Tuesday, 7 March 2023

2022 PHUKET BHG. 04 (Karon & Andaman Embrace)

Disember 2022

SOUTHERN THAILAND
Phuket

Bahagian 4: Evening In Phuket (1)
KARON VIEW POINT & ANDAMAN EMBRACE HOTEL

HARI PERTAMA (4)

Part 9: Karon View Point

Phuket adalah sebenarnya sebuah pulau yang berbukit-bukau, malah perkataan Phuket sendiri dikatakan berasal dari perkataan Bahasa Melayu Bukit. Namun ada juga versi yang menceritakan bahawa perkataan Phuket berasal dari perkataan dalam Bahasa Siam Phu Ket yang bermaksud Pearl of the Sea. Persinggahan seterusnya adalah Karon View Point untuk melihat pemandangan sebahagian Pulau Phuket dari sana.

Menuju ke Karon View Point
Tiba di Karon View Point
Karon View Point
Peta Karon View Point
Karon View Point terletak di atas sebuah bukit yang tinggi. Disebabkan cuaca yang sangat cerah pada hari itu, kami dapat melihat dengan jelas pemandangan 3 buah pantai: Kata Noi, Kata Beach dan Karon Beach dari Karon View Point.

Pemandangan indah dari Karon View Point
Pemandangan 3 buah pantai yang dapat dilihat dengan jelas dari Karon View Point: Kata Noi Beach (bawah), Kata Beach (tengah) dan Karon Beach (atas).
Penduduk Phuket kini berjumlah 1.2 juta orang. Walaupun agama rasmi di Thailand adalah Buddha, 40% penduduk Phuket beragama Islam. Secara keseluruhan pula, hanya kurang 10% penduduk Thailand beragama Islam. Namun demikian Islam adalah agama terbesar di 4 buah wilayah di selatan Thailand: Satun, Yala, Pattani and Narathiwat. Kata Tour Guide kami Anwar, memang sukar nak membezakan penduduk Islam dan Buddha di Thailand secara luaran, lebih-lebih lagi kerana penduduk Islam di negara ini juga mempunyai nama rasmi Thai. Namun demikian, sejak awal tahun 2000-an kad pengenalan penduduk Thailand kini telah memasukkan agama pemilik kad. Ini adalah disebabkan berlaku beberapa kes di mana mayat penduduk Islam yang meninggal dunia dibakar mengikut ritual Buddha apabila jenazah mereka lewat dituntut oleh keluarga atas beberapa faktor.

Laut Andaman
Tangga naik ke Observation Point
Observation Point
Pemandangan dari Observation Point
Indah
Pengunjung di Observation Point
Tangga turun ke bawah

Part 10: Andaman Embrace Hotel

Selepas melawat ke Karon View Point barulah kami dibawa ke hotel penginapan kami, Andaman Embrace Hotel yang terletak di Patong. Dalam perjalanan, kami melalui kawasan Kata yang juga merupakan sebuah kawasan tumpuan pelancong di Phuket.

Kata
Tulisan Cyrillic yang digunakan di signboard restoran ini menandakan ia sering menerima kunjungan dari pelancong Russia
Suasana di Kata
Mural
Sesuatu yang agak memeranjatkan kami sewaktu berada di Phuket ialah melihat betapa banyak kedai yang menjual ganja (cannabis) secara terbuka di sini. Kata Anwar, undang-undang penjualan cannabis secara terbuka ini baru saja diluluskan di seluruh Thailand. Ia adalah janji sebuah parti politik yang baru berkuasa menjadi pemerintah. Walau dijual secara berleluasa, ada ramai juga rakyat Thailand yang tidak bersetuju kerana pelajar-pelajar sekolah pun dah mula menghisap ganja di negara ini.

Sebuah kedai menjual cannabis di Kata
Penjualan cannabis memang dibuat secara terbuka di seluruh Thailand
Sebuah restoran di Kata
Pelbagai bar dan hiburan yang menarik kepada pengunjung Barat di Karon
Pasti kawasan ini meriah di waktu malam
Kata Seafood
Selepas itu kami melalui kawasan Karon pula. Seperti Kata, Karon juga adalah sebuah kawasan yang menjadi tumpuan pelancong di Phuket.

Karon
Kedai menjual cannabis di Karon pulak
Karon Beach
Penjual ais kerim
Beach volleyball di Pantai Karon
Ramai pelancong yang menyewa motorsikal untuk bersiar-siar di Karon
Roundabout di pekan Karon
Perjalanan diteruskan dengan mendaki bukit menuju ke Patong di mana letaknya hotel penginapan kami.

Hotel mewah di lereng bukit dalam perjalanan ke Patong
Pandangan lebih dekat hotel mewah di lereng bukit
Akhirnya kami tiba di Patong yang merupakan kawasan paling happening di seluruh Pulau Phuket.

C&N Resort and Spa di Patong Beach
Masih pemandangan C&N Resort and Spa 
Bulatan di Patong
Coffeemania
Suasana petang di kawasan Patong
The Blue Coral Bar
Pantai Patong dah mula kelihatan
Farmasi yang juga menjual cannabis di Patong
Lagi suasana di Patong
Patong adalah kawasan tumpuan pelancong Mat Salleh di Phuket
Kawasan yang paling happening di Patong Beach ~ Bangla Walking Street
Buddhist Shrine di persimpangan jalan
Hotel penginapan kami, Andaman Embrace Patong Hotel adalah sebuah hotel 4 bintang yang terletak tidak jauh dari Patong Beach. Perjalanan berjalan kaki dari hotel ke Patong Beach tak sampai pun 5 minit.

Pintu masuk ke Andaman Embrace Hotel
Lobi di Hotel Andaman Embrace
Christmas Tree sempena perayaan Krismas yang semakin menjelang
Registration Counter
Anwar membantu kami check-in ke hotel kerana petugas di registration counter tak pandai berbahasa Inggeris. Selepas itu kami berpisah dengan Anwar kerana perjalanan kami yang seterusnya diuruskan oleh agen-agen yang lain.
 
Pendaftaran masuk ke Hotel Andaman Embrace
Anwar membantu membuat urusan pendaftaran masuk
Disebabkan hotel ini luas dan nombor biliknya agak confusing, ada bellboy yang membantu membawa bagasi dan menunjukkan bilik kami. Bilik kami terletak di blok baru. Kata petugas, ada 2 swimming pool di hotel ini: satu di blok lama dan satu di blok baru. Penginap boleh menggunakan kedua-dua swimming pool, tapi kami tak pakai pun... Internet juga disediakan percuma untuk penginap hotel. Connection internet ini juga cepat dan pantas.

Mengikut bellboy ke bilik penginapan
Bilik kami terletak di seberang swimming pool sana
Jambatan menyeberang swimming pool
Bar di tepi swimming pool
Suasana di tepi swimming pool
Pemandangan dari atas jambatan
Pemandangan dari atas jambatan ke sebelah sana pulak
Bilik penginapan kami adalah Deluxe Room yang menghadap ke swimming pool. Biliknya luas dan selesa, padanlah dengan harga yang dibayar.

Bilik penginapan kami
Pemandangan bilik ke angle sebelah sana pulak
Shower dan toilet terletak dalam cubicle yang berasingan. Nampak macam public toilet pulak interior di sini.
Pemandangan ke bilik dari sinki menggosok gigi
Pemandangan swimming pool dari balkoni bilik kami.
Sambil berehat dan solat jamak Zohor dan Asar dalam bilik, kita bercerita pula tentang matawang Baht Thailand. Satu ketika dulu, matawang Thai ini lebih rendah dari Ringgit Malaysia tetapi kini tidak lagi begitu. Kadar tukaran matawang ini sekarang (2022) ialah THB 10 = RM 1.30.

Matawang Thai Baht di bahagian depan
Matawang Thai Baht di bahagian belakang

Part 11: Berjalan ke Patong Beach

Matahari di Phuket terbenam sekitar pukul 6.20 petang. Maka bila jam menunjukkan pukul 6.00 petang, kami bergegas keluar dari bilik berjalan menuju ke Patong Beach untuk menikmati pemandangan sunset.

Pemandangan bangunan lama Andaman Embrace Hotel dari jambatan atas swimming pool
Bangunan baru (kiri) dan bangunan lama (kanan) di Andaman Embrace Hotel
Andaman Embrace
Chandelier moden di lobi hotel
Tour Desk di Andaman Embrace
Penginap-penginap yang baru tiba
Berjalan keluar dari perkarangan hotel
Pemandangan di seberang Hotel Andaman Embrace
Buddhist Shrine di tepi Hotel Andaman Embrace
Penduduk Phuket adalah rata-ratanya penganut Buddha yang taat. Jadi di serata tempat di seluruh pulau ini banyak dibina shrine sebagai penghormatan kepada Buddha. Pemandangan ini sedikit sebanyak mengingatkan kami kepada pura yang juga disediakan dengan cara yang serupa di Bali. Cara bahan sembahan disediakan di shrine ini juga hampir serupa dengan cara sembahan disediakan di pura di Bali.

Pemandangan shrine dari tepi
Pemandangan shrine dari depan
Pemandangan Hatpatong Road di depan Hotel Andaman Embrace
Hotel Nap yang terletak bertentangan dengan Hotel Andaman Embrace di Hatpatong Road
Shrine di depan Hotel Nap
Perhiasan Krismas di depan Hotel Nap
Berjalan menuju ke Patong Beach
Light of India di sebelah Hotel Andaman Embrace ini adalah sebuah restoran yang menjual makanan Halal
Kawasan Patong di mana kami berada ketika itu adalah sebuah kawasan yang paling terjejas dalam peristiwa Great Indian Ocean Tsunami pada tahun 2004 dulu. Kerana itulah di sana sini di sekitar Patong ada tertera peringatan tentang Tsunami Hazard Zone. Seram juga melihat peringatan ini kerana peristiwa itu berlaku sehari sebelum Krismas pada tahun 2004. Hari kami tiba di Patong ketika itu adalah 2 hari sebelum Krismas pada tahun 2022. Semoga kami dilindungi dari berdepan dengan bencana tsunami seperti itu.

Peringatan Tsunami Hazard Zone
Perpustakaan Awam
Hotel Express By Holiday Inn
Shrine di depan Hotel Express By Holiday Inn
Pintu gerbang ke Mini Stadium
Dolphin penghias lampu jalan
Jualan di tepi jalan
Gerai menjual cannabis
Gerai menjual buah-buahan
Menyeberang jalan menuju ke Patong Beach
Patong Beach


Bersambung ke Bahagian 5...


No comments: