Tuesday, 10 September 2019

2019 LANGKAWI BHG. 02 (Pantai Chenang)

September 2019

LANGKAWI, MALAYSIA

Bahagian 2: Santai-Santai Langkawi 1
PANTAI CHENANG

HARI PERTAMA (2)

Part 5: Pantai Chenang

Program Hari Pertama kami cuma Free & Easy. Disebabkan ada masa terluang di sebelah petang, kami menggunakan khidmat Grab untuk berkunjung ke Pantai Chenang. Mulanya kami tak jumpa Drop-Off Point yang sesuai dalam Apps Grab itu di Pantai Chenang. Rupa-rupanya kalau nak cari destinasi-destinasi menarik ini kena tulis "Cenang Beach" sebab tempat ini adalah destinasi favourite Orang Putih. Tip ini dibagi kepada kami oleh petugas concierge hotel.

Naik Grab ke Pantai Chenang
Monumen di Pekan Kuah
Pemandangan di Pekan Kuah
Arah ke Pantai Chenang
Perjalanan ke Pantai Chenang
Laluan yang cantik menuju ke Pantai Chenang
Dalam perjalanan menuju ke Pantai Chenang, kami dapat melihat satu majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah resort kecil. Kata Pakcik Grab kami, tak seperti orang-orang di Tanah Besar yang selalu mengadakan kenduri perkahwinan pada waktu tengahari, orang-orang Langkawi selalu membuat majlis perkahwinan bermula dari lewat petang sehingga ke malam.

Majlis perkahwinan
Tiba di Pantai Chenang
Sampai di kawasan Pantai Chenang, panjang tengkuk kita mencari mana pantainya. Rupa-rupanya Pantai Chenang memang tak dapat dilihat dari tepi jalan sebab dilindungi oleh bangunan-bangunan kedai. Bila kami memberitahu pemandu Grab yang kami sebenarnya nak mencari pantai, pakcik yang baik hati ini terus membawa kami ke pintu masuk ke pantai yang terletak di belakang bangunan Underwater World walaupun laluan ke sana sedikit sesak ketika itu.

Langkawi Permata Kedah di belakang bangunan Underwater World ini adalah salah sebuah penanda laluan masuk ke Pantai Chenang.
Laluan masuk ke pantai
Kami sampai di Pantai Chenang pada waktu yang tepat kerana matahari sedang terbenam. Keindahan pantai ini memang sangat terserlah pada waktu itu. Kaget juga melihat betapa ramainya pengunjung yang berada di sana ketika itu. Boleh dikatakan setaralah dengan Pantai Kuta di Bali sana.

Kaget melihat betapa ramainya pengunjung di Pantai Chenang
Pantai Chenang
Ada banyak aktiviti watersport di sini
Ombak yang bergulung di tepi pantai
Pemandangan dari laluan menuju ke pantai
Pintu masuk ke pantai
Jujur Myself katakan, Myself memang tak pernah melihat pantai yang semeriah begini di Malaysia. Pantainya juga cantik dan bersih. Memang bangga melihat negara kita juga mempunyai pantai yang hebat begini yang boleh dibanggakan kepada pengunjung asing. Ombak yang bergulung-gulung turut menambah keindahan pantai.

Walaupun sebahagian besar pengunjung ke pantai ini adalah warga asing, syukurlah tak sesiapa pun yang memakai pakaian yang menjolok mata. Tenanglah sikit mata kita memandang. Tapi kami kemudian diberitahu, suasana ini adalah tipikal kalau dekat-dekat malam begini. Kalau berkunjung di sebelah pagi atau tengahari yang panas berdenting itu, suasana pengunjung kat sini betul-betul macam kat Bali dan Phuket sana. Sexy-mexy belaka semuanya!

Kami menunggu di tepi pantai sampai matahari betul-betul terbenam. Memang cantik suasana sunset di sini. Kagum dan insaf melihat betapa hebatnya keindahan ciptaan Tuhan.

Bila malam berlabuh, barulah kami beredar untuk mencari makan malam. Sewaktu berjalan pergi, kita dapat melihat suasana pantai kini berubah menjadi bar terbuka untuk menikmati hiburan dan keseronokan malam sambil menghisap Shisha.

Team Building
Pesawat nak mendarat di Airport Langkawi
Kerusi untuk santai malam
Pantai Chenang semakin meriah dengan kunjungan bila malam menjelang
Shisha
Persiapan untuk santai malam
Berjalan ke Dataran Pantai Chenang
Pantai Chenang
Dataran Pantai Chenang

Part 6: Chenang Walk

Chenang Walk di tepi Pantai Chenang dipenuhi dengan kedai-kedai makan dan kedai menjual cenderamata. Kedai-kedai yang menawarkan aktiviti Island Tour juga banyak di sini. Hotel-hotel bajet yang bersaiz kecil dan sederhana juga membarisi Chenang Walk.

Chenang Walk
Suasana di Chenang Walk sangat happening di sebelah malam
Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-62 juga masih terasa di sini.
Disebabkan ramai Orang Arab yang berkunjung ke Langkawi, ada banyak kedai makanan Arab.
Kedai-kedai cenderamata di Chenang Walk
Mercu tanda Chenang Walk
The Cabin Langkawi ini adalah sebuah hotel penginapan yang menarik di Chenang Walk.
Suasana di Hotel The Cabin Langkawi
Teringatkan pengalaman makan malam di Food Truck yang seronok sewaktu melawat ke Melaka dulu membuatkan kami merancang nak mencari makan malam di Food Truck yang kami lihat sewaktu mula sampai di Pantai Chenang tadi. Maka berjalanlah kami sehingga ke sana.

Food Truck di Pantai Chenang
Suasana di kawasan Food Truck
Satu lagi suasana di kawasan Food Truck
Food Truck di Langkawi ini walau bagaimanapun agak mengecewakan bagi kami. Makanan yang dijual hanya makanan segera dan Western. Tak sesuai pulak dengan selera kami malam itu. Lalu kami memutuskan untuk makan malam saja di sebuah kedai yang bernama Warung Janggus di Chenang Walk.

Warung Janggus
Suasana di Warung Janggus
Sesuatu yang selalu kami lihat di restoran-restoran di Langkawi ialah larangan minuman keras seperti ini. Tapi ramai juga Orang Putih yang datang makan di kedai-kedai begini walau terdapat larangan itu.
Satu lagi pemandangan di Warung Janggus
Pemandangan menghala keluar dari Warung Janggus
Makan malam yang sedap di Warung Janggus
Selepas makan, kami berkunjung pula ke Chenang Mall yang berhampiran. Ini adalah pusat membeli-belah yang terbesar di Pantai Chenang. Di dalamnya penuh kedai-kedai pakaian dan cenderamata yang sesuai dengan citarasa pelancong.

Chenang Mall
Kemeriahan di Chenang Mall
Kedai pakaian di Chenang Mall
Kedai-kedai cenderamata di Chenang Mall
Lepas itu kami kembali ke Pantai Chenang untuk melihat suasana malam di sana yang dikatakan sangat happening itu.

Berjalan kembali menuju ke pantai
Hotel Adya
Kami walau bagaimanapun tak stay lama di Pantai Chenang. Sekadar melihat sedikit Fire Show yang percuma di sana. Pertunjukan ini diadakan pada pukul 9 malam setiap hari. Kalau tinggal di hotel di Chenang Walk mungkin kami boleh stay sepanjang malam melihat pertunjukan ini. Tapi disebabkan kami kena balik ke Kuah untuk berehat secukupnya untuk membuat Mangrove Tour esok, tak dapatlah nak mengikut persembahan ini sampai selesai.

Kami kembali ke Chenang Mall untuk mengambil Grab balik ke hotel dari sana. Urusan panggil-memanggil Grab di Langkawi semua Husband yang buat. Sesuatu yang kelakar ialah bila pemandu-pemandu Grab ini melihat Husband (yang bernama Syed) memanggil mereka, kami sentiasa mendapat text dalam Bahasa Inggeris kerana mereka menyangka Husband adalah Orang Arab. Bila mereka nampak kami yang Melayu pulak yang muncul, terus kami disangka sebagai Singaporean! Tapi class lah jugak dianggap Singaporean dari disangka sebagai Pinoy.

Maklum sajalah, mana ada orang Malaysia berjalan cuti-cuti di Langkawi pakai Grab. Orang Malaysia selalunya sewa kereta dan pandu sendiri di Langkawi. Cuma Orang Malaysia yang perasan nak bercuti macam Orang Putih macam kami saja yang pakai Grab. Hehehehh! Trivia sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ~ Husband bangga bila dianggap Singaporean sebab dia memang dilahirkan di Singapore sewaktu Singapore masih belum berpisah dari Malaysia. Agak-agak berapa umur Husband? Janganlah jawab 62 tahun pulak! Hahaha!

Dataran Pantai Chenang di waktu malam
Pick-up Point untuk Grab di depan Chenang Mall
Naik Grab kembali ke hotel
Perjalanan dari Pantai Chenang kembali ke Kuah cuma memakan masa 30 minit. Namun suasana Kuah dan Pantai Chenang sangat berbeza. Kalau Pantai Chenang masih meriah dan happening pada pukul 10 malam, pekan Kuah pula dah mula sunyi sejak pukul 9 malam.

Kuah yang sunyi di malam hari
Monumen yang cantik dihiasi lampu di malam hari
Bertukar-tukar warna monumen ini
Selamat Malam, Langkawi!


 Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN LANGKAWI (2019):