September 2019
LANGKAWI, MALAYSIA
Bahagian 3: Kilim Karst Eco Mangrove Tour 1
TANJUNG RHU & FISH FARM
HARI KEDUA (1)
Part 7: Kilim Karst Eco Mangrove Tour
Program Hari Kedua kami adalah mengikut sebuah Eco Mangrove Tour di Kilim Karst Geoforest Park yang terletak di utara Langkawi.
|
Selamat Pagi, Langkawi. |
Memandangkan kita akan membuat Tour sepanjang hari, kita mulakan hari ini dengan sarapan untuk mengumpul tenaga.
|
Flamingo Restaurant di Bayview Hotel Langkawi |
|
Pemeriksaan nombor bilik sebelum masuk ke restoran |
|
Memilih apa yang nak dimakan pagi ini... |
|
Kita sarapan dulu... |
Pick-up untuk Tour dijadualkan pada pukul 9 pagi. Tepat pukul 9 pagi Husband mendapat panggilan telefon dari Tour Guide kami. Bila bersua muka, kami dan Tour Guide saling kaget. Kami diberitahu Tour Guide kami adalah seorang lelaki berketurunan Cina yang bernama Kent sedangkan yang datang menjemput kami adalah seorang lelaki Melayu yang bernama Wan. Berdasarkan nama pula, Wan menjangka yang kami adalah pasangan Arab, tapi yang muncul adalah couple Melayu pulak.
Rupa-rupanya Wan adalah operator bagi program Mangrove Tour sahaja. Selepas tamat Mangrove Tour nanti, barulah Tour Guide sebenar kami yang bernama Kent akan datang menjemput bagi meneruskan program Island Tour. Hebat kan gaya kami bercuti ke Langkawi? Dahlah tak sewa kereta dan bergerak ke sana sini naik Grab, pakai Tour Guide pulak pusing Langkawi. Nak bercuti macam Orang Putihlah katakan!
|
Memulakan Program Mangrove Tour |
Wan membawa kami terlebih dulu ke kawasan Kota Mahsuri untuk menjemput satu lagi pasangan yang akan bersama-sama membuat Mangrove Tour bersama kami. Berdasarkan namanya, Wan juga menjangka yang pasangan ini berketurunan Arab.
|
Perjalanan menuju ke Kota Mahsuri untuk menjemput tetamu lain yang akan bersama-sama membuat Mangrove Tour. |
|
Menuju ke Kota Mahsuri |
|
Arah ke Makam Mahsuri |
|
Sawah padi berhampiran Makam Mahsuri |
Rupa-rupanya pasangan ini yang bernama Abdelrahman dan Isra berasal dari Sudan. Mereka baru berkahwin dan datang ke Malaysia untuk honeymoon. Mereka menginap di sebuah homestay di tengah-tengah sawah padi dekat Kota Mahsuri. Kesian tengok mereka termengah-mengah berjalan keluar ke jalan besar nak mendapatkan kami.
Biasalah bila kita nampak orang-orang yang berkulit gelap dari Afrika ini ~ stereotype kita pasti badan mereka berbau kuat, lebih-lebih lagi selepas mereka berjalan jauh di tengah panas begitu. Rupa-rupanya salah anggapan itu. Kedua-dua Abdelrahman dan Isra ni macam dah curah perfume sebotol seorang kat badan mereka. Punyalah kuat bau perfume mereka sampai Myself dan Husband naik pening sepanjang jalan. Tapi okeylah juga kita pening dengan bau perfume dan bukan dengan bau badan, kan?!
|
Kota Mahsuri |
|
Kata Abdelrahman mereka menginap di sebuah homestay di tengah sawah ini. |
|
Pokok kelapa |
Dari Kota Mahsuri, Wan memandu membawa kami ke tempat permulaan Mangrove Tour kami yang terletak di Tanjung Rhu di utara Pulau Langkawi.
|
Menuju ke Tanjung Rhu |
|
Arah ke Tanjung Rhu |
|
Menghala ke arah pantai |
|
Pemandangan laut dah mula menjengah |
|
Pantai Tanjung Rhu |
Ada
berbagai pakej Mangrove Tour yang terdapat di Langkawi. Mangrove Tour
yang kami ikuti ini adalah Kilim Karst Eco Mangrove Tour yang merupakan
program Mangrove Tour yang paling komprehensif (dan semestinya juga yang
paling mahal).
Part 8: Tanjung Rhu
Mangrove Tour kami terdiri dari 25 orang peserta. Semua adalah foreigners kecuali kami berdua. Kata Wan, pakej Mangrove Tour yang komprehensif ini memang jarang diikuti rakyat Malaysia. Keseluruhan perjalanan Mangrove Tour yang komprehensif ini memakan masa 4 jam.
|
Pintu masuk ke Pantai Tanjung Rhu |
|
Kedai-kedai souvenir di Pantai Tanjung Rhu |
|
Ketibaan Ahli-ahli Group dengan pick-up yang satu lagi. |
Selepas semua Ahli Group tiba kami berkumpul di tepi pantai untuk mendengar briefing mengenai Mangrove Tour yang akan diikuti. Selain kami berdua yang berasal dari Malaysia, ahli-ahli yang lain berasal dari Sudan, United Kingdom, Germany, Sweden, India, China dan selebihnya dari negara-negara Arab. Selepas itu ada sedikit masa free diberi untuk kami menikmati pemandangan indah di sekitar sebelum memulakan Tour.
|
Berjalan ke arah pantai |
|
Mendengar briefing dari Wan tentang perjalanan Mangrove Tour |
|
Gerai makan di Pantai Tanjung Rhu |
|
Pemandangan ke arah pantai dari Gerai Makan |
Disebabkan Tanjung Rhu ini terletak sangat hampir dengan Thailand, kami dinasihatkan supaya menutup automatic roaming pada telefon untuk mengelak dari terpakai pulak service Thailand.
|
Pantai cantik di Tanjung Rhu yang dikatakan setanding dengan Phuket dan Koh Samui. |
|
Pemandangan Gerai Makan dari arah pantai |
|
Macam formasi batuan Fighting Cock Rocks yang pernah kami lihat di Halong Bay di Vietnam. |
|
Mengabadi keindahan pantai |
|
Menikmati keindahan pantai |
|
Radar penerbangan |
|
Sebahagian dari Four Seasons Resort yang dilihat dari Pantai Tanjung Rhu |
|
Bot-bot laju |
|
Pulau besar yang kelihatan di belakang pulau-pulau kecil ini adalah Pulau Turatao yang terletak di negara Thailand. |
Tiba masa yang ditetapkan kami berkumpul semula untuk memulakan Tour. Disebabkan bilangan kami agak ramai, kami dimuatkan dalam dua buah bot. Tempat duduk di dalam bot juga diatur dengan sebaiknya mengikut berat badan. Tapi tak adalah sampai timbang-timbang berat badan macam nak naik flight di pedalaman Sabah dan Sarawak tu. Sekadar visual inspection saja. Kata Wan, ini adalah untuk memastikan keseimbangan bot sebab sebahagian tour akan melalui laut lepas yang kadang-kala ombaknya sangat ganas. Kami juga diminta untuk kekal duduk mengikut susunan tempat duduk ini sepanjang perjalanan.
|
Berkumpul semula untuk memulakan Tour |
Selalunya Tour akan bermula dari tempat kami berkumpul. Namun disebabkan ombak sedikit ganas pagi itu, bot terpaksa berlabuh jauh sedikit dari tempat kami berkumpul. Kata Wan, kami bertuah kerana cuaca baik pada pagi itu. Pada hari semalam, Tour hanya dapat dimulakan pada sebelah tengahari kerana hujan lebat di sebelah pagi.
|
Terpaksa berjalan jauh sedikit ke sebelah sana pantai untuk mendapatkan bot. |
|
Perjalanan Tour pada pagi ini adalah menggunakan dua buah bot. |
|
Masuk ke dalam bot |
|
Pemandangan di dalam bot |
Kapten bot kami adalah seorang lelaki Melayu lain yang bernama Ash. Pemandunya pula bernama Iwan. Wan yang membawa kami ke sini tadi menjadi kapten di bot yang satu lagi.
Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan. Bila bot mula bergerak adalah yang bertanya tentang Life Vest. Kata Ash, permulaan Tour ini akan hanya melalui kawasan Mangrove yang tenang. Jadi belum ada keperluan untuk memakai Life Vest.
|
Pemandu bot kami yang bernama Iwan |
|
Meninggalkan Tanjung Rhu |
|
Memulakan Tour |
|
Posing dalam bot |
|
Husband bersama Abdelrahman |
Part 9: Fish Farm
Persinggahan pertama dalam Mangrove Tour ini adalah di sebuah Fish Farm yang terapung.
|
Fish Farm |
|
Tiba di Fish Farm |
|
Pemandangan di dalam Fish Farm |
Kami diperkenalkan dengan berbagai jenis ikan yang diternak di Fish Farm ini.
|
Ash memberi penerangan tentang ikan yang diternak di Fish Farm ini. |
Kemudian kami diperkenalkan dengan sejenis ikan istimewa yang dinamakan Ikan Sumpit atau nama glamournya Archer Fish. Ikan ini terkenal dengan cara ia memburu makanan. Bila Archer Fish ini ternampak makanan yang diletakkan di tepi pelantar, ia akan memancut air dari mulutnya berkali-kali untuk menjatuhkan makanan itu dekat kepadanya.
|
Ash membuat demonstrasi kehandalan Archer Fish memancut makanan. |
|
Sotong diletakkan di tepi pelantar. |
|
Archer Fish sedang menyasar sotong untuk dimakan |
|
Archer Fish memancut air kepada sotong untuk menjatuhkannya ke dalam air. Ia akan memancut berkali-kali sehingga sotong betul-betul jatuh ke dalam air. |
Kami seterusnya dibawa berkenalan dengan Ikan Pari (Stringray). Stingray yang dibela di sini adalah dari spesis yang ekornya tidak merbahaya macam Ikan Pari lain.
|
Ash memberi penerangan tentang Stingray |
|
Demonstrasi memberi makanan Stingray |
|
Bukan setakat makanan, tangan kita pun akan disedut manja oleh Stingray. |
|
Tak perlu takut kena gigit sebab Stingray tak ada gigi. |
Ikan yang diperkenalkan seterusnya kepada kami ialah Trevally atau nama kurang glamournya dalam Bahasa Melayu, Ikan Nyok-Nyok. Ikan Nyok-Nyok ini sebenarnya adalah ikan yang istimewa kerana ia berenang mengiring. Disebabkan ia berenang mengiring, ia sering dianggap sebagai sampah atau batu yang terapung dalam air. Hidupan-hidupan laut yang kecil akan datang menghampiri untuk berlindung di bawah "batu" atau "sampah" ini. Mereka kemudiannya akan menjadi habuan santapan Nyok-Nyok.
|
Trevally (Ikan Nyok-Nyok) |
|
Ikan Nyok-Nyok berenang mengiring. Sekali imbas nampak macam ikan mati yang terapung atas air. |
|
Disebabkan Nyok-Nyok berenang mengiring, ia sering dianggap sebagai batu atau sampah untuk perlindungan hidupan-hidupan laut yang kecil. |
Sebagai Finale, kami diperkenalkan pula dengan Triple Tail Fish. Walaupun namanya dalam Bahasa Melayu dipanggil Ikan Malas, ia sangat ganas sewaktu berebut nak makan.
|
Memberi makanan kepada Triple Tail Fish |
|
Masa tak makan, ia memang nampak berenang dengan malas. |
|
Air yang tenang berkocak hebat bila Ikan Malas berebut makanan. |
|
Memang ganas sewaktu mereka berebut makanan! |
Selain ikan, kami juga diperkenalkan dengan Belangkas (Horseshoe Crab). Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Ia juga sentiasa ditemui berpasangan jantan dan betina. Kerana itulah pasangan yang sentiasa berkepit dipanggil "Macam Belangkas" dalam Peribahasa Melayu.
Belangkas juga menjadi buruan kerana darahnya yang berwarna biru digunakan dalam pengubatan penyakit kanser. Ia dijual dengan harga USD 5,000 (RM 20,000) seliter di Amerika Syarikat. Harganya mahal kerana kita perlu menangkap 115 ekor belangkas hanya untuk mendapatkan seliter darah biru ini. Tetapi di Sabah ada spesis belangkas yang bersaiz lebih besar. Hanya 45 ekor perlu ditangkap untuk mendapatkan seliter darah biru ini. Sesuatu yang istimewa juga ialah darah biru belangkas ini boleh disedut keluar tanpa membunuh haiwan ini.
|
Tempat membela haiwan laut yang bukan dari spesis ikan di Fish Farm |
|
Ash memperkenalkan Belangkas kepada kami |
|
Belangkas betina bersaiz lebih besar dari belangkas jantan |
|
Geli juga bila belangkas ini merayap atas tangan kita |
|
Darah biru belangkas digunakan dalam pengubatan penyakit kanser |
Sebelum meninggalkan Fish Farm, kami diberitahu yang kami akan dibawa kembali ke sini untuk Makan Tengahari nanti. Makanan yang disediakan adalah Nasi dengan Ayam Goreng Rangup serta Jus Oren yang dah termasuk dalam Pakej Tour. Bagi yang meminta Vegetarian Food, ayam akan diganti dengan Spring Roll.
Kalau nak makan makanan lain seperti Ikan dan Seafood pula kenalah dibayar sendiri. Kami diminta membuat order tambahan ini sekarang supaya ia boleh siap dimasak dan terus dihidang bila kami kembali nanti.
|
Wan memberi penerangan tentang Lunch Package |
Kami juga dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan tandas di Fish Farm ini kerana tidak terdapat kemudahan tersebut bagi 2 jam perjalanan yang seterusnya.
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN LANGKAWI (2019):