Monday, 13 March 2023

2022 PHUKET BHG. 07 (Phi Phi Ley)

Disember 2022

SOUTHERN THAILAND
Phuket

Bahagian 7: Phi Phi Island Tour 2
PHI PHI LEY

HARI KEDUA (2)

Part 19: Menuju ke Phi Phi Ley

Destinasi pertama kami dalam Phi Phi Island Tour ini adalah Phi Phi Ley yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Ratsada Pier.

Menuju ke Phi Phi Ley
Bot Nelayan
Peta yang menunjukkan kedudukan Phuket, Phi Phi Ley dan Phi Phi Don. Phi Phi Ley dan Phi Phi Don sebenarnya terletak di dalam Wilayah Krabi dan bukan Wilayah Phuket.
Ada snack dan minuman ringan percuma diberi kepada penumpang. Snack yang diberi adalah biskut berkim nanas yang sangat sedap.

Kat dalam bot ini pun, ada drama di antara kita dengan Geng Kari yang duduk di kerusi depan. Geng Kari yang duduk di depan kami adalah 4 sekawan lelaki muda yang travel berkumpulan. Bukan main lagi dia orang recline seat ke belakang sampai susah kita nak bergerak. Jadi bila snack dan minuman sampai, kami mintalah mereka tegakkan seat. Yang seorang tu (yang duduk depan Husband) okay menurut. Tapi seat yang kat depan Myself tak boleh nak ditegakkan sangat sebab dah rosak. Beriya Mamat Kari tu goyang-goyangkan seat nak tunjuk yang seat tu dah rosak.

Bila dia buat drama dengan kita, Myself pun buat drama jugalah dengan mereka. Bila dia goyang-goyangkan seat, tertumpahlah sikit air teh kita. Myself pun saja jerit-jerit sikit: "Hot! Hot!". Macamlah melecur kita kena air teh panas tu. Padahal bukan panas sangat pun air teh tu, saja nak tunjuk kita pun boleh buat drama macam dia juga. Husband pun komplot sama, buat macam cemas over-over tengok isteri dah kena tumpah dengan teh panas. Panik Mamat Kari yang goyang-goyangkan seat depan tu. Hahahaaa!

Biskut berkrim nanas yang sangat sedap
Sewaktu dalam perjalanan ke Phi Phi Ley, penumpang dibenarkan keluar ke deck pemerhatian di tingkat atas bot mengikut giliran. Mula-mula penumpang Gold Class dibenarkan berbuat begitu, diikuti penumpang Silver Class dan Economy Class. Disebabkan penumpang Silver Class tak begitu ramai, dapatlah kita bergerak dengan selesa dalam deck pemerhatian ini.
 
Meninggalkan Phuket di belakang
Laut Andaman
Tak seperti Selat Melaka, Laut Andaman terbentang luas, maka angin yang bertiup memang kuat. Tak tipu bila Myself kata terhoyong-hayang kita berjalan di deck pemerhatian. Bukan sekadar sebab angin bertiup kuat, bot sendiri pun macam terumbang-ambing dipukul ombak kuat. Takut kita nak pergi ke tepi bot sebab memang rasa macam memang boleh tercampak jatuh ke dalam laut.

Pemandangan di tingkat tengah bot
Laut Andaman yang terbentang luas
Kiosk menjual snack makanan ringan di tingkat tengah bot
Pemandangan di tingkat atas bot
Angin bertiup cukup kuat di sini
Muka berani-berani takut posing dalam angin kuat kat deck pemerhatian
Pulau kecil di kejauhan
Gugusan kepulauan di Laut Andaman
Di deck pemerhatian ini juga, ada khidmat urut kaki disediakan untuk sesiapa yang berminat. Tapi of course, khidmatnya tak percuma.

Ada khidmat urut kaki untuk yang berminat di sini
Tukang urut
Bot laju
Kapal besar di kejauhan
Pemandangan di belakang bot
Selepas seberapa ketika, kami diminta kembali ke tempat duduk untuk membolehkan penumpang Kelas Ekonomi pulak naik ke deck. Syukurlah kami dah balik ke tempat duduk sebab tak lama selepas itu, Laut Andaman menjadi sedikit ganas. Banyak ombak kuat menghempas sampai ke tingkap Silver Class yang terletak di tingkat 1 ini. Bayangkan kalau kita masih berada di deck luar ketika ini!

Masa kita balik ke tempat duduk, Mamat Kari yang menggoyang kerusi sampai teh kita tertumpah tadi menunggu kat pintu untuk meminta maaf. Tersentuh hati kita dengan gayanya yang sangat gentleman itu! Terus kita maafkan dia, macam adegan dalam Filem Hindustan.

Ombak ganas yang menghempas sampai ke tingkap Silver Class
Laut Andaman yang semakin mengganas sikit kat luar
Ombak menghempas sekali lagi yang sempat kami capture
Pemandangan selepas ombak membadai
Pemandangan pulau di kejauhan
Sikit-sikit macam pemandangan kat Pulau Langkawi
Bot laju yang juga menuju ke Phi Phi Ley

Part 20: Phi Phi Ley

Selepas sejam, kami sampai di pulau Phi Phi Ley. Bot bergerak perlahan membuat sightseeing di sekeliling pulau. Penumpang-penumpang juga tanpa mengira kelas dibenarkan menikmati pemandangan dari luar bot.

Tiba di Phi Phi Ley
Menghampiri Phi Phi Ley
Memandangkan angin masih bertiup kuat dan ombak juga masih menghempas, Myself dan Husband cuma menikmati pemandangan dari luar kabin Silver Class kami saja. Tak berani nak naik ke deck tingkat atas yang sangat terbuka itu.

Menikmati pemandangan dari tepi kabin Silver Class saja
Phi Phi Ley adalah antara pulau yang paling terkenal dalam gugusan Kepulauan Andaman di Thailand. Ia juga adalah antara pulau yang paling terjejas sewaktu kejadian Tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004 dulu.

Pemandangan di Phi Phi Ley ada iras-iras macam pemandangan di Pulau Langkawi di Malaysia. Maklum sajalah, kedudukannya pun bukan jauh sangat dari Pulau Langkawi.

Pulau Phi Phi bukan saja destinasi island hopping yang popular dari Phuket. Ia juga adalah destinasi island hopping yang popular bagi pelancong yang berkunjung ke Krabi berhampiran. Berbagai jenis bot pelancong dapat kami lihat di sini ~ dari bot cruise besar seperti yang kami naiki, speedboat dan juga bot tradisional Thai yang dinamakan Longtail Boat.

Berbagai jenis bot dapat dilihat di Phi Phi Ley
Bot cruise besar dan Longtail Boat
Mengelilingi Phi Phi Ley
Bot tradisional Thai yang dinamakan Longtail Boat
Pandangan lebih dekat Longtail Boat
Kita nikmati lagi pemandangan indah Phi Phi Ley dari bot cruise kami...

Dengan pemandangan yang indah begini, memang tak sukar untuk kita fahami mengapa Phi Phi Ley menjadi destinasi pelancongan yang popular di Thailand.


MAYA BAY

Tarikan paling popular di Phi Phi Ley adalah pantainya yang dinamakan Maya Bay. Di sinilah penggambaran filem Hollywood "The Beach" yang dibintangi pelakon terkenal Leonardo DiCaprio dibuat.

Melihat Maya Bay
Seperti Boracay di Philippines, populariti Maya Beach menyebabkan pantai ini rosak akibat over-tourism. Oleh yang demikian, Kerajaan Thailand telah menutup pantai ini untuk kunjungan pelancong pada tahun 2018 untuk memulihkannya kembali. Pemulihan ini turut melibatkan penanaman semula 10,000 batu karang. Perintah berkurung selama 2 tahun sewaktu Covid-19 turut membantu menggalakkan usaha pemulihan tersebut.

Akhirnya, setelah ditutup selama 4 tahun, Maya Beach dibuka semula kepada pelancong hanya baru-baru ini ~ pada pertengahan tahun 2022. 

Pantai Maya Bay yang kini telah dibuka semula kepada pelancong
Belajar dari kesilapan lalu, ada kawalan dikenakan kepada pengunjung yang datang ke pantai ini. Umpamanya bot pelancong tidak dibenarkan merapat sehingga ke pantai sekarang.

Bot-bot pelancong tidak dibenarkan berlabuh di Maya Bay lagi sekarang
Meninggalkan Maya Bay
Berlalu meninggalkan Maya Bay
Mengelilingi Phi Phi Ley
Sikit-sikit macam pemandangan di Halong Bay di Vietnam pulak
Keindahan pemandangan di Laut Andaman
Pemandangan menghala ke Maya Bay
Bot pelancong
Lautan luas
Tebing batu yang tinggi
Pemandangan yang mengkagumkan
Kagum melihat betapa tegaknya tebing batu di sini. Macam pemandangan tebing batu di Lembah Harau di Sumatera Barat dulu.

LOH SAMAH BAY

Disebabkan bot-bot pelancong tak boleh lagi mendarat di Maya Bay, tempat pendaratan baru disediakan di Loh Samah Bay yang terletak di sebelah sana pulau. Dari sini, pengunjung perlu berjalan kaki selama 5 minit merentas pulau untuk menuju ke Maya Bay.

Loh Samah Bay
Loh Samah adalah pelabuhan bot untuk berkunjung ke Maya Bay
Bot-bot pelancong yang berkunjung ke Maya Bay
Longtail Boat
Bot kami tidak membuat persinggahan di sini, tetapi memang kagum melihat betapa ramainya pengunjung lain yang berlabuh untuk berkunjung ke Maya Bay.

Pengunjung di Loh Samah Bay
Dari sini pengunjung perlu berjalan merentas pulau ke sebelah sana untuk menuju ke Maya Bay
Tebing batu di hujung sana macam dah terpecah jatuh ke dalam laut. Mungkin benar pernah berlaku kejadian sebegitu di satu masa dulu.
Jeti Loh Samah dari kejauhan
Meninggalkan Loh Samah Bay
Bot cruise yang lain
Formasi batuan yang menarik di hujung Phi Phi Ley
Menikmati keindahan Phi Phi Ley
Bot-bot laju
Pemandangan di sebalik pulau
Tebing batu di Phi Phi Ley
Notis mengenai kawasan pemuliharaan Burung Layang-Layang
Natural Swiftlets Preservation Area

PHI LEY LAGOON

Persinggahan seterusnya dalam Phi Phi Ley Island Sightseeing ini ialah Phi Ley Lagoon. Kawasan ini terkenal sebagai pusat snorkeling.

Phi Ley Lagoon
Bot-bot di Phi Ley Lagoon
Phi Ley Lagoon adalah kawasan snorkeling yang terkenal
Meninggalkan Phi Ley Lagoon
Menuju ke Viking Cave

VIKING CAVE

Persinggahan terakhir kami di Phi Phi Ley adalah sebuah gua yang dinamakan Tham Phaya Nak. Ia lebih dikenali sebagai Viking Cave kerana sebuah lukisan seperti kapal viking pernah ditemui di dalam gua ini.

Pemandangan Viking Cave dari kejauhan
Menghampiri Viking Cave
Viking Cave hanya boleh dilihat dari kejauhan kerana ia adalah kawasan milik persendirian. Seperti Gua Niah yang pernah kami lawati di Sarawak, gua ini juga adalah tempat perusahaan pengumpulan sarang burung Layang-Layang. Banyak perancah buluh dapat dilihat di dalam gua ini bagi mengutip sarang-sarang burung.

Pintu masuk ke Viking Cave. Walau bagaimanapun gua ini tidak dibuka untuk lawatan.
Notis Tempat Pemuliharaan Burung Layang-Layang
Perancah-perancah buluh yang dipasang untuk mengutip sarang burung
Pandangan lebih dekat perancah-perancah buluh
Meninggalkan Viking Cave
Masih pemandangan di Phi Phi Ley
Gua lain berhampiran Viking Cave
Notis di depan gua
Pemandangan gua dari kejauhan
Meninggalkan Phi Phi Ley
Selepas melawat Viking Cave, bot cruise kami yang bernama Sea Angel 2 itu berlayar meninggalkan Phi Phi Ley. Destinasi kami yang seterusnya adalah Phi Phi Don.

Menuju ke Phi Phi Don
Pulau lain berhampiran Phi Phi Ley
Pulau Phi Phi Ley yang ditinggalkan di belakang
Penumpang-penumpang bot
Geng-geng Kari yang merupakan kumpulan pelancong terbesar dalam bot cruise kami
Phi Phi Don, here we come!
Selepas meninggalkan Phi Phi Ley semua penumpang diminta masuk kembali ke dalam kabin masing-masing. Tidak lama kemudian, kami tiba di destinasi kami ~ Phi Phi Don.

Tiba di Phi Phi Don
Welcome To Phi Phi Island, Krabi


Bersambung ke Bahagian 8...

No comments: