Disember 2022
SOUTHERN THAILAND
Phuket
Bahagian 2: Phuket City Tour (1)
T-SHIRT FACTORY, PHUKET OLD TOWN, CASHEW NUT FACTORY & BIG BEE FARM
HARI PERTAMA (2)
Part 4: T-Shirt Factory
Kalau mengikut program Tour di mana-mana jua, antara yang akan ditunjukkan kepada kita adalah industri tempatan. Di Phuket juga kami dibawa melawat ke beberapa tempat industri tempatan.
Industri pertama yang kami lawati adalah T-Shirt Factory. T-Shirt Factory menjual T-Shirt yang mereka hasilkan sendiri. Di sini kami diberi sedikit penerangan tentang proses menghasilkan T-Shirt. Selepas itu kita belilah juga sehelai dua T-Shirt yang dijual.
T-Shirt Factory |
Pemandangan di T-Shirt Factory |
Pelbagai T-Shirt yang dijual |
Part 5: Phuket Old Town
Selepas melawat ke T-Shirt Factory, Tour Guide kami yang bernama Anwar membawa pula kami melawat ke Phuket Old Town.
Perjalanan ke Bandar Phuket |
Sebelum menjadi sebuah pusat pelancongan terkenal, Phuket terkenal sebagai sebuah pusat perlombongan bijih timah. Penghasilan bijih timah menarik kedatangan orang Portugis, Belanda, Perancis dan British ke Phuket. Pada tahun 1800-an pula, buruh dari China dibawa masuk beramai-ramai untuk bekerja dalam sektor perlombongan. Bandar Phuket di mana letaknya Phuket Old Town sekarang merupakan satu-satunya pusat komersil di kala itu.
Bandar Phuket |
Pemandangan di Bandar Phuket |
Bandar lama Phuket kini berpusat di sebatang jalan yang bernama Thalang Road. Jalan ini dibarisi kedai-kedai lama dengan senibina Sino-Portuguese yang dicat dengan warna pastel.
Menuju ke Phuket Old Town |
Phuket Old Town |
Macam pemandangan di Pulau Pinang |
Anwar menurunkan kami di Thalang Road untuk membolehkan kami menikmati lebih dekat pemandangan Phuket Old Town. Mengikut sejarahnya bijih timah yang dilombong di Phuket dihantar ke Pulau Pinang untuk dilebur. Ramai pedagang Cina di Pulau Pinang yang berulang-alik ke Phuket ketika itu membina rumah-rumah yang ada di sini. Kerana itulah suasana di Phuket Old Town ini sangat mirip dengan suasana di pekan lama Pulau Pinang.
Thalang Road di Phuket Old Town |
Barang-barang jualan |
Kedai pakaian dan cenderamata |
Kebanyakan infrastruktur asas di Phuket dibina pada awal kurun ke-19 dulu sewaktu syarikat-syarikat perlombongan Eropah dijemput ke Phuket oleh Gabenor Ratsadanupradit Mahitsaraphakdi. Tak siapa tahu bila sebenarnya bangunan Sino-Portugis ini mula dibina namun ada bukti fotografi di zaman pemerintahan King Rama V (1853-1910) yang menunjukkan bangunan-bangunan ini telah pun ada ketika itu.
Senibina Sino-Portuguese |
Sewaktu berjalan di sini juga kami bertemu dengan sebuah restoran menjual makanan Halal yang bernama Aroon Restaurant.
Aroon Restaurant |
Aroon Restaurant menjual makanan Halal |
Kebanyakan imigran Cina yang datang ke Phuket pada zaman perlombongan bijih timah dulu berasal dari Wilayah Fujian di China. Sebahagian mereka kekal menetap di Phuket dan berkahwin dengan wanita-wanita Thai tempatan. Keturunan mereka kini dikenali sebagai Baba dan mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina Peranakan di Malaysia dan Singapura. Di Phuket Old Town ini juga ada sebuah muzium kecil yang boleh dilawati untuk mengenali budaya Baba ini dengan lebih dekat.
Muzium Baba di Phuket Old Town |
Pintu masuk ke Muzium Baba yang juga berfungsi sebagai sebuah kafetaria |
Tuk Tuk |
Ada sebuah bangunan di Phuket Old Town ini yang sangat menarik perhatian kami kerana ia dihiasi dengan bunga-bungaan tiruan yang cantik. Maka kami pun berkunjunglah ke sana untuk melihat dengan lebih dekat.
Bangunan dihiasi bunga-bungaan di seberang jalan yang menarik perhatian kami |
Jom kita melawat dengan lebih dekat... |
Nampaknya bukan kami saja yang tertarik dengan bangunan ini. Bila kami tiba ke sana dah ada sekumpulan gadis muda tengah menari membuat video Tik Tok di situ...
Menari membuat video Tik Tok |
Kumpulan gadis ini bukan saja menari Tik Tok di tepi bangunan bunga, malah di merata-rata tempat di Phuket Old Town. Malah mereka turut disertai pelancong-pelancong Mat Salleh yang ada di situ...
Menari Tik Tok di sana pulak... |
Makin meriah nampaknya... |
Meninggalkan Phuket Old City |
Pemandangan sewaktu meninggalkan Phuket Old City |
Part 6: Cashew Nut Factory
Southern Thailand terkenal dengan penghasilan kacang gajus. Maka lawatan seterusnya adalah ke Cashew Nut Factory.
Kuil Cina yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Cashew Nut Factory |
Ada beberapa Kuil Cina dibina di kawasan Phuket Old Town kerana kawasan ini didiami ramai pelombong berbangsa Cina pada masa dahulu |
Wayar elektrik yang berselirat begini adalah pemandangan biasa di Thailand, termasuk juga di Bangkok |
Central Phuket Shopping Mall |
Kilang gajus yang kami lawati bernama Sri Bhurapa Orchid Co. Ltd.
Cashew Nut Factory |
Replika Kacang Gajus gergasi di depan factory |
Jom masuk ke dalam... |
Suasana di Sri Bhurapa Orchid Cashew Nut Factory |
Ruang kerja di Sri Bhurapa Orchid Cashew Nut Factory ini tidak dibuka kepada pelawat dan hanya boleh dilihat menerusi dinding kaca. Adalah sedikit demonstrasi kat luar bagaimana proses membuka kulit kacang gajus dibuat oleh seorang pekerja.
Penerangan diberi kepada kami oleh Anwar kerana pekerja ini tak boleh berbahasa Inggeris. |
Kacang gajus yang telah disalai |
Melihat proses membuka kulit kacang gajus yang telah disalai |
Kacang gajus yang siap diproses |
Kemudian kami dibawa melawat ke showroom jualan gajus di mana kami dilayan oleh seorang petugas lain di situ. Macam-macam sample percuma kacang gajus diberi kepada kami. Ada yang sedap dan ada yang pelik rasanya bagi kami. Tapi yang best di sini ialah kacang gajus yang dicampur dengan benda tidak halal ditandakan dengan jelas dan diasingkan. Mungkin cashew nut factory ini ada ramai pelanggan Muslim, jadi mereka dah tahu keperluan Orang Islam macam kita.
Berbagai jenis kacang gajus dijual di sini |
Showroom Kacang Gajus |
Sebelum meninggalkan Cashew Nut Factory ini, kita melawat dulu pokok kacang gajus yang ditanam di luar. Selain rasa kacangnya yang sedap, pokok gajus juga mempunyai banyak kegunaan lain. Minyak kacang gajus digunakan dalam minyak brake kenderaan dan kulit kacang gajus juga boleh diproses menjadi bahan perekat untuk kegunaan rumah. Kulit dan buah kacang gajus juga mempunyai khasiat perubatan yang mana antaranya boleh merawat gastrik, kencing tidak lawas dan juga penyakit kelamin.
Pokok Gajus di luar factory |
Selain menjadi makanan, gajus juga mempunyai banyak kegunaan lain |
Part 7: Big Bee Farm
Next stop ~ Big Bee Farm untuk melawat tempat membuat madu lebah. Ladang lebah ini dimiliki oleh Thepprasit Honey yang kami pernah lawati showroom mereka di Bangkok dulu.
Big Bee Farm |
Bergambar dengan Queen Bee |
Kedatangan kami disambut oleh seorang petugas yang seterusnya membawa kami melawat ke tempat ternakan lebah.
Berjalan ke tempat ternakan lebah |
Banyak lebah diternak di sini. Kami ditunjukkan sebuah beehive yang telah mempunyai madu di dalamnya. Kata petugas ini, beehive tersebut telah diternak selama 3 bulan. Dalam komuniti lebah, cuma Queen Bee yang boleh menghasilkan madu. Kami juga turut ditunjukkan Queen Bee yang berada di dalam beehive ini.
Tempat simpanan beehive |
Pandangan tempat simpanan beehive dengan lebih dekat |
Makanan lebah yang juga merupakan madu |
Peringatan untuk pengunjung |
Kemudian kami dibawa melihat kelulut yang juga diternak di ladang ini. Berbeza dengan lebah lain yang membuat beehive untuk menghasilkan madu, kelulut membuat madu dalam lubang pada batang kayu.
Nak tengok ternakan kelulut pulak |
Berbagai hiasan bertemakan lebah di Big Bee Farm |
Tempat ternakan kelulut |
Kelulut membuat madu dalam batang kayu seperti ini |
Mendengar penerangan yang diberi tentang kelulut |
Akhir sekali mestilah kita dibawa ke showroom yang menjual produk madu lebah. Kami tak beli pun produk kesihatan madu lebah yang dijual, cuma beberapa botol minuman saja. Masa di Bangkok dulu, kami pernah membeli minuman honey lemon yang sangat sedap. Ingat nak beli jugalah minuman honey lemon itu di sini. Walau bagaimanapun, tak ada minuman honey lemon yang dijual, yang ada cuma honey lime. Seperti honey lemon dulu, minuman honey lime ini juga sangat sedap cuma lebih masam.
Showroom produk lebah |
Biggest Beehive in Thailand |
Pandangan beehive dengan lebih dekat |
Beli minuman honey lime saja di sini |
Kenangan di Big Bee Farm |
Meninggalkan Big Bee Farm |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN PHUKET (2022):
- Bhg. 01 [Hari 1] : Arrival (Kuala Lumpur - Phuket)
- Bhg. 02 [Hari 1] : Phuket City Tour 1 (T-Shirt Factory, Phuket Old Town, Cashew Nut Factory & Big Bee Farm)
- Bhg. 03 [Hari 1] : Phuket City Tour 2 (Wat Chalong)
- Bhg. 04 [Hari 1] : Evening In Phuket 1 (Karon View Point & Andaman Embrace Hotel)
- Bhg. 05 [Hari 1] : Evening In Phuket 2 (Patong Beach Sunset, Bangla Walking Street & Dinner)
- Bhg. 06 [Hari 2] : Phi Phi Island Tour 1 (Phi Phi Island Cruise)
- Bhg. 07 [Hari 2] : Phi Phi Island Tour 2 (Phi Phi Ley)
- Bhg. 08 [Hari 2] : Phi Phi Island Tour 3 (Phi Phi Don)
- Bhg. 09 [Hari 2] : Night In Phuket (Phuket Fantasea)
- Bhg. 10 [Hari 3] : Last Day In Phuket (Big Buddha & Patong Beach)
- Bhg. 11 [Hari 3] : Departure (Phuket - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.