Saturday, 25 June 2022

2022 GENTING HIGHLANDS BHG. 07 (Honeybee Farm)

Mei 2022

PAHANG, MALAYSIA
Genting Highlands

Bahagian 7: Genting Permai 2
HONEYBEE FARM

HARI KEDUA (1)

Part 18: Suasana Pagi Di Genting Permai

Pakej penginapan murah di Geo Resort Hotel yang kami tempah melalui Agoda tidak termasuk breakfast. Jadi awal-awal pagi hari ini kami keluar dari hotel mencari breakfast di pekan Genting Permai.

Suasana pagi di Genting Permai dari balkoni bilik penginapan kami.
Pemandangan ke sebelah sini pulak
Balkoni di luar lobi Geo Resort Hotel
Bunga-bunga cantik yang ditanam di balkoni
Bunga Hydrangea
Keluar saja dari hotel, terkejut tengok Restoran Nok Sokmo di mana kami dinner malam tadi dah dibuka untuk breakfast. Aduh, mudahlah urusan kita!

Jalan-jalan cari breakfast
Seronok tengok Restoran Nok Sokmo dah buka
Kata staff di Nok Sokmo, restoran ini ditutup pukul 2 pagi setiap hari selepas dinner dan dibuka semula untuk breakfast pada pukul 6 pagi. Banyak juga pilihan breakfast yang dijual di Nok Sokmo. Harganya pun biasa-biasa saja. Lebih dari itu, makanannya pun sedap.

Suasana pagi di Restoran Nok Sokmo
Pelbagai pilihan makanan untuk breakfast
Jemput makan...
Pilihan breakfast kami
Berjalan balik ke hotel selepas breakfast
Geo Resort Hotel

Part 19: Honeybee Farm

Event yang diaturkan oleh hotel bermula di sebelah petang. So, pada pagi ini masih ada masa yang terluang. Dengan bantuan staff di Geo Resort, kami menempah khidmat teksi untuk membawa kami melawat ke Honeybee Farm dan Strawberry Leisure Farm yang berhampiran. Kita mulakan dengan melawat ke Honeybee Farm.

Honeybee Farm
Honeybee Farm adalah sebuah ladang lebah. Di samping membela lebah untuk mendapatkan madu, di sini juga terdapat tarikan lain seperti taman rama-rama, muzium serangga dan kedai menjual barangan madu lebah.
 
Sebelum masuk ke dalam, kita lawat dulu ke dalam Kedai Madu. Pelbagai produk maduk dijual di sini.

Kedai Madu
Pelbagai produk madu dijual di sini

Peta Honeybee Farm

BEE FARM

Keluar dari kedai, kita akan masuk ke kawasan Bee Farm di mana lebah-lebah diternak untuk mendapatkan madu.

Bee Farm
Rumah Lebah
Lebah yang diternak di sini adalah kelulut yang tidak menyengat
Lubang Sarang Kelulut
Pemandangan Bee Farm

BUTTERFLY GARDEN

Kemudian kita masuk ke Taman Rama-Rama. Banyak juga rama-rama yang dapat dilihat kerana sekarang boleh dikatakan musim panas. Rama-rama banyak membiak ketika cuaca panas. Ini adalah ilmu yang kami pelajari sewaktu melawat ke Taman Rama-Rama di Pulau Bohol, Philippines dulu.

Pintu masuk ke Taman Rama-Rama
Pemandangan di dalam Taman Rama-Rama
Banyak rama-rama sedang berterbangan
Lagi rama-rama yang sedang berterbangan
Seronok melihat ada banyak rama-rama di sini
Suasana di dalam Taman Rama-Rama
Kita tengok lagi suasana di dalam Taman Rama-Rama...

Memang seronok melihat banyak rama-rama yang sedang berterbangan.

Selain rama-rama, taman ini juga dihuni oleh kura-kura yang tinggal di dalam sebuah kolam.

Kolam Kura-kura
Kura-kura yang sedang berenang
Rama-rama memulakan kehidupan sebagai ulat beluncas yang kemudiannya menjadi kempompong sebelum bertukar menjadi rama-rama. Ada sebuah almari di dalam taman ini di mana kita dapat melihat kepompong di dalamnya.

Kitaran hidup rama-rama
Mengintai ke dalam almari
Almari yang penuh dengan kepompong
Ulat beluncas yang sedang bertukar menjadi kepompong
Kepompong yang sedang bertukar menjadi rama-rama
Rama-rama dewasa
Posing dalam Butterfly Garden
Butterfly Garden
Water feature di celah tumbuh-tumbuhan
Melihat rama-rama
Pintu keluar dari Butterfly Garden
Rumah Burung Merpati atas Pintu Masuk

INSECT WORLD

Kemudian kita visit pula Insect World di mana ada pameran mengenai beberapa serangga di sana.

Insect World
Pemandangan di sebalik air terjun
Tempat untuk posing dan berehat-rehat
Lebah Kayu
Tempat untuk posing jadi bunga
Ini pulak tempat untuk posing jadi serangga
Pameran tentang Penyengat
Proses pendebungaan yang dilakukan oleh Penyengat
Pameran tentang Tebuan
Semua suku-sakat Lebah mesti terdiri dari 3 group: Queen, Drone & Worker.
Sabun Royal Jelly
Bee Wax Candle
Keterangan tentang Propolis
Bahan Propolis
Untuk mengelakkan rasa boring sebab asyik baca pasal serangga, ada jugalah ayam yang dibela di sini.

... Dan juga ada pameran mengenai beberapa haiwan lain seperti kala jengking, iguana dan ular.

Haiwan-haiwan lain yang dipamerkan di Honeybee Farm
Kala jengking
Ular Sawa
Iguana

INSECT MUSEUM

Seksyen yang paling menarik bagi Myself di Honeybee Farm ini ialah Insect Museum di mana serangga-serangga hidup dipamerkan. Kagum melihat bagaimana serangga ini camouflage dengan alam sekitar sehingga menyukarkan kita nak melihat mereka dengan mata kasar.

Insect Museum
Laluan masuk ke Insect Museum
Patung Kala Jengking Gergasi
Pemandangan dari sisi pulak
Kumbang Gergasi
Pemandangan Kumbang Gergasi dari belakang
Pemandangan di Insect Museum
Kumbang dan Rama-Rama
Kat terowong ni kita diminta pandang ke atas.
Arahan kat dalam terowong
Memang tak tercari 10 serangga kat atas ni.
Pameran dalam Insect Museum
Kumbang
Orchid Mantis. Nampak tak?
Heteropteryx dilatata
Mountain Horned Gradon
Oriental golden lizard
Close-up Oriental golden lizard. Handsome rupanya.
Petugas sedang memberi makan kepada serangga
Melihat pameran serangga
Lawatan ke Honeybee Farm berakhir kembali di Kedai Madu. Kami tak beli pun madu yang dijual. Sekadar melihat-lihat suasana dan barang-barang yang dijual saja.

Kedai Madu
Barangan yang dijual di dalam Kedai Madu
Sarang Madu Berlian
Kafe
Sarang Kelulut


Bersambung ke Bahagian 8...


No comments: