Sunday, 19 March 2023

2022 PHUKET BHG. 10 (Big Buddha & Patong Beach)

Disember 2022

SOUTHERN THAILAND
Phuket

Bahagian 10: Last Day In Phuket
BIG BUDDHA & PATONG BEACH

HARI KETIGA (1)

Part 25: Big Buddha

Hari ini adalah Hari Ketiga dan hari terakhir kami di Phuket. Pada sebelah petang nanti, kami akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

Disebabkan kami tak punya sebarang program khusus bersama travel agent pada pagi ini, kita relax-relax breakfast kat hotel.

Suasana pagi di Andaman Embrace Hotel, Phuket
Berjalan nak pergi breakfast
Twigs Restaurant di Hotel Andaman Embrace
Suasana di Twigs Restaurant
Pagi ini juga kami breakfast kat luar untuk menikmati hembusan angin yang menyegarkan dari Laut Andaman
Breakfast
Buaian di Restoran Twigs
Suasana damai pagi di Hotel Andaman Embrace
Untuk mengisi masa lapang pada pagi ini, kami menyewa kereta bersama pemandu melalui Tour Desk di Hotel Andaman Embrace. Destinasi kami adalah patung Big Buddha yang kami lihat dari dalam pesawat sewaktu datang ke Phuket dulu. Caj yang dikenakan bagi perjalanan ini adalah THB 1,200 (RM 153) untuk perkhidmatan kira-kira 3 jam.

Kereta yang disewa untuk membawa kami ke Big Buddha
Pemandu kami adalah seorang pemuda Thai bernama Chai. Susah sikit nak berkomunikasi kerana Chai tak pandai bercakap Inggeris. Janji dia faham supaya membawa kami melawat ke Big Buddha dan balik ke hotel selepas itu dah cukup.

Pemandangan awal pagi di Patong
Laut Andaman
Karon Beach
Roundabout di Karon Beach
Beach Volleyball di Karon Beach
Suasana di Karon Beach
Patung Big Buddha dibina di atas Nakkerd Hill di Chalong, Phuket. Jalan ke sana adalah mendaki bukit yang boleh tahan juga kecuramannya. Namun begitu ramai juga kami lihat Mat Salleh yang berjogging naik ke atas bukit. Kebanyakan mereka tinggal di homestay perkampungan di atas bukit ini.

Perjalanan ke Big Buddha
Pemandangan Big Buddha yang terletak di atas bukit
Elephant Camp di atas bukit dalam perjalanan menuju ke Big Buddha
Pintu masuk ke Big Buddha
Peta kawasan Big Buddha
Kisah riwayat hidup Gautama Buddha
Big Buddha dianggap sebagai kawasan suci agama Buddha. Oleh yang demikian, pengunjung perlu berpakaian sopan untuk melawat ke sini. Mereka yang tidak berpakaian sopan akan diminta oleh petugas untuk memakai kain sarong bagi menutup tubuh yang terdedah.

Berjalan ke patung Big Buddha
Koleksi patung-patung Buddha ini dinamakan sebagai Sala of Faiths
Sala of Faiths
Patung Big Buddha gergasi ini dibina di puncak Nakkerd Hill di sebelah selatan Phuket. Nama rasminya ialah Phra Phutta Ming Mongkol Eknakakiri  yang bermaksud The Cherished Auspicious Lord Buddha Atop Naga Hill. Ia adalah patung Buddha yang ketiga terbesar di Thailand.

Big Buddha
Big Buddha juga adalah sebuah view point yang popular di Phuket kerana pemandangan dari sini hampir meliputi 360'. 

View point di bawah patung Big Buddha
Silau sebab matahari tengah memancar dengan sangat terang
Suatu yang tidak Myself lupakan di sini adalah angin yang bertiup sangat kuat sehingga susah kita nak berjalan. Husband pun tak berani nak pakai topi takut diterbangkan dek angin. Nasib baiklah topi kita ada tali yang boleh diikat. Jadi taklah risau topi kita pun terbang ditiup angin.

Husband tak berani pakai topi takut diterbangkan angin
Kesan tapak kaki monyet. Mesti mereka melintas kat sini semasa simen masih tengah basah dulu
Amaran supaya tidak melayan monyet di sini
Tempat rehat
Pemandangan dari view point Big Buddha
Ada 94 anak tangga yang perlu didaki untuk mendapatkan patung Big Buddha yang sebenar. Husband tak larat nak memanjat, jadi kita pergilah memanjat tangga ke atas sana bersendirian. Sambil kita memanjat naik, Husband berbual dengan dua orang perempuan Mat Salleh lawa yang berasal dari Ukraine. Nampaknya bukan orang Russia saja yang datang ke Phuket, yang datang dari Ukraine pun ada. Kedua-dua negara mereka sedang berperang, jangan mereka pun berperang sama kat Phuket cukuplah.

Pemandangan Big Buddha dari angle sebelah sini
Memanjat tangga ke patung Big Buddha. Ada 94 anak tangga yang perlu didaki.
Pemandangan di depan Big Buddha
Ada temple di kaki patung ini tetapi Myself tak masuk ke sana
Patung-patung di sekeliling Big Buddha
Pemandangan menghala ke sana pulak
Loceng
Loceng lagi
Barang-barang sembahan yang dijual untuk kebajikan
Patung seorang jeneral perang
Tempat meletakkan colok untuk sembahan
Pemandangan menghala ke tangga turun
Kami cuma menghabiskan masa kira-kira setengah jam di Big Buddha. Selepas itu kami meminta Chai membawa kami balik ke hotel.

Pemandangan sewaktu berjalan balik ke kereta
Semakin ramai pelawat yang tiba ketika ini
Pemandangan Big Buddha dari belakang

Part 26: Patong Beach

Kami melalui Karon Beach sekali lagi dalam perjalanan pulang ke Patong.

Karon Beach
Pemandangan di Karon Beach
Karon Avenue
Tiba kembali ke Patong Beach
Menyusuri pantai Patong Beach
Kawasan Patong Beach yang agak jauh dari hotel kami
Disebabkan masih ada lagi masa terluang sewaktu kami tiba kembali ke Patong, kami meminta Chai supaya meninggalkan kami di Patong Beach yang berdekatan dengan hotel.

Patong Beach
Pemandangan menghala ke bandar dari Patong Beach
Patong Beach, Phuket
Kenangan di Patong Beach
Pantai Patong agak sibuk dengan pelbagai aktiviti pada pagi itu.

Memang tak boleh dinafikan, pemandangan laut di Patong Beach memang sangat cantik. Kerana itulah ia menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Phuket dari seluruh dunia.

Kawasan larangan berenang
Ombak yang menghempas 
Berenang di lautan
Ombak juga kuat di Pantai Patong tapi tak ada pulak orang bermain surfing di sini macam kat Pantai Kuta di Bali.

Semua orang sexy-mexy kat sini. Cuma kami berdua saja rasanya yang berpakaian lengkap. Hahaha! Sesuatu yang Myself perhatikan ialah Mat-Mat Salleh ni memang tak kisah pun rupa bentuk badan mereka dengan berpakaian sexy begitu.

Dah tiba masa untuk kami bergerak kembali ke hotel kerana kami perlu check-out dari bilik pada pukul 12 tengah hari. Kita perhatikan puas-puas pemandangan laut di Patong Beach ini kerana tak tahu bila lagi kita akan berpeluang datang ke sini.

Ombak yang menghempas di Laut Andaman memang sukar untuk dilupakan. Kebetulan tarikh kami berada di pantai ini hari itu adalah 24 Disember 2022. 18 tahun dulu, pada tarikh yang sama (24 Disember 2004), pantai ini adalah salah sebuah tempat yang sangat terjejas dengan Great Indian Ocean Tsunami. Syukurlah suasana di pantai pada hari ini damai dan tidak menakutkan.

Ombak besar yang menghempas Patong Beach
Pantai inilah antara kawasan yang paling terjejas dalam kejadian Great Indian Ocean Tsunami 2004.
Pokok rhu di tepi pantai
Berjalan meninggalkan Patong Beach


Bersambung ke Bahagian 11...


No comments: