Tuesday, 17 September 2019

2019 LANGKAWI BHG. 07 (Durian Perangin)

September 2019

LANGKAWI, MALAYSIA

Bahagian 7: Langkawi Tour 2
AIR TERJUN DURIAN PERANGIN & DATARAN LANG

HARI KEDUA (5)

Part 16: Air Terjun Durian Perangin

Sebuah lagi Eco Destination yang kami lawati di Langkawi adalah Air Terjun Durian Perangin yang juga terletak di kaki Gunung Raya serta tidak jauh dari MARDI Agrotechnology Park.

Perjalanan ke Air Terjun Durian Perangin
Sawah padi
Sekumpulan Mat Salleh tengah naik ATV
Macam tengah buat penggambaran dokumentari je gayanya
Pintu masuk ke Air Terjun
Air Terjun Durian Perangin terdiri dari 14 tingkat. Ada beberapa tingkatnya yang kat lower level tu mudah nak didaki sebab ada laluan pejalan kaki yang proper.

Laluan di tepi air terjun
Hutan Lipur Durian Perangin
Di lereng bukit di tepi air terjun pulak ada pokok-pokok durian. Tapi kata Uncle Kent, durian ini adalah durian hutan yang banyak ulat dan tak sesuai untuk dimakan. Walau manusia tak makan, ia tetap menjadi habuan istimewa untuk Sang Tupai.

Ada juga sebuah jambatan gantung yang disediakan untuk melintas air terjun di bahagian bawah.

Jambatan Gantung
Pemandangan ke hulu sungai dari jambatan gantung
Menikmati pemandangan dari jambatan gantung
Beberapa tingkat kolam air terjun yang diperhati dari Jambatan Gantung
Pemandangan yang tenang dan damai
Airnya cetek dan sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda
Kolam Air Terjun
Tengah kita seronok-seronok menikmati pemandangan air terjun, tiba-tiba jambatan gantung bergoyang-goyang...

... bergoyang-goyang sebab dia ni yang lalu.
Terperanjat juga melihat ada seekor kera tiba-tiba muncul lalu kat belakang kita di atas jambatan. Kera ini berjalan dengan selamba sambil membawa sebungkus snack. Mesti dia curi dari kedai di bawah sana, takkanlah dibeli pulak kan?! Macam dah expert je kita tengok dia mengoyak bungkusan plastik snack yang dicuri tu. Mesti dah selalu buat kerja macam ini.

Pandai dia koyak bungkusan snack itu
Rezeki Sang Kera di remang petang.
Tak banyak yang boleh diceritakan tentang air terjun ini. Jadi kita tengok saja gambar-gambar pemandangan di sini...

Boleh kalau nak panjat lebih tinggi lagi tetapi kami tak naik ke sana sebab tangganya nampak curam, licin dan tak sekata. Lagi pun kami tak cukup stamina nak sampai ke sana.

Tangga yang curam dan licin untuk naik ke air terjun yang lebih tinggi
Pemandangan dari tepi tangga
Pemandangan menghala ke bawah dari tangga
Kami tak menghabiskan masa yang lama di Air Terjun ini. Lepas melawat lebih kurang, kami turun semula ke bawah.

Laluan turun ke bawah
Pemandangan di laluan
Okey juga maintenance di Air Terjun ini
Walau tak mandi teringin juga nak merasa air terjun ni. Jadi kita turunlah sekejap rendam kaki. Sejuk juga airnya di petang yang panas begini.

Teringin nak rasa air sungai
Main-main air
Kedalaman air di sini sampai betis sahaja
 Dah puas main air, jom kita pergi...


Part 17: Dataran Lang

Dari Air Terjun Durian Perangin, kami kembali ke Pekan Kuah menuju ke destinasi terakhir lawatan kami hari ini, Dataran Lang.

Pekan Kuah
Arah ke Dataran Lang
Tiba di Dataran Lang
Dataran Lang adalah sebuah mercu tanda buatan manusia di Pekan Kuah di Langkawi. Ia dibina berhampiran Jetty Point yang merupakan pintu masuk bagi perkhidmatan feri penumpang ke Langkawi.

Peta Langkawi Geopark
Keterangan tentang Langkawi Geopark
Kedudukan Langkawi di peta dunia
Di pintu masuk ke Dataran Lang, kita akan bertemu terlebih dulu dengan sebuah arca yang dinamakan sebagai Langkawi Sundial.

Langkawi Sundial
Sundial ini secara simbolik menunjukkan kedudukan kawasan pergunungan tua di Langkawi. Ia juga dibina di atas sebuah batuan yang dikatakan telah berusia 230 juta tahun.
Keterangan mengenai Langkawi Sundial
Welcome To Langkawi
Pemandangan ke arah Jetty Point dari Langkawi Sundial
Kedai cenderamata
Pemandangan di dalam Kedai Cenderamata
Dataran Lang didominasi oleh sebuah patung Burung Helang gergasi setinggi 12 meter.

Helang Gergasi
Terminal Feri Penumpang
Perkhidmatan feri menghubungkan Langkawi dengan Kuala Kedah dan Kuala Perlis di Semenanjung Malaysia serta Koh Lipe dan Satun di Thailand.
Pemandangan Helang dari belakang
Deck pemerhatian dekat Burung Helang
Pandangan Helang dari sisi
Pandangan Helang dari depan
Kenangan dengan Sang Helang
Pemandangan ke arah Pekan Kuah
Hotel Bayview Langkawi
Menara Langkawi yang masih dalam pembinaan
Pemandangan Helang dari sebelah sini
Meninggalkan Dataran Lang

Part 18: Kembali Ke Bayview Hotel

Pada pukul 5 petang, kami kembali ke Hotel Bayview.


Taman di tepi Dataran Lang
Masjid Al Hana
Sampai di hotel, kami terus saja ke Executive Lounge yang terletak di Tingkat 14 untuk menikmati Minum Petang percuma. Sambil minum kita nikmati tayangan movie Beauty and The Beast yang ditayangkan pada TV HD yang hebat di sana.

Executive Lounge di Hotel Bayview Langkawi
Hidangan Minum Petang percuma
Tak banyak pilihan makanan tapi setiap hari ada sesuatu yang berlainan dihidangkan.
Pemandangan dari Executive Lounge
Pilih makan roti saja...
Bila balik ke bilik, kita dihidangkan pula dengan pemandangan indah matahari terbenam.


Part 19: Dinner Di Thai House

Malam itu kami memilih untuk dinner di sebuah restoran Thai yang terletak berhampiran Hotel Bayview. Pemilik dan pekerjanya memang orang Thai. Jadi masakan Thai yang dihidangkan pun agak berbeza sedikit rasanya dengan makanan Thai yang biasa kita jumpa di Kuala Lumpur.

Restoran Thai House
Pintu masuk ke Restoran Thai House
Burung Helang
Pemandangan di dalam restoran
Menu Sajian
Hiasan dinding yang menarik di Restoran Thai House
Makan Malam kami
Berjalan kembali ke Hotel Bayview selepas makan malam.


 Bersambung ke Bahagian 8...


CATATAN PERJALANAN LANGKAWI (2019):