Friday, 3 August 2018

2018 MANADO BHG. 03 (Tunan Waterfall & Monumen Yesus)

Julai 2018

SULAWESI UTARA, INDONESIA
Manado & Minahasa

Bahagian 3: Manado (2)
AIR TERJUN TUNAN & MONUMEN YESUS MEMBERKATI

HARI PERTAMA (3)

Part 7: Air Terjun Tunan

Jalan masuk ke Air Terjun Tunan dari Desa Talawaan adalah menerusi sebuah jalan kampung. Jalan ini sebenarnya adalah jalan berturap tetapi permukaannya telah rosak dan tidak diperbaiki.

Kebun Pisang
Sebahagian besar jalan menuju ke Air Terjun Tunan telah rosak dan tidak diperbaiki.
Kereta lembu
Lembu-lembu yang ditemui di Sulawesi Utara ini memang kelihatan cantik dan sihat.
Jalan kecil menuju ke Air Terjun
Masih jauh ke dalam
Pokok kelapa banyak terdapat di Sulawesi Utara. Tetapi kami diberitahu yang pokok kelapa sawit macam tak boleh tumbuh di wilayah ini. Mungkin disebabkan tanahnya yang tidak sesuai.
Permukaan jalan yang rosak teruk.
Kereta tak boleh masuk sehingga ke air terjun. Ada tempat letak kereta disediakan kira-kira 400 meter dari air terjun. Namun disebabkan hari itu adalah hari bekerja, tak ada pengunjung lain di situ selain dari kami.

Pemandangan berhampiran tempat letak kereta.
Mengikut Pak Tommy berjalan ke Air Terjun
Ada bayaran dikenakan untuk masuk ke Air Terjun Tunan
Dari tempat letak kereta, ada laluan pejalan kaki yang disediakan. Laluannya rata dan tidak berbukit-bukit. Sekitar laluan ini dipenuhi pokok-pokok hutan.

Jambatan masuk ke kawasan Air Terjun
Sungai
Satu lagi pemandangan sungai yang sama
Laluan pejalan kaki yang disediakan untuk masuk ke Air Terjun Tunan
Selamat Datang Ke Air Terjun Tunan
Berjalan lagi masuk ke dalam
Suasana ketika berjalan masuk macam berjalan di dalam denai hutan.

Selepas berjalan kira-kira 15 minit, barulah kita sampai ke Air Terjun Tunan yang sebenarnya. Air Terjun setinggi 85 meter ini adalah air terjun tertinggi di kawasan Minahasa Utara. Sedikit-sebanyak Air Terjun ini mengingatkan kami kepada Air Terjun Coban Rondo di Malang yang pernah kami lawati sewaktu bercuti ke Surabaya dulu.

Pemandangan pertama Air Terjun Tunan
Air Terjun Tunan
Ada banyak burung layang-layang terbang di depan air terjun ini sebenarnya tapi tak nampak dalam gambar.
Airnya tak banyak ketika ini, mungkin disebabkan sekarang adalah musim panas.
Mengambil gambar Air Terjun Tunan
Batu-batu di kaki air terjun
Kemuncak air terjun
Dengan ketinggian 85 meter, Air Terjun Tunan adalah Air Terjun yang tertinggi di kawasan Minahasa Utara.
Meninggalkan Air Terjun Tunan

Part 8: Monumen Yesus Memberkati

Dari Air Terjun Tunan, Pak Tommy membawa kami kembali ke arah kota Manado untuk menunjukkan kepada kami sebuah lagi mercu tanda terkenal di kota ini yang dinamakan Monumen Yesus Memberkati.

Kembali ke arah kota Manado
Sebuah kawasan perumahan mewah yang sedang dalam pembinaan.
Kerja pembinaan lebuhraya dari Manado ke Bitung sedang giat dijalankan
Gerai-gerai di tepi jalan
Perjalanan ke Monumen Yesus Memberkati
Terowong
Monumen yang menjadi simbol keagamaan bagi majoriti penduduk Manado yang beragama Kristian.
Monumen Yesus Memberkati yang menjadi simbol kota Manado terletak di sebuah kawasan perumahan mewah yang bernama Citraland. Ia mempunyai ketinggian keseluruhan 50 meter dengan kemiringan 20 darjah. Patung ini boleh dilihat dengan jelas dari sebuah platform pemerhatian yang dibina di kawasan Citraland.

Citraland
Platform Pemerhatian Monumen Yesus Memberkati
Monumen yang didirikan pada tahun 2007 ini adalah patung Jesus Christ yang kedua terbesar di dunia selepas patung Christ The Redeemer di Rio de Janeiro, Brazil. Ia dibina menghadap ke kota Manado dan Teluk Manado dengan kedua-dua tangannya terdepa seolah-olah memberi berkat kepada seluruh kota dan penduduknya.

Monumen Yesus Memberkati
Patung Yesus dibina dengan kedua-dua tangannya terdepa seolah-olah memberi berkat kepada seluruh kota Manado
Patung-patung Angels di kaki patung Yesus
Pemandangan dari Platform Pemerhatian
Patung kuda di kaki bukit
Sementelah dah sampai ke sini, Pak Tommy membawa kami berpusing-pusing di sekitar kawasan perumahan mewah ini. Memang mewah rumah-rumah di sini. Setiap satunya besar-besar macam istana.

Rumah-rumah mewah di Citraland
Sekolah Citra Kasih
Alfamart

Part 9: Manado 

Manado adalah ibu kota Wilayah Sulawesi Utara. Ia terletak di Teluk Manado dan dikelilingi oleh pergunungan. Ia adalah kota yang kedua terbesar di Pulau Sulawesi selepas Makassar.

Manado
Kawasan perkuburan berhampiran bandar
Majoriti penduduk di Manado adalah dari suku Minahasa kerana Manado adalah sebahagian dari Tanah Minahasa. Bahasa yang digunakan sebagai bahasa sehari-hari di Manado dan wilayah sekitarnya adalah Bahasa Manado. Bahasa Manado menyerupai Bahasa Indonesia tetapi dengan loghat yang tersendiri. Beberapa perkataan dalam dialek Manado juga diambil dari Bahasa Belanda dan Bahasa Portugis.

Jalan sedikit sesak kerana ketika itu adalah waktu tamat bekerja
Gereja
Hotel penginapan kami terletak di kawasan komersil Manado. Kebetulan ketika itu adalah waktu tamat bekerja, maka jalan raya sedikit sesak. Sesuatu yang kami perhatikan dalam perjalanan menuju ke hotel ialah kota Manado sangat bersih. Malah sepanjang penginapan kami selama 4 hari di sini, kami dapat melihat mesin-mesin dan pekerja-pekerja pembersihan bertugas membersihkan bandar sepanjang hari.

Kenderaan Angkutan Kota ini dipanggil Mikrolet di Manado. Semuanya dicat seragam dengan warna biru. Tambang menggunakan Mikrolet dalam kawasan bandar juga ditetapkan oleh pemerintah pada kadar IDR 4,000 (RM 1.10) seorang.
Perjalanan menuju ke kota
Pusat bandar Manado
Pemandangan di Pusat Bandar Manado
'Sulut' adalah singkatan bagi Sulawesi Utara
'Sulut' adalah singkatan kepada Sulawesi Utara. Perkataan cantum-singkat seperti ini memang banyak digunakan pada wilayah-wilayah Indonesia seperti Sumbar (Sumatera Barat), Sumut (Sumatera Utara), Jabar (Jawa Barat), Jateng (Jawa Tengah) dan Jatim (Jawa Timur). Mujurlah sistem cantum-singkat ini tak diamalkan di Malaysia. Kalau tidak, banyaklah keluar nama-nama yang kelakar seperti Perut (Perak Utara), Kedut (Kedah Utara), Selut (Selangor Utara) dan Kelaut (Kelantan Utara). Kalau Terengganu Tengah... panggil 'Ganteng', boleh kot? Hahahahh... Negeri Sembilan Utara pulak mungkin boleh dipanggil 'Negeri Semut'.

Kawasan komersil Megamas berhampiran hotel penginapan kami.
Klenteng

Part 10: Whiz Prime Megamas Hotel

Hotel penginapan kami di Manado bernama Whiz Prime Megamas. Ia adalah sebuah hotel 3 bintang yang terletak di tepi laut. Lebih menggembirakan, kami mendapat bilik yang menghadap ke pemandangan Teluk Manado.


Hotel Whiz Prime Megamas
Kaunter pendaftaran di Hotel Whiz Prime Megamas
Bilik penginapan kami
Room With A View
Korridoor di luar bilik penginapan
Pemandangan matahari terbenam dari bilik hotel kami
Pemandangan Pulau Manado Tua sewaktu matahari terbenam dari bilik hotel kami.

Part 11: Rumah Makan Mawar Sharron

Walaupun Manado adalah kawasan Kristian, restoran makanan Halal sangat banyak di sini, terutama di kawasan berhampiran hotel penginapan kami. Untuk makan malam pertama kami, Pak Tommy membawa kami makan di sebuah restoran yang bernama Rumah Makan Mawar Sharron.

Rumah Makan Mawar Sharron
Pintu masuk ke Rumah Makan Mawar Sharron
Pemandangan di dalam Rumah Makan Mawar Sharron
Pak Tommy sedang menguruskan pesanan makan malam kami.
Hidangan makan malam kami adalah Ayam Goreng Lalapan yang dihidangkan bersama Sambal Minahasa. Tak keterlaluan kalau dikatakan inilah satu-satunya makanan Manado yang enak pada citarasa Myself. Makanan-makanan Manado yang lain umumnya berasa agak hambar. Yang menarik adalah setiap hidangan akan disertakan dengan Sambal Manado yang tahap kepedasannya berbagai-bagai.

Ayam Goreng Lalapan yang dihidang bersama Sambal Manado
Kecap Manis Mantaapi ABC yang rasanya tetap tak boleh lawan Kicap Lemak Manis Kipas Udang di Malaysia.


  Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN MANADO (2018):