Friday, 17 August 2018

2018 MANADO BHG. 13 (Kg Arab & Sunset)

Julai 2018

SULAWESI UTARA, INDONESIA
Manado & Minahasa

Bahagian 13: Manado (5)
KAMPUNG ARAB, GEREJA SENTRUM, MASJID RAYA AHMAD YANI SULAWESI UTARA & SUNSET DI MANADO

HARI KETIGA (3)

Part 39: Kampung Arab

Selepas balik dari Bunaken, kami sebenarnya tak ada itinerari lain pada hari itu selain dari makan tengahari. Dalam perjalanan ke restoran, Pak Tommy menunjukkan kepada kami sebuah penempatan yang bernama Kampung Arab.

Kampung Arab
Kampung Arab ini telah wujud sejak zaman Belanda lagi. Penduduk asalnya adalah para pedagang dari daerah Hadhramaut di Yaman. Mereka memilih untuk tinggal di sini kerana ia tidak jauh dari pelabuhan dan kawasan penduduk masyarakat Islam Manado.

Bersiar-siar di Kampung Arab
Murid-murid sekolah agama di Kampung Arab
Pada tahun 1804, orang-orang Arab mendirikan masjid yang dinamakan Al-Masyhur. Nama ini diberi kerana tanah tempat masjid didirikan itu merupakan tanah wakaf dari keluarga Al-Masyhur. Senibina masjid setinggi tiga tingkat ini bergaya Timur Tengah dengan menara yang menjulang tinggi.

Masjid Al-Masyhur
Senibina Masjid Al-Masyhur
Pintu masuk ke Masjid Al-Masyhur
Kata Pak Tommy dan juga beberapa penduduk tempatan Manado yang kami temui kemudian, Kampung Arab masih dihuni oleh orang-orang Arab. Sebenarnya kita boleh melihat mereka menjalani kehidupan seharian di sini. Malangnya sewaktu kami tiba, tak nampak walau seorang Arab pun sehingga Pak Tommy kehairanan. Mungkin kerana ketika itu waktu tengahari. Orang-orang Arab kalau kat Timur Tengah sekali pun takkan keluar rumah pada waktu panas begini.

Sebuah rumah di Kampung Arab
Kata Pak Tommy, rumah-rumah seperti ini dibina pada zaman Belanda.
Rumah mewah di Kampung Arab
Tak nampak pulak orang-orang Arab yang masih menghuni di sini ketika itu.
Pintu sebuah sekolah agama di Kampung Arab

Part 40: Gereja Sentrum

Selepas itu, Pak Tommy membawa pula kami ke gereja terbesar peninggalan Belanda di Manado yang bernama Gereja Sentrum.

Mikrolet
Vihara Dhammadipa yang dilihat dalam perjalanan ke Gereja Sentrum
Kota Manado yang damai
Gereja Masehi Injili di Minahasa (GMIM) Sentrum Manado merupakan gereja yang tertua di kota Manado. Ia dibina pada tahun 1677 dan mencapai usia 337 tahun pada tahun 2014.

Pada masa pendudukan Jepun, gereja ini pernah menjadi markas tentera Jepun. Ia juga hancur dibom pada Perang Dunia Kedua. Untuk mengenang peristiwa ini, ada sebuah Tugu Perang Dunia Kedua didirikan di kiri pintu gerbang Gereja.

Pada tahun 1952, gereja ini didirikan kembali mengikut senibina Gereja Protestant di Belanda. Ia dibina berbentuk segiempat sebagai simbol empat penjuru mata angin.

Bumbung Gereja Sentrum dari tepi
Gereja Sentrum
Kami tak dapat melawat ke dalam Gereja Sentrum kerana ada satu upacara sedang berlangsung ketika itu. Tapi tak kisahlah sebab bangunan gereja ini juga nampak menarik dari luar.

Khemah-khemah yang didirikan sempena upacara yang sedang berlangsung di gereja.

Part 41: Masjid Raya Ahmad Yani Sulawesi Utara

Kemudian kita melawat pula ke Masjid Raya Ahmad Yani Sulawesi Utara. Selain merupakan masjid yang terbesar di Manado, tak ada apa-apa sejarah istimewa yang dikaitkan dengannya. Untuk makluman juga, masjid ini bukan masjid tertua di Manado. Masjid tertua di Manado adalah Masjid Awwal Fathul Mubien, tapi kami tak berkunjung ke sana.

Masjid Raya Ahmad Yani Sulawesi Utara
Pintu masuk ke Masjid Raya Ahmad Yani Sulawesi Utara
Sekumpulan remaja bermotosikal berkumpul di sana. Nampak gayanya mereka singgah berkumpul di sini untuk pergi ke sesuatu tempat.
Nama rasmi masjid
Pemandangan pintu masuk besar dari sisi
Pintu masuk ke ruang solat wanita
Hiasan pada bumbung luar masjid
Bangunan Yayasan Karya Islamiyah di perkarangan masjid
Yayasan Karya Islamiyah
Kita masuk melawat ke bahagian dalam masjid pulak...

Jom masuk ke dalam...
Beduk Masjid
Beduk ini dibuat dari kulit lembu yang cantik
Replika Pintu Kaabah pada pintu masuk masjid
Lobi utama masjid
Pemandangan Ruang Solat Utama
Satu lagi pemandangan Ruang Solat Utama
Pemandangan kubah masjid dari sebelah dalam
Dinding Mihrab Masjid

Part 42: Rumah Makan Minang Putra

Makan tengahari kami pada hari ini disediakan di sebuah restoran Padang yang bernama Rumah Makan Minang Putra. Kami merasakan restoran ini popular kerana ada ramai pengunjung pada ketika itu. Walau bagaimanapun sesuatu yang kami rasakan sewaktu makan di sini ialah makanannya taklah seperti rasa masakan Padang yang biasa, mungkin telah diubahsuai sedikit untuk menepati citarasa orang di sini.

Rumah Makan Minang Putra
Secebis Minangkabau di bumi Minahasa
Ramai pengunjung yang memesan makanan bungkus di restoran ini.
Suasana di dalam Rumah Makan Minang Putra
Hidangan makan tengahari kami

Part 43: Memburu Sunset Di Manado

Selepas makan tengahari, kami pulang ke hotel. Mengikut perancangan asal, kami nak melawat shopping mall yang banyak terdapat di sekitar hotel. Tapi dengan cuaca yang sangat panas di luar, ditambah dengan ulitan dari air-cond di bilik hotel, terus kami tertidur.

Kami terjaga di saat matahari dah mula nak membenamkan diri. Pemandangan matahari terbenam dari bilik hotel memang cantik, tapi kami merasakan pemandangan dari sebuah tanjung yang terletak dekat hotel lebih indah. Tanjung ini dapat kami lihat dari bilik hotel. Makanya, kami membuat keputusan untuk pergi menikmati pemandangan sunset dari sana.

Pemandangan lewat petang dari bilik hotel kami.
Sunset
Pemandangan menghala ke kota
Selamat Petang, Manado.
Tanjung yang ingin kami pergi terletak di Jalan Madam Yuliana Rompas Tangkau. Perjalanan dengan berjalan kaki ke sana memakan masa kira-kira 20 minit.

Nak memburu sunset di Manado...
Perjalanan nak memburu sunset
Gereja Bethel Indonesia Menorah yang terletak betul-betul di sebelah Whiz Prime Hotel.
Restoran Wisata Bahari dalam perjalanan menuju ke tanjung
Restoran ini 100% Halal
Berlari menuju matahari terbenam
Ramai rupanya yang nak memburu sunset
Jalan Madam Yuliana Rompas Tangkau
Restoran Manado Bewalk di Jalan Madam Yuliana Rompas Tangkau
Seperti jangkaan kami, pemandangan matahari terbenam di tanjung ini memang memukau. Kota Manado sebenarnya terletak di tepi laut di penghujung sebuah semenanjung di utara Pulau Sulawesi. Jadi pemandangan kedua-dua sunrise dan sunset memang dapat dilihat dari kota ini, terutama jika kita berdiri di tepi laut.

Bila matahari dah betul-betul tenggelam, barulah kami pulang ke hotel. Sebelum itu, kita alihkan pandangan dulu menghala ke Dermaga Wisata Kalimas untuk melihat Jambatan Soekarno pada sebelah malam. Ingatkan adalah lampu yang cantik menghias jambatan ini di malam begini. Rupa-rupanya tak ada...

Pemandangan menghala ke Dermaga Wisata Kalimas
Jambatan Soekarno
Bulan Manado
Ada lagi kapalterbang nak mendarat

Part 44: Dinner Di Whiz Prime Hotel

Pak Tommy tak dapat membawa kami dinner pada malam itu kerana dia ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan. Dia meminta kami dinner sendiri malam itu, tapi menggantikannya dengan lunch esok sebelum pulang. Kami okey saja kerana tak susah nak mencari makan di sekitar kawasan hotel.

Mulanya kami nak terus dinner di gerai-gerai di tepi laut. Tapi kemudiannya menukar fikiran nak makan di hotel saja sebab rasa macam nak makan dalam air-cond dalam cuaca panas malam itu. Lagipun Myself ada terbaca menu Nasi Goreng Seafood dalam menu Room Service hotel kat dalam bilik. Dari masa tiba lagi, Myself dah teringin nak mencubanya. Inilah peluang keemasan itu.

Berjalan pulang ke hotel
Gerai-gerai di tepi jalan dah mula dibuka untuk dinner.
Kedai-kedai di sebelah sini semua menghidangkan makanan Halal. Tapi banyak yang menjual seafood.
Hotel Whiz Prime Megamas Manado
Gerai yang ini pulak menjual Ayam Geprek
Sebagai seorang peminat Mi Segera, Husband cukup sukakan mi segera Indonesia. Kata Husband, ada banyak Mi Segera Indonesia yang sedap yang tak ada dalam pasaran Malaysia. Jadi dia mengajak Myself singgah dulu di kedai Indomaret berhampiran sebab dia nak membeli Mi Segera yang tak ada di Malaysia itu.

Kedai Indomaret 24 Jam berhampiran hotel.
Macam nak gila Husband melihat Mi Segera yang banyak dijual di sini. Memang banyak yang tak ada di Malaysia.
Lepas shopping Mi Segera di Indomaret barulah kami balik ke hotel. Terus saja singgah di Restoran Napoleon di hotel ini untuk dinner. Pilihan makan malamnya terhad dan semuanya ala carte. Tapi not bad juga makanan yang kami cuba malam itu, walaupun kedamaian kami agak terganggu dengan kehadiran pelancong-pelancong dari Mainland yang bising membawa anak mereka mandi kat swimming pool di luar restoran.

Singgah makan di Restoran Napoleon, Whiz Prime Hotel
Dinner
Berjalan balik ke bilik.


 Bersambung ke Bahagian 14...


CATATAN PERJALANAN MANADO (2018):