Friday, 20 September 2019

2019 LANGKAWI BHG. 10 (Laman Padi)

September 2019

LANGKAWI, MALAYSIA

Bahagian 10: Langkawi Tour 5
LAMAN PADI

HARI KETIGA (3)

Bahagian 24: Restoran Siti Fatimah

Uncle Kent membawa kami makan tengahari. Dalam perjalanan, beliau bercerita tentang makanan di Langkawi. Kata Uncle Kent, walaupun mereka bersawah padi, penduduk asal Langkawi tak makan ikan air tawar. Satu-satunya ikan air tawar yang dah diterima sebagai makanan penduduk Langkawi adalah Ikan Keli. Ikan ini pun diperkenalkan oleh orang dari Tanah Besar yang berhijrah ke sini. 

Namun begitu, Orang Langkawi ada makanan special mereka sendiri yang dinamakan Bronok. Bronok adalah sejenis hidupan laut yang adik-beradik dengan Gamat juga. Bronok selalunya dibuat Kerabu dan orang yang "pure" Langkawi cukup suka makanan ini.

Jalan-Jalan Cari Makan
Kami singgah di Restoran Siti Fatimah. "Kat sini selalu ada Bronok", kata Uncle Kent. Macamlah kami ni betul-betul nak try makan Bronok.

Restoran Siti Fatimah
Malangnya tak ada Bronok dijual hari itu di sini. Tapi kat dinding di restoran ini memang ada banyak keratan akhbar tentang Bronok di Langkawi. Lupa pulak nak ambil gambar.

Pemandangan di dalam Restoran Siti Fatimah
Buffet Makanan Tengaharinya nampak menarik
Tak ada pulak Bronok kat sini.
Jemput makan

Bahagian 25: Laman Padi

Destinasi kami yang seterusnya adalah sebenarnya Underwater World. Tapi Uncle Kent mencadangkan supaya kami singgah melawat dulu ke Laman Padi yang terletak dalam perjalanan ke sana. Kami okey saja dengan cadangan Uncle Kent, bak kata Pepatah Melayu: Kecil Tapak Tangan, Nyiru Kami Tadahkan. Mentang-mentanglah nak melawat ke Laman Padi!

Arah ke Pantai Chenang
Port of Langkawi. Di sinilah feri yang membawa kereta ke Langkawi berlabuh.
Boustead Langkawi Shipyard
Arah ke Laman Padi
Tiba di Laman Padi
Laman Padi terletak di Pantai Chenang. Seperti MARDI Agro Technology Park yang kami lawati semalam, ia juga adalah sebuah pusat agro-tourism. Dulu ada tiket dikenakan untuk melawat ke Laman Padi tapi kini kemasukan adalah percuma.

Laman Padi Langkawi
Pintu masuk ke Laman Padi
Suasana dekat pintu masuk
Jom kita ke sana...
Meowww!!!
Laman Padi adalah sebenarnya sebuah tempat yang menarik untuk dilawati tetapi sayang sebab maintenance di sini agak rundown. Kami diberitahu Laman Padi ini dimiliki oleh Perbadanan Pembangunan Langkawi (LADA). Dulu ia memang hebat, tapi bila pemimpin-pemimpin negara bertukar, usaha-usaha yang dibuat pemimpin dulu bagai tidak lagi diperdulikan kerana pemimpin baru bagaikan tak mahu dikaitkan dengan pemimpin yang dulu. Bak kata pepatah Melayu: Gajah Sama Gajah Bertarung, Kancil Mati Di Tengah-tengah. Kesian kat rakyat Malaysia marhaen macam kita yang jadi Kancil kat tengah-tengah tu, kan? Tapi janganlah jadikan ini pematah semangat anda kerana tempat ini sangat menarik untuk dilawati sebenarnya.

Maintenance di sini agak menyedihkan, tapi jangan jadikan itu alasan tak datang melawat ke sini.
Pokok Kayu Manis
Langkawi terletak di Negeri Kedah yang terkenal sebagai Negeri Jelapang Padi kerana ia adalah penghasil beras yang terbesar di Malaysia. Seperti namanya, Laman Padi dibina untuk membolehkan pengunjung mengenali aktiviti penanaman padi dengan lebih dekat.

Jom ke sana pulak...
Boleh tengok sawah padi dekat-dekat di sini.
Dalam kaedah penanaman padi secara tradisional, biji padi direndam dalam guni selama 3 hari sebelum ditanam di tapak semaian. Selepas itu barulah ia dipindahkan ke petak sawah. Kerja menanam padi melibatkan banyak proses. Kerana itulah ia selalu dibuat oleh kaum wanita kerana kaum lelaki sememangnya tak cukup sabar. Ingat tak lagi nama alat menanam padi yang dipelajari dalam kelas Geografi kat sekolah dulu ~ Kuku Kambing?

Pemandangan dekat sawah padi di Laman Padi
Pelbagai peringkat tanaman padi
Bangsal di tengah sawah
Boleh je nak berjalan sampai ke sana...
Teruja juga dapat berjalan di atas batas di tengah sawah ini. Seumur hidup Myself, inilah kali kedua dapat berjalan di atas batas sawah. Kali pertama adalah masa kecil-kecil dulu, mengikut Emak mencari Opah yang ketika itu sedang bersawah di kampung. Maklumlah masa kita kecil dulu, manalah ada telefon kat rumah Opah untuk bagitahu kita nak datang. Bila sampai kat kampung dan Opah tak ada kat rumah, kenalah pulak mencari di mana dia berada.

Berjalan di tengah sawah
Orang-Orang yang sebenarnya berfungsi untuk menakutkan burung supaya tak memakan padi yang masak.
Orang-Orang yang patriotik sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-62
Batas sebenarnya berfungsi sebagai pemisah antara tanah-tanah pesawah
Pokok padi yang baru ditanam
Batas juga berfungsi sebagai benteng penahan air supaya paras air di dalam sawah tidak terlalu banyak. Jika paras air di dalam sawah lebih dari sejengkal, padi agak susah ditanam dan anak padi akan tenggelam, terutama jika selepas hujan lebat. Oleh itu, penting bagi pesawah menjaga batas air di dalam sawah sepanjang masa.

Tahukah anda yang Kepala Batas bermaksud bahagian depan sawah padi? Ia juga merupakan asal nama bandar Kepala Batas di Pulau Pinang.

Bergambar di batas sawah
Pemandangan menghala ke pintu masuk Laman Padi
Bangsal di tengah sawah ini juga sangat mengujakan. Jadi mari kita ke sana...

Bangsal di tengah sawah
Pelantar menuju ke bangsal
Boleh duduk makan-makan di sini
Ehh, ada kerbau!
Mencari port nak berkubang
"Apa pandang-pandang?!"
Risau je kalau Husband kena tanduk dengan kerbau tu.
Memang risau kita tengok cara kerbau tu pandang kat kita. Terasa macam dia nak charging kat kita. Relax la, Kerbau! Kita tak pakai baju merah pun hari ini. Baju kita colour hijau ~ sama dengan colour pokok padi tu! Husband pun pakai baju colour kuning ~ sama colour dengan lumpur kat sawah tu.

 Bangunan yang kat sana tu adalah sebuah restoran
Ini pulak pemandangan menghala ke kompleks pejabat Laman Padi
Dalam penanaman padi moden, tapak semaian tidak lagi digunakan. Anak padi akan ditanam terus ke dalam petak sawah. Kaedah penanaman padi tradisional yang intensif buruh kini telah digantikan dengan penggunaan mesin moden. Tapi ada pendapat yang mengatakan penggunaan mesin ini menyebabkan rasa beras sekarang tak sesedap rasa beras di zaman dulu. Tak tahulah pulak sejauh mana kebenarannya.

Iklan Nami Island di Korea Selatan kat tengah Laman Padi di Langkawi
Mesin pembajak sawah
Lembu
Pokok padi
Kalau menanam padi adalah kerja untuk wanita dalam masyarakat penanam padi tradisional, kerja menuai padi pula adalah tugas lelaki. Maklumlah, kerja memotong dan membanting padi sangat memerlukan tenaga fizikal. Tapi masa kecil-kecil dulu selalu juga kita tengok perempuan yang membuat kerja ini.

Pokok Mengkuang Tikus
Ada sebuah jambatan dibina di tengah sawah ini untuk membolehkan pengunjung menyaksikan pemandangan dari sana juga. Oleh itu, jom kita ke sana pulak...

Jambatan di tengah sawah
Pemandangan dekat jambatan
Naik ke atas jambatan
Pemandangan dari jambatan
Pemandangan dari jambatan menghala ke sebelah sini pulak
Lembu di tengah sawah
Berposing atas jambatan
Lembu yang berkawan dengan Burung Bangau

GALERI PADI

Selepas melawat Laman Padi, kita melawat pula ke Galeri Padi.

Mural di hadapan Galeri Padi
Membanting Padi
Menumbuk Padi
Membubu Ikan
Bangunan utama yang menempatkan sebuah restoran
Galeri Padi
Sebaik masuk ke dalam Galeri ini, kita akan dapat melihat sebuah rak yang menempatkan sampel-sampel beras dari seluruh dunia yang diletakkan di dalam botol. Terus teringat soalan favourite subjek Geografi Malaysia kat sekolah dulu: Apa perbezaan padi dengan beras? Jawaban: Beras adalah padi yang telah diproses dan dibuang kulit dan sedia untuk dimakan. Weyy, kagum kat diri sendiri sebab masih ingat lagi!

Pemandangan sewaktu masuk ke Galeri Padi
Sampel-sampel padi dari seluruh dunia
Cili kering diletakkan dalam bekas pameran sebab ia adalah kaedah tradisional yang sangat berkesan untuk menghalau kutu beras.
Peralatan-peralatan tradisional di rumah pesawah
Peta Kawasan Pengeluaran Padi di Semenanjung Malaysia
Kita juga boleh melihat peralatan-peralatan tradisional yang digunakan dalam penanaman padi pada masa dahulu.

Kerbau adalah haiwan yang sangat berjasa kepada penanam padi tradisional kerana ia membantu kerja-kerja membajak sawah.
Peralatan tradisional yang ditarik oleh kerbau untuk membajak sawah ini dinamakan Tenggala.
Keterangan tentang Tenggala
Peralatan-peralatan lain yang digunakan dalam penyediaan tanah untuk bersawah
Tajak untuk kegunaan merumput di sawah
Penyelenggaraan tanaman merangkumi operasi-operasi persawahan seperti pengawalan rumpai, pembajaan dan kawalan perosak dan penyakit. Perkara yang paling penting ialah pengurusan air sawah bagi memastikan penghasilan tuaian yang makmur.

Peralatan-peralatan untuk penyelenggaraan tanaman
Penyembur racun
Kuku Kambing yang digunakan dalam penanaman padi
Bergambar dengan Tong Pemukul Padi
Menuai padi cara tradisional
Peralatan untuk menuai padi
Pengebuk Angin yang digunakan untuk memisahkan padi berisi dengan jerami dan padi hampa.
Mengambil gambar Pengebuk Angin
Lesung Kaki seperti ini dulu ada di bawah rumah Opah kita.
Lesung Tangan dan Pengisar Padi
Alat yang berbantuk segitiga ini dipanggil Penghuroi yang digunakan untuk Mengangin Padi bagi memisahkan padi yang berisi dengan padi hampa.
Aksi kita di dalam Galeri Padi
Basikal Tua dengan Pengebuk Angin
Lesung Tangan
Pengisar Padi
Peralatan yang dinamakan Anok ini digunakan untuk mengangkut padi dari sawah ke darat. Ia selalunya ditarik oleh kerbau.
Selain dari menjadi sumber makanan, menangkap ikan di sawah juga adalah aktiviti rekreasi keluarga pesawah
Menangkap ikan di sawah dengan menggunakan Bubu
Peralatan menangkap ikan di sawah
Pemandangan di penghujung Galeri Padi
Tudung Saji yang digunakan untuk menutup makanan
Pemandangan sewaktu keluar dari Galeri Padi
Lembu yang masih berkawan dengan Bangau
Kucing-kucing di Laman Padi
Landskap yang menarik
Sayang tengok Restoran Laksa di sini sudah tidak beroperasi

LAMAN HERBA

Keluar dari Galeri Padi, kita melawat pula ke Taman Herba. Di sini ada banyak tanaman herba yang digunakan dalam masakan dan pengubatan tradisional.

Laman Herba
Pelbagai herba ada di sini
Dalam banyak-banyak herba di sini, adalah beberapa saja yang kita kenal dan pernah dengar namanya.
Inilah pokok Asam Gelugur
Herba Belalai Gajah


 Bersambung ke Bahagian 11...


CATATAN PERJALANAN LANGKAWI (2019):