Friday, 17 March 2023

2022 PHUKET BHG. 09 (Phuket Fantasea)

Disember 2022

SOUTHERN THAILAND
Phuket

Bahagian 9: Night In Phuket
PHUKET FANTASEA

HARI KEDUA (4)

Part 23: Golden Kinnaree Restaurant @ Phuket Fantasea

Akhirnya kami tiba kembali ke Andaman Embrace Hotel pada pukul 7.30 malam. Syukurlah agent yang ditugaskan untuk membawa kami ke Phuket Fantasea bernama Mr. Joe masih menunggu. 

Kata Mr. Joe, pertunjukan Phuket Fantasea bermula pukul 9 malam dan perjalanan dari hotel kami ke sana memakan masa 20 minit. Alhamdulillah, masih ada masa untuk kami menikmati Dinner Buffet yang dah kami tempah sebelum show bermula.

Perjalanan ke Phuket Fantasea
Tiba di Phuket Fantasea
Kereta yang membawa kami ke Phuket Fantasea
Pertunjukan Phuket Fantasea diadakan di sebuah tempat yang bernama Kamala Beach. Ia diadakan cuma pada hari-hari tertentu dalam seminggu.

Suasana meriah di Phuket Fantasea
Happening!
Petugas Phuket Fantasea yang menyambut ketibaan kami
Perkara pertama yang perlu kami buat sebaik tiba di sini ialah menukar voucher yang diberi oleh travel agent kepada tiket sebenar.

Kaunter tiket
Menukar voucher kepada tiket sebenar
Husband sedang berurusan di kaunter
Tiket Phuket Fantasea (kanan) yang juga ditampal pada baju. Tiket hijau di sebelah kiri adalah tiket membuat Phi Phi Island Tour tadi.
Selepas itu barulah kita masuk ke kawasan yang dinamakan sebagai Carnival Village.
 
Berjalan ke Carnival Village
Welcome
Di dalam Carnival Village ini ada beberapa buah kedai dan arca ukiran yang melambangkan kebudayaan Thai. Kalau sampai awal tadi, mungkinlah ada masa untuk membelek-belek semua yang ada di situ. Tapi disebabkan kami nak mengejar dinner, terpaksalah diabaikan dulu semuanya.

Carnival Village
Ukiran-ukiran di Carnival Village
Istana Fantasi
Kepala Naga
Fort Kanon Thai
Gajah
Dinner kami disediakan di sebuah buffet restaurant yang bernama Golden Kinnaree di Carnival Village. Senibinanya memang hebat, seolah-olah sebuah Istana Raja Thai yang gilang-gemilang di tengah malam yang gelap ini.

Golden Kinnaree Buffet Restaurant
Suasana di luar Golden Kinnaree Buffet Restaurant
Jom kita masuk ke dalam...
Pemandangan yang mengingatkan kami kepada lawatan ke Grand Palace di Bangkok dulu.
Reception Counter di Restoran Golden Kinnaree
Memang ternganga kagum kita melihat suasana di dalam restoran ini. Ia sangat besar dan dihias dengan cantik sekali, macam kita betul-betul dijemput bersantap dalam Istana Raja Thai.

Suasana di dalam Restoran Golden Kinnaree
Disebabkan restoran ini sangat besar, kita akan diberi nombor meja bila mendaftar di Reception Counter. Buffet yang disediakan adalah International Buffet tetapi yang paling best, ada satu seksyen yang disediakan khusus untuk makanan Halal.

Restoran ini sebenarnya dinamakan sempena Kinnaree, makhluk dalam mitos Thai yang merupakan separuh manusia dan separuh burung. Kinnaree adalah makhluk wanita manakala Kinnara pula adalah makhluk lelaki. Seluruh restoran ini dihiasi dengan lukisan dan ukiran-ukiran Kinnaree dan Kinnara.

Makhluk separuh burung dan separuh manusia yang menjadi hiasan di seluruh restoran
Makhluk wanita yang dinamakan Kinnaree
Makhluk yang lelaki dinamakan Kinnara
Pandangan Kinnara dari tepi
Kinnara dan Kinnaree ini dikatakan tinggal di sebuah kawasan hutan yang bernama Himmaphan
Istana Kinnara dan Kinnaree di celah awan
Berjalan menuju ke Seksyen Makanan Halal
Arah ke Muslim Food (Halal)
Dinner di Restoran Golden Kinnaree disediakan bermula dari pukul 6.30 petang sehingga 9 malam. Makanan yang disediakan mewah dan sedap sehingga Myself dan Husband sepakat ~ kalau ditakdirkan kami datang ke Phuket suatu hari lagi nanti, kami akan selitkan makan malam di sini lagi dalam program lawatan. Tak tengok show pun tak mengapa ~ setakat makan malam. Charge tambahan yang dikenakan untuk buffet juga tidaklah begitu mahal ~ cuma THB 600 (RM 77) seorang. Memang puas hati dengan caj yang dikenakan. Tiket untuk menonton persembahan pula adalah THB 1,400 (RM 180) seorang.

Tempat duduk di Seksyen Makanan Halal (Zone B)
Buffet Makanan Halal
Dessert
Jemput makan...
Suasana di Seksyen Makanan Halal
Semua petugas wanita di Seksyen Makanan Halal memakai tudung
Kinnaree yang terbang di siling restoran
Dessert Thai yang sedap. Kuih Bahulu itu memang sangat marvellous.
Pertunjukan Phuket Fantasea bermula pada pukul 9 malam. Pada pukul 8.45 malam, ada announcement dibuat meminta pengunjung bergerak ke teater.

Berjalan keluar dari restoran
Kaunter reception restoran
Bergambar dengan petugas di kaunter reception
Golden Kinnaree
Pemandangan di luar restoran
Jambatan di luar restoran

Part 24: The Show @ Phuket Fantasea

Persembahan Phuket Fantasea diadakan di sebuah teater bernama Palace of the Elephants. Ia terletak bertentangan dengan Golden Kinnaree Restaurant.

Berjalan menuju ke Palace of the Elephants dari Golden Kinnaree Restaurant
Palace of the Elephants
Kita nikmati dulu pemandangan di sekitar sebelum masuk ke dalam Palace of the Elephants.

Pemandangan di sekitar Palace of the Elephants
Ada banyak gerai Carnival Games untuk hiburan seisi keluarga
Sesuai dengan namanya, ada banyak ukiran gajah yang hebat dan menakjubkan di luar Palace of the Elephants. Masa beratur nak masuk ke dalam teater, ramai juga kami berjumpa dengan 'kawan-kawan' yang sekapal dengan kami pergi ke Phi Phi Don siang tadi.

Palace of the Elephants
Ada polisi yang ketat di mana penonton tidak dibenarkan membawa handphone dan sebarang bentuk alat rakaman masuk ke dalam teater. Semua handphone dan peralatan rakaman perlu ditinggalkan di kaunter di luar teater. Oleh yang demikian, untuk mengabadikan kenangan menonton persembahan ini, Myself gunakan gambar-gambar yang diambil dari website rasmi Phuket Fantasea.

Pentas persembahan
(Gambar dari website Phuket Fantasea)
Persembahan Phuket Fantasea menceritakan pengembaraan seorang Putera Raja Kamala yang ingin menyelamatkan kekasihnya yang diculik oleh roh jahat. 

Permulaan persembahan
(Gambar dari website Phuket Fantasea)
Tentera-tentera roh jahat yang menculik kekasih Putera Kamala
(Gambar dari website Phuket Fantasea)
Persembahan ini mencampurkan unsur-unsur kebudayaan tradisional Thai dengan persembahan moden. Walau bagaimanapun Myself rasa persembahan keseluruhannya tidak digarap dengan baik seperti persembahan Romance of Song Dynasty di Shanghai dan Devdan Show di Bali yang pernah kami lihat.

Persembahan moden yang turut diselit dalam persembahan 
(Gambar dari website Phuket Fantasea)
Aksi pertempuran dengan roh jahat 
(Gambar dari website Phuket Fantasea)
Putera yang dapat bersatu kembali dengan kekasih hati 
(Gambar dari website Phuket Fantasea)
Sesuatu yang mengkagumkan dalam persembahan ini ialah ia menggunakan banyak binatang hidup atas pentas seperti gajah, burung merpati, kerbau, itik dan kambing. Harimau hidup pun ada! Tak tahu bagaimana mereka boleh melatih haiwan-haiwan ini untuk turut membuat show. Cannot help to think ~ mesti ada elemen Bomoh Siam yang dikenakan kepada binatang-binatang ini untuk menurut arahan. Hahaha!

Gajah adalah haiwan yang paling banyak digunakan dalam persembahan 
(Gambar dari website Phuket Fantasea)
Lukisan gajah menggunakan laser
(Gambar dari website Phuket Fantasea)
Pertempuran tentera bergajah 
(Gambar dari website Phuket Fantasea)
Penutup persembahan
(Gambar dari website Phuket Fantasea)
Persembahan Phuket Fantasea ini memakan masa kira-kira 70 minit. Disebabkan kami pernah menonton persembahan yang lebih hebat di Shanghai dan Bali, tak adalah wow sangat kepada kami persembahan ini. Myself rasa persembahan kebudayaan yang pernah kami tonton di Rose Garden di Bangkok dulu juga lebih menarik. Tapi kalau anda belum pernah menonton persembahan sebegini sebelum ini, mungkin ia akan menghiburkan anda sekeluarga. Mujurlah ada buffet dinner yang superb tadi. Jadi pengalaman keseluruhannya tidaklah begitu mengecewakan bagi kami.

Disebabkan kami tiba lewat sebelum show tadi, kami mengambil kesempatan snappy-snappy gambar suasana sekeliling di Phuket Fantasea ini sebelum pulang.

Suasana di luar Palace of the Elephants selepas show tamat
Berjalan menuju ke pintu keluar
Kebanyakan binaan di Phuket Fantasea adalah kedai-kedai souvenir dan permainan-permainan carnival. Jadi tak ada apa sangatlah yang menarik kepada orang seperti kami yang tak minat shopping dan permainan seperti ini.

Pintu keluar dari Phuket Fantasea
Staff Phuket Fantasea yang berbaris di pintu keluar untuk mengucapkan selamat jalan kepada pengunjung
Mr. Joe dah sedia menunggu untuk membawa kami pulang ke Hotel Andaman Embrace. Tapi sebelum pergi, masih ada nak snappy-snappy sikit lagi...

Suasana di luar Phuket Fantasea
Magical & mystical
Phuket Fantasea
Sebelum beredar dari Phuket Fantasea, Mr. Joe menunjukkan kepada kami Carnival Magic di sebelah. Carnival Magic ini juga adalah show seperti Phuket Fantasea yang baru diperkenalkan. Seperti juga Phuket Fantasea, ia diadakan pada hari-hari tertentu dalam seminggu. Kalau kami berpeluang datang lagi ke Phuket, mungkin boleh pertimbangkan untuk cuba menonton Carnival Magic pulak.

Carnival Magic di sebelah Phuket Fantasea
Suasana Carnival Magic
Carnival Magic


Bersambung ke Bahagian 10...

No comments: