Disember 2022
SOUTHERN THAILAND
Phuket
Bahagian 3: Phuket City Tour (2)
WAT CHALONG
HARI PERTAMA (3)
Part 8: Wat Chalong
Dari Big Bee Farm, kami dibawa pula melawat ke sebuah kuil Buddha yang bernama Wat Chalong. Kuil ini dibina pada awal kurun ke-19 dan merupakan kuil yang terbesar di Phuket pada masa sekarang. Walaupun lebih dikenali sebagai Wat Chalong, nama sebenarnya ialah Wat Chaiyathararam.
Kuil ini dibina untuk memperingati beberapa orang sami Buddha yang sangat dihormati. Di antara mereka adalah Luang Pho Cham and Luang Pho Chuang yang berjasa dalam Chinese Rebellion pada tahun 1876. Walau tidak berjuang secara aktif, kedua-dua sami ini membantu dengan cara merawat mereka yang tercedera menggunakan kepandaian mereka dalam rawatan herba.
Pintu masuk ke Wat Chalong |
Kompleks Wat Chalong terdiri dari beberapa buah bangunan dan pelawat dibenarkan masuk melawat ke sebahagian besar bangunan-bangunan ini. Bangunan yang paling menarik perhatian ialah Phra Mahathat Chedi.
Pintu masuk ke Phra Mahathat Chedi |
Sebelum masuk ke dalam, kita lihat-lihat dulu senibina bangunan Chedi ini dari luar.
Seperti juga di mana-mana kuil Buddha lain yang pernah kami lawati sebelum ini, pengunjung perlu berpakaian sopan untuk masuk melawat. Pemakaian kasut juga tidak dibenarkan di dalam kuil.
Membuka kasut sebelum masuk ke dalam Chedi |
Pemandangan verandah di luar pintu masuk |
Dewan utama Phra Mahathat Chedi ini dipenuhi dengan patung-patung Buddha berwarna emas dan berbagai saiz.
Pemandangan sebaik masuk ke dewan utama Phra Mahathat Chedi |
Berjalan mengelilingi dewan utama |
Patung Buddha utama |
Dinding di sekeliling dewan utama ini pula dihiasi dengan pelbagai lukisan yang menggambarkan riwayat hidup Gautama Buddha.
Lukisan di sekeliling dewan utama yang menggambarkan riwayat hidup Gautama Buddha |
Sebelum naik ke tingkat atas, kita tinjau dulu pemandangan di luar Chedi dari tingkap di tepi bangunan.
Tinjau dulu pemandangan di luar tingkap |
Pemandangan di luar tingkap |
Ukiran pada gerbang pintu masuk ke bangunan Chedi yang sangat elaborate |
Hiasan naga sebegini memang selalu ada dalam kuil-kuil Buddha |
Close-up kepala naga |
Selepas itu barulah kita naik ke atas. Kena berhati-hati sewaktu naik kerana tangga ini yang dibina dari batu marmar agak licin.
Lukisan hiasan di tepi tangga |
Keterangan yang ditulis dalam Bahasa Thai |
Pemandangan di tingkat atas |
Patung Yaksha |
Potret sami Luang Pho Cham and Luang Pho Chuang yang sangat berjasa membantu merawat penduduk Phuket yang tercedera dalam Chinese Rebellion dahulu. |
Gambaran Buddha sedang memberi restu kepada seseorang |
Pemandangan menghala ke dewan utama di tingkat bawah dari tingkat atas |
Ada sebuah tingkat lagi sebenarnya yang boleh didaki tetapi kami tak pergi ke sana kerana tangga naik ini curam dan licin. Dengan lutut yang dah tak berapa kuat begini, bimbang juga nak naik tangga begitu takut tercedera.
Turun tangga ke bawah semula |
Disebabkan kami tak naik sampai ke tingkat atas sekali, kita tengok-tengok sajalah pemandangan tingkat tersebut dari luar. Di tingkat paling atas ini sebenarnya ada tersimpan serpihan tulang bahu Buddha yang dihadiahkan oleh Kerajaan Sri Lanka kepada King of Thailand Rama IX sempena ulang tahun baginda yang ke-72 pada tahun 1999.
Pemandangan tingkat paling atas Phra Mahathat Chedi dari luar |
Di bilik tingkat atas ini ada tersimpan serpihan tulang bahu milik Gautama Buddha yang dihadiahkan oleh Kerajaan Sri Lanka kepada King of Thailand Rama IX |
Berjalan meninggalkan Phra Mahathat Chedi |
Pengunjung-pengunjung ke Wat Chalong |
Kerusi-kerusi rehat yang disediakan di Wat Chalong |
Bangunan utama di Wat Chalong yang bernama Ubosot terletak di sebelah Phra Mahathat Chedi. Bangunan ini walau bagaimanapun tidak dibuka kepada orang awam. Ia adalah sebuah bangunan suci yang hanya boleh dimasuki oleh para sami pada upacara-upacara yang tertentu.
Bangunan Ubosot (Main Temple) yang hanya boleh dimasuki oleh para sami pada upacara-upacara yang tertentu. |
Pandangan Ubosot dari sisi |
Bangunan kegunaan awam untuk tujuan ibadat dinamakan Wihan. Mari kita ke sana untuk melihat bagaimana penganut Buddha di Thailand beribadat...
Bangunan ibadat awam yang dinamakan Wihan |
Bunga-bunga cantik yang ditanam di Wat Chalong |
Pemandangan yang tenang dan damai |
Landskap di Wat Chalong |
Akhirnya kita tiba di bangunan ibadat utama yang dinamakan Wihan.
Bangunan Wihan |
Pengunjung-pengunjung di luar Wihan |
Pintu masuk ke Wihan |
Sebelum masuk ke dalam Wihan, kami dikejutkan dengan bunyi letupan mercun yang sangat kuat. Rupa-rupanya pembakaran mercun juga adalah sejenis sembahan di Wat Chalong. Menurut kepercayaan penganut Buddha, letupan mercun digunakan untuk mengusir roh-roh jahat. Bila roh jahat dah berlalu, mudahlah untuk doa mereka diterima. Mercun juga sering diletupkan sebagai tanda kesyukuran atas doa yang termakbul.
Tempat membakar mercun |
Pandangan lebih dekat tempat membakar mercun |
Dekat pintu masuk ke Wihan ada patung-patung gajah kerana gajah dianggap sebagai haiwan suci dalam agama Buddha.
Gajah di depan Wihan |
Patung sekeluarga gajah di sebelah sana |
Pandangan patung gajah di depan Wihan |
Berjalan ke pintu depan Wihan |
Di dalam dewan utama Wihan, kita dapat melihat patung 3 orang sami: Luang By Chema, Luang of Luang Changa dan Luang On Glama. Mereka dikenali sebagai tabib yang pakar dalam perubatan herba.
Pemandangan di dalam Wihan |
Peringatan supaya pengunjung berpakaian sopan sebelum masuk ke dalam Wihan |
Patung-patung sami di dalam Wihan |
Patung-patung sami ini adalah Luang By Chema, Luang of Luang Changa dan Luang On Glama. |
Penganut-penganut sedang bersembahyang di depan patung sami |
Patung-patung sami ini juga penuh dilekat dengan kepingan-kepingan kertas emas (golden foil). Golden foil ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja dan kepercayaan mereka mengatakan bila ia dilekatkan kepada patung-patung suci seperti ini boleh membawa tuah. Ada juga kepercayaan yang mengatakan amalan melekat golden foil ini boleh membantu menyembuhkan kesakitan pada tubuh badan kita jika dilekatkan kepada anggota badan yang serupa pada badan patung.
Melekatkan golden foil pada patung sami |
Amalan melekatkan golden foil ini dipercayai boleh membawa tuah dan menyembuhkan kesakitan pada tubuh badan |
Siling di dalam Wihan |
Bangunan pembakaran mayat ini tidak dibuka kepada orang awam |
Tuk Tuk Hello Kitty |
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN PHUKET (2022):
- Bhg. 01 [Hari 1] : Arrival (Kuala Lumpur - Phuket)
- Bhg. 02 [Hari 1] : Phuket City Tour 1 (T-Shirt Factory, Phuket Old Town, Cashew Nut Factory & Big Bee Farm)
- Bhg. 03 [Hari 1] : Phuket City Tour 2 (Wat Chalong)
- Bhg. 04 [Hari 1] : Evening In Phuket 1 (Karon View Point & Andaman Embrace Hotel)
- Bhg. 05 [Hari 1] : Evening In Phuket 2 (Patong Beach Sunset, Bangla Walking Street & Dinner)
- Bhg. 06 [Hari 2] : Phi Phi Island Tour 1 (Phi Phi Island Cruise)
- Bhg. 07 [Hari 2] : Phi Phi Island Tour 2 (Phi Phi Ley)
- Bhg. 08 [Hari 2] : Phi Phi Island Tour 3 (Phi Phi Don)
- Bhg. 09 [Hari 2] : Night In Phuket (Phuket Fantasea)
- Bhg. 10 [Hari 3] : Last Day In Phuket (Big Buddha & Patong Beach)
- Bhg. 11 [Hari 3] : Departure (Phuket - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.