Julai 2018
SULAWESI UTARA, INDONESIA
Manado & Minahasa
Bahagian 14: Manado (6)
JALAN-JALAN DI MANADO
HARI KEEMPAT (1)
Part 45: Jalan-Jalan Di Manado
Pengembaraan yang sangat indah di Manado berakhir pada hari ini. Kata Pak Tommy, dia akan menjemput kami pada pukul 10 pagi untuk membawa kami membuat Manado City Tour sebelum menghantar kami pulang ke lapangan terbang.
|
Selamat Pagi, Manado. |
|
Keindahan pemandangan Gunung Klabat dari Manado di awal pagi |
Macam biasa, kita breakfast dulu sebelum memulakan hari. Tak seperti semalam, suasana di Restoran Napoleon tenang kerana dah tak ada group-group yang datang dari Mainland tu. Mereka dah bergerak melawat ke tempat lain agaknya.
|
Egg Station |
|
Petugas-petugas di restoran |
Ada menu istimewa yang kami perhatikan di Restoran Napoleon pagi ini, makanan tempatan yang dinamakan Mie Cakalang dan Tinutuan.
|
Makanan istimewa pagi ini: Tinutuan dan Mie Cakalang |
|
Penerangan tentang Mie Cakalang |
|
Inilah rupa Mie Cakalang |
|
Penerangan tentang Tinutuan |
|
Inilah rupa Tinutuan |
Myself cuma melihat saja Tinutuan dan Mie Cakalang ni. Macam tak teringin pun nak mencuba. Bukan apa, takut rasanya mengecewakan dengan citarasa. Personally bagi Myself, makanan-makanan Manado banyak yang tak kena dengan citarasa Myself. Cuma yang tak dapat dinafikan, Sambal Manado yang dihidang bersama hampir semua makanan di sini saja yang istimewa dengan tahap-tahap kepedasannya yang mencabar. Husband pun tak cuba nak makan Mie Cakalang dan Tinutuan ni.
|
Pemandangan di balkoni |
|
Tetap memilih untuk makan di balkoni |
|
Sarapan pagi |
|
Lampu-lampu cantik yang menghiasi balkoni |
|
Pemandangan dekat lampu-lampu cantik |
|
Kolam renang di Whiz Prime Hotel |
|
Kandungan air kolam renang ini dipantau rapi setiap hari |
|
Di situlah Tanjung yang kami kunjungi melihat sunset petang semalam. Struktur besi di sebelah kanan itu adalah Pohon Kasih (Pokok Krismas gergasi yang dipasang pada perayaan Krismas setiap tahun). |
|
Perkhidmatan kutipan sampah yang sangat efficient di Manado |
|
Pemandangan yang jarang Myself lihat sewaktu melawat kota-kota lain di Indonesia. |
Memandangkan masih ada banyak masa sebelum Pak Tommy datang menjemput, kami membuat keputusan untuk bersiar-siar di persisiran laut kawasan Megamas depan hotel. Kalau semalam kami dah explore ke persisiran laut sebelah kanan hotel, pagi ini kita beri tumpuan ke persisiran sebelah kiri.
|
Berjalan ke persisiran pantai sebelah kiri pulak. |
|
Gerai-gerai makan di persisiran pantai Manado umumnya memang sangat bersih. |
|
Gerai-gerai makan di depan Hotel Whiz Prime semuanya menjual makanan Halal. |
|
Ayam Geprek. Boleh pilih level kepedasan sambal yang diingini untuk dimakan bersama Ayam Geprek ini. |
|
Memang tak susah mencari makanan Halal di Manado |
|
Tapi walau apa pun makanannya, minumannya tetap Teh Botol. |
|
Banyak pilihan makanan yang ada |
|
Beriadah di Manado |
|
Pemandangan kota di sebelah sana |
|
Kuil Cina yang dipanggil Klenteng di Indonesia |
|
Klenteng ini dipanggil Kwan Seng Bio |
|
Pintu masuk ke Klenteng Kwan Seng Bio |
|
Ada orang dari Bangi bukak kedai kopi kat sini. |
Deretan kedai-kedai makan Halal berakhir dekat Klenteng Kwan Seng Bio. Lepas itu ada deretan kedai-kedai makan lain yang menjual makanan-makanan Tak Halal.
|
Gerai-gerai makan di sebelah sini pula semuanya Tak Halal |
|
Ragey adalah satay babi yang bersaiz jumbo. |
|
Pelbagai menu babi. |
|
Soto Rusuk Babi |
Kita berjalan lagi menikmati suasana di kawasan Megamas ini.
|
Kedai-kedai moden |
|
Berwarni-warni |
|
Masjid Firdaus |
|
Kubah unik Masjid Firdaus yang sentiasa menarik perhatian. |
Kemudian kami bertemu pula dengan sebuah pelabuhan kecil yang dipenuhi dengan perahu-perahu tradisional. Tak tahu apa nama panggilan perahu tradisional ini. Semua perahunya ada pengimbang di sebelah kiri dan kanan untuk mengelakkan perahu dari terbalik di lautan bila dilambung ombak.
|
Perahu-perahu tradisional. |
|
Pengimbang di sebelah kiri dan kanan membantu mengelakkan perahu dari mudah terbalik. |
|
Pakcik tu nak buat snorkeling dalam pelabuhan |
|
Pakcik yang nak buat snorkeling |
|
Kucing-kucing Manado |
|
Pemandangan ke arah Hotel Whiz Prime. Bangunan berkubah emas di belakang hotel adalah Gereja Bethel Indonesia Menorah. |
|
Pintu masuk ke kawasan Megamas |
|
Ada Hotel Ibis di sana. Kami tak stay kat Ibis dalam perjalanan ke Manado ini macam selalu. |
|
Ombak yang menghempas pantai. Angin tak berapa kuat di sini. Mungkin disebabkan Teluk Manado agak terlindung. |
|
Jambatan ke seberang sana. |
Part 46: Masjid Firdaus
Kami kemudian berpatah balik ke hotel melalui kawasan komersil Manado di Jalan Piere Tendean. Husband teringin nak melawat ke Masjid Firdaus yang berkubah unik di seberang sana. Jadi terpaksalah melintas jalan yang super sibuk ini.
|
Jalan Piere Tendean di Manado |
|
Punyalah susah nak melintas jalan ini. Terpaksa buat-buat berani macam orang local. |
|
Kawasan di sebelah kanan Jalan Piere Tendean ini dinamakan Kampung Islam. |
|
Kedai di Kampung Islam |
|
Semua lorong kediaman ditanda dengan gerbang seperti ini. |
|
Masjid Firdaus |
|
Kubah Masjid Firdaus yang menarik |
Dekat Masjid Firdaus ini, kami bertemu dengan seorang penjaja Nasi Kuning yang bernama Ibu Umiey. Baik Ibu Umiey ni. Bersungguh dia memberi penerangan kepada kami tentang Nasi Kuning yang popular di Manado ini, lebih-lebih lagi bila dia tahu yang kami datang dari Malaysia dan tak pernah jumpa Nasi Kuning sebelum datang ke sini.
|
Ibu Umiey yang menjual Nasi Kuning |
Cara memasak Nasi Kuning ini sebenarnya sama dengan cara memasak Nasi Lemak di Malaysia. Cuma bezanya ia dicampur dengan kunyit. Cara nak makan Nasi Kuning juga sama dengan cara memakan Nasi Lemak. Ia dimakan bersama sambal, telur dan condiments lain yang sama.
|
Nasi Kuning |
|
Bahan-bahan yang dimakan bersama Nasi Kuning. Lebih kurang sama dengan bahan-bahan memakan Nasi Lemak di Malaysia. |
Masjid Firdaus bertutup dan berkunci sewaktu kami nak masuk ke dalamnya. Tapi penduduk kampung yang mesra dan baik hati bersusah-payah mencari Penjaga Masjid bila diberitahu yang kami nak melawat ke dalam.
|
Pintu masjid yang di sebelah sini berkunci rapat. |
|
Binaan luar masjid |
|
Masjid Firdaus |
|
Pandangan Masjid Firdaus dari tepi |
|
Pintu tepi masjid |
Rupa-rupanya pintu masuk utama ke masjid terletak di sebelah belakang, mengadap ke Kampung. Abang Penjaga Masjid terus membawa kami masuk menerusi pintu ini. Kata Abang Penjaga Masjid, dia sebenarnya berasal dari Surabaya di Jawa tetapi dah lama menetap di sini.
|
Pintu masuk utama sebenarnya terletak di sebelah sini. |
|
Pintu pagar masjid |
|
Jubin lantai yang cantik |
|
Mengikut Abang Penjaga Masjid masuk ke dalam |
Masjid Firdaus tak besar, tapi binaan dalamannya cantik dan terjaga. Yang paling menarik pada hiasan dalamannya adalah stained glass yang digunakan pada tingkap masjid.
|
Suasana di dalam masjid |
|
Cantik dan terjaga |
|
Stained glass yang menarik pada tingkap masjid |
|
Mihrab dan chandelier masjid |
|
Memang cantik tingkap stained glass ni. |
|
Hiasan pada stained glass sangat menyerlah bila disinari matahari. |
|
Seperti masjid-masjid di Malaysia, kedudukan kewangan masjid dipaparkan pada papan kenyataan. |
|
Ruang solat wanita |
|
Tiang di dalam masjid |
Bangunan Masjid Firdaus dibina setinggi dua tingkat. Tingkat Atas masjid ini ketika itu digunakan sebagai tempat menumpang musafir-musafir dalam perjalanan.
|
Tangga naik ke atas |
|
Pemandangan di tingkat atas masjid |
|
Ada musafir yang sedang menumpang rehat di masjid ketika itu. |
|
Pemandangan menghala ke bawah dari tingkat atas |
|
Pemandangan ruang depan dari tingkat atas |
|
Tempat Wuduk |
|
Pintu masuk ke masjid dari arah Kampung Islam |
|
Pemandangan Kampung Islam Manado di belakang Masjid Firdaus |
Selepas melawat Masjid Firdaus, kami berbual dengan Ibu Umiey dan suaminya Pak Sony. Pak Sony cukup kagum sebab kami datang ke Manado dari Malaysia. Tak ramai Orang Malaysia pernah sampai ke Manado, kata Pak Sony. Tapi bukan Orang Malaysia saja sebenarnya yang jarang sampai ke Manado, Orang Indonesia sendiri pun ramai yang belum sampai ke sini kerana Manado dianggap remote dan jauh.
Kata Pak Sony, Sulawesi dan beberapa pulau lain seperti Nusa Tenggara, Maluku dan Papua dikira sebagai Indonesia Timur. Jawa, Sumatera dan Kalimantan terletak di Indonesia Barat. Penerbangan dari Jakarta ke Manado memakan masa hampir 3 jam 30 minit, sama dengan masa penerbangan dari Singapura ke sini. Kalau dari Jakarta ke Makassar pula, dekatlah sikit ~ 2 jam 30 minit (macam dari KL ke Kota Kinabalu di Sabah). Pada zaman pemerintahan Belanda dulu, Indonesia Barat dan Indonesia Timur ditadbir sebagai wilayah yang berasingan. Ibu kota Indonesia Barat adalah Jakarta manakala ibu kota Indonesia Timur adalah Makassar.
|
Pak Sony dan Ibu Umiey |
Bila berbual dengan Pak Sony dan Ibu Umiey barulah kami sedar betapa besar sebenarnya negara Indonesia. Pulau Sulawesi sendiri pun dah cukup besar. Tahukah anda masa yang diperlukan untuk terbang dari Manado di Sulawesi Utara ke Makassar yang terletak di Sulawesi Selatan adalah 1 jam 30 minit (macam penerbangan dari KL ke Kuching) walaupun kedua-duanya terletak di pulau yang sama? Kalau menggunakan perjalanan darat pula, 2 hari 2 malam diperlukan untuk memandu dari Manado ke Makassar. Tapi ini mungkin disebabkan kualiti jalannya yang tak seperti lebuhraya di Malaysia.
Kalau dari Jakarta menuju ke Jayapura yang merupakan ibukota Wilayah Papua, masa penerbangan yang diperlukan adalah 5 jam 30 minit. Penerbangan dari Makassar ke Jayapura pula memakan masa 3 jam 30 minit. Sebagai perbandingan di negara kita, penerbangan dari KL ke Sandakan yang dianggap jauh di Sabah itu pun cuma mengambil masa 2 jam 40 minit.
Disebabkan jarak yang jauh inilah banyak syarikat penerbangan Indonesia menjadikan Makassar sebagai persinggahan dalam penerbangan dari Jakarta ke Papua. Bila dah berjaya sampai ke Manado, Myself terasa Papua yang selama ini dirasakan sangat jauh, sebenarnya macam boleh terjangkau. Mungkin boleh dipertimbangkan sebagai destinasi pengembaraan yang seterusnya di Indonesia, Insyaallah. Tapi apa yang menarik ada di Papua, ya? Selain dari Raja Ampat yang popular sebagai tempat Scuba Diving tu lah...
|
Rancak berbual dengan Pak Sony dan Ibu Umiey |
Part 47: Mencari Klappertaart
Kalau mencari maklumat di internet tentang Manado, salah satu cadangan kepada pengunjung adalah mencuba kuih istimewa di sini yang bernama Klappertaart. Klappertaat adalah kuih ciptaan penjajah Belanda di Manado yang bahan asasnya terdiri dari kelapa, tepung gandum, susu, mentega dan telur. Macam sedap je bunyinya, kan?
Dah 4 hari kami di sini, tapi masih belum bertemu Klappertaart. Maka mencari Klappertaart menjadi misi pada saat-saat akhir kami di Manado ini. Sasaran kami dalam misi mencari Klappertaart pagi ini adalah shopping mall bernama MTC Megamas yang terletak dekat dengan hotel kami.
|
MTC Megamas |
Malangnya disebabkan hari masih awal pagi, MTC Megamas belum dibuka. Kami hanya bertemu dengan penjual makanan dan kuih tradisional ketika lalu di depan mall ini, tapi Klappertaart yang dicari tak dijual pula di situ.
|
MTC Megamas masih belum dibuka ketika ini. |
|
Untuk yang mengatur perjalanan sendiri ke Manado, tak perlu risau kerana ada khidmat Grab di sini. |
|
Penjual kuih dan makanan tradisional di depan MTC Megamas |
|
Klappertaart yang dicari tak ada di sini. |
|
Restoran Raja Sate di seberang MTC Megamas |
|
Tak pasti sama ada sate di sini Halal atau sebaliknya. |
Selepas gagal bertemu Klappertaart di MTC Megamas, sasaran kami yang seterusnya adalah Kedai Indomaret dekat hotel. Indomaret ini sebenarnya macam 7 Eleven di Malaysia. Kalau 7 Eleven di Malaysia ada menjual snacks, pasti ada Klappertaart di Indomaret.
|
Nak singgah kat Indomaret kat depan tu. |
Memang betul seperti yang dijangka, ada Klappertaart dijual di Indomaret. Tapi malangnya, Klappertaart yang ada dah expire dan stok baru belum sampai. Tak sampailah juga cita-cita kami nak mencuba Klappertaart.
|
Indomaret ada menjual Klappertaart. Tapi malangnya, stok yang ada dah expire! Tak dapatlah nak merasa makan Klappertaart. |
|
Inilah rupa sebenar Klappertaart |
Kecewa tak dapat Klappertaart, kami pulang ke hotel. Disebabkan ketiak dah berpeluh berjalan dalam panas pusing-pusing Manado tadi, kita mandilah sekali round lagi untuk menyegarkan badan. Sambil itu minum Teh Tarik 3-in-1 yang dibancuh sendiri. Teh itu kami bawa dari Malaysia. Kalau dah Malaysian tu, nak juga pekena Teh Tarik, kan?
|
Minum Teh Tarik kat bilik hotel. |
Dekat pukul 9.30 pagi, kami keluar dari bilik. Dah tiba masa untuk kami check-out kerana Pak Tommy akan datang menjemput sekejap lagi.
|
Dah tiba masa untuk pulang ke Malaysia |
|
Posing dulu dengan beg kat korridoor hotel. |
|
Check-out dari hotel |
Secara overall, memang bagus Whiz Prime Hotel ini. Memang sangat puas hati. Lokasinya strategik, makanannya not bad dan staff di hotel sangat friendly. Myself tak keberatan nak recommend hotel ini kepada sesiapa yang nak berkunjung ke Manado.
Sambil menunggu Pak Tommy tiba, kita baca dulu suratkhabar Tribun Manado kat lobi hotel. Ada cerita tentang perayaan Hari Kesyukuran Minahasa yang diraikan semalam.
|
Suratkhabar Tribun Manado kat lobi hotel |
|
Cerita tentang Hari Kesyukuran Minahasa yang diraikan semalam. |
|
Cerita tentang makanan Halal yang turut disediakan untuk tetamu Muslim dalam perayaan Hari Kesyukuran Minahasa. |
|
Cerita tentang makanan ekstrim yang dihidangkan di Open House Hari Kesyukuran Minahasa. |
|
Menunggu Pak Tommy datang menjemput. |
Bersambung ke Bahagian 15...
CATATAN PERJALANAN MANADO (2018):