Wednesday, 15 June 2022

2022 GENTING HIGHLANDS BHG. 02 (Studio Plaza @ Skyworlds)

Mei 2022

PAHANG, MALAYSIA
Genting Highlands

Bahagian 2: Skyworlds 1
STUDIO PLAZA & RIO @ GENTING SKYWORLDS

HARI PERTAMA (2)

Part 4: Studio Plaza

Skyworlds pada asalnya dibina sebagai Taman Tema Fox Studios. Sewaktu pembinaannya hampir disiapkan, Syarikat Fox telah dibeli oleh Disney. Disney pula enggan meneruskan pelaburan dalam pembinaan Taman Tema Fox Studios di Genting seperti perjanjian asal kerana Syarikat Genting memiliki perniagaan perjudian. Sebagai sebuah syarikat yang terkenal dengan imej kekeluargaan, Disney enggan dikaitkan dengan syarikat yang mempunyai perniagaan perjudian seperti Genting.

Selepas melalui proses perundangan yang panjang, akhirnya satu persetujuan dicapai di antara pihak Genting dan Disney. Taman Tema yang dibina di Genting Highlands ini tidak menggunakan nama Fox Studios. Namun demikian, pihak Genting diberi kebenaran untuk menggunakan beberapa franchise dari Fox Studios dalam taman tema ini. Sejak itu, taman tema ini ditukar nama menjadi Genting Skyworlds.

Pintu masuk ke Skyworlds
Awana Skyway yang lalu di atas sebahagian Skyworlds
Arena of Stars yang merupakan sebuah venue untuk persembahan seperti konsert berhampiran pintu masuk ke Skyworlds.
Direktori
Pintu masuk ke Skyworlds dinamakan sebagai Studio Plaza.

Pintu masuk sebenar ke Skyworlds
Pejabat Tiket
Disebabkan kami dah membeli tiket secara online, bolehlah kita terus masuk ke dalam Skyworlds. Ada berbagai-bagai kategori tiket yang dijual dan kami cuma membeli tiket 1-Day Pass. Cap jari kita akan didaftarkan di pintu masuk ke Skyworlds untuk membolehkan kita keluar-masuk sepanjang sehari.

Jom masuk ke Skyworlds
Scan tiket dan daftar cap jari dulu.
Melangkah masuk ke dalam Studio Plaza, kita bagaikan diberi sambutan red carpet persis artis yang diraikan dalam Academy Awards.

Suasana di dalam Studio Plaza
Sambutan red carpet untuk semua pengunjung yang masuk ke Skyworlds
Apa-apa hal pun, kita beli dulu sebotol air mineral sebagai bekalan untuk meneroka ke dalam Skyworlds. Transaksi tunai tak diterima. Terpaksalah kita pakai kad debit untuk membeli sebotol air mineral di sini.

Gerai Popcornlicious di dalam Studio Plaza
Beli air mineral dulu sebagai bekalan.
Popcorn
Harga kayangan memandangkan kita sedang berada di kayangan Genting Highlands.
Di Studio Plaza ini juga ada kedai menjual cenderamata. Memandangkan tema Studio Plaza adalah kemewahan bintang-bintang selebriti, hiasan di dalam kedai ini pun dibuat macam sebuah kedai menjual barang mewah walaupun barangan yang dijual biasa-biasa sahaja seperti T-Shirt dan souvenir.

Kedai souvenir yang dihias seperti sebuah kedai menjual barangan mewah.
Setiap pintu masuk ke kedai ini dihiasi dengan sebuah ukiran yang berlainan.
Suasana Red Carpet
Bergambar di Studio Plaza
Glitters
Dah puas menikmati suasana kemewahan di Studio Plaza, kita keluar ke taman tema yang sebenar.

Keluar ke Taman Tema
Ada staff yang akan menangkap gambar kita di sini. Seperti pengalaman kami melawat ke Ferrari World di Abu Dhabi dulu, gambar ini akan diberi kepada pengunjung secara percuma sebagai souvenir dari Skyworlds. Tapi kenalah download dan register dalam apps Skyworld dulu untuk mendapatkan gambar ini.

Semua pengunjung akan bergambar di sini dulu sebaik masuk ke dalam Skyworlds. Gambar ini diberi percuma sebagai souvenir menerusi apps Skyworlds.
Gambar free dari Skyworlds
Kita tengok dulu suasana di sekitar di sini...

Pemandangan ke arah Studio Plaza
Pemandangan menghala ke Hotel First World yang merupakan kompleks hotel yang terbesar di dunia.
Eagle Mountain yang berbentuk seperti kepala Burung Helang
Air Terjun buatan


Part 5: Rio @ Skyworlds

Genting Skyworlds terdiri dari 9 bahagian: Studio Plaza, Rio, Epic, Andromeda Base, Robots Rivet Town, Liberty Lane, Central Park dan Eagle Mountain.

Peta Taman Tema Genting Skyworlds
Kita mulakan explorasi dengan melawat ke seksyen Rio yang dibina bagaikan suasana karnival di Rio de Janeiro di Brazil sana.

Rio
Suasana di Rio
Rio dihias bak suasana Carnival yang sedang berlangsung di Brazil sana.
Bangunan-bangunan cantik di Rio
Tarikan utama di Rio adalah permainan Samba Gliders di mana pengunjung akan dibawa mengelilingi Rio menggunakan kerusi yang tergantung tinggi dan terhoyong-hayang. Jeritan dari riders Samba Gliders sentiasa kedengaran di seluruh Rio. Disebabkan seram melihat ketinggiannya, kami tak naiklah Samba Gliders ini. Sekadar seronok melihat dan mendengar orang yang menaikinya terjerit-jerit takut dan seronok.

Samba Gliders
Terjerit-jerit naik Samba Gliders
Dahsyat juga rupa Samba Gliders ini terhoyong-hayang kat atas sana

Kalau nak naik Samba Gliders, kena sehelai sepinggang. Semua beg dan barangan peribadi perlu disimpan di locker yang disediakan berhampiran.

Pintu masuk ke Samba Gliders
Kalau nak naik Samba Gliders, kena simpan barang kat sini.
Locker untuk riders Samba Gliders menyimpan barangan peribadi.
Dekat kawasan locker ini juga ada disediakan kemudahan seperti tandas dan surau.

Tandas
Surau Lelaki
Surau Wanita
Pemandangan di dalam Surau
Tempat Wuduk
Kalau berjalan di kawasan Rio cuba perhatikan patung-patung burung parrots berwarna-warni serta marmoset yang menghias bangunan-bangunan di sini.

Haiwan Marmoset yang banyak ditemui di Brazil
Rumah Burung
Seekor lagi Marmoset yang tergantung pada tiang lampu
Gerai menjual makanan ringan di Rio
Kalau dah suasana Carnival di Rio de Janeiro mestilah ada gerai-gerai permainan macam kat fun fair di sini. Hadiah kemenangannya pun hebat: teddy bear berbagai saiz dan bantal berbentuk banana.

Permainan-permainan Fun Fair
Soft Toys di atas sana adalah hadiah yang akan diberi jika kita berjaya menjatuhkan tin-tin ini dengan sekali balingan.
Kalau menang permainan di sini pulak, boleh bawa pulang bantal banana yang colourful di sana.
Kalau nak shopping souvenirs bolehlah singgah di kedai yang bernama Rio Mercado di sini. Myself perhatikan kebanyakan barangan dijual pada harga sekitar RM40-60. Maklumlah harga theme park! Ketika kami di sana ada promotion diskaun 40% di mana pembelian 3 jenis barangan boleh dibuat pada jumlah harga RM125. Kata staff di kedai, kalau dah beli barang dan tak mahu mengusungnya ke hulu dan ke hilir boleh tinggalkan saja dulu di kedai. Boleh pick-up masa nak balik nanti.

Rio Mercado
T-Shirt
Souvenir bertemakan Brazil
Bundle Promotion. Boleh beli 3 barang pada harga RM 125 sahaja.
Suasana di dalam Rio Mercado
Sewaktu berkunjung ke Rio di sebelah pagi, kami berkesempatan menyaksikan sebuah show yang menarik bernama Samba Urbana.

Samba Urbana
Disebabkan show ini dipentaskan di Malaysia, tak bolehlah nak sexy-mexy macam penari Carnivale sebenar di Brazil sana. Semua penarinya memakai pakaian skin colour sewaktu membuat persembahan.


Di sebelah petang pula ada sebuah lagi show yang dinamakan Sounds of Rio.
Menunggu Sounds of Rio bermula
Sounds of Rio
Penonton-penonton Sounds of Rio
Penyertaan penonton

Restoran di Genting Skyworlds juga menarik untuk dilawati. Semuanya dihias mengikut tema seksyen di mana mereka berada. Kalau tak makan sekalipun, kami cadangkan supaya anda masuk melawat untuk melihat hiasan dalamannya yang hebat-hebat itu.

Restoran Vila Festa di Rio
Hiasan di luar Restoran Vila Festa
Buah-buahan tropika
Betik, Durian Belanda dan Nanas yang juga banyak didapati di Brazil
Lagi buah-buahan tropika
Jom tengok hiasan kat dalam pulak...

Hiasan di dalam restoran
Samba
Ruang makan di Vila Festa
Harimau Bintang
Harimau Bintang dari belakang
Dah puas explore Rio, kita bergerak ke seksyen lain pulak...

Tapi sebelum betul-betul meninggalkan seksyen Rio ini apa kata kalau cuba dulu naik cawan pusing yang dinamakan Rio Carnaval Chaos ini...

Rio Carnaval Chaos
Cawan pusing Rio Carnaval Chaos
Suasana kemeriahan Rio Carnaval Chaos

No comments: