Julai 2018
SULAWESI UTARA, INDONESIA
Manado & Minahasa
Bahagian 11: Manado (3)
TAMAN KESATUAN BANGSA, DERMAGA WISATA KALIMAS & PERJALANAN KE BUNAKEN
HARI KETIGA (1)
Part 31: Sunrise Di Manado
Hari Ketiga di Manado, kami bangun awal pagi kerana nak melihat pemandangan sunrise di sebelah yang menghadap ke kota. Memang majestic pemandangan Gunung Klabat memunculkan diri di awal pagi begini.
|
Pemandangan sunrise menghala ke kota Manado |
|
Gunung Klabat memunculkan diri |
|
Selamat Pagi, Manado |
|
Keindahan ciptaan Tuhan yang tiada tandingan |
|
Lagi keindahan ciptaan Tuhan |
|
Dari korridoor di depan bilik hotel inilah kami mengabadikan keindahan pemandangan sunrise menghala ke Kota Manado. |
Dah puas melihat keindahan sunrise di sebelah kota, kami masuk ke bilik semula. Seperti semalam, kami dapat melihat keindahan sunrise menghala ke Teluk Manado dari dalam bilik.
|
Keindahan Teluk Manado di awal pagi |
|
Pemandangan hening di awal pagi |
|
Keindahan pagi di Teluk Manado |
|
Bot kecil berlayar di Teluk Manado |
|
Pulau Manado Tua |
Kemudian barulah kita turun ke Tingkat 2 untuk bersarapan di restoran hotel. Pagi ini kita cuba bersarapan dengan makanan local di sini, Nasi Kuning.
|
Bersarapan pagi di Whiz Prime Hotel |
|
Hari ini kita mencuba Nasi Kuning dan juga Nasi Goreng Pedas yang sedap itu semalam. |
|
Masih ada polis berkawal di depan Whiz Prime Hotel pagi ini. |
|
Pemandangan Pulau Manado Tua semakin indah bila matahari semakin meninggi. |
|
Sarapan pagi di Whiz Prime Hotel |
Kedamaian sewaktu bersarapan semalam tidak berulang pada pagi ini kerana ada beberapa kumpulan pelancong dari Tanah Besar China turut menginap di Whiz Prime Hotel hari ini. Bila mereka ada bersama walau di mana juga, memang suasana menjadi bising dan kecoh.
|
Sekumpulan pelancong dari Tanah Besar China tiba di Whiz Prime Hotel |
|
Restoran dah mula dipenuhi kumpulan pelancong dari Mainland. Kumpulan yang ini dah tiba di Whiz Prime Hotel malam tadi. |
|
Egg Station |
|
Nasib baik kami tiba bersarapan lebih awal dari mereka. |
Part 32: Taman Kesatuan Bangsa
Jika semalam kita melawat ke kawasan pergunungan, program hari ini pula adalah melawat ke laut. Kami akan melawat ke Pulau Bunaken pada pagi ini.
|
Menunggu Pak Tommy datang menjemput di hotel. |
Perjalanan kami ke Bunaken bermula dari Dermaga Wisata Kalimas. Tapi sebelum itu, Pak Tommy menunjukkan kepada kami beberapa tempat yang menarik di Manado.
|
Kawasan Megamas berdekatan dengan hotel kami |
|
Masjid Firdaus yang juga terletak berdekatan dengan hotel kami. |
|
Kubah Masjid Firdaus yang unik |
Oleh kerana pagi itu pagi Ahad, jalan di kota Manado lengang kerana cuti hujung minggu.
|
Pemandangan hujung minggu di Kota Manado |
|
Ucapan Hari Raya yang masih terpampang di Kota Manado. Syawal berada di penghujung ketika kami tiba di Manado. |
Di tengah kota Manado, kami ditunjukkan monumen Zero Kilometer. Dari sinilah jarak dari kota Manado diukur ke seluruh Sulawesi dan juga ke tempat-tempat lain di Indonesia.
|
Monumen Zero Kilometer |
Tidak jauh dari situ pula terdapat Taman Kesatuan Bangsa yang merupakan sebuah taman bandar. Di dalamnya terdapat taman, Teater Terbuka, Monumen Dotu Lolong Lasut dan Pusat Informasi Wisata Manado.
|
Pintu masuk ke Taman Kesatuan Bangsa |
Monumen yang berdiri di tengah Taman Kesatuan Bangsa adalah Dotu Lolong Lasut, yang hidup pada
abad ke-16. Dia dipercayai sebagai pendiri Kota Manado yang pada asalnya dikenali sebagai 'Tumani Negeri Wenang'. Nama
'Manado' yang digunakan sekarang diberikan oleh pemerintah kolonial Belanda, dan diambil dari
nama Gunung Manado Tua yang berada di pulau di Teluk Manado.
|
Pemandangan di dalam Taman Kesatuan Bangsa |
|
Patung Dotu Lolong Lasut, pendiri kota Manado |
Kampung Cina adalah
salah sebuah pusat perdagangan yang tertua di Manado. Lokasi ini disebut
dengan nama Kampung Cina kerana hampir semua pemilik bangunan di sini adalah dari etnik berketurunan Cina. Perkampungan ini asalnya dibuka oleh Belanda untuk memudahkan mereka mengawasi pergerakan pedagang-pedagang Cina di Manado.
|
Kampung Cina Manado |
|
Klenteng Ban Hing Jiong |
Part 33: Dermaga Wisata Kalimas
Memang excited sewaktu tiba di Dermaga Wisata Kalimas kerana perjalanan ke Pulau Bunaken dah nak bermula. Dermaga ini bukan sekadar pelabuhan untuk bot-bot yang berulang-alik ke Bunaken, sebaliknya ia juga berfungsi sebagai sebuah pasar, pelabuhan nelayan dan juga pelabuhan untuk kapal-kapal besar yang berulang-alik ke pulau-pulau yang lebih kecil di sekitar Sulawesi.
|
Tiba di Dermaga Wisata Kalimas. Kereta kami parking di sini. |
|
Kedai di depan tempat parking kereta kami ini menjual Matras (Tilam), Bantal, Guling (Bantal Peluk) dan Handuk (Tuala). |
|
Pintu masuk ke Dermaga Wisata Kalimas |
|
Penjaja di luar Dermaga Wisata Kalimas |
|
Pemandangan di luar pintu masuk ke Dermaga Wisata Kalimas |
|
Suasana kesibukan sebaik kita masuk ke dalam kawasan Dermaga Wisata Kalimas |
Sebuah ikon kota Manado, Jambatan Soekarno dapat dilihat dengan jelas dari Dermaga Wisata Kalimas. Jambatan ini mula dibangunkan pada masa pemerintahan Presiden Megawati Soekarnoputri yang merupakan anak kepada Presiden Soekarno pada tahun 2003. Walaupun perancangan asal pembinaannya hanya dua
tahun, hakikatnya pembinaan jambatan ini hanya dapat disiapkan 12
tahun kemudian, pada tahun 2015 selepas pelbagai masalah teknikal dan pentadbiran diatasi. Jambatan ini dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Manusia dan
Kebudayaan Indonesia, Puan Maharani pada 28 Mei 2015. Puan Maharani adalah anak kepada Presiden Megawati Soekarnoputri dan juga cucu kepada Presiden Soekarno.
|
Jambatan Soekarno |
|
Pembinaan Jambatan Soekarno dimulakan oleh anak Presiden Soekarno, Megawati Soekarnoputri pada tahun 2003. |
|
Jambatan ini kemudiannya dirasmikan pada tahun 2015 oleh cucu Presiden Soekarno, Puan Maharani. |
Dermaga Wisata Kalimas juga adalah sebuah pelabuhan nelayan. Sewaktu kami tiba di sana, kami dapat melihat para nelayan mengangkut keluar hasil perikanan mereka dari bot untuk dijual di pasar-pasar.
|
Bot-bot nelayan di Dermaga Wisata Kalimas |
|
Mengangkut keluar hasil tangkapan |
|
Besar sungguh Ikan Tuna gergasi yang sedang dibawa naik ke darat |
|
Ikan Tuna ini dipanggil Cakalang di Manado. |
|
Mengangkut hasil laut ke darat |
|
Membersihkan diri |
|
Membaiki enjin bot sangkut |
Dermaga Wisata Kalimas juga menawarkan perkhidmatan bot ke pulau-pulau peranginan yang berhampiran seperti Bunaken, Naen, Siladen, Manado Tua dan Mantehage. Ada perkhidmatan bot awam dan juga bot persendirian yang ditawarkan dari sini.
|
Pejabat tiket untuk perkhidmatan bot ke pulau-pulau peranginan |
|
Kami menunggu di sini sementara Pak Tommy menguruskan bot yang akan membawa kami ke Bunaken. |
|
Pemandangan di depan jeti |
|
Mengisi bekalan air bersih untuk perjalanan |
|
Bot-bot persendirian yang sedia untuk disewa di Dermaga Wisata Kalimas |
|
Gerai jualan pakaian di Dermaga Wisata Kalimas |
|
Pemandangan Jambatan Soekarno dari Dermaga Wisata Kalimas |
|
Bot-bot ke Bunaken di Dermaga Wisata Kalimas dilengkapi dengan pelbagai peralatan keselamatan. |
|
Anak-anak nelayan |
|
Ikan yang ini lebih besar dari Ikan Tuna gergasi tadi. Walau telah dikerat dua, saiznya yang besar masih sangat terserlah. |
Part 34: Perjalanan Ke Bunaken
Kami ke Bunaken menggunakan sebuah bot persendirian yang ditempah oleh Pak Tommy.
|
Mengikut Pak Tommy mendapatkan bot |
|
Masih ada ikan gergasi yang sedang dibawa naik ke darat |
|
Turun ke bawah |
|
Pemandangan di bawah jeti |
|
Bot kami terletak agak ke tengah. Jadi terpaksa menumpang lalu atas beberapa bot lain untuk mendapatkannya. |
|
"Hati-hati Bu," kata Pak Tommy. |
|
Ramai yang nak menolong Ibu melangkah masuk ke bot. |
|
Pemandangan di dalam bot |
|
Pemandangan dari dalam bot sebelum bergerak menuju ke Bunaken |
|
Bot nelayan |
|
Mula bergerak ke Pulau Bunaken |
|
Kapal-kapal besar di Pelabuhan Manado |
Kami melintasi Pelabuhan Manado yang terletak di sebelah Dermaga Wisata Kalimas. Ada banyak feri dan kapal-kapal besar sedang berlabuh di sana. Pelabuhan Manado adalah pelabuhan regular bagi perkhidmatan kapal dan feri ke
Ternate, Kabupaten Sitaro, Kabupaten Sangihe serta
kepulauan lain yang berhampiran.
|
Menghampiri Jambatan Soekarno |
|
Pasar Ikan |
|
Lalu di bawah Jambatan Soekarno |
|
Melancong ke Bunaken |
|
Pelabuhan Manado |
|
Feri besar sedang berlabuh di Pelabuhan Manado |
|
Bersaing dengan bot lain di bawah Jambatan Soekarno |
|
Meninggalkan Jambatan Soekarno |
|
Menuju ke laut lepas. |
Pulau Bunaken sebenarnya terletak tidak jauh dari Manado. Perjalanan ke sana dengan bot mengambil masa kurang dari sejam.
|
Membelah Teluk Manado |
|
Kota Manado yang ditinggalkan di belakang |
|
Pemandangan Jambatan Soekarno dari tengah laut |
Syukur sekali kerana cuaca amat baik pada hari ini walaupun kalau dirujuk kepada Google semalam, ramalan cuaca menjangkakan hujan lebat. Cuaca yang baik juga menyebabkan laut tenang dan tidak bergelora.
|
Menuju ke Pulau Bunaken |
|
Gunung Tompu di pulau besar Sulawesi |
|
Gunung Klabat yang ditinggalkan di belakang |
|
Husband tak berhenti nak mengambil gambar |
|
Kota Manado |
|
Pemandangan Gunung Klabat dari tengah laut |
|
Bot laju menghampiri kami |
|
Bot laju memintas kami |
|
Bot laju berlalu pergi |
|
Pakcik ini adalah Jurupandu bot kami |
|
Tersengguk dibuai Ombak Manado |
|
Pulau Manado Tua |
Perjalanan dengan bot ke Pulau Bunaken memakan masa kira-kira 45 minit. Namun keistimewaan Bunaken bukan terletak pada pulau ini sebenarnya. Keistimewaan Bunaken yang sebenar berada di dasar laut sekitarnya. Laut yang jernih dan dipenuhi dengan batu karang menjadikan Bunaken heaven kepada penggemar Snorkeling dan Scuba Diving.
|
Jeti di kawasan penempatan penduduk Pulau Bunaken |
|
Pemandangan kawasan penempatan penduduk di Pulau Bunaken |
Disebabkan kami tak pandai berenang dan malas nak berbasah-basahan, kami tak Snorkel dan bercadang untuk sekadar bersiar-siar saja di Bunaken. Pak Tommy walau bagaimanapun tak puas hati jika kami tak menikmati keindahan dasar laut Bunaken. Jadi dia mengaturkan supaya kami tetap dapat menikmati pemandangan dasar laut Bunaken menggunakan bot berlantai kaca yang dipanggil Katamaran. Maka sebaik tiba di perairan Pulau Bunaken, dia terus mengatur supaya kami naik Katamaran ini sebelum berlabuh di pulau.
|
Bot di depan sana adalah bot berlantai kaca yang dipanggil Katamaran. |
|
Katamaran di tengah lautan. Ketika ini ada sekeluarga pelancong Mat Salleh sedang berada di atasnya. |
|
Bot berwajah garang ini nak pergi menjemput keluarga Mat Salleh atas Katamaran tadi untuk dibawa ke Pulau Bunaken. |
|
Nampak tak ada penyu berenang dekat bot kami? |
Bersambung Ke Bahagian 12...
CATATAN PERJALANAN MANADO (2018):