SULAWESI UTARA, INDONESIA
Manado & Minahasa
Bahagian 2: Manado (1)
TIBA DI MANADO
HARI PERTAMA (2)
Part 3: Singapore Ke Manado
Second leg perjalanan kami adalah menaiki sebuah pesawat Silkair yang lain dari Changi Airport di Singapore menuju ke Sam Ratulangi Airport di Manado, Indonesia. Pesawat ini, Silkair MI 274 berlepas dari Changi pada pukul 9.45 pagi.
|
Maklumat penerbangan ke Manado |
|
Final Call untuk menaiki pesawat |
|
Berjalan menuju ke pesawat. |
|
Pintu pesawat |
|
Penumpang masuk ke pesawat |
Tidak seperti penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Singapura tadi, penerbangan ke Manado ini penuh dengan penumpang.
|
Pemandangan dari tingkap pesawat. |
|
Peramugari Silkair sedang sibuk melayan penumpang |
Walaupun pesawat ini ditolak keluar dari terminal tepat mengikut jadual pada pukul 9.45 pagi, kami terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum dibenarkan berlepas oleh Control Tower memandangkan Changi Airport ketika itu sangat sibuk dengan pesawat-pesawat yang tiba dan berlepas.
|
United Airlines di sebelah pesawat kami ini sedang bersedia untuk berlepas ke San Francisco di Amerika Syarikat. |
|
Uzbekistan Airways |
|
Menunggu giliran untuk berlepas. |
|
Goodbye, Changi Airport. Kita jumpa lagi dalam perjalanan pulang nanti. |
|
Berlepas dari Changi Airport. |
|
Goodbye, SIngapore. |
|
Meninggalkan Singapura. |
|
Kapal-kapal yang sedang meninggalkan Pelabuhan Singapura untuk menuju ke destinasi masing-masing. |
|
Melintasi Pulau Batam. |
|
Menuju ke Laut China Selatan |
Penerbangan dari Singapura menuju ke Manado menggunakan pesawat Boeing 737-800 ini memakan masa 3 jam 20 minit. Tak ada personal monitor pada kerusi pesawat ini. Monitor TV hanya diletakkan selang beberapa baris kerusi. Kalau nak menikmati inflight entertainment yang sedang dimainkan kena download Silkair Apps ke dalam telefon ataupun tablet. Tapi kami taklah berbuat begitu. Tak perlu pun nak buat begitu sebab inflight entertainment dalam penerbangan ini adalah sebuah reality show dari Korea yang ada subtitle di bawahnya.
|
Inflight Magazine Silkair |
|
Display monitor dalam pesawat ini diletakkan selang beberapa baris kerusi tempat duduk. |
Kalau naik pesawat Singapura seperti Silkair, Scoot dan juga Singapore Airlines, kena request Muslim Meal awal-awal sebelum naik pesawat. Kalau tidak, berlaparlah dalam pesawat kerana sajian biasa penerbangannya tidak dijamin Halal.
Disebabkan kami request Muslim Meal, cepat je makanan diberi kepada kami. Makanan Muslim Meal kami adalah Nasi Lemak dengan lauk ikan yang sambalnya sangat sedap. Penerbangan ini juga cukup mewah dengan makanan. Selepas main course, penumpang turut disajikan dengan ais kerim dan juga kudapan. Peramugara dan peramugarinya juga sentiasa bergerak ke depan dan ke belakang pesawat untuk menawarkan minuman.
|
Anak kapal Silkair sedang menyajikan sajian penerbangan |
|
Oleh kerana kami request Muslim Meal dalam penerbangan ini, sajian diberi kepada kami lebih awal berbanding penumpang lain. |
|
Nasi Lemak yang sedap dalam sajian penerbangan Silkair |
|
Ketika ini kita baru melepasi bandar Pontianak di Kalimantan. |
|
Anak-anak kapal sedang menyajikan sajian penerbangan kepada penumpang lain. Kami dah kenyang makan Muslim Meal ketika ini. |
|
Ais kerim yang diberi kepada penumpang |
|
Ais kerim vanilla yang bersalut cokelat |
Alhamdulillah, cuaca yang baik sepanjang hari membolehkan penerbangan kami dari Kuala Lumpur sehingga Manado lancar selicin sutera seperti nama Silkair. Sebahagian besar perjalanan adalah merentasi wilayah Kalimantan di Pulau Borneo.
Tak ada Flight Map dalam penerbangan ini. Jadi susah kita nak tahu kedudukan sebenar di mana kita berada. Pulau Borneo pula adalah pulau yang ketiga terbesar di dunia. Jadi memang jenuh nak terbang melepasi pulau ini. Bila kita menjenguk ke luar tingkap pesawat, asyik-asyik yang kelihatan cuma daratan Pulau Borneo yang dipenuhi hutan tebal.
|
Pemandangan umum sewaktu terbang melintasi Kalimantan |
|
Sungai Kapuas di Kalimantan |
|
Laluan pembalakan di tengah hutan belantara Pulau Borneo |
|
Peas & Crackers yang diberi kepada penumpang selepas Main Course. |
|
Cuaca cerah sepanjang penerbangan ke Manado. |
|
Meninggalkan Pulau Borneo untuk merentasi Selat Makassar. |
Selepas meninggalkan Pulau Borneo, kita merentasi Selat Makassar menuju ke Pulau Sulawesi. Memang excited bila melihat pandangan pertama Pulau Sulawesi. Alhamdulillah kerana Allah izinkan kami tiba ke sini. Jujur dikatakan, tak pernah terlintas sebelum ini yang kami akan menjejakkan kaki ke Sulawesi kerana pulau ini sangat jauh sebenarnya berbanding pulau-pulau Indonesia lain yang menjadi tumpuan percutian rakyat Malaysia.
|
Pemandangan pertama Pulau Sulawesi |
|
Sebuah bandar di Pulau Sulawesi sebelum tiba ke Manado |
|
Mercure Manado Tateli Resort and Convention |
|
Pemandangan pertama kota Manado |
|
Bangunan yang tinggi di tepi laut itu adalah sebuah kondominium mewah di kota Manado yang bernama The Lagoon. |
|
Persisiran pantai kota Manado |
|
Menuju ke Sam Ratulangi Airport di Manado |
|
Membuat penerbangan turun |
|
Pemandangan Gunung Klabat sewaktu menuju ke Sam Ratulangi Airport |
|
Selamat mendarat di Manado |
Kami tiba di Bandar Udara Internasional Sam Ratulangi di Manado, Sulawesi Utara pada pukul 1.30 tengahari. Manado dan Kuala Lumpur tidak mempunyai perbezaan waktu. Yang berbeza cuma waktu matahari terbit dan tenggelam. Waktu Subuh masuk di Manado sekitar pukul 4.20 pagi dan Syuruknya pula pukul 5.40 pagi, lebih awal berbanding Kota Kinabalu di Sabah, Malaysia. Waktu Maghrib di sini pula masuk sekitar pukul 6.00 petang.
|
Pemandangan pertama airport di Manado |
|
Bandar Udara Internasional Sam Ratulangi, Manado. |
Airport di Manado ini sebenarnya terkenal dengan slogan Sitou Timou Tumou Tou pada bangunan airportnya. Tapi tak nampaklah pulak slogan ini waktu itu. Dia orang dah renovate airport ini kot, fikir Myself dengan Husband pada waktu itu.
|
Pemandangan tempat letak kereta di Sam Ratulangi Airport |
Pemandu merangkap Tour Guide kami, Pak Tommy dah sedia menanti di Sam Ratulangi Airport. Sebelum meninggalkan airport, beliau membawa kami melihat bangunan airport dari depan. Barulah nampak slogan Sitou Timou Tumou Tou itu! Kat depan airport rupanya!
Sitou Timou Tumou Tou (disebut: Sitau Timau Tumau Tau) adalah slogan Orang Minahasa yang merupakan keturunan penduduk di sini yang dipopularkan oleh Sam Ratulangi, pemimpin tempatan mereka yang berjasa menentang Belanda pada masa dahulu. Ia bermaksud Manusia Hidup Untuk Menghidupkan Manusia Lain yang menggambarkan prinsip kehidupan masyarakat Minahasa.
|
Sitou Timou Tumou Tou |
|
Meninggalkan Lapangan Terbang |
Part 4: Masjid Al Azhim
Manado adalah sebuah kawasan Kristian di Indonesia. Sebahagian besar penduduknya (67%) menganut fahaman Kristian dengan majoritinya dari aliran Protestant. Islam adalah agama kedua terbesar di sini (32%). Penduduk selebihnya (1%) menganut agama Buddha dan Hindu. Namun begitu, masyarakat tempatan di Manado sangat menghormati agama masing-masing.
Walau pergaduhan agama sering berlaku di tempat-tempat lain di Indonesia, ia tak pernah berlaku di sini. Malah kedua-dua penduduk Kristian dan Islam di sini sangat menentang pergaduhan agama. Tak hairanlah jika satu pemandangan yang biasa terdapat di Manado adalah gereja dan masjid yang dibina berdekatan satu sama lain. Walau ke mana kita pergi di sekitar Manado, perkataan yang sering kita dengar adalah Torang samua basudara yang artinya "Kita semua bersaudara".
Pemandu kami Pak Tommy juga menganut fahaman Kristian Protestant. Terperanjat kami bila dia menawarkan untuk singgah di masjid berdekatan airport tanpa kami meminta untuk menunaikan Solat Zohor sebelum meneruskan perjalanan. Tawaran Pak Tommy dah pasti kami terima dengan gembira.
|
Masjid Al Azhim |
Masjid yang kami singgah bernama Masjid Al Azhim. Ia terletak dekat Sam Ratulangi Airport. Masjidnya kecil saja tapi sangat terjaga. Seperti juga masjid-masjid lain di Sulawesi Utara yang kami lihat, beduk masih digunakan di sini untuk memanggil penduduk datang berjemaah.
|
Bangunan Masjid Al Azhim |
|
Pemandangan di luar bangunan masjid |
|
Beduk begini masih digunakan di masjid-masjid di Sulawesi Utara untuk memanggil penduduk datang berjemaah di masjid. |
|
Pintu masuk utama ke Masjid Al Azhim |
|
Pemandangan di dalam Masjid Al Azhim |
|
Chandelier kecil di dalam masjid |
|
Menunaikan kewajipan kepada Allah SWT |
Kami sebenarnya sangat bertuah mendapat Pak Tommy menjadi Guide kami. Walaupun dia beragama Kristian, dia sangat menjaga kebajikan kami sebagai penganut Islam. Dia sangat menjaga waktu Solat kami di samping semua aspek Halal-Haram yang lain. Ini akan Myself ceritakan dalam entry-entry yang berikutnya. Memang tak risau langsung bila Pak Tommy ada bersama.
Kata Pak Tommy dia sangat memahami keperluan solat orang Islam kerana dia pernah bekerja dengan seorang boss Muslim yang berasal dari Surabaya. Boss Pak Tommy ini dulu sangat taat beragama dan tak pernah ketinggalan solat 5 waktu sehari semalam. Kalau tak sempat singgah di masjid, boss Pak Tommy ini akan bersolat dalam kenderaan.
|
Husband bergambar bersama Pak Tommy |
Part 5: Rumah Makan Pondok Teterusan
Selepas solat di Masjid Al Azhim, Pak Tommy membawa kami makan tengahari di Rumah Makan Pondok Teterusan.
|
Pemandangan sewaktu menuju ke Pondok Teterusan |
|
Selamat Datang ke Kabupaten Minahasa Utara |
Seperti Rumah Makan Pondok Flora yang pernah kami kunjungi di Sumatera Barat dulu, Rumah Makan Pondok Teterusan ini juga dibina di atas kolam di tengah sawah padi. Suasana di sini damai sekali.
|
Rumah Makan Pondok Teterusan |
|
Pintu masuk ke Rumah Makan Pondok Teterusan |
|
Menu makanan yang disediakan di Rumah Makan Pondok Teterusan |
|
Pemandangan di Rumah Makan Pondok Teterusan |
|
Ruang makan di Rumah Makan Pondok Teterusan |
|
Menunggu makanan dihidangkan. |
|
Pemandangan di sekitar Rumah Makan Pondok Teterusan |
|
Pondok-pondok baru sedang dibina di seberang sana untuk memperbesarkan lagi Rumah Makan ini |
|
Pancutan air yang menarik dalam kolam ikan |
|
Sawah padi yang cantik di belakang Rumah Makan Pondok Teterusan |
|
Satu lagi pemandangan sawah padi yang cantik. |
Makanan yang dihidangkan kepada kami adalah Ikan Nila yang merupakan menu tipikal Minahasa. Di sini jugalah kami diperkenalkan buat pertama kali dengan Sambal Minahasa. Walau apa juga makanan Minahasa yang dihidangkan, sambal pasti dihidangkan bersama macam makanan Korea yang tak boleh dipisahkan dengan Kimchi. Sambal Minahasa ini pula memang pedas, meleleh-leleh air hidung menahan kepedasan bila memakannya. Tapi tak dinafikan ia memang membangkitkan selera.
|
Menu Ikan Nila bersama Sambal Minahasa yang dihidangkan untuk makan tengahari. |
|
Ikan yang dibela di dalam kolam |
|
Pemandangan kolam ikan di Rumah Makan Pondok Teterusan |
Part 6: Desa Talawaan
Selepas
makan tengahari, Pak Tommy membawa kami ke destinasi wisata kami yang
pertama, Air Terjun Tunan. Ia terletak di sebuah kawasan yang bernama
Desa Talawaan.
|
Perjalanan menuju ke Air Terjun Tunan |
Jika
Lombok terkenal dengan gelaran Pulau 1,000 Masjid, Manado pula terkenal
dengan gelaran Kota 1,000 Gereja. Banyak sekali gereja yang dilihat di
Manado sehingga ada kalanya kami terasa seolah-olah berada di Philippines dan
bukan di Indonesia.
|
Kawasan di sekitar Manado ada banyak gereja. |
|
Gereja Immanuel Talawaan |
|
Desa Talawaan |
|
Rumah tradisional Minahasa di Desa Talawaan |
|
Simpang masuk ke Air Terjun |
|
Mural Air Terjun Tunan |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN MANADO (2018):