Wednesday, 15 August 2018

2018 MANADO BHG. 12 (Bunaken 2)

Julai 2018

SULAWESI UTARA, INDONESIA
Manado & Minahasa

Bahagian 12: Manado (4)
TAMAN NASIONAL BUNAKEN

HARI KETIGA (2)

Part 35: Taman Nasional Bunaken

Taman Nasional Bunaken adalah taman laut yang terletak di Sulawesi Utara, Indonesia. Taman ini terletak di Segitiga Terumbu Karang dan menjadi habitat bagi 390 spesies terumbu karang dan juga berbagai spesies ikan, moluska, reptilia dan mamalia laut.

Segitiga Terumbu Karang adalah istilah geografi untuk perairan di Indonesia, Malaysia, Papua New Guinea, Filipina, Kepulauan Solomon dan Timor Leste yang kaya dengan terumbu karang. Segitiga Terumbu Karang diiktiraf oleh World Wildlife Fund sebagai salah sebuah keutamaan dalam program konservasi kehidupan maritim yang dilancarkan pada tahun 2007.

Segitiga Terumbu Karang meliputi wilayah lebih dari 6,500,000 km², dengan lebih dari 600 spesies terumbu karang yang meliputi 75% semua spesies terumbu karang yang ada di dunia. Taman Nasional Bunaken adalah perwakilan ekosistem laut Indonesia yang meliputi padang rumput laut, terumbu karang dan ekosistem pantai.

Taman Nasional Bunaken
Cara terbaik untuk menikmati keindahan Taman Nasional Bunaken dah pasti dengan membuat Snorkeling ataupun Scuba Diving. Namun bagi orang yang tak suka kebasahan seperti kami, cara untuk menikmatinya adalah dengan menggunakan boat berlantai kaca yang dinamakan Katamaran.

Katamaran
Bot Katamaran menunggu di tengah laut. Setiap Katamaran boleh membawa paling maksima 15 orang penumpang. Oleh yang demikian bot-bot yang membawa pengunjung ke Katamaran akan menghampiri bot ini secara bersilih ganti.

Naik ke bot Katamaran
Pemandangan dalam bot Katamaran
Bahagian tengah bot berlantai kaca untuk membolehkan pengunjung menikmati keindahan dasar laut di tempat Katamaran berlayar.
Taman Laut Nasional Bunaken mempunyai 20 buah dive spots dengan berbagai tingkat kedalaman air laut yang beragam. Dari jumlah 20 buah dive spots ini, 12 buah di antaranya berada di sekitar perairan Pulau Bunaken sendiri.

Pemandangan lantai kaca dalam bot Katamaran
Mengambil gambar terumbu karang di dasar laut dari Katamaran
Antara pemandangan yang dapat dilihat dari Katamaran
Terumbu Karang
Ikan berenang di Terumbu Karang
Anak pemilik bot Katamaran yang malu-malu nak diambil gambar
Mengambil gambar terumbu karang
Terumbu karang di sekitar kawasan ini juga boleh dilihat dengan mata kasar sebenarnya ketika itu kerana laut sangat tenang dan tidak bergelora.

Pemandangan Terumbu Karang di luar bot
Anak-anak pemilik Katamaran bermain air laut
Macam boleh dipegang je terumbu karang kat bawah tu.
Ini pemandangan yang boleh dilihat oleh orang yang tak buat snorkeling. Kalau buat snorkeling mungkin lebih cantik lagi.
"Penyu !!!" jerit anak-beranak ni kepada kami.
Nampak tak penyu tengah timbul kat permukaan air tu?
Bot kami menuju ke Katamaran
Bersedia untuk berpindah balik ke bot asal
Bot kami menghampiri Katamaran
Melompat balik ke dalam bot
Selepas kami meninggalkan Katamaran, ada sebuah bot lain pula yang datang membawa penumpang ke Katamaran ini.

Bot lain pula menghampiri Katamaran
Penumpang-penumpang bot sedia naik ke Katamaran

Part 36: Pulau Bunaken

Selepas menikmati keindahan dasar laut dari Katamaran, barulah kami dibawa ke Pulau Bunaken. Pulau Bunaken adalah sebuah pulau kecil di Teluk Manado. Secara umumnya, pulau ini terbahagi kepada dua bahagian. Sebahagian pulau menempatkan kediaman penduduk-penduduk tempatan. Sebahagian lagi pula mensasarkan pelancong kerana bahagian ini dipenuhi dengan resort dan kedai-kedai makan, cenderamata dan sewa peralatan snorkeling. Kami hanya berkunjung ke bahagian pelancong ini saja sewaktu di Bunaken.

Pulau Bunaken
Ini bahagian Pulau Bunaken yang didiami penduduk tempatan. Ada masjid di sana.
Menuju ke kawasan pelancong Pulau Bunaken
Pulau Manado Tua yang merupakan penempatan asal Orang Minahasa
Pulau Manado Tua yang kami lihat setiap hari dari bilik hotel di Manado kelihatan amat dekat dari tengah laut menuju ke Pulau Bunaken. Pulau ini sebenarnya adalah sebuah gunung berapi yang masih aktif. Ia juga bersejarah kerana di sinilah dikatakan Orang Minahasa menetap sebelum mereka berpindah ke Tanah Minahasa di Pulau Sulawesi.

Tiba ke Bunaken
Laut yang jernih di persisiran pantai Pulau Bunaken
Hampir tiba ke jeti
Bot-bot laju membawa pengunjung ke tempat snorkeling di sekitar Pulau Bunaken
Menghampiri jeti Pulau Bunaken
Selamat datang ke Bunaken
Berlabuh di jeti Pulau Bunaken
Naik ke jeti
Anjing berehat di jeti Pulau Bunaken
Harap-harap janganlah kehidupan mereka berakhir di Pasar Beriman Tomohon.
Sampan dan bot-bot kecil berlabuh di Pantai Pulau Bunaken
Ikan berenang sehingga ke Pantai Pulau Bunaken
Close-up ikan-ikan yang berenang
Pemandangan pantai ke sebelah kiri jeti
Berjalan naik ke daratan
Kenangan di Bunaken
Dekat jeti di Pulau Bunaken sebelah sini ada banyak kedai-kedai makan dan menjual cenderamata. Kami singgah di sebuah kedai untuk mencari fridge magnet yang dipesan oleh kakak Husband.

Pak Tommy menunggu di hujung jeti
Kakak yang menjual fridge magnet ini baru nak mula berjual sebenarnya
Fridge magnet
Gerai-gerai di tepi pantai
Gerai menjual T-Shirt
Berjalan sambil ambil-ambil gambar
Gerai menyewa peralatan snorkeling
Food Court. Ada banyak gerai menjual makanan halal di sini.
Pemandangan menghala ke jeti
Sekumpulan pengunjung yang nak pergi snorkeling.
Naik bot nak pergi snorkeling
Mentari memancar terik hari itu. Angin juga macam tak bertiup kat Pulau Bunaken hari ini. Disebabkan tekak dah kering tahap gaban, kami singgah membeli minuman di sebuah gerai di sini. Pak Tommy mempelawa makan pisang goreng kat sini. Bukan Pisang Goroho macam yang semalam, katanya. Tapi kami menolak. Minum saja cukuplah.

Minum air sambil menikmati pemandangan pantai
Oren Floridina. Macam tak pernah jumpa minuman ini di Malaysia.
Pemandangan menghala ke pantai
Bot laju dan sampan tradisional
Anjing bersiar di tepi pantai
Bot laju tiba ke pantai
Banyak bot laju yang kami lihat menurunkan penumpang kat dalam air seperti ini.
Lepas dah minum kami terus berjalan lagi di tepi pantai. Kawasan di sebelah sini memang betul-betul kawasan tourist. Tak ada langsung apa-apa pejabat dan kemudahan awam yang kami lihat selain sebuah bangunan yang menempatkan cawangan Bank Rakyat Indonesia (Bank BRI).

Satu-satunya bangunan kemudahan awam yang ada
Bangunan ini menempatkan cawangan Bank BRI
Pesanan dari pemerintah di Pulau Bunaken
Kami berjalan lagi sehingga sampai ke sebuah resort yang terletak di hujung pantai. Resort ini bernama Bastianos Dive Resort. Dari pengamatan kami ada ramai pelancong Mat Salleh yang menginap di sini.

Bastianos Dive Resort
Tempat makan terbuka di Bastianos Dive Resort
Pemandangan di depan Bastianos Dive Resort
Bot-bot di tengah laut
Pantai di depan resort
Lagi pemandangan pantai di depan resort
Kerusi untuk bermalas
Husband bergambar di depan resort
Pemandangan menghala ke jeti dari depan resort
Pemandangan menghala ke Pulau Manado Tua
Kemudian kami berpatah balik ke arah jeti. Tapi kali ini kita berjalan di tepi kedai-kedai yang terletak ke sebelah dalam sikit dari pantai.

Berjalan balik ke arah pantai
Kita jalan ke sebelah sini pulak
Gerai-gerai yang ke sebelah dalam sikit dari pantai
Terkejut juga tengok patung orang tengah snorkeling yang digantung pada pokok besar ini. Strategi pengiklanan yang berkesan.
Kemudahan tandas dan bilik mandi untuk pengunjung yang tak menginap di pulau ini.
Melintas Food Court sekali lagi.
Snorkeling Gear
Rumah Minahasa kat depan jeti
Sampai di jeti, kami bercadang nak explore ke pantai yang sebelah sana pulak. Tapi pantai kat sebelah sana ni tak begitu happening seperti di pantai sebelah sini.

Resort di sebelah sini pantai
Kreatif sungguh idea menggunakan sampan sebagai perhiasan ini.
Resort ini macam sedang ditutup untuk pembaikan
Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan dalam bangunan resort ini
Rasa macam dah habis kami explore Pulau Bunaken, lalu kami balik ke jeti. Memandangkan dah tak ada apa lagi nak dibuat di sini, kami bersetuju dengan cadangan Pak Tommy untuk pulang ke Manado.

Masa nak balik tu barulah perasan ada tugu Ikan Coelacanth kat tepi jeti tu. Ikan Coelacanth ialah sejenis ikan purba yang berada di Perairan Manado. Ikan ini telah dianggap pupus sejak 65 juta tahun lalu sehinggalah satu spesimen ditemui di perairan sungai Chalumna di timur Afrika Selatan pada tahun 1938. 

Sejak itu Coelacanth telah ditemui di Komoro, Kenya, Tanzania, Mozambique, Madagascar, Taman Laut St. Lucia di Afrika Selatan dan perairan Pulau Manado Tua di sini. Di Indonesia, khususnya di sekitar Manado di Sulawesi Utara, spesies ini dinamakan 'Ikan Raja Laut' oleh penduduk di situ.


Tugu Ikan Coelacanth
Ikan Coelacanth adalah ikon Manado Fiesta 2017.
Group yang baru pulang dari snorkeling di tengah laut
Sampan tradisional
Pemandangan pulau besar Sulawesi dari Pulau Bunaken
Bot dah sedia untuk pulang ke Manado
Bergerak pulang ke Manado

Part 37: Kembali Ke Manado

Seperti waktu kedatangan tadi, laut juga tenang tak bergelora dalam perjalanan pulang. Matahari juga semakin terik memancar kerana hari dah pun tengahari.

Meninggalkan Pulau Bunaken
Perjalanan pulang
Kawasan penempatan penduduk di Pulau Bunaken
Gereja di Pulau Bunaken
Besar juga gereja ini sebab nampak jelas dari laut.
Laut yang berkilauan disinari terik mentari.
Meluncur laju menuju Manado
Scuba Divers
Bot ini penuh dengan tangki oksigen kerana mereka nak membuat Scuba Diving.
Rumah Api di tengah laut
Membelah laut lepas untuk pulang ke Manado
Kota Manado dari kejauhan
Satu lagi pemandangan kota Manado dari tengah laut
Salib di atas bukit sana terletak di Bukit Kasih yang telah kami lawati semalam.
Pemandangan lebih dekat salib di Bukit Kasih dari tengah laut
Pergunungan indah Sulawesi Utara dipandang dari laut.
Satu pemandangan menarik yang dilihat sewaktu kami menghampiri Manado ialah pemandangan sebuah kampung yang ceria berwarna-warni. Kampung ini bernama Kampung Sindulang. Tapi disebabkan warna-warna bangunannya yang berwarna-warni begitu, ia lebih dikenali sebagai Kampung Pelangi.

Kampung Sindulang di Manado
Disebabkan bangunannya yang berwarna-warni, Kampung SIndulang lebih dikenali sebagai Kampung Pelangi
Welcome To Manado
Menuju ke Dermaga Wisata Kalimas di Manado
Pelabuhan Manado
Port Of Manado
Jambatan Soekarno
Pemandangan di bawah Jambatan Soekarno

Part 38: Tiba Kembali Ke Dermaga Wisata Kalimas

Alhamdulillah, kami selamat tiba kembali ke Dermaga Wisata Kalimas di Manado. Suasana di sini walau bagaimanapun sangat berbeza dengan suasana sewaktu kami berlepas ke Bunaken pada pagi tadi. Kalau pada pagi tadi kita dapat melihat aktiviti nelayan memunggah hasil tangkapan laut ke darat, pada tengahari begini aktiviti yang banyak berlaku di dermaga ini ialah memunggah supplies masuk ke dalam kapal-kapal besar.

Kapal besar berlabuh di Pelabuhan Manado
Memunggah barangan masuk ke kapal besar
Nampak gayanya, kapal besar ini nak berlayar ke Ambon.
Pasar Ikan di Dermaga Wisata Kalimas
Kerja-kerja pencucian sedang dilaksanakan di Pasar Ikan
Pemandangan sewaktu menuju ke jeti
Bangunan Tandas Awam di Dermaga Wisata Kalimas
Mengangkut barangan masuk ke sampan
Sampan ini adalah sampan pemunggah
Sampan pemunggah berlayar menghampiri kapal besar
Barangan dari kapal pemunggah diangkut masuk ke kapal besar
Banyak kapal besar begini yang kami perhatikan di Manado. Mereka semua nak berlayar ke pulau-pulau di serata Indonesia.
Masuk ke kawasan jeti
Bot merapat ke jeti
Pemandangan di atas jeti
Kempen Selamatkan Laut
Pejabat Tiket bot dan kapal di Dermaga Wisata Kalimas
Meninggalkan Dermaga Wisata Kalimas


 Bersambung ke Bahagian 13...


CATATAN PERJALANAN MANADO (2018):