Friday, 17 June 2022

2022 GENTING HIGHLANDS BHG. 03 (Ice Age @ Skyworlds)

Mei 2022

PAHANG, MALAYSIA
Genting Highlands

Bahagian 3: Skyworlds 2
EPIC & ICE AGE @ GENTING SKYWORLDS

HARI PERTAMA (3)

Part 6: Epic @ Genting Skyworlds

Dari Rio, kita bergerak pula ke seksyen yang dinamakan Epic. Tema di sini adalah alam semula jadi (nature) berdasarkan filem animasi Epic.

Epic
Tema di sini adalah alam semulajadi yang dibina dari batu. 
Tumbuh-tumbuhan gergasi di Epic
Kamera
Bunga Daisy
Pemandangan di Epic
Gerai makanan ringan yang menyamar sebagai watering can di Epic
Big Bites
Membeli makanan kat Big Bites
Senarai makanan dan minuman yang dijual di Big Bites
Posing di celah tumbuhan gergasi
Posing naik Burung Kelicap
Bunga-bunga gergasi
Epic bertemakan keluarga. Jadi semua permainannya sesuai dinaiki seisi keluarga dan tidaklah scary sangat macam Samba Gliders di Rio tadi. Antara yang menarik perhatian kami ialah ride yang bernama Hummingbird Flyers.

Epic Hummingbird Flyers
Inilah permainan Epic Hummingbird Flyers
Kalau berkenan nak mencuba mana-mana ride di Genting Skyworlds ini, terus saja masuk barisan. Tak payah nak beli tiket tambahan sebab semuanya dah termasuk dalam tiket yang mahal itu. Kalau ramai orang beratur dan kita nak booking waktu masuk, boleh pakai fungsi VQ (Virtual Queue) dalam app Genting Skyworlds. Ia berfungsi macam Fastpass kat Disneyland.

Disebabkan kami datang ke sini kira-kira 2 minggu selepas Cuti Hari Raya, tak berapa ramai sangat orang berada di sini. Jadi tak adalah queue panjang yang memerlukan kami memakai VQ.

Ada waktu menunggu yang ditunjukkan pada pintu masuk barisan di setiap permainan. Kalau tengok kat situ, waktu menunggu untuk ride Hummingbird Flyers cuma 5 minit. Tu yang buat tergoda nak masuk barisan to join the ride.

Jom masuk ke dalam barisan...
Pesanan supaya jangan potong queue dan jangan merokok kat sini.
Tipah tertipu! Bila masuk queue rupa-rupanya lebih 5 minit juga. Tapi tak adalah lama sangat. Dalam 10-15 minit gitu.

Lebih 5 minit jugalah kena beratur masa tu.
Bila sampai turn, kita diminta untuk meninggalkan beg yang dibawa kat tepi. Maklumlah, ride ini berpusing-pusing. Tercampak pulak beg nanti dari ride masa tengah berpusing-pusing tu. 

Kami pilih naik burung
Dewi Bunga kat tengah ride
Kita boleh pilih nak naik ride bunga ataupun burung. Dalam setiap ride ada joystick untuk control sendiri sama ada nak naik ataupun turunkan bunga dan burung yang kita pilih tu sambil berpusing-pusing. Function ini sebenarnya bagus sebab kita akan ditembak dengan air dari Raja Ikan yang ada kat tepi sewaktu tengah naik ride ini. Kalau tak control naik-turun, memang kita akan basah terkena tembakan tepat air mereka.

Ada joystick dalam setiap burung & bunga untuk control sendiri naik-turun sewaktu tengah berpusing.
Bunga
Burung
Dia ni lah yang tembak-tembak air kat riders Hummingbird Flyers
Satu lagi ride yang kami naik di seksyen Epic adalah Voyage To Moonhaven. Yang ini memang wet ride. Kalau tak rela kebasahan, pakailah siap-siap raincoat yang boleh dibeli dari kedai souvenir berhampiran.
 
Voyage To Moonhaven
Ride Voyage To Moonhaven bermula dari dalam bangunan ini.
Peti surat di depan Voyage To Moonhaven
Voyage To Moonhaven adalah sebuah Boat Tour yang boleh dinaiki seisi keluarga.
Jom kita masuk ke dalam...
Tak ada queue pun untuk naik ke Voyage To Moonhaven masa ini.
Ride bermula di sana...
Menunggu giliran naik ride
Bot dah sampai
Inilah rupa ride Voyage To Moonhaven
First part dalam ride ini adalah di dalam gua yang penuh dengan tumbuhan Epic yang berwarna-warni. Sekali dua memang bot kita akan terjunam jatuh ke kawasan yang lebih rendah. Bila ini berlaku memang confirm kita basah dengan percikan air yang kuat itu. Walaupun basah, tapi memang fun. Myself dan Husband rasa kalau ada tambahan satu atau dua lagi drop begitu, mesti ride ini akan lebih fun.

Inilah rupa ride Voyage To Moonhaven selepas keluar dari gua
Ini sebenarnya ride yang orang lain naik. Kami tak ambil gambar semasa ride takut kamera basah terkena air.
Pandangan ride dari belakang
Ikan yang menjadi hiasan dalam ride Voyage To Moonhaven
Kedai souvenir di seksyen Epic ini bernama Epic Gifts. Suasana bershopping di dalam kedai ini macam bershopping di dalam sebatang kayu balak yang berlubang besar.

Epic Gifts
Bagai bershopping dalam lubang kayu balak.
Tikus besar menjenguk ke dalam kedai
Bergambar dengan Tikus Besar

Part 7: Ice Age @ Genting Skyworlds

Dari Epic, kita bergerak pula ke Ice Age yang bertemakan zaman air batu dulu-dulu sewaktu di zaman purba.

Ice Age
Suasana di Ice Age
Foto free dari Skyworlds di Ice Age
Gunung batu yang diseliputi air batu di Ice Age
Mengambil gambar Acorn
Tapak kaki
Pemandangan Samba Gliders dari seksyen Ice Age. Ada berani nak naik?
Pemandangan Hotel Genting Resort dari seksyen Ice Age
Tarikan utama Ice Age adalah sebuah roller coaster yang bernama Expedition Thin Ice. Kalau dah namanya roller coaster, memanglah kami tak akan naik. Sekadar melihat orang lain yang jauh lebih berani dari kami naik sajalah!

Roller coaster Expedition Thin Ice
Permulaan Expedition Thin Ice
Singa yang terjatuh dan sedang cuba diselamatkan oleh Mammoth
Landasan roller coaster
Sayup tingginya!
Menyenget sambil bergerak laju! Seram kita tengok.
Kalau tak cukup berani nak naik roller coaster, apa kata kita cuba naik Sid's Rock N' Slide. Permainan ini macam naik bot besar yang bergerak berpusing-pusing ke atas dan ke bawah.

Pintu masuk ke Sid's Rock N' Slide
Tengok gambar-gambar kat bawah untuk dapatkan idea bagaimana Sid's Rock N' Slide berpusing-pusing.

Kalau masih takut tapi tetap teringin nak naik ride, cuba sajalah Blue Sky Carousel. Dijamin selamat dan tak menakutkan. Hahaha!

Blue Sky Carousel

Sewaktu di Ice Age juga, kami sempat melihat show di Sid's Playhouse. Tapi kanak-kanak sangatlah show ni! Kalau anda tak datang bersama anak-anak kecil, Myself recommend skip the show. Banyak lagi tarikan lain yang lebih menarik.

Sid's Playhouse
Petugas-petugas di Sid's Playhouse
Pentas persembahan
Menunggu show bermula
Tempat duduk yang paling depan dikhaskan untuk kanak-kanak
Persembahan bermula
Sid & Friends
Kanak-kanak yang paling enjoy menonton show ini.
Satu lagi tarikan istimewa untuk kanak-kanak di Ice Age adalah tempat permainan yang dinamakan Mammoth Fun Zone. Permainan yang disediakan pun unik bertemakan Ice Age. Nasib baiklah kita bukan kanak-kanak lagi. Kalau tidak mahu tak nak balik bila dapat peluang bermain kat sini.
   
Mammoth Fun Zone
Mammoth yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung
Happy je anak Mammoth ni bergayut-gayut kat situ.
Peraturan untuk bermain di Mammoth Fun Zone
Pancutan air
Pengunjung-pengunjung ke Mammoth Fun Zone
Samba Gliders juga lalu di sini
Bergambar dengan fosil pra-sejarah
Tulang dinosaur
Berehat dengan bertemankan rangka dinosaur
Waktu itu dah tengahari dan perut dah mula lapar. Ada sebuah restoran berdekatan yang bernama Buck's Cafe. Suasana di dalam Buck's Cafe ini menarik tetapi menu makanannya kurang menarik kepada kami. Jadi kami membuat keputusan untuk tidak makan di sini.

Berjalan ke Buck's Cafe
Suasana di Buck's Cafe
Ramai pengunjung sedang berada di Buck's Cafe ketika itu
Suasana di Buck's Cafe
Satu lagi suasana di Buck's Cafe
Selepas meninggalkan Buck's Cafe, kami singgah di kedai souvenir yang bernama Cavern Treasures. Suasana di dalam kedai bagai bershopping di dalam sebuah gua air batu.

Cavern Treasures



Bersambung ke Bahagian 4...

No comments: