Thursday, 9 March 2023

2022 PHUKET BHG. 05 (Patong)

Disember 2022

SOUTHERN THAILAND
Phuket

Bahagian 5: Evening In Phuket (2)
PATONG BEACH SUNSET, BANGLA WALKING STREET & DINNER

HARI PERTAMA (5)

Part 12: Sunset @ Patong Beach

Patong Beach yang sepanjang 3 km adalah pantai yang paling popular di Pulau Phuket. Bahagian pantai ini yang paling happening adalah di bahagian tengah, berdekatan dengan kawasan hotel kami.

Berjalan menuju ke Patong Beach
Kalau berdiri di tepi jalan di sebelah pantai, Pantai Patong agak terlindung dengan barisan pokok palma dan pokok rhu. Di sebalik barisan pokok ini barulah terserlah kemeriahan pantai.

Pemandangan pantai di Patong Beach terlindung dengan pokok-pokok besar dari jalan raya
Tak nampak pemandangan pantainya dari tepi jalan raya
Kami datang ke sini untuk menikmati pemandangan sunset. Memang tak dinafikan keindahan sunset di Patong Beach sangat memukau.

Patong Beach juga adalah tumpuan pelancong Mat Salleh di Phuket. Bila pantai penuh dengan Mat Salleh begini, kena expect lah pemandangan-pemandangan yang menjolok mata. Semua nak berpakaian sexy-mexy, macamlah boleh pengsan kepanasan kalau pakai baju kat pantai! Kalau yang body lawa okeylah juga, yang tak tahan kita lihat adalah yang bentuk body tak larat kita tengok masih juga nak sexy-mexy. Haihh!!

Walau hari dah senja, aktiviti pantai seperti jet ski dan parasailing masih berlangsung. Suspen juga tengok orang-orang yang bermain parasailing ini terbang rendah atas kepala kita masa mereka nak landing.

Kita abaikan saja pemandangan-pemandangan yang menjolok mata itu untuk menikmati keindahan sunset. Angin yang bertiup sangat menyegarkan, mungkin kerana Laut Andaman ini terbentang luas tanpa halangan. Kalau di Malaysia, jarang kita nak rasa angin kuat seperti ini bertiup di tepi pantai, terutama kalau di kawasan Selat Melaka.


Part 13: Bangla Walking Street

Selepas matahari betul-betul dah terbenam, kami kembali ke pekan Patong. Destinasi kami adalah ke night spot yang paling happening di Patong ~ Bangla Walking Street.

Kembali ke pekan Patong
Suasana jalan di tepi pantai Patong
Patong Beach
Medical Cannabis Clinic yang juga banyak bersepah di kawasan Patong
Pemandangan Patong Beach dari seberang jalan
Menyusuri jalan di sepanjang Patong Beach
Seafood segar
Dalam perjalanan, sempat juga Husband ajak singgah di kedai menjual T-Shirt. Seronok betul dia memborong shopping T-Shirt kat sini kerana ada banyak saiz Mat Salleh yang sesuai dengan body dia. Kalau kat Malaysia, saiz XL pun cuma sesuai untuk mereka yang body kudut.

Husband seronok membeli T-Shirt
Lepas dah memborong T-Shirt, kita teruskan lagi perjalanan menuju ke Bangla Walking Street.

Buddhist shrine yang ada di mana-mana
Gerai makanan Halal yang kami temui dalam perjalanan ke Bangla Walking Street
Restoran Light of India yang menjual makanan Halal ini juga ada banyak cawangan di sekitar Patong. Dekat Hotel Andaman Embrace pun ada sebuah cawangan.
Akhirnya kita tiba di Bangla Walking Street. Disebabkan kawasan ini sentiasa sesak dengan pengunjung ada laluan masuk dan keluar berasingan disediakan untuk mengelakkan kejadian rempuhan.

Bangla Walking Street. Tulisan yang tertera di situ adalah sebenarnya 'PATONG BEACH' tetapi lampu huruf 'T' pada tulisan tersebut dah terpadam.
Suasana di Bangla Walking Street
Hanya pejalan kaki sahaja dibenarkan masuk ke jalan ini pada sebelah malam begini
Jom kita jalan-jalan melihat suasana di sekitar... Kawasan-kawasan di penghujung jalan kelihatan macam sebuah shopping street yang meriah dengan lampu yang berwarna-warni.

Semakin jauh kita berjalan ke dalam, ramai pondan yang muncul. Semuanya berpakaian sexy. Promoter pertunjukan-pertunjukan maksiat pun ramai.

Suasana kawasan di tengah-tengah Bangla Street pula bagaikan sebuah disco terbuka. Lampu lip-lap berwarna-warni yang terang benderang dan bunyi dentuman muzik yang membingitkan telinga adalah ciri utama di sini.

Bila melihat pondan yang ramai di sini, teringat cerita Anwar kepada kami pagi tadi. Ketika itu Anwar mengajar kami tentang greeting dalam Bahasa Thai. Kata Anwar kalau orang yang kita nak greet itu adalah lelaki, kena sebut "Sawadee-kap", tetapi kalau wanita pula, kena sebut "Sawadee-ka". Tapi sekarang dah ada satu cara sebutan lagi ~ "Sawadee-ha" yang ditujukan kepada pondan.

Walaupun nama jalan ini Bangla Walking Street, seriously tak nampak Mamat Bangla kat sini. Yang ramai kelihatan selain Mat-Mat Salleh, adalah pelancong India. Havoc betul cara mereka, menjerit-jerit dan ketawa kuat-kuat macam buat-buat enjoy, nak menarik perhatian. Yang perempuannya pun over sangat nak berpakaian sexy macam Mat Salleh walaupun itu bukan cara sebenar mereka sebagai Orang Asia. Memang sakit mata kita yang melihat!

Kami berjalan menyusuri Bangla Walking Street sampai ke hujung. Apa yang dapat disimpulkan ialah Bangla Walking Street ini memang kawasan maksiat. Ada juga kami bercerita dengan Anwar tentang pekerja seks di Thailand pagi tadi. Kata Anwar pekerja-pekerja seks ini ramai yang berasal dari kawasan miskin di utara Thailand. Ramai di antara mereka yang sebenarnya juga telah berkahwin dan mempunyai anak. Namun disebabkan kemiskinan dan kesempitan hidup, keluarga terpaksa menerima pekerjaan mereka. Gadis-gadis muda pula datang bekerja di pusat-pusat pelancongan seperti Phuket dengan harapan dapat berkahwin dengan Mat Salleh yang dianggap kaya-raya. Namun hakikatnya Mat-Mat Salleh yang datang ke Phuket bukanlah kaya-raya, ramai yang hanya datang mencari hiburan murah semata-mata.

Part 14: Dinner @ Makkah Restaurant

Dah sampai masa untuk kami mencari dinner. Sewaktu di kedai T-Shirt, tokey kedai mencadangkan supaya kami pergi kawasan berhampiran masjid untuk dinner kerana di sana ada banyak kedai yang menjual Local Muslim Food. 

Mencari Tuk-Tuk nak pergi dinner
Kami naik Tuk-Tuk ke sana. Pada mulanya Husband memberitahu pemandu Tuk-Tuk untuk membawa kami ke "Muslim Food near Mosque". Tapi pemandu Tuk-Tuk tak faham. Bila Myself sebut "Muslim Food near Masjid", terus mereka faham. Rupa-rupanya mereka cuma faham perkataan Masjid dan bukan Mosque. Kata Anwar kepada kami, tambang Tuk-Tuk sepatutnya THB 200 sahaja kalau bergerak dalam kawasan yang sama. Tapi pemandu Tuk-Tuk ini minta THB 300. Atas dasar nak bersedekah sebab pemandu Tuk-Tuk ini juga Muslim, kami terus setuju.

Naik Tuk-Tuk pergi ke Masjid
Bergambar dalam Tuk-Tuk
Tuk-Tuk di Phuket ini tak sama macam Tuk-Tuk di Bangkok kerana ia beroda empat. Kalau Tuk-Tuk di Bangkok dulu, kenderaannya beroda tiga. Tuk-Tuk di Phuket sebaliknya lebih mirip macam Jeepney di Philippines. 

Speaker dalam Tuk-Tuk. Mujurlah pemandu tak pasang muzik kuat-kuat
Lampu berwarna-warni pada siling Tuk-Tuk
Mengambil gambar dari dalam Tuk-Tuk
Pemandangan dari dalam Tuk Tuk
Tuk-Tuk membawa kami ke Masjid Nurul Islam yang terletak kira-kira 1 km dari Hotel Andaman Embrace Patong. Di depan masjid ini, memang ada deretan kedai makan Muslim Thai tempatan.

Masjid Nurul Islam
Pemandangan keseluruhan Masjid Nurul Islam
Kami memilih untuk makan di kedai yang paling dekat dengan Masjid Nurul Islam. Nama kedai ini Makkah Restaurant. Rasa makanannya biasa sahaja tapi syukur Alhamdulillah kerana dijamin Halal dan boleh dimakan tanpa was-was.

Makkah Restaurant
Dinner
Mencabar juga nak mencari Tuk-Tuk untuk balik ke hotel selepas makan kerana kawasan masjid ini sebenarnya agak terpencil. Tak banyak Tuk-Tuk lalu kat sini. Kalau ada pun, semua dah ada penumpang di dalamnya. Namun syukur Alhamdulillah, dengan bantuan pekerja Restoran Makkah tadi dapat juga kami menahan sebuah Tuk-Tuk untuk membawa kami balik ke hotel. Tambang yang dikenakan adalah THB 200.

Naik Tuk-Tuk balik ke hotel
Pemandangan dari dalam Tuk-Tuk sewaktu balik ke hotel
Simpang dekat Hotel Andaman Embrace
Tiba balik ke hotel
Kawasan lobi hotel yang senyap-sunyi
Mural di lobi Hotel Andaman Embrace
Pokok kering yang dijadikan hiasan di lobi hotel
Suasana malam di perkarangan hotel
Berjalan balik ke bilik
Swimming Pool
Andaman Embrace
Nombor bilik yang tertera di lantai


Bersambung ke Bahagian 6...


No comments: