September 2019
LANGKAWI, MALAYSIA
Bahagian 5: Kilim Karst Eco Mangrove Tour 3
BAT CAVE & ANDAMAN SEA
HARI KEDUA (3)
Part 13: Bat Cave
Destinasi terakhir dalam Kilim Karst Eco Mangrove Tour ini adalah Bat Cave atau Gua Kelawar.
|
Menikmati keindahan pemandangan paya bakau |
|
Uncle dan Auntie Mat Salleh yang datang dari London |
|
Membelah sungai menuju ke Bat Cave |
|
Fish Farm |
Dalam perjalanan ke Gua Kelawar kami melintasi Kilim Jetty yang merupakan sebuah lagi tapak permulaan bagi Kilim Mangrove Tour. Kebanyakan pakej Mangrove Tour yang singkat bermula dari sini.
|
Kilim Jetty |
|
Bot-bot Mangrove Tour yang memulakan perjalanan dari Kilim Jetty |
Kami juga melihat banyak bot persendirian yang berlabuh di kawasan ini. Kata Ash ramai pemilik bot yang memilih untuk berbuat begitu kerana sewa meletakkan bot di sini jauh lebih murah dari meletakkan bot di Marina.
|
Bot-bot persendirian berhampiran Kilim Jetty |
|
Ramai pemilik bot yang parking di sini kerana sewanya lebih murah berbanding dengan parking di Marina |
|
Menuju ke Bat Cave |
|
Bot-bot Mangrove Tour |
|
Tiba di Gua Kelawar |
|
Gua Kelawar |
Tiket masuk ke Gua Kelawar tidak termasuk sebahagian kos pakej Mangrove Tour. Semua pengunjung perlu membayar sendiri tiket masuk yang hanya berharga RM2 seorang. Torchlight juga disediakan untuk disewa pada harga RM1 sebuah.
|
Jeti di luar Gua Kelawar |
|
Pemandangan di depan pintu masuk ke Gua Kelawar. Tiket perlu dibeli di sini. |
|
Berjalan menuju ke pintu gua |
|
Pokok bakau di luar pintu gua |
|
Jom kita jalan ke sana... |
|
Peraturan melawat ke Gua Kelawar |
|
Kera di pokok bakau |
|
Torchlight yang disewa dengan harga RM1 |
|
Jom jalan lagi ke depan... |
|
Ash memberi penerangan tentang Gua Kelawar |
|
Peta Gua Kelawar |
Gua Kelawar berusia lebih dari 400 juta tahun dan hanya boleh dilawati menggunakan laluan sungai. Seperti namanya, ia dihuni oleh beribu-ribu ekor kelawar yang merupakan satu-satunya spesis mamalia di muka bumi yang boleh terbang.
|
Masuk ke dalam Gua Kelawar |
|
Formasi batuan yang dinamakan Tiang Purba |
|
Keterangan mengenai Tiang Purba |
Kelawar adalah haiwan ciptaan Tuhan yang sangat bermanfaat kepada manusia. Kelawar pemakan buah-buahan berfungsi sebagai agen pendebungaan dan penyebaran biji benih bagi buah-buahan seperti mangga, pisang, ara dan sebagainya. Di Malaysia, kelawar juga adalah agen pendebungaan utama bagi pokok durian dan petai.
Sesetengah kelawar pemakan serangga pula berfungsi sebagai agen kawalan biologi bagi serangga pemusnah dan pembawa penyakit seperti nyamuk. Walaupun begitu, kelawar juga adalah agen pembawa penyakit anjing gila. Oleh yang demikian, jangan sesekali menyentuh kelawar kerana ia sebenarnya merbahaya.
|
Tangga turun ke dalam gua |
|
Pemandangan di dalam gua |
Gua Kelawar tidak besar namun seperti di gua lain, suasana di dalamnya sangat gelap. Hanya bila kita menyuluh ke dinding gua barulah kelihatan penghuninya yang tidur bergantungan di dinding gua pada siang hari begini.
|
Kelawar |
|
Walaupun gua ini kecil, ada beribu-ribu kelawar tinggal di dalamnya |
|
Tidur lena bergantungan pada dinding |
|
Sebahagian dari beribu-ribu ekor kelawar |
|
Scary juga rupa kelawar ini sebab mereka sering dikaitkan dengan Vampire dalam cerita Orang Putih. |
|
Pemandangan lebih dekat kelawar yang tengah tidur bergantung |
|
Torchlight yang disewa memang sangat berguna kalau nak melihat kelawar |
|
Kelawar yang disuluh dengan Torchlight |
|
Pintu keluar dari gua |
|
Laluan keluar dari gua |
|
Pemandangan di luar gua |
|
Paya bakau dan Stalagtite |
|
Keterangan tentang pembentukan gua |
|
Sebuah lagi Tiang Purba |
|
Pemandangan stalagtite dari bawah |
Hutan bakau di sekeliling Gua Kelawar dihuni oleh sekumpulan kera. Kera-kera di sini agresif, jadi kita dinasihatkan supaya tidak menyentuh mereka dan menjaga beg serta harta-benda yang dibawa dengan cermat supaya tidak dicuri mereka.
|
Hutan bakau |
|
Pokok bakau |
Hutan bakau sering berbau busuk kerana sampah dari laut sering terperangkap di tengah-tengah hutan bakau. Namun demikian hutan bakau di sini agak bersih kerana terdapat program gotong-royong mengutip sampah yang terperangkap yang kerap dilaksanakan oleh persatuan-persatuan pencinta alam sekitar.
|
Keterangan tentang Hutan Bakau |
|
Larangan bermesra dengan monyet |
|
Mangrove Walk di luar Gua Kelawar |
Di Mangrove Walk di luar Gua Kelawar pula kami diperkenalkan dengan sejenis pokok bakau yang dipanggil Bakau Api-Api. Kena berhati-hati sikit dengan pokok ini kerana ia mengeluarkan getah yang menyebabkan kulit gatal. Kalau getah ini terkena mata, ia boleh menyebabkan buta. Kalau termakan pula, ia akan menyebabkan keracunan tapi selalunya keracunan perut ini boleh sembuh dengan meminum air kelapa muda.
|
Ash bercerita tentang Bakau Api-Api |
|
Menunjukkan getah dari daun Bakau Api-Api yang menyebabkan keracunan |
|
Sambil mendengar penerangan dari Ash, liar je mata kami mengawasi monyet yang memerhati. |
|
Awas! Anda sedang diperhatikan! |
|
Monyet dengan peminat |
|
Monyet yang ramai peminat |
Selepas itu, kami diberikan sedikit masa untuk menikmati keindahan hutan bakau di sekitar.
|
Laluan pejalan kaki Mangrove Walk |
|
Akar Pokok Bakau tumbuh ke atas permukaan lumpur untuk bernafas. |
|
Kaedah unik pernafasan akar Pokok Bakau ini dinamakan Pneumatophore |
|
Laluan pejalan kaki dibina tanpa mengusik suasana semulajadi pokok-pokok bakau |
|
Suasana yang tenang dan damai |
|
Bergambar di tengah hutan bakau |
|
Pokok Bakau yang menjulang tinggi sehingga mencapai ketinggian 15 meter |
|
Keterangan tentang Pokok Bogak yang banyak terdapat di kawasan ini. Pokok ini dikatakan telah wujud sebelum zaman dinosaur lagi. Kerana itulah ia digelar Fosil Yang Hidup (Living Fossil) |
Batuan di permukaan gua di sini juga unik kerana ia tumbuh menyerong mencari cahaya matahari. Ini adalah kerana pembentukan stalagtite dan stalagmite di sini dipengaruhi oleh kehadiran alga yang memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanan melalui proses fotosintesis.
|
Batuan yang bengkok mencari cahaya |
|
Keterangan tentang batuan yang bengkok mencari cahaya |
|
Pemandangan lebih dekat batuan yang bengkok mencari cahaya |
|
Kisah tentang Sang Air sebagai Pengukir Gua Yang Sabar. |
Satu pengalaman istimewa menanti di penghujung lawatan ke Gua Kelawar. Disebabkan ketika itu air sedang pasang tinggi, laluan keluar yang melalui sebuah gua lain di tepi sungai tenggelam dengan air. Oleh itu, kita terpaksa mengharung air untuk melaluinya. Di sinilah kasut Crocs yang berlubang-lubang yang kita pakai menjadi sangat berjasa.
|
Bergambar dengan Ash di permulaan laluan keluar yang dah ditenggelam air pasang. |
|
Torchlight
yang disewa juga sangat membantu di sini. |
|
Scary tak rupa muka kita kena suluh dengan Torchlight? |
|
Suspen juga lalu di sini sebab aras airnya agak tinggi sehingga hampir mencecah lutut. |
|
Sebahagian bumbung gua agak
rendah sehingga kita perlu menundukkan kepala ketika melaluinya. |
|
Laluan pejalan kaki yang tenggelam di dalam air |
Selain suspen dengan aras air yang agak tinggi, kita okey saja mengharung air dalam gua. Tapi Husband kata dia terasa ada benda yang menggesel kat kakinya sewaktu lalu dalam air di gua itu. Uncle Mat Salleh dari England yang sekumpulan dengan kami pun merasakan pengalaman yang sama. Tak tahu apa benda yang menggesel kat kaki mereka itu sebab gelap. Ular Air ke Biawak?! Geli dan seram bila memikirkannya.
|
Husband bergambar dalam gua |
|
Beramai-ramai mengharung air dalam gua |
|
Penghujung laluan di sana |
|
Semakin tabah mengharung air |
|
Semakin hampir tiba ke hujung |
|
Tinggi wohh air yang kena diharung ! |
|
Berjaya mengharung air sampai ke penghujung |
|
Senyuman gembira bila sampai ke penghujung |
|
Posing dulu sebelum naik semula ke darat |
Memang satu pengalaman yang unik dan menyeronokkan mengharung air untuk keluar dari Gua Kelawar. Kalau tak rela kebasahan macam kami, boleh saja berpatah balik dan keluar menerusi gua yang penuh dengan kelawar yang tidur bergantungan tadi.
|
Berjalan kembali mendapatkan bot |
Part 14: Lunch Di Floating Restaurant
Bila kembali ke bot, kami dapati ada Life Vest telah diletakkan di atas setiap tempat duduk. Bermula dari sekarang, pemakaian Life Vest adalah diwajibkan kerana kami akan melalui lautan luas Andaman Sea untuk kembali ke Tanjung Rhu.
|
Bersiap-sedia untuk meninggalkan Gua Kelawar |
|
Pemakaian Life Vest diwajibkan bermula sekarang kerana kami akan melalui laut luas. |
|
Melalui semula Kilim Jetty |
|
Meninggalkan kawasan sungai |
|
Tiba di laut lepas |
Sebaik tiba di Laut Andaman, kita akan dapat melihat tulisan Kilim Geoforest Park yang menjadi highlight dalam tour ini.
|
Kilim Geoforest Park |
|
Bot Mangrove Tour lain berhampiran tulisan Kilim Geoforest Park |
|
Kenangan di Kilim Geoforest Park |
Selepas itu bot kami meluncur laju membelah ombak di Laut Andaman. Disebabkan air sedang pasang dan ombak agak kuat, terlambung-lambung kita di dalam bot sepanjang perjalanan. "Butt Massage!" kata Ash.
|
Menuju ke laut lepas |
|
Pulau besar yang kelihatan di seberang sana adalah Turatao milik negara Thailand |
|
Bot bergerak laju membelah Laut Andaman |
|
Pemandangan dari dalam bot |
|
Hampir tiba di seberang sana |
|
Pemandangan lautan lepas dari kuala sungai |
|
Tiba di kawasan Fish Farm |
Kami kembali semula ke Fish Farm yang kami singgahi di awal lawatan untuk makan tengahari. Memang efisien perjalanan Tour ini kerana makanan telah siap dimasak sewaktu kami tiba.
|
Singgah semula di Fish Farm untuk makan tengahari |
|
Makanan dah siap dimasak sewaktu kami tiba. Cuma tunggu untuk disajikan saja. |
|
Tomyam Sayur yang sedap sebagai Pembuka Selera |
|
Set Makanan Tengahari yang standard |
Selepas makan tengahari, kami diberi sedikit masa untuk menggunakan tandas dan berjalan-berjalan di sekitar Fish Farm.
|
Bersiar-siar di pelantar Fish Farm |
|
Bermesra dengan Stingray |
|
Kembali ke Tanjung Rhu |
Selepas makan tengahari, kami sepatutnya dihantar balik ke Pantai Tanjung Rhu di mana kami memulakan tour tadi. Namun demikian disebabkan ombak besar, bot tak dapat nak mendarat di sana. Jadi kami diturunkan di sebuah jeti perikanan berhampiran Pantai Tanjung Rhu.
Memang seronok membuat Kilim Karst Eco Mangrove Tour ini. Ia memberi kita perspektif tentang Langkawi dari kaca mata pencinta alam macam Orang Putih yang gemarkan adventure begini. Walaupun harganya mahal, memang bangga dan bersyukur melihat betapa istimewanya kurniaan Tuhan kepada negara kita. Syabas kepada pengendali tour ini, Island Adventure yang memang perkhidmatan mereka sangat World Class!
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN LANGKAWI (2019):