Saturday, 11 March 2023

2022 PHUKET BHG. 06 (Phi Phi Cruise)

Disember 2022

SOUTHERN THAILAND
Phuket

Bahagian 6: Phi Phi Island Tour 1
PHI PHI CRUISE

HARI KEDUA (1)

Part 15: Breakfast @ Andaman Embrace

Program Hari Kedua di Phuket adalah membuat Phi Phi Island Tour. Oleh kerana pick-up dijadualkan pada pukul 7 pagi, kami breakfast awal di Andaman Embrace Hotel.

Pemandangan pagi di Andaman Embrace Hotel
Pemandangan ke sebelah sana pulak
Bilik di Andaman Embrace Hotel yang memiliki private swimming pool sendiri
Breakfast di Andaman Embrace Hotel bermula pada pukul 6.30 pagi. Tak semua makanan yang disediakan Halal. Sewaktu membuat booking percutian di Phuket dulu, kami diberitahu memang ada Muslim Hotel di Phuket yang pasti semua makanannya Halal tetapi lokasi mereka agak terpencil. Kerana itulah kami tak tinggal di sana.

Twigs Restaurant di Hotel Andaman Embrace
Suasana di Twigs Restaurant
Kena pilih-pilih sebab tak semua makanannya Halal dimakan
Mujurlah ada Mihun Vegetarian yang disediakan
Kami memilih untuk makan di luar restoran. Walaupun tak ada air-cond di sini, angin yang bertiup dari Laut Andaman terasa sangat menyegarkan.

Makan di ruang luar restoran
Pemandangan menghala ke swimming pool dari restoran
Buaian untuk bersantai
Selepas makan kami menunggu pick-up di lobi hotel. Bersama kami ada sepasang couple muda dari India. Tepat pukul 7 pagi wakil agen datang menemui kami, tetapi rupa-rupanya ada satu family lagi dari India yang belum muncul. 10 minit kemudian, ada lelaki India datang. Dia meminta kami menunggu sampai pukul 7.30 pagi kerana keluarganya belum bersedia. Marah sungguh agen tersebut kerana kami yang lain dah menunggu lama dan setelah bertekak beberapa ketika, agen membawa kami yang dah bersedia ini pergi meninggalkan keluarga India tersebut. Ini adalah encounter pertama kami dengan pelancong India pada hari ini.

Menunggu pick-up di lobi hotel
Couple India di sebelah kanan ini dah menunggu lebih awal dari kami. 
Pokok Krismas di lobi hotel
Van pick-up ke Phi Phi Island Tour

Part 16: Perjalanan Ke Ratsada Pier

Van membawa kami ke Hotel Ramada yang terletak tidak begitu jauh dari Hotel Andaman Embrace. Sesampainya di sana kami dipindahkan ke sebuah bas yang lebih besar di mana kami turut disertai peserta-peserta dari hotel lain. Sehingga ke saat ini, semua peserta adalah berasal dari India kecuali kami berdua. Hehehehh!! Nantikan adegan seterusnya...

Pemandangan awal pagi di pekan Patong. Spoil sungguh pemandangan wayar elektrik yang berselirat itu!
Perjalanan ke Ramada Hotel
Bertukar ke bas besar di sebelah Ramada Hotel
Suasana di dalam bas besar
Selepas itu bas bergerak menuju ke pinggir bandar Patong di mana beberapa orang penumpang lagi naik ke atas bas untuk menyertai kami. Alamak, Geng Kari lagi! Lega juga melihat ada couple Jepun dan keluarga besar Indonesian Chinese turut naik ke atas bas selepas itu. Tidaklah kita overwhelmed dengan Geng Kari semata! Pheww...

Bergerak menuju ke pinggir bandar Patong
Andaman Beach Condominium
Klinik Gigi
Patong
Bangla Walking Street yang sunyi sepi di siang hari begini
Rumah Urut
Hard Rock Cafe Phuket
Gitar ikonik di depan Hard Rock Cafe Phuket
Grand Mercure Hotel Phuket
Bas berhenti di sini di mana beberapa lagi penumpang menyertai kami
Bas yang kosong tadi dah penuh dengan penumpang sekarang
Bulatan di pinggir bandar Patong
Selepas itu barulah perjalanan diteruskan menuju ke Ratsada Pier untuk memulakan Phi Phi Cruise kami. Ratsada Pier terletak di penghujung selatan Pulau Phuket dan perjalanan ke sana dari Patong memakan masa lebih sejam. Maklumlah, seperti yang pernah Myself ceritakan sebelum ini saiz Pulau Phuket adalah sebenarnya hampir sebesar Singapura.

Kita juga pening kepala dengan kerenah sekumpulan pelancong lelaki India di dalam bas. Mereka bercakap dan gelak-gelak dengan kuat, seolah-olah ingin menarik perhatian. Apalah nasib kena travel bersama Group Kari begini!

Peta menunjukkan kedudukan Patong dan Ratsada Pier
Phuket adalah pulau yang berbukit-bukau. Oleh yang demikian, perjalanan nak menyeberang pulau ini memang kena turun dan mendaki banyak bukit yang curam.

Dalam bas juga Myself dan Husband terpaksa memakai face mask. Bukan sebab setakat takutkan Covid, tetapi sebab tak tahan dengan bau badan Group Kari yang ramai-ramai berada di dalam bas ini. Kenapalah dia orang ni tak reti pakai perfume atau deodorant? Teringat pengalaman kami naik flight ke Kerala di India dulu. Macam dihantui mimpi ngeri, begitu! Haihhh!

Perjalanan yang menurun dan mendaki bukit
Laut Andaman
Villa mewah di lereng bukit
Karon Beach
Roundabout di Karon
Merry Christmas and Happy New Year 2023
Masih perjalanan ke Ratsada Pier
Nimit Traffic Circle
Banyak roundabout begini dilihat di Phuket
Pejabat peguam yang menggunakan logo macam Barisan Nasional

Part 17: Ratsada Pier

Memang lega bila kami akhirnya tiba di Ratsada Pier. Nampak gayanya Ratsada Pier adalah sebuah jeti bot persendirian yang dimiliki oleh Syarikat Sea Angel.

Tiba di Ratsada Pier
Tak sabar-sabar Group Kari nak turun dari bas.
Waktu kami tiba dah ada beberapa group lain di sana. Mungkin kami adalah group yang terakhir tiba untuk cruise ke Phi Phi Island ini. Ini semua sebab family India yang tak muncul-muncul di Hotel Andaman Embrace pagi tadi itulah!

Group yang tiba lebih awal dari kami sedang mendengar taklimat cruise
Sebaik tiba semua penumpang diminta untuk membuat pendaftaran. Ada yang diberi sticker merah dan ada yang diberi sticker hijau. Mereka yang naik private boat diberi sticker merah manakala yang naik bot cruise besar macam kami diberi sticker hijau untuk dilekatkan kepada baju.

Membuat pendaftaran cruise
Petugas Sea Angel yang menguruskan pendaftaran penumpang
Sticker yang perlu dilekatkan kepada baju.
Selepas selesai pendaftaran, kami diberi taklimat tentang perjalanan cruise. Bot cruise kami yang bernama Sea Angel 2 adalah sebuah bot besar setinggi 3 tingkat yang boleh memuatkan 350 orang penumpang. Tiket standard yang ada pada kami sekarang adalah tiket Kelas Ekonomi yang terletak di tingkat paling bawah dan tingkapnya kecil. Dengan bayaran THB 600 (RM 77) seorang, kami masih mempunyai option untuk upgrade ke Silver Class yang terletak di tingkat tengah dan mempunyai tingkap yang lebih besar. Dah tak ada option untuk upgrade ke Gold Class pada masa itu kerana tempat duduk dah penuh.

Memikirkan kemudahan nak ambil gambar kalau dapat tingkap yang besar, kami berebut untuk upgrade ke Silver Class. Syukurlah kami dapat berbuat begitu. Ramai juga pelancong Geng Kari yang kami lihat berbalah dengan petugas bot, mungkin sebab tak puas hati kena bayar lebih kalau nak upgrade. 

Mengambil tempat untuk mendengar taklimat cruise
Petugas Sea Angel sedang memberi taklimat
Pelayaran cruise kami akan meliputi 2 buah pulau di Kepulauan Phi Phi yang bernama Phi Phi Ley dan Phi Phi Don. Bot akan mengelilingi Pulau Phi Phi Ley sebelum berlabuh di Pulau Phi Phi Don. Kami diminta untuk kembali ke bot pada pukul 2.45 petang kerana perjalanan pulang dari Phi Phi Don adalah pada pukul 3.00 petang. Mana-mana penumpang yang tidak muncul di bot pada pukul 2.45 petang akan ditinggalkan di Phi Phi Don. Mereka perlu menguruskan sendiri penginapan di sana dan pulang dengan bot yang membuat perjalanan pulang pada keesokan hari. Berkali-kali petugas Sea Angel memberi peringatan ini yang rasanya ditujukan khas buat Geng Kari.

Semasa taklimat, kami diberitahu yang lunch dah termasuk dalam pakej cruise di sebuah restoran di Pulau Phi Phi Don. Ada 4 pilihan makanan: Thai, International, Indian dan Vegetarian. Oleh kerana lebih 90% penduduk Pulau Phi Phi Don beragama Islam, semua makanan yang dihidangkan adalah Halal.

Penumpang juga turut diberi penerangan tentang aktiviti yang boleh dilaksanakan di Phi Phi Don yang termasuk snorkeling dan scuba diving. Walau bagaimanapun, mereka yang nak membuat snorkeling dan scuba diving perlu membayar caj Taman Negara yang dikenakan oleh Kerajaan Thailand. Bayaran juga boleh diurus oleh petugas Sea Angel di Ratsada Pier sendiri.

Penerangan tentang aktiviti yang boleh dibuat di Phi Phi Don

Part 18: Phi Phi Island Cruise

Tak lama kemudian, semua penumpang Sea Angel 2 dipanggil masuk ke dalam bot. Memang sah sebahagian besar penumpang adalah Geng-Geng Kari. Tapi kenalah kita bersikap adil kepada mereka ~ bukan semua mereka yang bermasalah, ramai juga yang baik dan menurut arahan. Cuma ada segelintir saja yang over. Tapi over mereka memang mengalahkan pelancong Chinese Mainland. Syukur juga China masih belum membuka border mereka buat masa ini. Bayangkan betapa havoc suasana kalau Geng Mainland bertemu Geng Kari kat sini.

Panggilan masuk ke dalam bot
Masuk ke bot Sea Angel 2
Pemandangan di Ratsada Pier sewaktu masuk ke dalam bot
Ada banyak fasiliti toilet di dalam bot ini. Tiga untuk lelaki di sebelah kanan dan tiga untuk perempuan di sebelah kiri.
Pintu masuk ke Silver Class
Pemandangan tempat duduk Silver Class
Kami mendapat tempat duduk di barisan tengah Silver Class rupanya. Tapi tak mengapa sebab tingkap bot dalam Silver Class ini memang besar, nampak pemandangan kat luar.

Dapat tempat duduk kat barisan tengah rupanya
Ada kiosk menjual makanan ringan di bahagian belakang bot
Petugas Sea Angel sedang memeriksa senarai penumpang Silver Class
Lembut betul cara Akak ini bercakap dengan penumpang. Tercabar kita yang dilahirkan sebagai perempuan sejati.
Sebaik bot bergerak, sekali lagi penerangan tentang perjalanan Cruise diberi oleh Boat Manager yang bernama Ying. "Don't call me Ling," kata Ying, "because 'Ling' means Monkey".

Kata Ying, perjalanan bot ke Phi Phi memakan masa kira-kira sejam. Selepas sejam kami akan tiba terlebih dulu di pulau Phi Phi Ley. Bot tak berhenti di Phi Phi Ley, hanya sekadar membuat sightseeing. Selepas itu barulah kami akan ke Phi Phi Don di mana bot akan berlabuh. "Phi Phi Don is actually a National Park. But don't be afraid because there are no tigers," kata Ling memberi penerangan.

Ada juga pesanan supaya penumpang tidak menghisap weed dalam bot cruise ini. Maklumlah, kan cannabis dah dijual secara terbuka di Thailand sekarang.

Boat Manager yang bernama Ying sedang memberi penerangan
Bergerak meninggalkan Ratsada Harbour 
Menuju ke Phi Phi Ley...


Bersambung ke Bahagian 7...


No comments: