September 2019
LANGKAWI, MALAYSIA
Bahagian 8: Langkawi Tour 3
GUNUNG RAYA, BUFFALO PARK & NUSANTARA GAMAT
HARI KETIGA (1)
Part 20: Gunung Raya
Tema percutian pada Hari Ketiga kami di Langkawi ialah Cultural Langkawi. Kami bercadang untuk melawat ke beberapa destinasi di Langkawi yang kurang dilawati oleh pengunjung biasa. Kerana itulah Cable Car Langkawi di Gunung Machinchang tak termasuk dalam itinerari kami. Tapi ada jugalah beberapa destinasi popular yang tetap nak dilawat.
|
Good Morning, Langkawi ! |
|
Breakfast |
Tepat pukul 9 pagi, Uncle Kent datang menjemput kami di Bayview Hotel.
|
Uncle Kent datang menjemput. |
Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Gunung Raya. Gunung yang mempunyai ketinggian 881 meter ini adalah gunung yang tertinggi di Langkawi.
|
Pagi yang tenang di Langkawi |
Pulau Langkawi sangat tenang. Tak ada traffic jam pun di sana. Kata Uncle Kent, kalau ada traffic jam di Langkawi, itu bermakna matahari dah terbit dari barat. Hahaha, pandai betul Uncle Kent ni!
|
Kata Uncle Kent, kalau ada traffic jam di Langkawi, itu bermakna matahari dah terbit dari barat. |
|
Machinchang Cambrian Geoforest Park adalah sebuah lagi komponen Geopark di Langkawi. Cable Car yang famous itu terletak di sana. |
Ada jalan dibina sehingga ke puncak Gunung Raya. Gunung ini walau bagaimanapun jarang dikunjungi pelawat kerana satu ketika dulu ia adalah kawasan larangan. Orang Putih dan orang-orang tempatan yang suka buat hiking saja yang selalu datang ke sini, kata Uncle Kent.
|
Jalan naik ke Gunung Raya |
|
Kalau dah jalan mendaki gunung, mestilah bengkang-bengkok. |
|
Semakin naik ke atas, jalan semakin kecil. |
|
Menghampiri Puncak Gunung Raya |
|
Pekerja-pekerja di Gunung Raya |
|
Puncak Gunung Raya |
Scary juga pemandangan di puncak Gunung Raya ni. Di sini ada sebuah bangunan yang dulu digunakan untuk Mesyuarat Kabinet sewaktu pemerintahan Tun Mahathir sebagai PM kali pertama dulu. Mesyuarat-mesyuarat Kabinet akan diadakan di sini sewaktu LIMA berlangsung. Tapi bangunan ini macam dah tak digunakan lagi. Di sebelahnya pula ada sebuah bangunan yang masih digunakan sebagai Pejabat Astro. Dulu di kawasan ini juga ada satellite dish milik Astro yang sekarang telah dipindahkan ke Gombak.
Di bahagian bawah sikit ada sebuah Tea House yang juga telah ditutup. Tak dapat sambutan agaknya. Kata Uncle Kent, masa Tea House ini dibuka dulu, kita boleh nampak pemandangan Cable Car Langkawi sewaktu minum-minum di sini.
|
Pejabat Astro |
|
Bangunan Kerajaan yang tak lagi digunakan |
|
Husband dan Uncle Kent |
Bila baca kat internet, orang selalu tulis yang pemandangan dari Gunung Raya sangat cantik. Itu kalau datang pada masa cuaca cantiklah, kan? Masa kami di sana cuaca sangat berkabus. Tak nampak langsung pemandangan cantik yang dikatakan.
|
Papan keterangan mengenai Langkawi Geopark di Gunung Raya |
|
Menikmati pemandangan yang berkabus di Gunung Raya |
|
Posing kat Gunung Raya |
|
Jalan naik ke Gunung Raya |
|
Tea House |
Kami tak spend masa yang lama di Gunung Raya lalu turun ke bawah. Dalam perjalanan turun, Uncle Kent bercerita yang pemandu teksi selalunya tak mahu naik ke Gunung Raya kerana tempat ini dikatakan ada 'penghuni lain'. Malah seluruh Pulau Langkawi dikatakan ada cerita-cerita mistik. Seram juga kita dengar. Tapi terasa juga betapa remote dan jarangnya Pulau Langkawi ini dikunjungi pelawat pada satu ketika dulu. Itulah sebabnya ada banyak cerita-cerita begitu.
|
Perjalanan turun ke bawah |
Di pertengahan jalan turun, kami singgah di sebuah View Point. Tapi kat sini pun banyak kabus. Uncle Kent suspect yang 'kabus' ini adalah sebenarnya jerebu kerana pada level ini tak sepatutnya ada kabus.
|
View Point di pertengahan Gunung Raya |
|
Papan keterangan mengenai Batu Granit di Gunung Raya |
Pulau Langkawi penuh lagenda. Di sini kita mendengar cerita dari Uncle Kent tentang kisah lagenda 2 orang gergasi yang bernama Mat Raya dan Mat Chinchang. Anak Mat Raya berkahwin dengan anak Mat Chinchang tetapi mereka berdua bergaduh pada majlis perkahwinan tersebut sehingga kedua-duanya disumpah menjadi Gunung Raya dan Gunung Machinchang. Seorang gergasi lain bernama Mat Sawar yang cuba mendamaikan mereka juga bertukar menjadi Gunung Sawar yang terletak di antara Gunung Raya dan Gunung Machinchang.
|
Mendengar cerita dari Uncle Kent tentang lagenda Langkawi |
|
Tangga Helang Seribu Kenangan ini adalah laluan tangga pendakian dari Kampung Buku ke Gunung Raya |
|
Inilah rupa Tangga Helang Seribu Kenangan itu. |
|
Bergerak turun semula |
|
Pemandangan dalam perjalanan turun |
|
Mata air kecil di tepi gunung |
|
Selamat tiba kembali ke bawah |
Part 21: Buffalo Park
Dari Gunung Raya, kami bergerak ke destinasi lawatan yang seterusnya, Buffalo Park yang terletak di kawasan Ulu Melaka.
|
Menuju ke Ulu Melaka |
|
Ulu Melaka |
Ketika melalui sebuah kawasan sawah padi, kami singgah sebentar untuk menikmati pemandangan. Kami diberitahu, tak seperti kawasan penanaman padi yang lain di Malaysia, penanaman padi di Langkawi sangat bergantung kepada hujan. Ini adalah kerana di pulau ini tidak ada sistem pengairan tanaman seperti di tempat lain.
|
Pemandangan sawah padi yang cantik |
|
Singgah di kawasan penanaman padi |
|
Lembu dan Bangau di tengah sawah padi |
|
Kerbau |
|
Pemandangan dekat Pokok Padi |
Satu ketika dahulu, Langkawi adalah pusat penternakan kerbau yang terbesar di Malaysia. Namun begitu, industri penternakan kerbau ini mengalami kemerosotan selepas Langkawi diberikan status Pulau Bebas Cukai. Oleh yang demikian, Buffalo Park telah dibuka pada tahun 2007 untuk mengembalikan kegemilangan Langkawi dalam industri penternakan kerbau.
|
Laluan masuk ke Buffalo Park |
|
Tiba di Buffalo Park |
|
Buffalo Park, Langkawi |
|
Kafetaria di Buffalo Park |
|
Kandang Kerbau |
Buffalo Park kini diuruskan oleh sebuah syarikat swasta. Ada tiket RM5 dikenakan untuk melawat ke sini dan ada seorang Local Guide yang akan menemani dan memberi penerangan kepada kita tentang kerbau yang dibela di sini.
|
Membeli Tiket Masuk ke Buffalo Park |
|
Mendengar penerangan tentang sejarah penubuhan Buffalo Park Langkawi |
Selain menternak dan menghasilkan daging kerbau, Buffalo Park juga mempunyai industri pembuatan keju dari susu kerbau. Keju dari susu kerbau ini dihantar ke resort-resort terkemuka di Langkawi seperti Datai dan Andaman. Baguslah resort-resort ini membantu menyokong industri tempatan ini.
Kami juga ditunjukkan tempat pemprosesan keju tapi tak ada proses pembuatan keju berlangsung ketika itu. Myself perhatikan bilik pemprosesan keju ini setanding dengan yang pernah kami lihat di Zaanse Schaans di Netherlands dulu. Kata Kakak Guide kepada kami, 6kg susu kerbau diperlukan untuk menghasilkan 1 kg keju.
|
Bilik Pemprosesan Keju Kerbau |
Kemudian kami dibawa melawat ke Kandang Kerbau. Ada 49 ekor kerbau yang diternak di sini tetapi kami silap timing tiba kerana kerbau-kerbau dah keluar untuk pergi berkubang.
|
Kawasan Kandang Kerbau |
Kata Kakak Guide di sini, kerbau-kerbau akan keluar berkubang pada waktu yang spesifik setiap hari. Kalau mereka tak dibenarkan keluar berkubang, mereka akan bising dan gelisah. Berkubang adalah cara kerbau untuk menjaga kecantikan diri. Proses berkubang juga sangat diperlukan oleh kerbau untuk menjaga kulit mereka dari mengalami kegatalan.
Tak seperti lembu, kerbau adalah haiwan yang cerdik. Mereka pandai menjaga diri dan tak perlu dikawal sentiasa. Kerbau di sini misalnya akan keluar dari kandang untuk berkubang pada pukul 10 pagi. Walau ke mana mereka pergi untuk berkubang, mereka akan pulang sendiri ke kandang sekitar pukul 2 petang setiap hari.
|
Hand Feeding Activity |
|
Mengikut Kakak Guide ke Kandang Kerbau |
Mujurlah ada 4 ekor kerbau yang tak keluar berkubang hari itu. Jadi dapatlah juga kami membuat Hand Feeding Activity. Kerbau di sini diberi makan sejenis rumput bernama Napier Leaf atau Pakchong yang pada asalnya diimport dari Thailand.
|
Makanan untuk kerbau |
|
Napier Leaf |
Semua kerbau di Buffalo Park ada nama masing-masing. Tapi canggihlah sebab semuanya pakai nama Orang Putih. Kerbau yang kami temui di sini bernama Tony, Rollo dan Marcus. Ada seekor saja yang diberi nama Maryam sebab dia lahir pada Hari Krismas. Patut panggillah dia Mary, kan?
|
Kerbau yang ini bernama Tony |
|
Husband memberi makan kepada Tony |
|
Bermesra dengan Tony |
Kita boleh memegang dan menggosok kerbau yang ada di Buffalo Park kerana kerbau-kerbau di sini dah biasa mendapat pelawat. Tapi jangan cuba pegang kerbau yang dijumpa di tepi jalan atau di tempat-tempat lain. Ini adalah kerana kerbau hanya akan menghormati tuannya sahaja dan akan bersikap garang pada orang yang mereka tak kenal.
|
Tony bermanja dengan Husband |
|
Kita pun nak bermesra dengan Tony |
|
Anak-anak kerbau |
|
Marcus, Maryam dan Rollo |
|
Kandang Kerbau yang dijaga bersih |
Sebelum meninggalkan Buffalo Park, kami singgah dulu di kafetaria untuk mencuba produk kerbau dari sini. Ada berbagai menu makanan dan ais kerim yang disediakan. Kami hanya mencuba Cheese Bread dengan Ais Kerim. Memang sedap!
|
Kafetaria di Buffalo Park |
|
Pelbagai menu dari produk kerbau yang disediakan |
|
Buffalo Milk Ice Cream juga adalah hidangan istimewa di sini |
|
Pelbagai perisa ais kerim dari susu kerbau |
|
Sedap ! |
|
Cheese Bread dengan Keju Susu Kerbau yang juga sangat sedap |
|
Napier Leaf yang ditanam di tepi Buffalo Park untuk makanan kerbau |
|
Pemandangan dekat Napier Leaf |
Part 22: Nusantara Gamat
Oleh kerana Langkawi terkenal dengan penghasilan ubat tradisional yang dibuat dari Gamat, kita turut mengambil kesempatan untuk berkunjung ke Nusantara Gamat. Terima kasih kat Uncle Kent kerana sudi membawa kami ke sini walaupun persinggahan ke sini sebenarnya tak ada dalam itinerari.
|
Perusahaan Gamat Nusantara |
|
Nama sebenar perusahaan gamat ini ialah Nusantara Maju Enterprise |
|
Botol Gamat Gergasi di depan Nusantara Gamat |
|
Ada iklan gamat yang kami temui berkata: Don't leave home without it... Setaraf tu dengan kad American Express! |
Sebelum masuk ke tempat jualan gamat, kita melawat dulu ke Tempat Memasak Minyak Gamat. Bila gamat asli dimasak selama 3 hari, ia akan menghasilkan Minyak Gamat yang boleh digunakan untuk mengubat luka dan berbagai penyakit lain.
|
Tempat Memasak Minyak Gamat |
|
Pintu Masuk ke Tempat Memasak Minyak Gamat |
Dalam Tempat Memasak Minyak Gamat ini, cuma ada dua kawah kuali besar yang sedang mendidih. Tak ada sesiapa pun yang bertugas di situ ketika itu. Teringin juga nak celup jari ke dalam minyak gamat yang tengah mendidih ini sebab Myself pernah terbaca yang jari kita tak akan melecur atau cedera jika berbuat begitu. Tapi tak berani juga kita nak cuba sebab tak ada seorang staff pun di situ yang boleh mengesahkan cerita itu. Lagipun ada signboard di situ yang melarang kita buat begitu. Mungkin untuk menjaga ketulenan minyak yang dihasilkan.
|
Proses Memasak Minyak Gamat |
|
Teringin juga nak cuba celup jari ke dalam Minyak Gamat yang tengah mendidih ini... |
|
... tapi tak jadi bila terbaca larangan ini. |
Proses memasak Minyak Gamat ini dibuat menggunakan kayu api. Tak tahu apa jenis kayu yang digunakan. Teringat yang kami juga pernah melihat bagaimana daun teh disalai dengan menggunakan kayu api di Sri Lanka untuk mengekalkan keaslian aromanya. Mungkin penggunaan kayu api di sini juga begitu.
|
Minyak Gamat dibakar menggunakan kayu api |
|
Bara kayu api |
|
Kayu api yang digunakan untuk memasak Minyak Gamat |
Kemudian kita beredar ke pusat jualan produk gamat. Di luar pusat ini, ada pameran kecil mengenai bahan-bahan asli yang digunakan dalam produk gamat.
|
Pusat Jualan Gamat |
|
Uncle Kent mengambil kesempatan makan Nasi Lemak di sini |
Gamat adalah sejenis Timun Laut yang sangat banyak terdapat di Langkawi pada masa dahulu. Bila dikerat dua, badan gamat boleh bercantum kembali dengan syarat mereka berada di dalam air laut. Kelebihan yang dimiliki oleh gamat inilah yang menyebabkan ia sangat dipercayai dalam pengubatan luka dan penyakit-penyakit dalaman. Malangnya, populasi gamat di Langkawi kini dah semakin berkurangan sehingga menyebabkan pengusaha gamat di Langkawi perlu mengimport gamat dari Thailand.
|
Pameran mengenai ramuan tradisional yang digunakan untuk menghasilkan Minyak Gamat |
|
Ibu Gamat |
|
Pandangan dekat Ibu Gamat |
|
Ramuan-ramuan asli yang digunakan dalam produk-produk gamat |
|
Pelbagai jenis akar kayu dan herba yang turut digunakan dalam pengubatan gamat |
Antara yang kami cari ialah sabun gamat. Tapi malangnya sabun gamat dah kehabisan stok sebab ramai yang memborongnya kerana sabun ini sangat bagus untuk pengubatan penyakit dan kecantikan kulit. Kata staff di sini, mungkin 2 minggu lagi baru stok sabun dapat replenish. Aduh, kecewa!! Tak lawalah kulit kita macam ni!
|
Pelbagai barangan gamat untuk jualan |
|
Pelbagai produk kecantikan berasaskan gamat |
|
Pelbagai jenis sabun ada di sini tetapi sabun yang dicari dah kehabisan stok! |
Bersambung ke Bahagian 9...
CATATAN PERJALANAN LANGKAWI (2019):