September 2019
LANGKAWI, MALAYSIA
Bahagian 11: Langkawi Tour 6
UNDERWATER WORLD
HARI KETIGA (4)
Part 26: Underwater World
Dari Laman Padi, kita berkunjung pula ke sebuah tarikan pelancongan antara yang paling popular di Langkawi ~ Underwater World. Tarikan ini terletak bersebelahan dengan Pantai Chenang.
|
Underwater World Langkawi |
Tarikan hebat ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1993. Ia dibina untuk mendidik orang awam tentang kehidupan ekosistem akuatik. Tiket
masuk ke Underwater World adalah RM36. Memang agak mahal, tapi Myself
rasa ia berbaloi dengan pameran yang dapat kita lihat di dalamnya kerana ia adalah antara akuarium yang terbaik di Asia Tenggara.
|
Pintu masuk ke Underwater World Langkawi |
|
Kaunter Tiket |
|
Husband membeli tiket masuk dengan dibantu oleh Uncle Kent |
Sebaik masuk ke dalam, kita dapat melihat akuarium yang menempatkan pelbagai spesis ikan sungai dari Asia Tenggara, Amazon, Afrika, Amerika Utara dan Australia. Selain ikan, di sini kita boleh berkenalan dengan pelbagai reptilia yang juga boleh ditemui di kawasan tersebut.
|
Pameran Reptilia |
|
Water Dragon |
|
Water Dragon tinggal di tepi sungai. Mereka pandai memanjat dan boleh menjatuhkan diri ke dalam air bila terkejut atau terancam. |
|
Corn Snake berasal dari Amerika Utara. Ia tidak merbahaya dan berguna kepada manusia kerana ia memakan tikus yang merosakkan tanaman jagung. Ular ini sering ditemui berdekatan tempat simpanan bijirin. |
|
Albino Pacman Frog banyak ditemui di Amerika Selatan, terutama di hutan hujan di Argentina. |
|
Giant Plated Lizard dari Afrika |
|
Fat Tailed Gecko yang juga berasal dari Afrika |
|
Amel Corn Snake dari Amerika |
|
Keterangan tentang Amel Corn Snake |
|
Bearded Dragon. Suka betul dia orang bagi nama 'Dragon' kat cicak-cicak begini. |
|
Belang pada anak Leopard Gecko seperti ini akan bertukar menjadi tompok setelah mereka dewasa. Lazimnya jangka hayat cicak ini adalah sehingga 20 tahun. |
|
Blue Tongue Skink ini mempunyai gigitan yang merbahaya. |
|
Kolam ikan air tawar |
|
Pelbagai spesis ikan air tawar |
|
Tropical Garfish. Panjang muncung dia. |
|
Beberapa spesis Tropical Garfish |
TROPICAL RAINFOREST
Selepas dah tengok reptilia dan ikan-ikan air tawar, kita masuk ke seksyen Tropical Rainforest. Di sini ada akuarium-akuarium besar yang menarik yang dibina dalam suasana outdoor.
|
Pemandangan di Seksyen Tropical Rainforest |
|
Suasana di sini bagaikan kita berjalan di dalam hutan tropika |
|
Greater Flamingo yang berkaki panjang |
|
Ruddy Shelduck |
|
Akuarium yang menarik di seksyen Tropical Rainforest |
|
Pemandangan di dalam akuarium |
|
Silver Arowana |
|
Memang menarik berjalan di sini |
|
Akuarium gergasi yang membolehkan kita melihat ikan-ikan dengan dekat |
Myself memang tertarik dengan konsep yang diutarakan oleh akuarium-akuarium besar yang dibina di seksyen Tropical Rainforest ini. Ia dibina sangat kena dengan suasana di sini. Melihat akuarium ini memberikan gambaran bagai kita melihat sungai dengan pelbagai spesis ikan yang terdapat di dalamnya. Konon-kononnya macam 'sungai yang timbul dari tanah'. Seperti yang kita tahu, kawasan tropika di muka bumi memang kaya dengan kepelbagaian hidupan dan tanaman. Insaf kita melihat betapa hebatnya ciptaan Tuhan.
|
Ikan-ikan tropika |
|
Akuarium di sini juga dijaga dengan rapi sehingga kita dapat melihat dengan jelas kepelbagaian spesis yang ada di dalamnya. |
|
Ikan akan membesar selagi mereka hidup. Bayangkanlah berapa usia ikan-ikan yang mempunyai saiz begini. |
|
Menangkap gambar hidupan dalam akuarium |
|
Penyu berenang bersama ikan |
|
Happy je nampaknya penyu ini berenang-renang. |
|
Satu lagi suasana di Seksyen Tropical Rainforest |
|
Penyu dan Ikan Kelah |
|
Lagi pemandangan menarik Penyu yang sedang berenang bersama Ikan Kelah |
|
Golden Asian Arowana |
|
Ikan-ikan yang cantik |
Selain ikan dan hidupan-hidupan air, ada juga haiwan lain yang biasa ditemui di hutan hujan tropika yang dibela di sini.
|
Suasana hutan yang menarik |
|
Kuang Perak (Silver Pheasant) |
|
White Crested Laughing Thrush |
|
Kolam air yang cantik |
|
Air Terjun buatan |
|
Satu lagi pemandangan air terjun yang menarik |
Sejenis haiwan yang menarik yang terdapat di sini ialah Common Marmoset yang sebenarnya berasal dari hutan hujan di timur negara Brazil. Ia adalah antara spesis monyet yang terkecil di dunia, tapi tidaklah sekecil Tarsier yang kami lihat di Philippines dulu. Haiwan ini juga terkenal dengan suaranya yang nyaring. Setara kot dengan Tasmanian Devil yang kat Australia tu, ke dia lebih bising?
|
Common Marmoset |
|
Macam rupa singa pun ada Marmoset ni. |
|
Comel jugak bila diperhati dari angle ini. |
|
Marmoset berehat di atas batu |
|
Meninggalkan Seksyen Tropical Rainforest |
SUB ANTARTIC SECTION
Seksyen Sub Antartic di Underwater World sangat popular dengan pengunjung kerana di sini ada Penguin.
|
Sub Antartic Section |
|
Sila kesat kaki dulu sebelum masuk ke dalam |
|
Pintu Masuk ke Sub Antartic Station |
|
Jom kita masuk ke dalam |
|
Sudut informasi |
|
Baca kat sini untuk mengetahui perbezaan di antara Artik (Kutub Utara) dan Antartika (Kutub Selatan) |
Sebelum bertemu penguin, kita akan bertemu terlebih dahulu dengan Anjing Laut (Fur Seal) yang berasal dari Amerika Selatan. Jauh dia orang travel dari Argentina ke Langkawi!
|
Pameran Fur Seal (Anjing Laut) |
|
Melihat Fur Seal |
Secara kebetulan, kami tiba semasa Feeding Time untuk Anjing Laut ini. Anjing-anjing Laut ini pulak telah dilatih untuk membuat pelbagai trick untuk mendapatkan makanan. Memang menghiburkan!
|
Masa Untuk Makan! |
|
"Terjun dulu ke bawah kalau nak makan!" |
|
Melawan juga dia ini masa mula-mula tu. |
|
Terjun ke dalam air demi nak mendapatkan makanan. |
|
Memang elegant dia berenang |
|
Hebat Anjing Laut ni berenang. |
|
Melintuk-liuk gracefully, kata Orang Putih. |
|
Kenangan dengan Fur Seal |
Kemudian kita berjalan pulak menerusi sebuah terowong sepanjang 8 meter. Kat sini barulah kita dapat melihat Penguin.
|
Menuju ke Terowong |
|
Pintu masuk ke terowong |
|
Pemandangan di dalam terowong |
|
Penguin berenang kat atas kepala |
|
Seronok berjalan dalam terowong ini. |
Dah puas tengok Penguin berenang dalam air di dalam terowong, kita tengok pula aksi Penguin di habitat daratan yang dibina khas untuk mereka. Penguin-penguin ini adalah dari jenis African Penguin yang berasal dari Afrika Selatan.
|
Patung Penguin yang mengalu-alukan kedatangan kita |
|
Habitat khas yang dibina untuk African Penguin |
|
Ramai rupanya Penguin yang ada kat sini! |
|
Macam kampung halaman di Afrika Selatan sana... |
|
Baru lepas makan nampak gayanya... |
|
Anak Penguin |
|
Huband dengan Peminat |
|
Anak Penguin ini cukup suka kat Husband. Dia ikut je walau ke mana Husband pergi sepanjang cermin kaca itu. |
|
Sekeluarga Penguin |
Selain dari African Penguin, kita juga boleh melihat Rockhopper Penguin yang datang dari New Zealand. Mereka diberi nama Rockhopper Penguin kerana mereka gemar melompat atas batuan di tepi pantai.
|
Rockhopper Penguin |
|
Mereka diberi nama Rockhopper Penguin kerana gemar melompat di atas batu |
|
Keterangan tentang Rockhopper Penguin |
|
Dari jauh, kacak je rupa penguin-penguin ini... Macam pakai baju kot. |
|
Tengok dekat-dekat, macam rupa Rocker pulak dah. Hahaha! | |
HEXAGONAL TANK
Lepas melihat Penguin, kita lihat pula pameran hidupan di laut dalam di Hexagonal Tank. Pameran di kawasan ini dibuat dengan tema 'Sunken Ship'. Konon-kononnya inilah pemandangan yang akan kita lihat bila membuat Deep Sea Diving mencari kapal karam.
|
Pemandangan di Hexagonal Tank |
|
Ikan-ikan di Hexagonal Tank |
|
Ikan ini dipanggil Pineconefish |
|
Keterangan tentang Pineconefish |
|
Sotong Kurita |
|
Mengikut keterangan yang diberi, Sotong Kurita akan bertukar merah bila marah atau terancam. Tengah marahlah agaknya sotong ini sekarang. Lambat dapat makanan kot. |
|
Spotted Garden Eel |
|
Ikan Dagang Bendera (Banner Butterflyfish) |
|
Pelbagai jenis ikan |
|
Snowflake Moray Eel |
|
Sekali imbas, nampak macam ular pulak dah Ikan Belut ni. |
|
Kita dilarang menggunakan flash jika nak menangkap gambar di Underwater World ini. |
|
Jerung |
|
Garang je nampak ikan ni. |
|
Ada dua spesis jerung yang dibela di dalam akuarium ini: Whitetip Reef Shark dan Blacktip Reef Shark. |
|
Tak tau yang ini spesis yang mana |
|
Tersembam di dasar laut |
TUNNEL TANK
Lepas itu kita lawat pulak Tunnel Tank yang sepanjang 15 meter. Ada ikan dan turtle giant kat dalam ni.
|
Tunnel Tank |
|
Satu lagi suasana di Tunnel Tank |
|
Posing dengan ikan giant |
|
Ikan berenang atas kepala |
|
Tak tahu apa nama spesis ikan yang besar ini |
|
Husband pun nak posing dengan ikan giant |
|
Olive Ridley Sea Turtle |
|
Nak posing sekali lagi dengan ikan giant |
|
Belut |
|
Kolam bakau |
|
Penghuni di dalam kolam bakau |
KOI POND
Dah puas tengok ikan dan hidupan laut, kita tengok pula Ikan Koi yang dibela di sebuah kolam outdoor berhampiran.
|
Kolam Ikan Koi |
|
Landskap yang menarik dekat Kolam Ikan Koi |
|
Keterangan tentang Ikan Koi yang dibela |
|
Ikan Koi |
INVERTEBRATE SECTION
Seksyen terakhir yang kami lawati di Underwater World Langkawi adalah Invertebrate Section. Seksyen ini dipenuhi hidupan laut tanpa tulang belakang (invertebrate) yang ditemui di kawasan lautan di seluruh Asia Tenggara.
|
Kolam Invertebrate |
|
Pelbagai hidupan yang tanpa tulang belakang |
|
Yang macam Ikan Buntal ini namanya Boxfish |
|
Timun Laut |
|
Hmmm... Timun Laut ini Gamatlah kan? |
Memang seronok melawat ke Underwater World walaupun tiketnya mahal. Banyak ilmu tentang hidupan laut yang boleh kita dapat. Feeling sewaktu melawat ke sini pun Myself rasa lagi best dari melawat ke Aquaria di KLCC di KL itu sebab Langkawi adalah sebuah pulau yang dikelilingi laut berbanding KL yang terletak di tengah darat. Jadi kita rasa lebih dekat dengan makhluk-makhluk Tuhan ini di Langkawi.
Disebabkan Underwater World juga adalah sebuah tourist attraction, kita terpaksa melalui sebuah kedai cenderamata untuk keluar dari sini. Kedai ini pulak bukanlah sekadar sebuah kedai menjual cenderamata, ia adalah juga sebuah Kedai Duty Free. Macam-macam dijual di dalamnya. Saiz kedai ini pun tersangat amatlah besarnya.
|
Kedai Duty Free yang perlu dilalui untuk keluar dari Underwater World |
|
Pelbagai barangan dijual di sini |
Waktu lalu di dalam kedai ini, kami terjumpa sabun gamat yang dicari-cari. Tapi bilangannya pun tak banyak yang tinggal. Kata staff di kedai ini, sabun gamat selalu diborong oleh pelancong dari Tanah Besar China. Disebabkan kita dengki kat pelancong China yang memborong habis sabun kat Nusantara Gamat tadi, kita borong habis sabun gamat yang tinggal di sini. Hihihi... gelak evil kita sekarang! Biarkan pelancong China tu pulak frust tak jumpa sabun gamat lepas ini.
|
Meninggalkan Underwater World. |
Memang penat selepas seharian membuat Langkawi Island Tour hari ini. Jadi kami pulang terus ke hotel. Terima kasih kepada Uncle Kent yang begitu bagus dan setia menjadi driver dan Tour Guide kami selama 2 hari ini.
|
Pulang ke Pekan Kuah |
|
Laut Andaman |
|
Husband bergambar kenangan dengan Uncle Kent |
Bersambung ke Bahagian 12...
CATATAN PERJALANAN LANGKAWI (2019):