Mei 2022
PAHANG, MALAYSIA
Genting Highlands
Bahagian 5: Skyworlds 5
COSMIC CAFE, CENTRAL PARK & EAGLE MOUNTAIN @ GENTING SKYWORLDS
HARI PERTAMA (5)
Part 11: Cosmic Cafe @ Liberty Lane, Genting Skyworlds
Hati cukup gembira bila kami bertemu dengan Cosmic Cafe. Kata staff di Andromeda Base tadi, Cosmic Cafe menjual makanan Melayu tapi rupa restoran ini memang tak macam restoran Melayu tipikal.
|
Cosmic Cafe |
|
Pintu masuk ke Cosmic Cafe |
|
Menu di Cosmic Cafe |
Bila masuk ke dalam cafe, terpegun kita melihat hiasan dalamannya. Macam restoran Melayu kat angkasa lepas. Hahaha!! Selain makanan Melayu, restoran ini juga menjual makanan Arab.
|
Kaunter makanan kat Cosmic Cafe |
|
Bagai menjamu selera di angkasa lepas |
|
Tiang di dalam kafe |
|
Siling di angkasa lepas |
Disebabkan restoran ini bertemakan angkasa lepas, harga makanannya pun macam harga di angkasa lepas juga. Tapi tak mengapalah sebab makanannya sedap.
|
Satu lagi pemandangan di dalam Cosmic Cafe |
|
Memuktamadkan urusniaga |
|
Asam Laksa pilihan Husband |
|
Nasi Mandy pilihan Myself |
|
Pod Makan pilihan kami |
|
Jemput makan!! |
Part 12: Central Park @ Genting Skyworlds
Lepas makan kita jalan-jalan lagi ke Central Park pulak. Ada sebuah kolam di Central Park ini yang Myself rasa ada Dancing Fountain di dalamnya. Tapi mengikut keterangan yang diberi, pertunjukan yang dinamakan Lake of Dreams ini adalah future attraction. Belum beroperasi lagi.
|
Central Park |
|
Bangunan-bangunan di sekitar Central Park |
|
Pemandangan bagai bak di Italy |
|
Pertunjukan dancing fountain Lake of Dreams ini masih belum beroperasi |
|
Air Terjun di Lake of Dreams |
|
Satu lagi pemandangan Lake of Dreams |
|
Bergambar di depan Lake of Dreams |
|
Lakeside Market |
|
Kedai-kedai di sini juga masih belum beroperasi |
|
Pengunjung-pengunjung ke Central Park |
|
Jom kita jalan ke depan sana... |
Attraction istimewa di Central Park ini ialah permainan Night At The Museum. Kata staff yang bertugas di sini, ia adalah sebuah train ride. Namun demikian, ia masih belum beroperasi sekarang. Buat masa ini, kita cuma boleh posing-posing saja di depan Night At The Museum ini.
|
Night At The Museum |
|
Oleh kerana Night At The Museum masih belum beroperasi, pengunjung cuma boleh posing-posing saja kat sini buat masa sekarang. |
|
Foto free dari Genting Skyworlds |
Part 13: Independence Day : Defiance @ Central Park, Genting Skyworlds
Satu attraction yang Myself sangat recommend untuk anda cuba di Genting Skyworlds ini ialah Independence Day : Defiance. Ia adalah sebuah virtual reality game yang memang out of this world.
|
Independence Day : Defiance |
Masa masuk ke dalam attraction ini, kami tak pasti what to expect. Cuma berdasarkan pengalaman melawat ke Universal Studios di Singapore dan Japan, kami dapat mengagak yang ia adalah sesuatu seperti Transformers di USS dan Terminator di USJ.
|
Suasana di tempat menunggu Independence Day : Defiance |
|
Syukurlah tak ramai orang tengah beratur pada masa ini. |
|
Futuristic |
|
Menunggu giliran untuk masuk |
Sebelum masuk ke attraction yang sebenar adalah prelude dulu di mana kita diberi gambaran yang kita akan berperang dengan alien di angkasa lepas sana.
Rupa alien yang nak menyerang kita pun ditunjukkan kepada kita di sini.
Selepas dah habis prelude barulah kita dibenarkan masuk ke dalam space ship. Sebelum adventure bermula, petugas akan memastikan semua pengunjung memang fully strapped dengan seatbelt. Maklumlah, kita nak pergi ke angkasa lepas ni!
Dalam attraction Virtual 4D ini, kita akan dibawa dari lokasi kita di Genting Highlands terbang dengan SANGAT laju menuju ke celah bangunan KLCC sehingga sampai ke atas Masjid Putra di Putrajaya. Bila sampai kat Putrajaya nanti, kita akan tercampak keluar sehingga ke outer space sana dan terjebak dengan peperangan yang hebat dan dahsyat dengan alien yang nak menakluk bumi.
|
Gambar curi masa kita nak terbang ke outer space |
|
Blurr je gambarnya sebab terbang laju sangat sampai tercampak keluar dari bumi. Hahaha!! |
Tak tahu bagaimana nak cerita tentang experience kita di dalam attraction ini sebab ia sangat hebat. Tak tipu kalau Myself kata Independence Day ini lebih hebat dari Transformers di USS sana. Banyak kali kita tutup mata bila space ship kita jatuh beberapa kali ke dalam blue hole kat outer space sana. Kalau anda datang ke Genting Skyworlds, don't miss this attraction. Sangat-sangat hebat!
|
Gerai Burger |
Eagle Mountain sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan adventure dan aktiviti lasak. Di sini ada sebuah kedai Harley Davidson.
|
Menjenguk ke dalam kedai di Eagle Mountain |
|
Kedai Harley Davidson yang bernama Freedom Shop |
|
Awana Skyway |
Jom masuk melawat ke dalam Freedom Shop.
Di luar kedai ini ada motosikal Harley Davidson. Bolehlah posing-posing dengan motobike hebat di situ.
Gunung batu Eagle Mountain juga sebenarnya mempunyai tarikan permainan roller coaster bike ride yang bernama Mad Ramp Peak - Full Throttle Racing. Tapi permainan ini masih belum beroperasi sekarang.
|
Welcome To Eagle Mountain |
|
Ada permainan Mad Ramp Peak - Full Throttle Racing sebenarnya di dalam pergunungan ini. |
|
Posing dengan air terjun |
|
Jambatan yang pasti akan digunakan oleh Mad Ramp Peak - Full Throttle Racing bila beroperasi nanti. |
|
Satu lagi pemandangan air terjun di Eagle Mountain |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN GENTING HIGHLANDS (2022):
No comments:
New comments are not allowed.