Monday, 27 June 2022

2022 GENTING HIGHLANDS BHG. 08 (Strawberry Farm)

 Mei 2022

PAHANG, MALAYSIA
Genting Highlands

Bahagian 8: Genting Permai 3
STRAWBERRY LEISURE FARM

HARI KEDUA (2)

Part 20: Strawberry Leisure Farm

Dari Honeybee Farm, kami bergerak pula ke Strawberry Leisure Farm dengan teksi yang sama. Teksi di Genting ini tak pakai meter. Semua standard rate RM30 nak ke mana-mana point. Untuk kemudahan pergerakan, simpan contact number mereka.

Teksi yang membawa kami berjalan-jalan pagi ini.
Pemandu teksi kami, Uncle Loh
Strawberry Leisure Farm
Selamat Datang
Taman Santai Strawberi Genting
Lobi Taman Strawberi
Pemandangan dari lobi
Model Rumah Kampung yang berfungsi sebagai pejabat pentadbiran Strawberry Leisure Farm
Fountain yang bermotif strawberry
Kaunter Tiket
Harga Tiket
Peta Taman Strawberry

SEKSYEN 1

Strawberry Farm ini terdiri dari beberapa seksyen. Tak ada nama spesifik yang diberi kepada seksyen-seksyen ini. Untuk kemudahan nak bercerita, kita namakan sendiri saja seksyen-seksyen ini mengikut urutan seksyen yang kita lawati.

Seksyen pertama yang kita lawati sebaik masuk ke taman dipenuhi dengan bunga-bunga cantik. Ada lavender dan bunga-bunga lain juga yang ditanam di sini. Pemandangannya sedikit sebanyak macam Lavender Garden yang pernah kita lawati di Cameron Highlands dulu. Kita nikmati keindahan bunga-bungaan ini...

Di sini juga ada sebuah gerai kecil menjual barang-barang makanan yang berasaskan strawberi. Antara barang yang dijual termasuklah buah strawberi, minuman kordial dan jem strawberi.

Gerai strawberry
Buah strawberry
Jem strawberry
Minuman kordial strawberry
Buah strawberry kering

SEKSYEN 2

Lepas tengok Bunga Lavender yang cntik di Seksyen 1, kita pergi ke Seksyen 2 pulak. Seksyen 2 ini terletak kat atas bukit sikit. Kenalah kita panjat tangga naik ke atas.

Laluan ke Seksyen 2
Orkid
Cantik dan unik rupa orkid ini
Tangga naik ke Seksyen 2
Jom naik kat atas sana
Sekarang kita tengok pemandangan di sekitar Seksyen 2...

Strawberry di kiri dan bunga-bunga di kanan
Buah-buah strawberry di Seksyen ini masih putik dan belum boleh dipetik. Tengok je boleh...

Seperti yang kami lihat di Cameron Highlands dulu, buah-buah strawberry di sini ditanam menggunakan teknik hidroponik. Di samping lebih memberikan hasil, tenik ini juga membolehkan pokok-pokok strawberry ditanam atas para yang tinggi. Lebih ergonomik untuk pekerja memetik dan menuai hasil strawberry.

Sebelum kaedah hidroponik diperkenalkan, pokok strawberry ditanam di atas tanah. Terpaksalah penanam strawberry dan pekerja mereka terbongkok-bongkok mengutip hasil tanaman.

Tanaman strawberry di sini juga diselangi dengan tanaman pokok-pokok bunga. Disebabkan iklim di Genting Highlands yang nyaman, bunga-bunganya pun cantik dan berkembang mekar.


SEKSYEN 3

Di merata-rata tempat di Strawberry Farm ini ada disediakan kedai cenderamata. 

Di belakang kedai cenderamata ini ada disediakan aktiviti memetik buah strawberry untuk sesiapa yang berminat. Caj dikenakan mengikut berat strawberry yang dipetik. Kami tak petik strawberry, sekadar berjalan dan melihat-lihat sahaja.

Aktiviti memetik strawberry disediakan di sana
Pokok strawberry yang menjalar
Pemandangan lebih dekat pokok strawberry yang menjalar
Lantai bermotifkan strawberry
Buah kundur
Banyak pokok strawberry di ladang ini yang kami perhatikan hujungnya diikat dengan plastik berisi tanah. Kata petugas di ladang ini, pokok-pokok ini sedang dicambah menggunakan cara tersebut. Bila akar baru tumbuh dalam plastik berisi tanah nanti, ia akan dipotong dan ditanam di tempat lain.

Buah strawberry yang telah ranum
Plastik berisi tanah yang diikat di hujung pokok strawberry
Akar baru pohon strawberry yang sedang dicambah
Petugas ladang memberi penerangan tentang proses percambahan akar pokok strawberry
Pokok-pokok strawberry
Pekerja membaja pokok-pokok bunga yang ditanam di ladang strawberry
Arah keluar ke Taman Lavender

SEKSYEN 4

Selepas dah puas melihat pokok-pokok strawberry, kami bergerak ke arah nak keluar. Sebelum itu kita singgah sebentar di kafetaria ladang ini untuk menikmati minuman strawberry.

Berjalan menuju ke kafetaria
Gerai menjual barangan madu
Rasanya Honeybee Farm yang kami lawat tadi dengan Strawberry Leisure Farm ini dimiliki oleh pemilik yang sama.
Farm House Cafe
Suasana di Farm House Cafe
Kerusi dan meja yang bermotifkan strawberry
Jom tengok apa yang dijual di sana...
Menu
Strawberry Honey Juice & Strawberry Milkshake yang kedua-duanya sangat sedap

Bunga-bunga berhampiran cafe
Berdekatan kafe ini ada beberapa buah lagi kedai menjual cenderamata.


SEKSYEN 5

Ingatkan kami dah habis melawat Strawberry Farm ini, rupa-rupanya ada satu lagi seksyen di belakang kedai-kedai cenderamata ini yang dipenuhi dengan bunga-bungaan. 

Memandangkan kami dah tak banyak masa kerana Myself perlu kembali ke hotel untuk menghadiri event ofis sebelum tengahari, terpaksalah kita rushing menikmati pemandangan yang ada di sini.

Kagum juga melihat pokok-pokok keladi yang ditanam di sini. Tak sangka pokok-pokok keladi pun sebenarnya boleh menjadi pokok perhiasan yang cantik.

Selepas melawat seksyen terakhir ini, barulah kami benar-benar habis melawat Strawberry Leisure Farm. Seronok juga melawat ke sini tetapi Myself rasa ladang strawberry dan taman-taman bunga yang ada di Cameron Highlands lebih menarik dari ladang strawberry dan taman-taman bunga yang ada di sini.

Kedai cenderamata yang perlu dilalui untuk keluar dari Strawberry Leisure Farm
Naik teksi balik ke hotel


 Bersambung ke Bahagian 9...