia
Percutian ini akhirnya menjadi satu kenyataan bila Myself menghadiri satu program anjuran office di Cameron Highlands. Memandangkan program ini diadakan pada hari Isnin, kita ambillah kesempatan datang seawal hari Sabtu. Jalan-jalan dulu di sana sebelum bekerja.

{Nota: Sebagai satu peringatan dan kenangan di masa akan datang, perjalanan ini dibuat sebelum Kerajaan Malaysia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) yang bermula dari 18 Mac 2020 bagi mengekang penularan Wabak Covid-19. Sewaktu entry ini dipublish, sekatan ini masih berterusan sehingga 14 April 2020}.

HARI PERTAMA (1)

Part 2: Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Tak seperti selalu di mana perjalanan kami bermula dari KLIA ataupun KLIA2, perjalanan kami kali ini bermula dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Maklumlah, kami travel ke Cameron Highlands dengan bas! Disebabkan bas kami bertolak dari TBS pada pukul 10 pagi, seawal pukul 7.30 pagi lagi kami dah bertolak keluar dari rumah dengan menggunakan khidmat Grab.

Dalam Grab ke TBS
Perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Excited juga sebenarnya bila tiba di TBS kerana inilah kali pertama kami kami masuk ke dalam. Selama ini kita hanya memandang bangunan TBS dari luar sahaja ~ dari Stesen ERL ke KLIA, Stesen KTM Komuter dan Stesen LRT Bandar Tasik Selatan yang terletak betul-betul setentang dengannya.

Bangunan Terminal Bersepadu Selatan
Terminal Bersepadu Selatan dari sisi
Tempat Drop-Off Penumpang di TBS
Pintu Masuk Utama Ke TBS
Perasaan excited bertukar menjadi terkesima pulak sewaktu menjejak kaki masuk ke TBS kerana pemandangannya betul-betul macam suasana di dalam airport. Memang jauh sangat berbeza dengan suasana di Perhentian Bas Puduraya zaman kita berulang-alik naik bas balik ke kampung di Perak zaman dulu-dulu.

Display Board di Lobi Utama TBS yang menunjukkan jadual perlepasan dan ketibaan bas ekspres dari seluruh negara.
Disebabkan hari itu Hari Sabtu, suasana di TBS agak sibuk dengan penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan bas ekspres ke seluruh pelusuk negara. Disebabkan ancaman penyakit Covid-19 yang sedang hebat menular di seluruh dunia juga, ramai yang dilihat memakai face mask untuk perlindungan diri.

Suasana di dalam Terminal Bersepadu Selatan
Kaunter Tiket Bas di TBS
Tak macam di Puduraya dulu di mana tiket bas dijual sendiri oleh syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan, sistem jualan tiket bas di TBS adalah centralised. Tiket boleh dibeli dari mana-mana saja kaunter, tanpa mengira apa juga destinasi dan syarikat bas yang kita pilih. Disebabkan kami dah membeli tiket bas secara online, kami disuruh untuk pergi saja ke Kaunter Boarding Pass. Canggih weyy, naik bas pun ada Boarding Pass!

Kalau dah beli tiket online, terus saja pergi ke mana-mana Kaunter Boarding Pass yang signboardnya berwarna hijau.
Husband sedang berurusan di Kaunter Boarding Pass
Boarding Pass kami
Salah sebuah Boarding Gate di TBS
Kalau tak ada Boarding Pass, tak boleh nak masuk ke Boarding Gate
Bila dah selesai dapat Boarding Pass, barulah kita pergi mencari breakfast. Kaunter Tiket TBS terletak di Aras 3 dan kedai-kedai makannya pula terletak di Aras 4. Sebelum naik ke atas, kita tinjau-tinjau dulu suasana dan kemudahan yang ada di Aras 3.

Kedai Runcit di Aras 3
Ruang Menunggu Penumpang di Aras 3
Satu lagi pemandangan di Ruang Menunggu Penumpang
Tekun Mart
Kerusi Urut
Pemandangan menghala ke luar bangunan dari Aras 3
Tempat Menaiki Bas
Satu lagi pemandangan Tempat Menaiki Bas
Pemandangan Stesen ERL dari TBS
Ada jambatan pejalan kaki yang dibina menghubungkan TBS dengan Stesen ERL, Stesen Komuter dan Stesen LRT di seberang sana.
Escalator untuk naik ke Aras 4
Ada sebuah tempat makan disediakan di Aras 4 dan berbagai kedai makan ada di sini.

Pemandangan di Aras 4
Subway
Pemandangan ke Aras 3 dari Aras 4
Jadual Bas
Pak Hailam Kopitiam
King's Bakery
Kenny Rogers Roasters
Dunkin' Donuts
Medan Selera Teratai
Kentucky Fried Chicken
Nasi Kukus KLS
Kami memilih untuk makan Roti Telur saja di Restoran Nasi Kandar TBS. Makanannya sedap tapi harganya setanding dengan Roti Telur yang dijual kat airport sana.

Restoran Nasi Kandar TBS
Konsep di restoran ini adalah Layan Diri. Semua makanan dan minuman perlu diambil sendiri selepas dibayar.
Suasana di dalam restoran
Pemandangan dari meja makan kami
Pemandangan di luar jendela
Roti Telur & Teh Tarik
Pintu Perlepasan bas kami adalah Pintu 17. Selepas makan, kami terus menuju ke sana.

Pintu Perlepasan kami
Feeling sewaktu melalui pintu ini sebiji macam feeling nak naik kapalterbang
Tangga turun ke tempat menunggu bas
Pemandangan di tempat menunggu bas di Pintu 17
Satu lagi pemandangan di Pintu 17
Kalau bercadang nak bawa bekalan makanan atau minuman ke dalam bas, belilah siap-siap sebelum masuk ke Boarding Gate sebab tak ada satu pun gerai yang disediakan di sini. Seperti juga macam nak naik kapalterbang, penumpang hanya dibenarkan keluar dari Pintu Perlepasan apabila bas mereka tiba.

Pintu 17
Maklumat bas yang menggunakan Pintu 17 dipaparkan dengan jelas pada Monitor
Walaupun di musim penyakit begini, tetap ramai yang travel naik bas. Mungkin kerana pengangkutan bas dianggap lebih selamat berbanding naik kapalterbang pada masa begini walaupun risiko sebenarnya sama sahaja. Banyak kita dengar tentang tiket penerbangan dan percutian ke oversea yang terpaksa dilepaskan untuk mengelak kemungkinan jangkitan Covid-19. Penangan Covid-19 memang dahsyat. Bukan sekadar penghidap yang menderita, malah penangannya akan turut dirasai keluarga, rakan-rakan dan close contact yang lain. Kalau bercuti ke oversea ketika ini pula, kena buat self quarantine 14 hari selepas balik ke Malaysia. Manalah nak enjoy bercuti macam itu jadinya.

Keterangan tentang Penyakit Covid-19
Namun apapun, bersyukur kerana kami sempat bercuti ke Sumatera Barat di Indonesia pada awal tahun dulu sewaktu wabak ini menular hebat hanya di China dan belum merebak ke negara lain. Sekarang dah merebak ke serata dunia terutama di Eropah. Penularan kat Malaysia pun membimbangkan. Wabak Covid-19 ini dijangka akan terus menular di sepanjang tahun 2020. Kalau tak sempat buat trip ke Sumatera Barat tu dulu, memang sedih sebab tak ada cerita kita travel ke oversea sepanjang tahun 2020 ni, kan?

Macam rupa penyangak nak naik bas pulak bila pakai mask macam ini.
Sekitar pukul 10 pagi, penumpang bas CS Express ke Cameron Highlands dipanggil masuk ke dalam bas.

Bas CS Express ke Cameron Highlands
Pemandangan di dalam bas

Part 3: Perjalanan Ke Cameron Highlands

Bas yang kami naiki adalah Bas Executive. Kira macam Business Class la kalau naik kapalterbang. Susunan tempat duduknya 2-1. Tempat duduknya pun luas dan sangat selesa untuk perjalanan sepanjang 4 jam menuju ke Cameron Highlands.

Memulakan perjalanan
Ada Wifi free dalam bas. Tapi speed dia slowww sangat.
Sibuk Husband suruh kita pakai Hand Sanitizer sewaktu dalam bas. "Dah sentuh macam-macam benda kat Terminal tadi, kena pakai Hand Sanitizer," kata Husband.
Sewaktu membeli tiket bas, kami sangka tak ramai orang nak naik bas ke Cameron Highlands. Rupa-rupanya sangkaan kami sangat meleset kerana bas kami hampir penuh. Sebahagian besar penumpang walau bagaimanapun terdiri dari pelancong-pelancong dari luar negara dan juga buruh-buruh asing yang bekerja di Cameron Highlands.

Bye-bye, KL!
Plaza Tol Jalan Duta
Perjalanan ke Cameron Highlands juga sangat smooth. Disebabkan kerusi bas ini empuk dan selesa, memang kami tertidur sepanjang perjalanan sewaktu bas lalu di Lebuhraya PLUS menuju ke Tapah. Yang menjadi sedikit gangguan hanyalah handphone Mamat dari Nepal yang duduk di kerusi single di sebelah kami yang sentiasa berdering. Banyak betul peminat yang asyik nak call dia. Mujurlah ringtonenya lagu pop dari Nepal. Kalau dia pasang lagu Negaraku, jenuh pulak kita kena berdiri hormat sepanjang perjalanan. Hahaha!!

Lebuhraya PLUS
Hentian Behrang
Bas kami
Plaza Tol Tapah
Selepas keluar dari Lebuhraya PLUS di Plaza Tol Tapah, bermulalah pendakian melalui jalan bengkang-bengkok menuju ke Cameron Highlands. Kali terakhir Myself dan Husband melalui jalan ini adalah 10 tahun dulu agaknya. Disebabkan kami tak dapat mengagak daya ketahanan diri melalui jalan ini pada usia-usia begini, kami siap-siap standby bawak beg plastik takut termuntah. Syukur Alhamdulillah, masih gagah lagi rupanya kami melalui jalan ini tanpa rasa pening dan muntah.

Perkampungan Orang Asal yang dah semakin moden
Jalan bengkang-bengkok naik gunung ke Cameron Highlands
Berselisih dengan lori besar yang nak turun ke bawah
Banjaran Titiwangsa
Tanah Runtuh
Konon-konon macam tengok Moving Map dalam kapalterbang. Lagi 1 jam 6 minit nak sampai ke Cameron Highlands
Satu pemandangan menarik yang dilihat dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands adalah ketika melalui Air Terjun Lata Iskandar. Disebabkan hari itu adalah Hari Sabtu, memang ramai pengunjung ke situ. Ramai juga yang membuat persinggahan sebentar di sini dalam perjalanan nak naik ke Cameron Highlands.

Kedai-kedai berhampiran Lata Iskandar
Pemandangan Lata Iskandar dari atas bas
Lata Iskandar
Pengunjung-pengunjung ke Lata Iskandar
Meninggalkan Air Terjun Lata Iskandar
Sungai di seberang Air Terjun
Pokok Paku Gajah
Kawasan pergunungan
Hutan Belantara
1 jam lagi...
Cameron Highlands terdiri dari 3 buah bandar utama: Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang. Tengok peta kat bawah ni...

Peta Cameron Highlands
Perjalanan kami adalah menuju ke Tanah Rata yang merupakan perbandaran yang terbesar di Cameron Highlands.

Jualan Kraftangan Rotan
Jalan menuju ke Cameron Highlands
Weekend begini memang banyak kenderaan yang naik ke Cameron Highlands
Kawasan tanah runtuh
Gerai Menjual Petai
Sempadan Negeri Pahang Darul Makmur
Dah masuk ke Negeri Pahang
Cameron Highlands terletak di negeri Pahang. Kalau datang dari arah Tapah, bandar pertama yang akan kita temui ialah Ringlet.

Pemandangan pertama Ringlet
Cameron Highlands kini dah ada laluan terus menuju ke Ipoh dan Gua Musang
Ringlet
Pekan Ringlet
Satu lagi pemandangan di pekan Ringlet
Selepas meninggalkan Ringlet, kita bertemu pula sebuah tasik besar yang dinamakan Empangan Sultan Abu Bakar. Mungkin disebabkan musim hujan sekarang, air di tasik ini kelihatan sangat keruh.

Cameron Highlands terkenal sebagai sebuah kawasan pertanian di Malaysia. Pemandangan ladang sayuran dan ladang teh mula muncul selepas kita meninggalkan Ringlet.

Kawasan pertanian
Ladang sayur
Kereta parking dekat ladang teh
Pintu masuk ke Cameron Valley Tea milik Bharat Tea
Cameron Valley Tea
Lagi pemandangan ladang teh Cameron Valley Tea
Rumah Teh di Cameron Valley Tea
Pengunjung-pengunjung ke Cameron Valley Tea
Menuju ke Tanah Rata
Tiba di Tanah Rata, bas kami berhenti di hadapan sebuah bangunan yang bernama Cameron Fair. Ini adalah perhentian akhir jika anda menggunakan perkhidmatan CS Express.

Perhentian akhir bas CS Express di depan bangunan Cameron Fair
Pemandangan di bahagian depan Bangunan Cameron Fair
Kaunter Bas CS Express di dalam Bangunan Cameron Fair


 Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN CAMERON HIGHLANDS (2020):