Sunday, 19 June 2022

2022 GENTING HIGHLANDS BHG. 04 (Andromeda @ Skyworlds)

Mei 2022

PAHANG, MALAYSIA
Genting Highlands

Bahagian 4: Skyworlds 3
ANDROMEDA BASE, ROBOTS RIVET TOWN & LIBERTY LANE @ GENTING SKYWORLDS

HARI PERTAMA (4)

Part 8: Andromeda Base @ Genting Skyworlds

Jika selama ini kita meneroka dunia kartun di Rio, Epic dan Ice Age, dah tiba masa kita meneroka ke angkasa lepas di Andromeda Base. Selain dari masuk ke sini menerusi seksyen Ice Age, ada terowong untuk membuat short cut terus ke sini dari Studio Plaza tadi.

Laluan terus ke Andromeda Base dari Studio Plaza
Terowong ini dibina merentas Eagle Mountain
Terowong ke Andromeda Base
Pemandangan di dalam terowong
Husband bergambar di dalam terowong
Struktur pertama yang menarik perhatian kami di Andromeda Base adalah Terraform Tower Challenge. Ini adalah permainan Gravity Drop yang selalu juga dilihat di taman-taman tema yang lain. Malangnya Terraform Tower Challenge tidak beroperasi ketika kami di sana.

Andromeda Base
Terraform Tower Challenge di Andromeda Base yang tidak beroperasi ketika itu.
Andromeda Base juga nampaknya ada roller coaster sendiri yang bernama Alpha Space. Roller coaster ini walau bagaimanapun masih belum beroperasi sekarang.

Alpha Space
Alpha Space adalah tarikan akan datang di Andromeda Base. Ia masih belum beroperasi sekarang.
Walaupun banyak permainannya masih belum dibuka kepada pengunjung, Andromeda Base masih mempunyai sebuah permainan menarik yang bernama Alpha Fighter Pilots. Riders di Alpha Fighter Pilots akan menaiki kenderaan seperti sebuah pesawat pejuang yang bergerak dengan gerakan-gerakan yang menakutkan bagi kami. Bagi Myself, mereka yang menaiki Alpha Fighter Pilots ini memang sangat-sangat berani.

Alpha Fighter Pilots
Petugas-petugas di Alpha Fighter Pilots
Bersedia untuk berlepas
Mula bergerak sekarang...
Mari kita tengok pergerakan-pergerakan dalam ride Alpha Fighter Pilots yang sangat dahsyat itu...

Lepas dah melihat permainan Alpha Fighter Pilots ini, kita berjalan-jalan menikmati suasana di sekitar Andromeda Base.

Andromeda Canteen yang masih belum beroperasi
Roller coaster ini juga pasti menjadi satu tarikan yang dahsyat bila dah beroperasi nanti.
Pemandangan menghala ke Ice Age dari Andromeda Base. Permainan yang kelihatan di depan sana adalah Boot Camp Training yang juga masih belum dibuka kepada pengunjung.
Pemandangan menghala ke Alpha Fighter Pilots
Walaupun restoran utama di Andromeda Base yang dinamakan Andromeda Canteen masih belum beroperasi, ada sebuah gerai menjual makanan ringan yang tersedia di sini. Ia bernama Exo Grab N' Go. Jangan risau, makanan yang dijual sesuai untuk dimakan oleh manusia dan tak cater langsung selera alien dari angkasa lepas. Hahaha!!

Exo Grab N' Go
Pemandangan dari Exo Grab N' Go
Berdekatan Exo Grab N' Go ini, ada sebuah lagi permainan menarik yang seakan-akan Alpha Fighter Pilots. Ia bernama Global Defender. Kalau kenderaan Alpha Fighter Pilots tadi boleh naik beramai-ramai, kenderaan yang ini nampaknya kena naik secara solo.

Global Defender
Melihat Global Defender dari jauh
Global Defender sedang berpusing-pusing
Global Defender yang perlu dinaiki secara solo
Respect tengok keberanian mereka naik ride ni!
Terbang tinggi di udara
Banana gergasi yang pastinya dimenangi dalam carnival game kat Rio tadi.

Part 9: Robots Rivet Town @ Genting Skyworlds

Robot Rivet Town terletak betul-betul bersebelahan Andromeda Base. Tema di sini adalah dunia robot di tahun 1950-an dulu.

Robots Rivet Town
Berposing dengan Robot
Kita pun nak posing juga...
Kedai-kedai di Robots Rivet Town
Permainan di Robots Rivet Town juga nampak macam tak beroperasi pada masa itu. Jadi kita cuma berjalan-jalan saja di sini menikmati suasana di sekitar.

Rivet Town Roller
Bigweld's Zeppelins
Pintu masuk ke permainan Rivet Town Roller dan Bigweld's Zeppelins
Suasana di Robots Rivet Town
Gerai makanan ringan Aunt Fanny's Confectionery yang masih belum beroperasi.

Part 10: Liberty Lane

Kata seorang petugas di Andromeda Base tadi, ada sebuah restoran makanan Melayu bernama Cosmic Cafe di Liberty Lane. Disebabkan kami dah memang lapar, ke sanalah arah tujuan kami.

Liberty Lane
Untuk sampai ke Cosmic Cafe, kami melalui Liberty Lane yang dipenuhi dengan kedai dan restoran. Tapi banyak yang kelihatan masih belum beroperasi.