Thursday, 23 June 2022

2022 GENTING HIGHLANDS BHG. 06 (Geo Resort)

Mei 2022

PAHANG, MALAYSIA
Genting Highlands

Bahagian 6: Genting Permai 1
GEO RESORT HOTEL & GENTING PERMAI

HARI PERTAMA (6)

Part 15: Kembali ke Genting Permai

Genting Skyworlds ditutup pada pukul 6 petang. Untuk mengelakkan kesesakan bila semua pengunjung berpusu-pusu keluar pada waktu itu, kami membuat keputusan untuk meninggalkan Skyworlds seawal pukul 5.30 petang.

Masa untuk pulang...
Goodbye, Skyworlds
Kembali ke Studio Plaza
Starbucks
Walaupun Genting Skyworlds tidak lagi disokong oleh Fox Studios, Myself rasa Genting Skyworlds masih hebat. Memang world class. Malah mungkin lebih hebat dari Universal Studios Singapore. Bangga juga rasanya melihat Malaysia juga mempunyai theme park begitu.

Kenangan bersama staff Genting Skyworlds yang kesemuanya peramah dan sangat membantu
Arena of Stars
Menggendong pulang Teddy Bear gergasi yang dimenangi dalam games di Genting Skyworlds
Goodbye for now... Ada rezeki kami pasti akan kembali.
Genting Skyworlds sebenarnya masih belum dibuka penuh sekarang. Masih di peringkat Soft Launching. Dari pengamatan kami dari kesemua 9 seksyen yang ada cuma Studio Plaza, Rio, Epic dan Ice Age yang telah beroperasi penuh. 

Walaupun begitu, keseronokan melawat ke Genting Skyworlds sudah terasa. Tunggulah bila ia dibuka penuh nanti, mesti lebih seronok melawat ke sini. Macam kena datang sekali lagi tahun depan nanti. Hahaha!! Cuma harapnya janganlah harga tiket naik lebih mahal pulak bila dah full swing nanti.

Naik escalator yang bertingkat-tingkat untuk kembali ke Stesen Awana Skyworlds.
Melalui semula Sky Avenue
Aduhh, ramainya manusia bila kami tiba di Stesen Awana Skyway di Sky Avenue. Maklum sajalah, ketika itu petang Ahad dan semua pengunjung termasuk yang bermalam di Genting malam tadi sedang berpusu-pusu nak pulang memandangkan esok adalah hari bekerja.

Pemandangan di Stesen Awana Skyway di Sky Avenue
Kipas gergasi di Stesen Sky Avenue
Saja kami kira bilangan lingkaran barisan di Stesen Sky Avenue ketika itu. Masuk-masuk saja barisan, kami dah di lingkaran yang ke-14. Tapi tak perlu gusar kerana pengurusan Awana Skyway sangat cekap. Cable car sentiasa datang dan pergi dan barisannya pun sentiasa bergerak. Dalam masa kira-kira 20 minit, kami dah selamat masuk ke dalam gondola Awana Skyway untuk turun ke bawah.

Sehari suntuk berada di langit kayangan di Genting Skyworlds, dah tiba masa untuk kita kembali turun ke bumi nyata...

Kalau naik ke puncak Genting pagi tadi dah terasa gayat naik Awana Skyway, masa pulang ini lebihlah lagi... Ngeri tengok jurang dan gunung yang tinggi di bawah. Tapi syukur Alhamdulillah kerana cuaca hari ini baik walaupun mentari memancar terik. Disebabkan kedudukan Genting yang tinggi dari aras laut, cuacanya juga nyaman sepanjang masa kami berada di Skyworlds tadi. Angin juga tak bertiup kencang sewaktu kami berada di dalam cable car. Syukur Alhamdulillah.

Terlebih gayat rasanya sewaktu naik Awana Skyway turun ke bawah.
Tinggi betul kita ni sekarang!
Perjalanan turun ke bawah
Alhamdulillah, tak ada angin yang bertiup kencang
Pemandangan jalan raya untuk naik ke Genting Highlands
Sistem cable car Awana Skyway ini memang stabil dan selamat. Buktinya pada petang keesokan hari, Husband naik ke puncak Genting Highlands sekali lagi sewaktu Myself sedang mengikut event ofis di Hotel Geo Resort. Ditakdirkan hujan yang sangat lebat turun petang itu sewaktu Husband nak turun ke bawah. Kata Husband, dia berada di dalam cable car sewaktu hujan lebat itu dan cable car tetap berjalan stabil dan selamat. Kata staff yang Husband interview, sekiranya cuaca tidak selamat, Awana Skyway secara automatik akan menghentikan operasi. Pasti pihak Syarikat Genting dah mengeluarkan pelaburan yang berjuta-juta ringgit untuk membina sistem cable car yang canggih sebegini.

Walaupun gayat, kenalah buat-buat berani kerana tak ada pilihan lain nak turun ke bawah.
Kabus dah mula menyelubungi puncak Genting Highlands ketika itu.
Hampir tiba di Stesen Chin Swee Temple
Berpegang kuat kat pemegang itu sebab gayat
Pemandangan sewaktu meninggalkan Stesen Chin Swee Temple
Alhamdulillah kerana cuaca cantik dan baik hari ini.
Pemandangan Stesen Chin Swee Temple yang ditinggalkan di belakang
Pagoda Chin Swee Temple
Banyak jalan corner lipat begini yang diperhatikan untuk naik ke Genting Highlands
Jauh lagi nak turun ke bawah sana!
Masih turun ke bawah
Seperti perjalanan naik ke atas pada pagi tadi, perjalanan turun ke bawah ini juga memakan masa 10 minit.

Alhamdulillah, dah hampir nak tiba kembali ke bawah.
Selamat tiba ke bawah
Pemandangan sewaktu turun dari cable car

Part 16: Geo Resort Hotel

Alhamdulillah, dah ada teksi yang menanti sewaktu kami tiba di stesen bawah Awana Skyway. Terus saja kami pulang ke Hotel Geo Resort yang terletak di bandar Genting Permai.

Naik teksi balik ke hotel
Jalan turun ke bawah sedikit sesak ketika itu kerana ramai orang sedang memandu nak pulang ke KL. Tapi tak adalah traffic jam teruk sampai tak bergerak macam kat Cameron Highlands sana.

Jalan turun ke bawah sedikit sesak ketika itu
Semua orang tengah nak balik ke KL
Bandar Genting Permai
Hotel Geo Resort di bandar Genting Permai
Teksi yang membawa kami balik ke hotel
Bilik kami dah sedia sewaktu kami tiba kembali ke Hotel Geo Resort. Terus saja kita bawa beg naik ke bilik penginapan yang terletak di Tingkat 5.

Ruang menunggu di Hotel Geo Resort
Lift Lobby
Chandelier
Balkoni di Lift Lobby di Tingkat 5
Pemandangan Genting Permai dari Lift Lobby di Tingkat 5
Apartment Geo38 Residence yang bersambung dengan Geo Resort Hotel
Pemandangan menghala ke sana pulak
Hotel Geo Residence memang sebuah hotel mewah. Padanlah dengan sewa biliknya memang mahal, walaupun dengan kadar diskaun yang ditempah menggunakan Agoda. 

Korridoor menuju ke bilik penginapan
Bilik penginapan kami
Superior Suite
Meja kerja
Balkoni
Pemandangan dari balkoni bilik penginapan kami

Part 17: Dinner Di Genting Permai

Suatu yang best tentang Hotel Geo Resort ini ialah kedudukannya yang terletak betul-betul di bandar Genting Permai. Di sini juga ada beberapa buah restoran yang menyediakan makanan yang sedap dan pada harga yang terjangkau. Tak perlulah kita bergantung kepada makanan di restoran hotel ini sendiri macam di kebanyakan hotel mewah yang lain.

Pemandangan malam di bandar Genting Permai
Sesak juga sebenarnya bandar Genting Permai ini di waktu malam
Jalan-jalan cari makan
Malam itu kami dinner di sebuah restoran tomyam yang terletak almost bertentangan dengan Hotel Geo Resort. Restoran yang bernama Nok Sokmo ini sentiasa sesak dengan pengunjung. Memang tak menghairankan kerana makanannya sedap dan harganya berpatutan. Servisnya pun cepat. Memang Myself recommend anda makan di sini kalau menginap di sekitar Genting Permai.

Restoran Nok Sokmo di Genting Permai.
Suasana di dalam Restoran Nok Sokmo
Pelbagai pilihan masakan Thai, Goreng dan Steamboat ada dijual di sini
Pilihan dinner kami yang sedap
Selepas makan, kami bersiar-siar dulu di sekitar Genting Permai sebelum pulang ke hotel.

Bandar Genting Permai cukup lengkap dengan restoran dan juga convenience store untuk kemudahan pengunjung.
Di sini juga ada banyak restoran makanan Cina yang tidak halal
Food Court di hujung bandar Genting Permai ini juga ada banyak gerai makanan halal.
Pemandangan di Food Court
KK Super Mart di Genting Permai. KK Food Court di sebelahnya bagaimanapun menjual makanan tidak halal.
Berjalan kembali ke Geo Resort Hotel
Pemandangan Geo Resort Hotel di waktu malam
Pancutan air yang cantik di depan Geo Resort Hotel
Tak boleh nak masuk terus ke dalam hotel melalui pintu utama lobi malam itu kerana ada penggambaran sebuah drama Melayu sedang berlangsung.


Bersambung ke Bahagian 7...


No comments: