Saturday, 4 August 2018

2018 MANADO BHG. 04 (Tomohon)

Julai 2018

SULAWESI UTARA, INDONESIA
Manado & Minahasa

Bahagian 4: Minahasa (1)
PERJALANAN KE TOMOHON

HARI KEDUA (1)

Part 12: Sarapan Pagi Di Whiz Prime Hotel

Cuaca sangat baik pada Hari Kedua kami di Manado. Selepas Solat Subuh, kami menjenguk ke luar tingkap. Terbentang indah pemandangan Kota Manado dan Teluk Manado dari jendela.

Selamat Pagi Manado
Keindahan kota Manado di saat mentari terbit
Pulau Manado Tua
Bot-bot berlayar di Teluk Manado
Jalan yang menyusuri Teluk Manado di depan hotel kami dinamakan Manado Boulevard. Jalan ini dipenuhi dengan gerai-gerai makan dan menjadi tumpuan penduduk Manado yang suka beriadah.

Gerai-gerai makanan di Manado Boulevard di seberang hotel kami
Kakak-kakak Muslim sedang melepak di Manado Boulevard
Kami diberitahu ada keluarga orang kenamaan menginap di Whiz Prime Hotel. Kerana itulah ada polis yang berkawal di luar hotel hampir sepanjang masa.
Mesin pencuci jalan bertugas memastikan kebersihan kota Manado
Penduduk tempatan sedang beriadah
Pasukan Tentera Indonesia beriadah di Manado Boulevard
Sarapan pagi bermula di Whiz Prime Hotel pada pukul 6 pagi. Selepas bersolat Subuh, kami terus turun ke Tingkat 2 hotel untuk bersarapan di Napoleon Restaurant. Pemandangan Kota Manado yang penuh dengan gereja jelas kelihatan dari dinding kaca di korridoor di luar bilik.

Kota Seribu Gereja
Pemandangan Gunung Klabat yang merupakan gunung tertinggi di Sulawesi Utara dari korridoor hotel.
Oleh kerana Hotel Whiz Prime hanya bertaraf 3 bintang, buffet sarapan paginya simple dan kebanyakannya terdiri dari makanan-makanan tempatan.

Buffet Sarapan Pagi di Whiz Prime Hotel
Nasi Putih dan Nasi Goreng Pedas yang sedap
Sayur Kacang Panjang dan Gulai Ayam
Indomie Goreng dan Cucur Jagung.
Pemandangan Napoleon Restaurant di Whiz Prime Hotel
Ruang makan di balkoni
Suasana Kota dan Teluk Manado ketika matahari mula meninggi
Balkoni Restoran Napoleon di Whiz Prime Hotel yang menghadap ke Teluk Manado
Bersarapan pagi sambil menikmati keindahan Teluk Manado
Ruang makan di balkoni Restoran Napoleon memanjang sehingga ke belakang
Pilihan sarapan pagi kami

Part 13: Perjalanan Ke Minahasa

Program perjalanan Hari Kedua kami adalah sebenarnya ke Pulau Bunaken dan diikuti dengan perjalanan ke Tanah Tinggi Minahasa pada Hari Ketiga. Namun disebabkan Hari Ketiga kami di sini yang merupakan Hari Ahad bertepatan dengan perayaan Hari Kesyukuran Minahasa, Pak Tommy menukar program Hari Kedua kami untuk berkunjung ke Tanah Tinggi Minahasa dan program Hari Ketiga dijadikan berkunjung ke Bunaken.

Hari Kesyukuran Minahasa adalah perayaan yang boleh disamakan dengan Pesta Menuai (Kaamatan) di Sabah. Pada hari ini, orang-orang Minahasa yang merantau ke kota akan pulang ke kampung halaman mereka untuk meraikan perayaan tersebut. Jadi seluruh Tanah Tinggi Minahasa akan menjadi sibuk dengan warga yang ingin ke gereja untuk bersembahyang dan berkunjung ke rumah satu sama lain (macam Rumah Terbuka di Malaysia). Untuk mengelak dari terperangkap dalam suasana macet (traffic jam) ini, Pak Tommy menukar program kami melawat ke Minahasa pada pagi ini.

Memulakan perjalanan ke Minahasa
Tugu seorang tokoh tempatan di Manado
Bila terpandang Pondok Polis ini teringat kat pondok polis di Kerala, India yang penuh ditampal dengan iklan-iklan penaja.
Balai Besar Pengawas Obat Dan Makanan Di Manado
Menuju ke luar kota

Part 14: Imam Bonjol

Dalam perjalanan dari Manado menuju ke Tomohon yang terletak di Tanah Tinggi Minahasa, kami melalui sebuah perkampungan yang bernama Pineleng. Di sini, kami ditunjukkan tempat perkuburan seorang pejuang nasional Indonesia yang bernama Imam Bonjol.

Pintu masuk ke Makam Imam Bonjol
Imam Bonjol yang nama sebenarnya Peto Syarif Ibnu Pandito Bayanuddin adalah seorang pejuang kemerdekaan Indonesia yang berasal dari Sumatera Barat. Dia telah ditangkap oleh Belanda di Sumatera dan dibuang negeri ke Minahasa.

Angkutan Kota yang dipanggil Mikrolet di Manado
Orang Belanda berharap Imam Bonjol yang beragama Islam dan berketurunan Minangkabau akan dibenci dan dibunuh oleh Orang Minahasa yang beragama Kristian di sini. Namun perkara yang sebaliknya berlaku. Disebabkan prinsip hidup Orang Minangkabau sama dengan prinsip hidup Orang Minahasa, kehadiran Imam Bonjol diterima baik oleh Orang Minahasa. Malah Orang Minahasa membantu mempertahankan Imam Bonjol dari Belanda sehinggalah beliau meninggal dunia di sini pada tahun 1864.

Patung Imam Bonjol di luar kawasan pemakamannya di Desa Pineleng, Minahasa
Imam Bonjol tidak berkahwin dan tidak mempunyai keturunan. Namun demikian, sewaktu dia dibuang negeri ke Minahasa, dia ditemani oleh seorang pengawal setianya yang bernama Apolos Minggu. Apolos Minggu telah berkahwin dengan seorang gadis Minahasa yang bernama Mency Parengkuan. Mency memeluk agama Islam dan keturunan beliau dengan Apolos Minggulah yang telah menyebarkan agama Islam di sini.

Pak Tommy mulanya merancang nak membawa kami melawat ke Makam Imam Bonjol dalam perjalanan pulang tapi kami tak berkesempatan berbuat begitu kerana kesuntukan masa. Pengunjung ke Makam Imam Bonjol selalunya akan dibawa melihat Sejadah Batu yang merupakan sebuah batu lebar di mana Imam Bonjol sering bersolat di atasnya. Pada bekas batu ini terdapat lekukan yang dikatakan bekas sujud, duduk dan kedua tapak tangan ketika beliau bersolat.

Batu Sejadah bekas tempat solat Imam Bonjol (Sumber: Internet)
Masjid Imam Bonjol dalam perjalanan menuju ke Tomohon di Tanah Tinggi Minahasa

Part 15: Meneruskan Perjalanan

Perjalanan kami diteruskan menuju ke Tomohon melalui perkampungan-perkampungan yang jelas dihuni masyarakat Kristian. Suasana kemeriahan sambutan Hari Kesyukuran Minahasa memang terasa. Kata Pak Tommy, Hari Kesyukuran ini tidak diraikan serentak di seluruh Sulawesi Utara. Ia diraikan pada hari-hari yang berlainan mengikut kawasan sepanjang bulan Julai - September. Di kota Manado sendiri, Hari Kesyukuran ini diraikan dalam bulan September.

Persiapan menyambut Hari Kesyukuran Minahasa terasa sewaktu kami melalui perkampungan ini.
Meneruskan perjalanan
Di seluruh Manado dan Minahasa juga banyak terdapat poster-poster calon pilihanraya. Kata Pak Tommy, Pilihanraya Parlimen Indonesia (Pemilu) akan diadakan pada tahun hadapan (2019). Salah seorang calon yang bertanding adalah anak perempuan Megawati Sukarnoputri yang bernama Maharani.

Poster Pilihanraya Parlimen Indonesia
Sebuah perguruan Kristian di Minahasa
Kami singgah di sebuah desa yang bernama Tinoor. Di sini ada sebuah platform pemerhatian di mana kita dapat melihat pemandangan Kota Manado dan Teluk Manado.

Platform pemerhatian di Desa Tinoor
Pemandangan dari Desa Tinoor
Pemandangan Kota Manado dari kejauhan
Mengabadi kenangan di Desa Tinoor
Desa Tinoor
Sulawesi Utara juga digelar Daerah Nyiur Melambai kerana banyak pokok kelapa terdapat di sini.
Keharmonian penganut agama Kristian dan Islam jelas kelihatan di kawasan Minahasa. Ada banyak masjid dan gereja-gereja yang dibina berhampiran satu sama lain. Kata Pak Tommy, menjadi adat di sini juga umat Islam dan Kristian saling membantu melicinkan perjalanan perayaan keagamaan satu sama lain. Misalnya, pemuda-pemuda Kristian akan secara sukarela membantu mengurus trafik dan mengawal keselamatan kawasan masjid sewaktu Solat Aidilfitri. Pemuda-pemuda Islam juga akan melakukan perkara yang sama di gereja pada Hari Krismas dan juga perayaan seperti Hari Kesyukuran yang akan diadakan esok.

Gereja
Kata Pak Tommy juga, menjadi satu kebiasaan bagi orang Islam datang berkunjung ke rumah rakan-rakan Kristian pada Hari Kesyukuran. Orang-orang Kristian di sini juga memang menyimpan peralatan masakan khas yang akan digunakan untuk memasak makanan bagi tetamu-tetamu Muslim untuk memastikan mereka tidak termakan benda yang Haram. Kalau orang Kristian menerima tetamu Muslim dan mereka tak sempat menyediakan makanan Halal untuk mereka, menjadi kelaziman bagi mereka untuk mengupah rakan-rakan dan jiran-jiran Muslim menyediakan makanan untuk tetamu tersebut.

Pesantren
Penduduk-penduduk Muslim
Pintu Gerbang
Gerai-gerai kerajinan buluh
Hasil dari kerajinan buluh untuk jualan di samping barang-barang lain
Kata Pak Tommy lagi, walaupun tetamu Islam disediakan makanan secara berasingan, mereka tetap akan makan bersama-sama tuan rumah yang beragama Kristian walaupun tuan rumah sedang makan makanan yang Haram dimakan oleh Orang Islam.

Tomohon
Ada banyak poster Lomba Paduan Suara di sekitar Manado dan Minahasa
Jumlah hadiah yang ditawarkan untuk Lomba Paduan Suara ini ialah Rp 200 juta

Part 16: Gunung Lokon

Tanah Minahasa adalah daerah yang berbukit dan bergunung. Dua gunung yang paling terkenal di sini adalah Gunung Lokon dan Gunung Klabat.

Kawasan pertanian
Tanah Minahasa yang bergunung-ganang
Pagoda Vihara Buddhayana yang mengintai dari kejauhan
Perkampungan Minahasa
Lagi pemandangan di perkampungan
Gunung Lokon
Ada kisah yang menarik mengenai pergunungan di Tanah Minahasa. Menurut ceritanya, pada mulanya Gunung Lokon adalah gunung tertinggi dan terbesar di Minahasa. Tersangat tingginya, sehingga jarak antara puncak Gunung Lokon dengan langit hanya setangkai senduk. Tak ada gunung lain di Minahasa yang lebih tinggi dari Gunung Lokon. 

Suatu hari, penghuni gunung Klabat ingin supaya tempat tinggal mereka lebih tinggi dari Gunung Lokon. Dengan penuh semangat, penghuni Gunung Klabat memotong puncak Gunung Lokon dan memindahkan tanahnya ke Gunung Klabat. Akan tetapi, sewaktu mengangkut tanah Gunung Lokon, banyak yang tercicir di sekeliling Gunung Lokon. Tanah yang tercicir ini kemudian membentuk gugusan gunung yang lain seperti Gunung Kasehe, Gunung Tatawiran dan Gunung Empung. Akhirnya, ketinggian Gunung Lokon menjadi lebih rendah berbanding ketinggian Gunung Klabat.

Selepas beberapa kali meletus, kawah gunung berapi Gunung Lokon kini tak lagi berada di puncak gunung.
Gunung Lokon adalah sebuah gunung berapi yang masih aktif. Selepas beberapa kami meletus, puncaknya tak lagi mempunyai lubang kawah. Kawah Gunung Lokon kini berada di bahagian bawah puncaknya dan menghadap ke Kota Manado.

Pemandangan di kaki Gunung Lokon
Nurseri tanaman
Petani Minahasa
Menuju ke Vihara Buddhayana di sana...


Bersambung ke Bahagian 5...


CATATAN PERJALANAN MANADO (2018):