Monday, 16 September 2019

2019 LANGKAWI BHG. 06 (MARDI)

September 2019

LANGKAWI, MALAYSIA

Bahagian 6: Langkawi Tour 1
MARDI AGROTECHNOLOGY PARK

HARI KEDUA (4)

Part 15: MARDI Agrotechnology Park

Oleh kerana ombak kuat, bot Mangrove Tour tak dapat mendarat di Pantai Tanjung Rhu mengikut perancangan. Kami diturunkan di sebuah jeti perikanan yang berhampiran. Terpaksalah kami menghubungi Tour Guide bagi Island Tour kami untuk menjemput kami di sini.

Tour Guide bagi Island Tour kami adalah seorang lelaki berketurunan Cina yang bernama Uncle Kent. Dia adalah bekas seorang pegawai kerajaan yang pernah berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Uncle Kent juga sangat fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dengan loghat Kedah.

Memulakan Island Tour dengan Uncle Kent
Oleh kerana tema percutian kami di Langkawi kali ini adalah Eco Tour, kami memilih untuk melawat ke MARDI Agrotechnology Park.

Perjalanan menuju ke MARDI Agrotechnology Park
MARDI Agrotechnology Park adalah sebuah stesen penyelidikan pertanian milik MARDI yang juga dibuka untuk kunjungan pelawat. Ia terletak di kaki Gunung Raya, gunung yang tertinggi di Langkawi.

Arah ke Gunung Raya
Kata Uncle Kent, kalau nak hiking memanjat ke Gunung Raya, ada 1,000 anak tangga yang boleh didaki dari Kampung Buku ini.
MARDI Agrotechnology Park terletak di kaki Gunung Raya
MARDI Agrotechnology Park di Langkawi dibuka pada tahun 2005. Ia adalah pusat penyelidikan pertanian buah-buahan dan sayuran tempatan.

Pintu Masuk ke MARDI Agrotechnology Park
Selamat Datang
Tangga naik ke Kaunter Tiket
Ada tiket berharga RM10 dikenakan untuk pelawat masuk ke sini. Tiket ini turut termasuk Guided Tour dan buffet buah-buahan di dalam pusat penyelidikan ini.

Tiket masuk ke MARDI Agrotechnology Park
Oleh kerana tempat ini adalah sebuah stesen penyelidikan, pelawat tak boleh merayau sesuka hati di dalamnya. Kalau dibenarkan berbuat begitu, boleh hancur semua tanaman dan hasil penyelidikan yang dijalankan. Oleh yang demikian, ada kenderaan khas Farm Shuttle yang disediakan oleh pihak MARDI untuk membawa pengunjung melawat di sekitar kawasan.

Berjalan ke tempat Farm Shuttle
Tempat Menunggu Farm Shuttle
Kenderaan Lawatan Ladang
Pemandangan berhampiran tempat menunggu Farm Shuttle
Landskap yang menarik
Meninjau jualan cenderamata kristal di tempat menunggu Farm Shuttle
Keychain yang dibuat dari Kristal Langkawi
Peta kawasan ladang
Penerangan mengenai buah-buahan tempatan yang terdapat di ladang ini.
Tempat menunggu Farm Shuttle
Sambil menunggu Farm Shuttle tiba, kita tengok dulu suasana di sekitar...

Kenderaan Farm Shuttle bergerak bersilih-ganti dalam satu pusingan. Waktu kami tiba ia tengah membuat satu pusingan. Jadi terpaksalah kita menunggu sebentar.

Setiap Farm Shuttle boleh membawa maksima 12 orang penumpang. Turut bersama di dalam Farm Shuttle kami adalah sekeluarga Melayu dan satu pasangan Arab.

Farm Shuttle dah tiba...
Jom kita naik Farm Shuttle
Posing dalam Farm Shuttle
Farm Shuttle mula bergerak
Farm Shuttle akan membawa kita mengelilingi dusun buah-buahan yang terdapat di sini. Di tempat-tempat tertentu kita akan dibawa turun untuk melawat dengan lebih dekat dan diberi penerangan tentang tanaman yang berkenaan. Disebabkan ramai orang Arab yang berkunjung ke sini, kagum kita melihat pekerja-pekerja MARDI di sini boleh bertutur dalam Bahasa Arab memberi penerangan kepada mereka.

Ladang Manggis
Penunjuk arah
Masih Ladang Manggis
Kolam
Pemandangan kolam dari sudut lain
Taman Buah-buahan
Ladang Limau Bali
Penerangan tentang Limau Bali
Pomelo (Limau Bali)
Mangga
Laluan di lereng bukit
Ladang Buah-Buahan MARDI
Jambu Batu
Rambutan
Belimbing
Jalan Semilang 6
Farm Shuttle akan membuat persinggahan di sebuah kafetaria di tengah ladang. Di sini, penumpang dijemput turun untuk menikmati buffet buah-buahan tempatan yang disediakan secara percuma.

Kafetaria di tengah ladang
Penumpang Farm Shuttle dijemput turun untuk menikmati buffet buah-buahan percuma di sini.
Kafe ini cantik dan bersih
Kenderaan Farm Shuttle membuat perhentian di Kafe
Jemput masuk ke dalam...
Tumbuhan untuk perhiasan
Pemandangan di dalam kafetaria
Buffet yang disediakan terdiri dari buah-buahan tempatan seperti mangga, tembikai, langsat, rambutan dan nenas. Buah-buahannya segar dan sedap. Kalau kena musimnya, mungkin durian juga turut dihidangkan.

Buffet Buah-buahan
Buah-buahan yang dihidang berasal dari ladang ini sendiri
Menikmati buah-buahan tempatan
Walaupun buah-buahan dihidang percuma, minuman kena dibeli.
Husband cukup suka sebab rambutan yang dihidangkan dalam buffet dah dikopek kulitnya. Senang nak makan.
Lepas makan buah-buahan percuma, kita buat Fun Photography pula di belakang kafe. Staff MARDI akan membantu kita mengambil gambar-gambar menarik dengan bermotifkan buah-buahan.

I Love MARDI Langkawi
Bagaimana caranya gambar ini diambil ?
Begini caranya... Pegang buah nenas sambil ambil gambar kita kat belakang. Memang hebat skill staff di sini buat Fun Photography.
Lepas dah kenyang makan buah, kita teruskan lagi Farm Tour dengan menaiki Farm Shuttle.

Pisang
Penerangan tentang Durian
Ladang Durian
Pokok Mangga
Penerangan tentang Mangga
Kemudian kita buat Fun Stop dekat Ladang Nangka untuk bergambar dengan Mr. Jackfruit. Tak macam Orang Melayu, Orang Arab tak suka bergambar. Jadi kita dera mereka menunggu kita habis bergambar dengan berbagai-bagai gaya kat sini.

Nangka
Ehh, apa tu ?
Mr. Jackfruit
Husband dah terkena Sumpahan Mahsuri menjadi Mr. Jackfruit.
Kita pun terkena juga sumpahan menjadi Mrs. Jackfruit.
Shukran View
Kemudian kita dibawa pula melawat ke ladang tanaman anggur. Pokok anggur di sini ditanam dengan menggunakan teknik hidroponik.

Rumah Hijau untuk tanaman anggur
Penerangan tentang anggur yang ditanam
Masuk ke dalam Rumah Anggur
Teringat kat pemandangan ladang anggur yang pernah kami lawat di Lake Kawaguchi di Jepun dulu bila melangkah masuk ke sini.
Anggur
Anggur hijau yang sedang meranum
Grapevine
Aaa... nak makan !!!
Meninggalkan Ladang Anggur
Kemudian kami dibawa melawat pula ke ladang sayuran yang berteknologi tinggi. Farm Shuttle kami membuat perhentian di ladang kundur.

Ladang Kundur berteknologi tinggi
Pemandangan ladang dari luar
Pemandangan di dalam ladang
Melawat Ladang Kundur
Buah Kundur (Ash Gourd) adalah sebenarnya pokok menjalar yang ditanam bagi buahnya yang besar dan dimakan sebagai sayuran. Buah kundur berbulu semasa putik. Apabila matang ia kehilangan bulu dan membentuk lapisan berlilin yang memberikan namanya Labu Berlilin (Wax Gourd). Lilin ini memberikan hayat simpanan yang panjang kepada Buah Kundur dan mampu membesar sehingga sepanjang 1-2 meter. 

Tanaman Kundur moden di sini dibuat secara tergantung. Kalau dalam kaedah tradisional, buah ini ditanam menjalar di atas tanah.
Bergambar di dalam Ladang Kundur
Cakkk!!
Buah Kundur
Persinggahan terakhir adalah di Kolam Ternakan Ikan. Di sini semua pengunjung boleh memberi makan kepada ikan yang dibela di dalam kolam. Makanan ikan ini juga diberi kepada kita secara percuma.

Kolam Ternakan Ikan
Makanan ikan yang diberi percuma
Memberi ikan makan
Aktiviti yang sesuai untuk sekeluarga
Ikan di dalam kolam
Garang je rupa masing-masing bila berebut makanan
Air Terjun buatan
Teratai
Bergambar di atas jambatan
Posing lagi di atas jambatan
Selepas masing-masing dah puas memberi ikan makan, kita akan dibawa pulang ke pangkal jalan. Dalam perjalanan pulang ini, kita akan melalui kebun nenas.

Nenas
Kebun Nenas
Ladang Kelapa
Kembali ke Pangkal Jalan
Tiba di Pangkal Jalan
Husband bergambar kenangan dengan pemandu Farm Shuttle kami yang bernama Nizwan.
Seperti juga di Tourist Attractions yang lain, kita akan dipaksa lalu Kedai Cenderamata sebelum keluar dari sini...

Kedai Souvenir
Agro Bazaar
Uncle Kent menanti bersama van yang membawa kami membuat Island Tour


 Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN LANGKAWI (2019):