Thursday, 12 September 2019

2019 LANGKAWI BHG. 04 (Mangrove Tour 2)

September 2019

LANGKAWI, MALAYSIA

Bahagian 4: Kilim Karst Eco Mangrove Tour 2
EAGLE WATCHING, MONKEY WATCHING & CROCODILE CAVE

HARI KEDUA (2)

Part 10: Eagle Watching

Burung Helang yang menghuni kawasan paya bakau di Kilim Karst Geoforest Park adalah tarikan utama dalam Mangrove Tour. Maka selepas melawat Fish Farm, kami dibawa ke habitat Burung Helang ini.

Meninggalkan Fish Farm
Meneruskan perjalanan
Bot nelayan
Kayak juga adalah satu aktiviti popular di Kilim Karst Geoforest Park
"Get out of my way!" kata Makcik Mat Salleh ini "menghalau" kami
Dalam perjalanan menuju ke tempat Eagle Watching, kami ditunjukkan sebuah bukit yang dinamakan Gorilla Hill. Memang menakjubkan sebab bukit ini betul-betul macam rupa kepala dan badan Gorilla.

Gorilla Hill
Betul macam kepala Gorilla
Lupa nak cerita... Status Geopark yang diberi oleh UNESCO pada tahun 2007 ini adalah sebenarnya meliputi seluruh Pulau Langkawi. Ia terdiri dari 3 komponen utama yang meliputi Kilim Karst Geoforest Park, Machinchang Cambrian Geoforest Park dan Dayang Bunting Marble Geoforest Park. Refer kat peta di bawah ini untuk menunjukkan lokasinya yang lebih jelas...

Tiga komponen utama yang menyumbang kepada status Langkawi sebagai UNESCO Geopark
Pengiktirafan Langkawi sebagai UNESCO Geopark pada tahun 2007 amat membanggakan kita kerana ia adalah Geopark yang pertama diisytiharkan oleh UNESCO di Asia Tenggara. Status ini juga menukar gelaran Langkawi dari Pulau Lagenda kepada UNESCO Geopark. Pengiktirafan UNESCO ini turut melonjakkan industri pelancongan di Langkawi di mata dunia.

Naik bot ke paya bakau
Menikmati keindahan
Pergunungan karst
Memang excited bila kita sampai ke habitat Sang Helang. Dari jauh lagi, dah kagum melihat betapa banyaknya Burung Helang yang berterbangan.

Helang
Terbang Helang
Pemandangan Helang dari lebih dekat
Populasi Helang terbesar di sini adalah dari jenis Brahminy Kite yang mempunyai wing span sepanjang 1.2 meter. Semua pakej Mangrove Tour akan membuat Eagle Watching. Sesetengah operator Mangrove Tour akan membuat Eagle Feeding dengan memberi makan kulit ayam kepada Helang. Aktiviti ini walau bagaimanapun tidak lagi digalakkan oleh Kerajaan Malaysia kerana ia merosakkan kitaran makanan semulajadi Helang dan boleh menyebabkan Langkawi kehilangan status Geopark yang diberi oleh UNESCO sekiranya berleluasa.

Disebabkan pakej Mangrove Tour yang kami ikuti adalah Eco Tour, kami tak memberi makan kepada Helang. Kami sekadar dibawa melihat Helang mencari makanan mereka sendiri di kawasan paya bakau ini. Makanan Sang Helang adalah ikan di dalam sungai dan mereka memang mempunyai pandangan mata yang tajam. Helang yang sedang terbang tinggi boleh melihat ikan yang sedang berenang di dalam sungai dari jarak 1-3 km di udara. Mereka juga boleh terbang menjunam ke dalam sungai dengan kelajuan 200 km/jam untuk menangkap ikan. Seekor Helang dewasa boleh memegang ikan seberat 6 kg terbang di udara sebelum dijadikan makanan.

Bunyi deraman enjin bot sentiasa menarik perhatian Helang
Melihat Sang Helang mencari makanan
Kagum melihat kehebatan Sang Helang terbang
Kebanyakan Helang di sini adalah dari jenis Brahminy Kites
Helang Brahminy Kite mempunyai kepanjangan wing span sehingga 1.2 meter bila kepaknya sedang mengembang.
Sibuk mengambil gambar Helang
Menunjuk kehandalan menjunam untuk menangkap ikan
Langkawi adalah habitat semulajadi Helang Brahminy Kite. Malah burung ini jugalah yang memberi nama kepada Langkawi. Nama 'Langkawi' berasal dari dua patah perkataan: Lang (Helang) dan Kawi (warna perang kemerahan).

Helang berehat di dahan pokok
Lang Kawi (Helang Perang Kemerah-merahan)
Selain Brahminy Kite, kawasan ini juga menjadi habitat White Belly Sea Eagles yang bersaiz lebih besar dari Brahminy Kites. Bilangan White Belly Sea Eagles ini walau bagaimanapun tidaklah sebanyak Brahminy Kites. Kami juga bertuah kerana dapat melihat White Belly Sea Eagles ini.

White Belly Sea Eagle
White Belly Sea Eagle ini bersaiz lebih besar dari Brahminy Kites
Rupa White Belly Sea Eagle ini juga lebih garang berbanding Brahminy Kite
Meninggalkan kawasan Eagle Watching

Part 11: Monkey Watching

Selain Helang, hutan bakau di Kilim Karst Geoforest Park ini juga dihuni oleh sejenis spesis monyet yang dinamakan Long Tail Macaque. Jadi, selepas membuat Eagle Watching kami dibawa membuat Monkey Watching pula.

Perjalanan menuju ke Monkey Watching
Di sini juga setiap pasangan dan penumpang bot diberi peluang untuk bergambar dengan berlatar belakangkan mangrove di depan bot. Tapi janganlah pulak berdiri posing-posing ala Titanic, pesan kapten bot kami yang bernama Ash.

Posing dalam hutan bakau
Abdelrahman dan Isra yang berasal dari Sudan
Mamat Arab Macho yang posing maut kat depan bot
Berselisih dengan bot Mangrove Tour yang lain
Untuk pergi ke habitat monyet, kami melalui sebatang anak sungai yang dipenuhi dengan pokok-pokok bakau yang rimbun. Dahan-dahan pokok ini merimbun sehingga masuk ke dalam bot tetapi kami dinasihatkan untuk mengelak dari memegang dahan-dahan ini kerana ular gemar menumpang padanya.

Bila diberitahu yang dahan pokok ini menjadi tempat ular menumpang, terus seorang Mamat Arab Macho yang posing maut kat depan bot tadi terduduk kat atas lantai. Takut kat ular rupanya! Tak bergerak-gerak dia dari lantai bot sepanjang kami melalui anak sungai dengan pohon bakau yang rimbun itu.

Hutan dengan pokok bakau rimbun yang perlu dilalui untuk membuat Monkey Watching
Pemandangan akar pokok bakau dari dekat
Mamat Arab Macho yang terduduk kat lantai bot takut kat ular
Hutan bakau di kawasan ini juga berjasa menyelamatkan Langkawi dalam peristiwa Tsunami Besar di Lautan Hindi pada tahun 2004 dulu. Ombak besar setinggi 4 meter di Laut Andaman ketika itu telah ditampan oleh pokok-pokok bakau yang setinggi 15 meter ini sehingga menyelamatkan Langkawi dari mengalami kemusnahan besar.

Hutan bakau yang berjasa menyelamatkan Langkawi dalam peristiwa Tsunami Besar Lautan Hindi pada tahun 2004.
Ular yang menumpang di dahan pokok
Bergambar dengan pasangan yang berasal dari Stuttgart, Germany. Mereka sangat fasih berbahasa Inggeris.
Pemandangan Gorilla Hill dari belakang
Berselisih dengan bot Mangrove Tour yang lain
Akhirnya kami tiba di koloni monyet yang dinamakan sebagai Long Tail Macaque ini. Ramai sungguh mereka duduk berbaris di tepi sungai. Kata Ash, ada 3 koloni monyet yang tinggal di kawasan ini.

Monyet Long Tail Macaque
Monyet jantan Alpha Male yang menjadi ketua koloni di sini
Aksi menyambut kedatangan kami
Kami diberitahu oleh kerana paya bakau di sini tak mempunyai pokok buah-buahan, monyet-monyet di sini hidup dengan memakan serangga dan katak-katak kecil. Tak seperti di Eagle Watching, kita dibenarkan untuk memberi makanan kepada monyet-monyet di sini tetapi makanan yang dibenarkan hanya kacang. Snack dan makanan lain sama sekali tidak dibenarkan.

Disebabkan mereka hidup memakan serangga dan katak-katak kecil, monyet-monyet ini pandai berenang. Kagum melihat kebolehan mereka berenang dalam sungai untuk mendapatkan kacang yang dicampakkan kepada mereka dari atas bot.

Berebut berenang nak mendapatkan kacang
Suspen juga bila melihat mereka berenang sampai ke tepi bot
Spesis monyet yang pandai berenang
Berebut nak mendapatkan kacang
Ini monyet betina kerana mempunyai bulu pada muka
Berjalan di darat mengikut bot yang lalu
Ketua Sang Monyet
Melihat rakan-rakan berenang di dalam air
Biasalah kalau dengan monyet-monyet ini... mesti ada seekor dua yang terlebih agresif. Terperanjat juga kami bila melihat seekor monyet melompat masuk ke bot sebelah untuk mencuri makanan snack dari penumpang bot. Terjerit-jerit penumpang bot bila Macaque ini masuk ke bot mereka.

Macaque yang melompat masuk ke bot sebelah untuk mencuri snack.
Okay, coast is clear... Bolehlah Sang Macaque terjun semula ke dalam sungai dengan hasil curian.

Part 12: Crocodile Cave

Persinggahan seterusnya adalah ke sebuah gua yang dinamakan Crocodile Cave.

Menuju ke Crocodile Cave
Berlayar di celah-celah gunung batu kapur yang tinggi
Tiba di Crocodile Cave
Walaupun namanya Crocodile Cave, tak ada buaya di sini. Ia hanya dinamakan demikian kerana bentuk batu di luar gua ini macam kepala buaya. Namun imaginasi Myself tak cukup tinggi nak membayangkan rupa batu yang dikatakan berbentuk kepala buaya itu.

Meninjau suasana di dalam Crocodile Cave
Batu yang dikatakan berbentuk macam kepala buaya
Gua ini sebenarnya boleh dimasuki dengan bot tetapi disebabkan air pasang ketika itu, bot tak dapat berbuat demikian. Jadi kami hanya dibawa melihat gua dari bahagian luar sahaja.

Pemandangan ke dalam Crocodile Cave. Kalau air tak pasang tinggi, boleh berlayar di dalam gua ini.
Meninggalkan Crocodile Cave


 Bersambung ke Bahagian 5...


CATATAN PERJALANAN LANGKAWI (2019):