September 2019
LANGKAWI, MALAYSIA
Bahagian 14: Perjalanan Pulang
LANGKAWI KE KUALA LUMPUR
HARI KETIGA (7)
Part 30: Dinner Terakhir Di Langkawi
Pada malam terakhir di Langkawi, kami sebenarnya bercadang nak dinner hanya di Hotel Bayview Langkawi kerana nak mencuba promosi Indian Dinnernya. Tapi bila kita tengok menu makanannya macam tak menarik pulak.
|
Tak jadi nak mencuba Indian Dinner di sini. |
Dah tak jadi dinner di hotel, kami cuma berjalan di Pekan Kuah kerana Husband berhasrat nak mengambil gambar mural pada sebuah dinding yang dilihatnya petang tadi sewaktu balik dari Taman Lagenda. Kami bercadang untuk dinner saja di mana-mana restoran yang berhampiran nanti.
|
Jalan-jalan di Pekan Kuah |
|
Mural menarik di Pekan Kuah |
|
Kerbau |
|
Helang |
|
Pemandangan berdekatan mural |
Disebabkan ada sebuah restoran berhampiran, kami membuat keputusan untuk dinner saja di sana.
|
Restoran RT |
|
Jom masuk ke dalam... |
|
Pemandangan di dalam restoran |
|
Dinner |
HARI KEEMPAT
Part 31: Langkawi Airport
Penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada pukul 9.30 pagi pada hari terakhir kami di Langkawi. Oleh kerana penerbangan ini bertolak agak awal, kami tak mengambil pakej breakfast di hotel pagi ini. Kami juga bertolak awal ke Airport Langkawi kerana bercadang nak breakfast di sana saja.
|
Bertolak ke Airport Langkawi |
|
Pemandangan awal pagi dalam perjalanan menuju ke Airport |
|
Tiba di Airport Langkawi |
Teksi yang kami sewa dari Hotel Bayview ke Airport Langkawi dipandu oleh seorang wanita. Bila sampai di airport, Kakak Teksi bertanya kami nak balik ke mana? Bila kami kata kami nak balik ke KL, Kakak tu berkata, "Oh, ingatkan nak balik ke Singapore tadi!" Rupa-rupanya Kakak ni pun ingat kami Singaporean. Patutlah mahal sangat bayaran teksi yang dikenakan kepada kami. Rate SGD rupanya!
|
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi |
|
Drop Off Area |
|
Pintu Perlepasan |
|
Pemandangan di dalam airport |
Ingatkan pesawat kamilah yang paling awal berlepas dari airport Langkawi pagi itu. Rupa-rupanya ada beberapa buah pesawat lain yang berlepas lebih awal lagi.
|
Jadual perlepasan pesawat dari Airport Langkawi pada pagi itu |
|
Memang ada flight yang nak berlepas ke SIngapore pagi ini rupanya. Patutlah Kakak Teksi tadi ingat kami Singaporean nak balik ke Singapore! |
|
Arah ke Kaunter Daftar Masuk |
Seperti juga di KLIA2, penumpang-penumpang Air Asia diwajibkan membuat Self Service Check-in di Airport Langkawi. Tapi disebabkan kaunter Air Asia tak sibuk ketika itu, ada seorang staff yang membantu kami membuat Check-in.
|
Berjalan menuju ke Self Check-in Kiosk |
|
Pandai dah kita guna mesin ni. |
|
Baggage Tag dah keluar. |
|
Boarding Pass dan Baggage Tag |
|
Staff Air Asia membantu melekatkan Tag kepada bagasi kami |
|
All ready to go... |
|
Beratur nak buat Baggage Drop |
|
Dah pandai nak buat Baggage Drop sendiri |
|
Kita hantar beg masuk ke dalam kapalterbang. |
Lepas bagasi dah selamat check-in, barulah kita mencari breakfast di Food Garden di airport ini.
|
Iklan agensi pelancongan Arab di Langkawi Airport |
|
Iklan destinasi yang dihubungkan oleh Air Asia dari Langkawi |
|
Kedai-kedai di Airport Langkawi |
|
Replika Rumah Mahsuri |
Ramai juga orang mencari makan di Food Garden di Airport Langkawi ini pagi itu. Kat sini pun dah nampak betapa sibuk sebenarnya airport di Langkawi ini.
|
Food Garden |
|
Suasana di Food Garden |
|
Buffet sarapan pagi di salah sebuah gerai di Food Garden |
|
Breakfast |
Part 32: Langkawi Ke Kuala Lumpur
Lepas makan, memandangkan masa untuk berlepas pun tak lama lagi, kami terus masuk ke Boarding Gate. Airport Langkawi ini tak ada Airbridge. Jadi semua flight akan parking kat tengah airport dan kita kena berjalan kaki untuk mendapatkannya.
|
Pintu Perlepasan Dalam Negeri |
|
Boarding Gate |
|
Free Charging |
|
Satu-satunya kedai yang ada dalam Domestic Boarding Gate |
|
Cenderamata yang menarik dari Langkawi |
|
Tengok TV sambil tunggu flight tiba |
|
Hiasan siling yang menarik |
|
Flight Air Asia yang nak berlepas ke Singapore |
|
Krew sedang membuat pemeriksaan sebelum berlepas |
Flight yang akan membawa kami pulang ke Kuala Lumpur tiba di Airport Langkawi pada pukul 9 pagi. Biasalah kan Air Asia ni... sebaik selepas semua penumpang yang tiba turun dari pesawat, semua penumpang yang nak berlepas akan dipanggil masuk.
|
Flight kami tiba di Langkawi |
|
Pemandangan di dalam flight |
|
Pemandangan dari dalam flight |
|
Goodbye, Langkawi! Till we meet again. |
Alhamdulillah, cuaca sangat baik sepanjang percutian kami di Langkawi. Cuma di awal pagi tadi, hujan turun dengan agak lebat sebelum kami bergerak meninggalkan Hotel Bayview Langkawi. Bersyukur juga kerana cuaca baik sepanjang penerbangan pulang dari Pulau Lagenda kembali ke Kuala Lumpur.
|
Bergerak menuju ke runway |
|
Tunggu kami, Malindo! Kita kan pasti terbang bersama ke satu destinasi indah nanti... |
|
Berlepas landas ke udara |
|
Pemandangan Langkawi dari udara |
|
Meninggalkan Pulau Lagenda |
Pesawat kami Air Asia AK 6329 berlepas meninggalkan Langkawi mengikut jadual pada pukul 9.30 pagi. Seperti sewaktu kedatangan, penerbangan pulang ini juga memakan masa kira-kira 1 jam.
|
Terbang menuju ke Tanah Besar |
|
Selat Melaka |
|
Sajian Penerbangan |
Seperti sewaktu kami datang ke Langkawi, kami tak membeli pre-book meal dalam perjalanan pulang ini. Mungkin disebabkan ramai penumpang dah breakfast siap-siap masa di airport, tak ramai juga yang membeli makanan dalam flight. Tak adalah peristiwa gangguan kepada perut lapar berlaku kepada lagi kami dalam flight pulang ini seperti sewaktu kedatangan dulu.
|
Banjaran Titiwangsa |
|
Terbang menyusuri Banjaran Titiwangsa |
|
Awan Gemawan |
|
Pulau Pangkor ke itu? |
|
Bandar Teluk Intan agaknya |
|
Tak sure pulak di mana ini. |
|
Sungai yang melingkar |
|
Kawasan Lembah Klang |
|
Mendarat turun ke KLIA2 |
|
Dah nampak KLIA2 di sana |
|
Pesawat-pesawat Air Asia yang menunggu giliran untuk berlepas |
Alhamdulillah, selamat mendarat di KLIA2 pada pukul 10.30 pagi.
|
Selamat mendarat di KLIA2 |
CATATAN PERJALANAN LANGKAWI (2019):