Disember 2022
SOUTHERN THAILAND
Phuket
Bahagian 8: Phi Phi Island Tour 3
PHI PHI DON
HARI KEDUA (3)
Part 21: Phi Phi Don
TON SAI BAY
Setibanya di Phi Phi Don pada hampir pukul 12 tengah hari, bot cruise kami berlabuh di Ton Sai Bay. Di sini penumpang-penumpang dibahagikan mengikut aktiviti yang telah mereka daftar nak buat di Phi Phi Don seperti snorkeling dan scuba diving.
Turun dari bot di Ton Sai Bay, Phi Phi Don |
Peta Phi Phi Don |
Bagi mereka yang tak mendaftar nak membuat apa-apa aktiviti, kami terus dibawa makan ke restoran untuk makan tengah hari.
Berjalan menuju ke restoran |
Selain kedai-kedai makan dan souvenir, Phi Phi Don juga mempunyai beberapa buah klinik kesihatan |
Bot-bot yang berlabuh di Ton Sai Bay |
Menyusuri pantai Phi Phi Don |
Restoran makan tengah hari terletak di sebuah kawasan yang boleh diibaratkan seperti pusat bandar Phi Phi Don.
Pusat bandar Phi Phi Don |
Restoran lunch kami |
Tak tahu apa nama restoran lunch kami ini sebab tak ada nama kat luar. Seperti yang diberitahu kepada kami ada 4 jenis buffet makanan yang disediakan: Vegetarian, Indian, International dan Thai. Makanan di sini memang Halal jadi kita boleh mencuba semua hidangan yang disediakan.
Jom masuk ke restoran... |
Suasana di dalam restoran |
Vegetarian Food |
Indian Food |
Thai Food & International Food |
Kalau dah datang ke Thailand, mestilah Thai Food yang menjadi pilihan |
Jemput makan... Tomyam dan semua makanan yang disediakan memang sangat marvellous. |
Selepas makan, kita berjalan-jalan di sekitar Ton Sai Bay ini. Selain restoran makanan Thai, ada banyak juga restoran yang menjual makanan Western dan Fast Food. Maklumlah nak cater kepada Mat Salleh yang ramai sangat datang ke sini.
Pemandangan di pusat bandar Phi Phi Don dekat Jeti |
Selepas makan tengah hari, kami bercadang nak mencari masjid untuk bersolat. Maklumlah mengikut perancangannya malam nanti selepas balik ke Phuket dari Phi Phi Don, kami akan menonton sebuah show yang dinamakan Phuket Fantasea. Takut juga terlewat sampai balik ke hotel nanti, baik kami solat siap-siap kat sini. Lagipun majoriti penduduk Phi Phi Don adalah Muslim. Jadi mesti ada masjid kat sini.
Pemandangan indah di Ton Sai Bay |
Dengan bantuan Google Map, kami berjalan ke arah masjid yang terletak 10 minit berjalan kaki dari kawasan Ton Sai Bay. Sempat juga kami bertanya kepada penduduk tempatan kat sini. Kata mereka ada 2 buah masjid di pulau ini. Masjid lama terletak dekat sikit dengan jeti dan ada masjid baru yang terletak jauh sikit dari situ.
Kami memilih untuk pergi ke masjid baru. Untuk sampai ke sana, kita terpaksa berjalan sikit menyusuri kawasan 'luar bandar'.
Phi Phi Banyan Villa |
Buddhist Shrine |
Buddhist Shrine ini dibina lengkap dengan isi rumah |
Restoran di tepi laut |
Pemandangan laut yang cantik di Phi Phi Don |
Dari tepi pantai, kita kena berjalan sedikit naik ke atas bukit.
Naik ke atas bukit |
Dah nampak masjid kat depan sana |
Kedai-kedai di tepi masjid |
AL ISLAH KOH PHI PHI MOSQUE
Hari itu hari Jumaat dan kebetulan sewaktu kami tiba di Al Islah Koh Phi Phi Mosque, Solat Jumaat baru saja selesai.
Al Islah Koh Phi Phi Mosque |
Pintu masuk ke masjid |
Seronok melihat ramai umat Islam beribadat di masjid ini. Cara dan pakaian mereka memang macam Orang Melayu tetapi mereka tak boleh bercakap dalam Bahasa Melayu macam kita kerana bahasa pertuturan seharian mereka adalah Bahasa Thai.
Suasana di dalam masjid |
Ruang solat wanita di belakang tabir |
Siling masjid |
Sewaktu melihat suasana di dalam masjid ini teringat cerita Anwar kepada kami tentang agama Islam di Thailand. Majoriti penduduk Thai yang beragama Islam tinggal di selatan Thailand yang turut meliputi Phuket dan pulau Phi Phi Don ini. Dari fizikal luaran, memang sukar nak membezakan Orang Islam dan Bukan Islam di Thailand, lebih-lebih lagi kerana ramai umat Islam di Thailand turut menggunakan nama Thai. Nama Islam selalunya cuma diberi sebagai nickname di kalangan keluarga.
Di kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Muslim, Kerajaan Thai turut membantu memberi sumbangan pembinaan masjid. Kata Anwar, pembinaan masjid provincial di setiap province Thailand memang dibiayai sebahagian besarnya oleh Kerajaan. Disebabkan ramai juga pelancong ke Thailand yang datang dari Timur Tengah, masjid-masjid di Thailand juga banyak menerima sumbangan dari negara-negara Timur Tengah.
Bahagian hadapan masjid |
Pandangan mimbar dari sisi |
Pemandangan di satu sudut masjid |
Kotak sumbangan kepada masjid |
Kain pelikat yang disediakan untuk kemudahan bersolat. Di ruang solat wanita juga ada kain telekung yang disediakan. |
Al Quran dan buku-buku agama |
Berjalan meninggalkan masjid |
Peta menunjukkan kedudukan Masjid Al Islah dari Pusat Bandar Phi Phi Don |
Lega rasanya dapat menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar dengan selesa di Masjid Phi Phi Don. Disebabkan masih ada banyak masa lagi sebelum jadual perjalanan pulang ke Phuket, kami berjalan perlahan-lahan menikmati suasana di sekitar Pulau Phi Phi Don. Myself tak nafikan pulau ini sangat cantik, kerana itulah ia sangat digemari oleh para pelancong. Keindahan dan kedamaian suasana di sini memang sangat berbeza dengan suasana hiruk-pikuk di Phuket, terutama di kawasan Patong.
Pelancong menikmati lunch di restoran di tepi laut |
Larangan memberi makan kepada monyet |
Berjalan kembali ke Pusat Bandar Phi Phi Don di Ton Sai Bay |
Ada sebuah mini hospital di sini |
Buggy yang digunakan sebagai pengangkutan ambulan |
Kembali ke tepi pantai |
Bermain buaian di tepi pantai |
Balai Polis |
Pegawai-pegawai polis |
Kenderaan Polis |
CHAO KOH COFFEE HOUSE
Disebabkan cuaca yang panas terik di Phi Phi Don ketika itu, kami singgah untuk membasahkan tekak di Chao Koh Coffee House. Masa duduk di coffee house ini, terpaksa menahan bau sewage yang menusuk hidung. Bau sewage ini walau bagaimanapun bukan hanya terdapat di sini, malah di banyak tempat di Phi Phi Don. Inilah satu kecacatan pulau cantik yang menjadi tumpuan pelancong ini.
Chao Koh Coffee House |
Suasana di dalam Chao Koh Coffee House |
Husband minum Fresh Coconut |
LOH DALUM BAY
Pusat bandar Phi Phi Don sebenarnya terletak di sebuah ithmus sempit di antara Ton Sai Bay dan Loh Dalum Bay. Disebabkan tadi kita dah melihat Ton Sai Bay, kami decide nak melihat Loh Dalum Bay pulak.
Peta yang menunjukkan kedudukan Ton Sai Bay dan Loh Dalum Bay di Phi Phi Don |
Tak seperti Ton Sai Bay yang merupakan pelabuhan bot, Loh Dalum Bay adalah sebuah pantai berpasir untuk bermandi-manda. Pemandangan di sini macam pemandangan di Pantai Tanjung Rhu di Langkawi.
Loh Dalum Bay |
Pemandangan yang seperti di Tanjung Rhu, Langkawi |
Disebabkan Loh Dalum Bay adalah tempat untuk bermandi-manda, pemandangan orang yang memakai sexy-mexy memang tak dapat dielakkan. Kalau setakat Mat Salleh yang sexy-mexy Myself boleh maafkan kerana itu memang cara mereka. Yang tak tahan kita tengok adalah bila melihat orang-orang Asia yang juga nak memakai sexy-mexy begitu. Come on Asians, tak lawa pakai sexy-mexy begitu sebab itu bukan cara kita.
Canoe pun banyak di sini |
Selepas menjamu mata lebih kurang di Loh Dalum Bay, kami kembali naik bot di Ton Sai Bay. Ketika itu dah hampir pukul 2.30 petang. Petugas-petugas Sea Angel Cruise pun dah datang berkeliaran di sekitar kawasan untuk mengingatkan penumpang-penumpang supaya kembali ke bot selewat-lewatnya pukul 2.45 petang. Ini adalah kerana bot dijadualkan berlepas kembali ke Phuket pada pukul 3 petang.
Berjalan kembali ke Ton Sai Bay |
Pusat Bandar Phi Phi Don |
Ton Sai Bay |
Barisan bot di Ton Sai Bay |
Part 22: Pulang Ke Phuket
Kami berjalan pelan-pelan kembali ke bot cruise kami yang bernama Sea Angel 2.
Jeti Bot di Ton Sai Bay |
Bot-bot nelayan |
Inilah bot cruise kami ~ Sea Angel 2 |
Marine Department Ministry of Transport |
Banyak bot cruise tengah berlabuh di sini |
Sea Angel 2 berlabuh di tengah. Kena menumpang lalu di atas bot lain untuk mendapatkannya. |
Sewaktu kami tiba, dah ramai juga penumpang yang masuk ke bot. Disebabkan cuaca di luar panas terik, memang semua orang berpeluh-peluh. Bau badan Geng-geng Kari bila berpeluh begitu memang dahsyatlah. Cepat-cepat kita pakai face mask, takut pengsan dalam bot dengan bau badan mereka. Kihkihkihh! Tak baik kita mengata mereka. Entah-entah badan kita pun sama berbau begitu, kan?
Ramai penumpang dah masuk ke dalam bot sewaktu kami tiba. |
Boat Manager Ying membuat pengumuman yang cruise kami akan berlepas balik ke Phuket. |
Alhamdulillah, tepat pukul 3 petang bot kami berlepas kembali ke Phuket. Syukurlah tak ada sesiapa pun yang tertinggal kat Phi Phi Don.
Disebabkan keletihan, ramai penumpang tertidur dalam bot sepanjang perjalan pulang ke Phuket termasuklah kami berdua. Tak seperti waktu kedatangan di mana laut sedikit bergelora, Laut Andaman tenang pada petang itu. Perjalanan pulang ke Phuket juga memakan masa kira-kira sejam.
Tiba kembali ke Phuket |
Menghampiri Ratsada Harbour |
Bot-bot besar di Ratsada Harbour |
Sea Angel 2 tiba kembali ke Ratsada Harbour pada pukul 4.30 petang. Phi Phi Island Cruise ini memang sesuatu yang menyeronokkan bagi kami. Myself memang recommend supaya anda membuat cruise ini jika berkesempatan berkunjung ke Phuket. Perjalanan dengan bot cruise besar seperti ini memang sesuai untuk orang yang takut kat laut macam kami. Kalau anda seorang yang adventurous, mungkin boleh mencuba membuat cruise naik speed boat.
Berjalan keluar dari kabin Silver Class |
Berjalan keluar dari bot cruise |
Sampai kembali ke Ratsada Harbour, penumpang-penumpang yang menggunakan khidmat transfer Sea Angel untuk kembali ke hotel masing-masing diarahkan oleh petugas ke kenderaan-kenderaan yang dah sedia menanti. Penumpang-penumpang ke Patong seperti kami diberikan sebuah bas besar.
Perkara yang menjadi kerisauan kami iaitu lewat balik ke hotel untuk menonton pertunjukan Phuket Fantasea betul-betul terjadi. Ketika bas berlepas dari Ratsada Harbour kembali ke Patong, jam dah pun menunjukkan pukul 5.30 petang. Suspen juga sebab sepatutnya mengikut jadual kami akan bergerak menuju ke Phuket Fantasea pada pukul 6 petang. Perjalanan kembali ke Patong pula memakan masa sejam. Memang sah kami takkan sempat sampai kembali ke hotel pada pukul 6 petang. Terpaksalah kami wassap kepada travel agent memberitahu tentang kelewatan kami.
Perjalanan kembali ke Patong |
Wayar elektrik yang berselirat ini memang mencacatkan pemandangan |
Nimit Traffic Circle |
Mcdonald's di Phuket tidak dijamin Halal. Cuma KFC saja yang dijamin Halal. |
Suasana di dalam bas |
Tiba di Karon Beach |
Bulatan di Karon Beach |
Merry Christmas and Happy New Year 2023 |
Satu lagi pemandangan di bulatan yang sama |
Kami tiba di Patong pada pukul 7 malam. Suasana di Patong sedikit sibuk malam itu sehingga menyebabkan traffic jam. Syukurlah sebab kami dah siap-siap Solat Jamak Zohor dan Asar di Phi Phi Don tadi. Kalau mengharap nak solat balik ke hotel tadi, memang tak sempat.
Tiba di Patong |
Kedai Makan Halal |
Di sini juga ada sebuah gerai menjual makanan Halal yang kami jumpa malam semalam |
Banana Walk |
Bangla Street |
Simpang masuk ke Hotel Andaman Embrace dari Patong Beach, tetapi bas tak masuk ke sini. |
Bagi menambah kesengsaraan kami, bas tak terus menghantar kami pulang ke Hotel Andaman Embrace sebaik tiba di Patong.... Dia berpusing-pusing dulu pulak menghantar penumpang ke hotel lain sebelum membuat last drop di Hotel Andaman Embrace.
Hotel Deevana |
Bersambung ke Bahagian 9...
CATATAN PERJALANAN PHUKET (2022):
- Bhg. 01 [Hari 1] : Arrival (Kuala Lumpur - Phuket)
- Bhg. 02 [Hari 1] : Phuket City Tour 1 (T-Shirt Factory, Phuket Old Town, Cashew Nut Factory & Big Bee Farm)
- Bhg. 03 [Hari 1] : Phuket City Tour 2 (Wat Chalong)
- Bhg. 04 [Hari 1] : Evening In Phuket 1 (Karon View Point & Andaman Embrace Hotel)
- Bhg. 05 [Hari 1] : Evening In Phuket 2 (Patong Beach Sunset, Bangla Walking Street & Dinner)
- Bhg. 06 [Hari 2] : Phi Phi Island Tour 1 (Phi Phi Island Cruise)
- Bhg. 07 [Hari 2] : Phi Phi Island Tour 2 (Phi Phi Ley)
- Bhg. 08 [Hari 2] : Phi Phi Island Tour 3 (Phi Phi Don)
- Bhg. 09 [Hari 2] : Night In Phuket (Phuket Fantasea)
- Bhg. 10 [Hari 3] : Last Day In Phuket (Big Buddha & Patong Beach)
- Bhg. 11 [Hari 3] : Departure (Phuket - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.