Thursday, 19 September 2019

2019 LANGKAWI BHG. 09 (Makam Mahsuri)

September 2019

LANGKAWI, MALAYSIA

Bahagian 9: Langkawi Tour 4
MAKAM MAHSURI

HARI KETIGA (2)

Part 23: Lagenda Sumpahan Mahsuri 

Kita ulang balik kisah Lagenda Mahsuri yang dipelajari masa di sekolah dulu...

Kira-kira dua abad dahulu, di sebuah kampung yang terletak di Mukim Ulu Melaka di Langkawi tinggal sepasang suami isteri yang bernama Pandak Mayah dan Mak Andak Alang. Pasangan miskin ini mencari sumber rezeki dengan bertani. Namun nasib mereka mula berubah selepas Pandak Mayah mencari kerbaunya yang hilang. 

Ketika itu hujan lebat. Pandak Mayah singgah sebentar di sebuah pondok lama untuk berteduh. Ketika berada di dalam pondok, dia terdengar bunyi tangisan bayi sedangkan tiada tanda ada manusia tinggal di situ. Yang ada di dalam pondok itu hanyalah sekeping kerak nasi di atas lantai. Pandak Mayah mengutip kerak nasi itu dan dengan serta-merta tangisan kanak-kanak itu berhenti.

Pekan Pandak Mayah di Kuah, Langkawi yang dinamakan sempena bapa Mahsuri
Dalam masyarakat Melayu petani, padi adalah simbol kemakmuran dan punca rezeki yang perlu dihormati. Isterinya memberitahu mengikut kepercayaan orang tua-tua, tangisan bayi seperti itu adalah tangisan 'semangat buah padi'. Sejak hari itu, Mak Andak Alang selalu mencampurkan kerak nasi yang ditemui dengan nasi yang ditanak. Kehidupan keluarga Pandak Mayah semakin berubah semenjak mereka memakan nasi yang bercampur dengan kerak nasi itu. Rezekinya mula bertambah dan isterinya hamil. Apabila tiba masa, Mak Andak Alang melahirkan seorang bayi perempuan yang comel yang diberi nama Mahsuri.

Bak kata orang, rezeki anak itu luas. Maka dengan izin Tuhan, Pandak Mayah menemui batu kemenyan yang sangat mahal. Hasil jualan batu itu membuatkan dia menjadi kaya-raya.

Apabila Mahsuri meningkat remaja, tiada perempuan yang boleh menandingi kecantikannya di seluruh Pulau Langkawi. Sebagai seorang gadis yang membesar dengan adab, dia pandai melayan tetamu yang datang serta bertimbang rasa dengan semua orang.

Mahsuri
Pada masa itu Langkawi diperintah oleh seorang pembesar yang dianugerahi oleh Sultan dengan gelaran Dato' Seri Kerma Jaya dan isterinya bernama Mahura. Apabila Dato' itu mendengar cerita tentang Mahsuri dan peri kecantikan serta budi bahasanya itu, beliau tergoda dan ingin mengambil Mahsuri sebagai isteri (isteri kedualah kot!). Namun Mahura membantah dengan keras. Walau bagaimanapun Mahura bersetuju dengan cadangan supaya Mahsuri dikahwinkan dengan anak lelaki mereka yang bernama Mat Derus.

Selepas perkahwinan, pasangan suami isteri itu tinggal bersama dengan aman sentosa dan rukun damai. Bulan berganti bulan, maka Mahsuri pun hamil. Malangnya, suaminya Mat Deris terpaksa pergi ke Siam untuk satu urusan perniagaan yang panjang.

Semasa ketiadaan Mat Derus, datang seorang pengembara muda miskin ke Langkawi yang bernama Deramang. Deramang mempunyai suara yang sangat merdu, sangat pandai berpantun dan membaca cerita dalam bentuk prosa. Suatu hari dia datang singgah untuk berehat sebentar di rumah Mahsuri. Mahsuri kasihan melihatkan keadaan pengembara miskin ini, lalu mempelawa dia tinggal di rumahnya dengan keizinan ibu dan bapanya. Deramang menerima pelawaan itu dengan ucapan terima kasih. 

Pandak Mayah selalu meminta Deramang membacakan hikayat dan syair pada waktu malam di rumahnya. Pada setiap malam Deramang akan bersyair dan bercerita. Orang-orang kampung datang ke rumah Mahsuri untuk mendengar syair dan cerita Deramang. Acara ini telah menjadikan rumah Pandak Mayah sebagai tempat tumpuan ramai. Beberapa bulan kemudian Mahsuri pun melahirkan seorang anak lelaki. 


Rumah Mahsuri
Oleh sebab baik budi dan ramah mesra Deramang dan Mahsuri, lebih ramai orang berkunjung ke rumah Mahsuri berbanding ke rumah Dato' Seri Kerma Jaya. Kemashyuran Mahsuri semakin melonjak kerana namanya sentiasa meniti di bibir mulut setiap orang. Mahura berasa iri hati kepada Mahsuri kerana namanya terkenal. Dia merancang untuk memfitnah Mahsuri.

Pada suatu malam Mahura meminta izin daripada suaminya Dato' Kerma Jaya hendak pergi ke rumah Mahsuri dengan alasan hendak mendengar Deramang bersyair dan bercerita. Setelah mendapat keizinan, dia pun berpura-pura pergi ke rumah Mahsuri.

Beberapa ketika kemudian, sebelum sampai ke rumah Mahsuri, Mahura berlari balik ke rumahnya dengan termengah-mengah serta menangis-nangis memberitahu suaminya bahawa dia telah melihat Mahsuri dan Deramang sedang bercumbu-cumbuan. Malah dia memberitahu Deramang memakai cincin pemberian Mahsuri.

Benar, Deramang ada memakai cincin. Cincin itu dihadiahkan kepadanya oleh Mahsuri dengan izin bapanya kerana menghargai jasa Deramang dalam menghiburkan hatinya dengan bersyair dan bercerita selama masa suaminya meninggalkan rumah begitu lama. Tetapi Mahsuri setia orangnya.

Mahsuri dihukum bunuh kerana fitnah
Apabila mendengarkan cerita Mahura, maka timbullah kemarahan Dato' Seri Kerma Jaya. Keesokan paginya, dia terus mengerah orang-orangnya untuk menangkap Mahsuri tanpa usul periksa. Dijatuhkan pula hukuman tanpa perbicaraan. Mahsuri terus dibawa ke Padang Matsirat untuk menerima hukuman.

Pandak Mayah yang sedang berada di dalam rumahnya mendapat khabar malapetaka yang menimpa anaknya. Dia bergegas membawa tujuh buah kereta lembu yang penuh berisi wang untuk menebus anaknya, dengan harapan anaknya akan dikembalikan semula. Namun usaha itu gagal.

Perkhabaran berkenaan hukuman Mahsuri merebak dengan pantas ke seluruh kampung di mukim itu. Ramai yang membantah perintah tersebut. Tetapi apa pun tidak dapat memujuk hati Dato' Kerma Jaya untuk mengubah keputusannya. Di saat-saat genting itu, Mahsuri membuat permintaan untuk menatap wajah anaknya buat kali yang terakhir. Namun Dato' Kerma Jaya tidak membenarkannya.

Mahsuri diikat kepada sebatang pokok asam jawa. Dua bilah lembing tajam digunakan untuk menikamnya. Namun keajaiban berlaku kerana mata lembing yang tajam itu tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri.

Pembunuhan Mahsuri
Walaupun lembing tidak dapat menembus badannya, Mahsuri merasa amat terseksa menahan sakit tikaman lembing. Tak tertahan menanggung kesakitan, Mahsuri memecahkan rahsia bahawa beliau hanya boleh dibunuh menggunakan sebilah lembing sakti kepunyaannya sendiri di rumahnya. Maka perintah pun dikeluarkan untuk pergi mengambil lembing yang disimpan di rumah Mahsuri.

Ramai yang memohon dan merayu supaya Mahsuri dilepaskan tetapi Dato' Kerma Jaya tetap dengan keputusannya disebabkan termakan hasutan Mahura. Dengan sekali tikaman dari lembing sakti, cuaca yang cerah bertukar menjadi ribut dengan tiba-tiba. Angin bertiup marah. Suasana menjadi gelap dengan awan yang kian memberat airnya. Siulan angin yang menggila membuatkan rakyat menjadi panik. Sekelian rakyat jelata melihat darah putih memancut-mancut keluar dari tubuh Mahsuri. Peristiwa ini membuktikan bahawa dia adalah seorang wanita yang tidak berdosa.


Senjata mata lembing yang dipercayai digunakan untuk membunuh Mahsuri
Sebelum Mahsuri menghembuskan nafasnya yang terakhir dia sempat bersumpah dengan suara yang jelas bahawa disebabkan perbuatan mereka yang zalim ini, Langkawi tidak akan makmur dan tidak akan aman ibarat padang jarang padang terkukur selama tujuh keturunan. Deramang juga akhirnya dibunuh walaupun pada mulanya dia melawan.

Beberapa tahun kemudian Langkawi telah diserang oleh Siam. Ramai rakyat yang telah ditawan dan dibinasakan oleh tentera Siam. Kesemua ahli keluarga Dato' Kerma Jaya dibunuh oleh tentera yang datang menyerang.


Tapak di mana beras telah dibakar sewaktu serangan Siam ke atas Langkawi yang dikaitkan dengan Sumpah Mahsuri. Tapi kami tak pergilah melawat ke sini.
Dato' Kerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Dato' Kerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Mahura.

Pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang berleluasa. Malah keadaan di Langkawi ketika itu betul-betul seperti padang jarak padang terkukur. Ini kerana apa sahaja tanaman yang diusahakan tidak akan menjadi kerana tanah menjadi rosak dan tidak subur. Perkara ini berlarutan sehingga ke tahun 1980-an.

Part 24: Kota Mahsuri

Untuk lebih mendekati Kisah Sumpahan Mahsuri, kami melawat ke Kota Mahsuri.

Kota Mahsuri
Pejabat Tiket Kota Mahsuri
Tiket Masuk ke Kota Mahsuri
Kota Mahsuri adalah tempat yang dipercayai di mana Mahsuri dikuburkan setelah dibunuh akibat fitnah. Kalau nak melawat ke Makam Mahsuri, kita kenalah melalui sebuah Galeri yang menunjukkan gambaran kehidupan penduduk Langkawi pada zaman Mahsuri.
 
Gerai-gerai cenderamata
Pelbagai cenderamata yang dijual
Mahsuri
Kolam di depan Galeri Masuk
Peta Kota Mahsuri
Kolam Ikan
Ikan di dalam kolam
Bendera yang berkibar
Dah sampai ke Galeri, jom kita masuk ke dalam...

Pintu masuk ke Galeri Utama
Tangkap gambar dulu...
Di depan pintu masuk ke Galeri ada sekumpulan pemuzik gamelan wanita. Kita lihat dulu persembahan muzik tradisional dari mereka sebelum melangkah masuk.

Pameran gambaran kehidupan di zaman Mahsuri ini sangat menarik bagi Myself. Jika anda segenerasi dengan kami, kita masih boleh relate dengan cara kehidupan di zaman itu. Tapi Myself rasa, cara hidup begini mesti sangat asing bagi anak-anak generasi sekarang terutama yang Datuk dan Nenek mereka dah memang tinggal di bandar.

Serambi di luar galeri
Menumbuk Padi
Sebelum meninggal dunia, Mahsuri telah bersumpah yang Pulau Langkawi tidak akan aman selama 7 keturunan. Mungkin secara kebetulan ataupun sumpah ini benar terjadi, Pulau Langkawi hanya membangun dan maju pada tahun 1980-an, selepas keturunan ketujuh Mahsuri dilahirkan.

Diceritakan juga bahawa apabila suami Mahsuri yang bernama Mat Derus pulang ke Langkawi dan mendapati isterinya telah dibunuh kerana fitnah, dia merasa amat kecewa lalu membawa anaknya berhijrah ke Phuket. Satu ekspedisi pernah dilancarkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah pada awal tahun 1990-an untuk mengesan keturunan ketujuh Mahsuri di Thailand. Mereka telah menemui Wan Aishah Wan Nawawi yang ketika itu hanya berusia 12 tahun di Phuket. Memang lawa orangnya Wan Aishah ini. Mungkin dia betul-betul jelmaan moyangnya yang jelita, Mahsuri.

Carta Salasilah Mahsuri
Keturunan ketujuh Mahsuri yang jelita, Wan Aishah Wan Nawawi
Pemandangan di dalam Galeri
Pedati
Lukisan yang cantik
Menumbuk Padi
Pencari Gamat
Peralatan Mengisar Padi
Meriam, Gendang dan Gasing
Suasana perkampungan nelayan tradisional
Sampan-sampan Nelayan
Di dalam Galeri ini juga ada sebuah pentas persembahan. Kami diberitahu ada pementasan drama Mahsuri dibuat di sini pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ruginya tak dapat tengok, sebab kami berkunjung ke sini pada Hari Selasa.

Anjung Warisan
Congkak
Aksesori persembahan agaknya
Alat Muzik
Pentas Persembahan
Caklempong
Kedai Souvenir di hujung Galeri
Cenderamata yang dijual
Garangnya rupa dia!
Penunjuk Arah
Pintu keluar ke Makam Mahsuri

MAKAM MAHSURI

Mahsuri telah dihukum bunuh pada tahun 1235H (1819M) akibat fitnah dan irihati. Ada riwayat yang mengatakan Mahsuri turut dikebumikan bersama harta yang ditawarkan oleh ayahnya untuk menebus dirinya dulu. Makam Mahsuri ini dikatakan telah ditemui dan dibangunkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman sewaktu beliau masih bertugas sebagai seorang Pegawai Daerah.

Laluan menghala ke Makam Mahsuri
Pemandangan di luar Makam
Makam Mahsuri
 Batu peringatan
Pemandangan makam dari sisi
Replika Lembing
Menurut ceritanya, Mahsuri telah dibunuh dengan Lembing Sakti yang disimpan di rumahnya sendiri

KAMPUNG KEDAH

Berhampiran Makam Mahsuri terdapat koleksi beberapa rumah kampung Melayu yang dinamakan sebagai Kampung Kedah.

Pintu masuk ke Kampung Kedah
Pemandangan di Kampung Kedah
Komponen di dalam Kampung Kedah
Rumah Mahsuri mengadaptasi rekabentuk rumah masyarakat Kedah pada ketika itu di mana tiang kakinya lebih tinggi berbanding biasa. Tujuan tiang ini didirikan agak tinggi adalah untuk mengelakkan peralatan dalam rumah rosak apabila banjir berlaku.

Rumah Mahsuri
Pemandangan lebih dekat Rumah Mahsuri
Biawak di bawah rumah
Pemandangan Rumah Mahsuri dari depan
Tangga naik ke Rumah Mahsuri
Ukiran pada tangga
Pemandangan di dalam Rumah Mahsuri
Pemandangan yang tak banyak berbeza dengan rumah-rumah tradisional Melayu yang lain.
Lama dah tak tengok buaian bayi begini
Belakang rumah pula dibina sebuah pelantar yang tujuannya untuk memudahkan kerja membasuh ikan atau menjemur pakaian tanpa perlu turun ke tanah.

Pemandangan di belakang rumah
Ruang Membasuh
Bilik Tidur
Dapur
Peralatan-peralatan tradisional di dapur
Kukur kelapa macam ini pun dah lama kita tak jumpa.
Anjung di dapur
Pemandangan tangga dari atas rumah
Ruang di bahagian bawah rumah ini digunakan untuk menjalankan aktiviti menghasilkan padi seperti menumbuk. Orang dahulu juga menggunakan bawah rumah sebagai tempat untuk berehat lantaran persekitarannya yang sejuk dan selesa.

Peralatan menumbuk padi
Teringat betapa tension kita bila dipaksa buat kerja menumbuk begini bila mengikut Emak balik ke kampung Opah. Jangan harap nak tengok muka kita senyum macam ini masa itu.
Lesung Tradisional
Peralatan-peralatan tradisional lain.
Meninggalkan Rumah Mahsuri

TELAGA MAHSURI

Apabila Mahsuri berumur seminggu, Pandak Mayah bermimpi bahawa dia hendaklah membawa anak kecilnya itu mandi di sebuah kolam yang tidak jauh dari rumahnya. Dia pun menunaikan kehendak mimpinya itu. Lepas mandi kanak-kanak itu dibawa pulang.

Telaga Mahsuri
Pemandangan dekat Telaga Mahsuri
Hasil dari cerita dari mulut ke mulut, Telaga Mahsuri tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. Malah, ada juga yang percaya, air di Telaga Mahsuri boleh membuatkan seseorang menjadi awet muda. Ada riwayat menyebut, di telaga Mahsuri itulah tempat Mahsuri dimandikan pada waktu kelahiran sehinggalah ke akhir hayat, sewaktu memandikan jenazahnya.

Riwayat menyebutkan jenazah Mahsuri juga dimandikan dengan menggunakan air dari telaga ini.
Air Telaga Mahsuri dikatakan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau
Sawah padi di belakang Telaga Mahsuri
Mesin Padi
Berhampiran dengan telaga ini ada jualan kuih-kuih tradisional yang dah susah kita nak jumpa sekarang.

Jualan kuih tradisional
Kuih Loyang
Kuih Karas
Kuih Peneram

RUMAH PENGHULU

Pada zaman dahulu Penghulu merupakan Orang Besar yang mewakili Sultan. Dia mempunyai peranan sama seperti seorang Pegawai Kerajaan pada masa sekarang. Penghulu bertanggungjawab menjalankan hal-hal pentadbiran di dalam mukim atau jajahan di bawah kawal selianya.

Rumah Penghulu
Tangga masuk ke Rumah Penghulu
Tempat Penghulu bersemayam
Pakaian tradisional wanita
Rumah Penghulu lazimnya dijadikan lokasi untuk masyarakat zaman dahulu kala berbincang mengenai pelbagai perkara termasuk hal berkaitan keselamatan kampung, kenduri-kendara dan lain-lain urusan termasuk undang-undang. Oleh yang demikian adalah tidak menghairankan sekiranya rumah penghulu zaman dahulu besar dan luas memandangkan penghulu merupakan orang yang paling disegani dan berkuasa di kampung yang ditadbirnya.

Pemandangan di dalam Rumah Penghulu
Perabot-perabot moden di dalam Rumah Penghulu
Lukisan moden yang menarik
Pelbagai peralatan lama yang dipamerkan di Rumah Penghulu
Pelbagai jenis gendang
Potret-potret Mahsuri
Rebana
Beduk
Bergambar dengan lukisan rumah lama
Pemandangan dari serambi Rumah Penghulu
Buaian
Congkak
Di remang tengahari, kami mula melangkah untuk beredar dari Kota Mahsuri. Tapi untuk keluar dari situ, kita terpaksa melalui sebuah muzium yang di dalamnya ada juga beberapa pameran menarik. Tapi tak adalah nak spend masa lama sangat di sini sebab perut dah lapar.

Muzium
Galeri Cakrawala
Pameran Kenangan Kembara Mek Mulong Di Kuala Lumpur
Pameran Wayang Kulit
Melihat pameran dalam Muzium
Tak faham apa kaitan Pameran Cakrawala ini dengan Kisah Mahsuri
Pameran senjata lama
Kisah kecantikan Mahsuri
Senjata-senjata lama
Pedang dipercayai milik suami Mahsuri yang bernama Mat Derus
Batu Tanda Asal Makam Mahsuri
Peti Lama yang dipercayai milik saudara lelaki Pandak Mayah
Diorama kisah kehidupan Mahsuri
Secara umumnya Myself berpandangan konsep pameran yang ditonjolkan di Kota Mahsuri sangat menarik, cuma agak mengecewakan dengan penyelenggaraannya yang tidak diberi perhatian sewajarnya. 

Mungkin pihak berkuasa di Langkawi patut lebih mempromosikan tempat ini sebagai sebuah tarikan pelancongan kerana sebelum Langkawi mendapat status sebagai UNESCO Geopark, Lagenda Mahsuri adalah tarikan utama pengunjung ke pulau ini. Keistimewaan Lagenda Mahsuri di Langkawi kini bagai dah tak lagi diberi perhatian selepas Langkawi menjadi Geopark. Mungkin sesuatu perlu dibuat untuk memastikan Lagenda Mahsuri dapat seiring dengan tarikan Geopark di Langkawi sekarang. Hanya sekadar satu pandangan...

Meninggalkan Kota Mahsuri


Bersambung ke Bahagian 10...


CATATAN PERJALANAN LANGKAWI (2019):