Disember 2022
SOUTHERN THAILAND
Phuket
Bahagian 1: Arrival
KUALA LUMPUR KE PHUKET
Part 1: Penangan Dari MATTA Fair
Pada bulan September 2022, Myself dan Husband telah berkunjung ke MATTA Fair yang julung-julung kali diadakan semula setelah tertangguh selama 2 tahun kerana Covid-19. Bukan ada plan nak bercuti ke mana-mana pun sebenarnya ketika itu, cuma kononnya nak berseronok menikmati suasana sibuk-sibuk planning nak travel selepas Covid. Lagi pun waktu itu kami tengah sibuk membuat persiapan akhir nak pergi melancong mengikut Group Tour ke Balkans pada bulan Oktober 2022 (the very next month).
|
MATTA Fair September 2022 (Gambar dari internet) |
MATTA Fair kali ini tak semacam dulu. Maklumlah banyak negara baru saja membuka sempadan mereka untuk tujuan pelancongan dan banyak juga yang masih ditutup kepada pelancong. Maka pakej-pakej ke destinasi popular macam China, Jepun dan Korea tidak ada ketika itu kerana sempadan negara mereka masih belum dibuka kepada warga asing. Banyak pakej yang ditawarkan adalah ke Eropah terutama Switzerland yang dah membuka penuh sempadan mereka untuk pelancong. Syukurlah kami dah pernah sampai ke Switzerland, jadi tak adalah teruja sangat menengok iklan percutian ke Switzerland yang ditawarkan.
Tapi biasalah kalau kaki travel macam kita ni pergi ke MATTA Fair, last-last mesti terpengaruh juga dengan iklan-iklan yang ditawarkan. Rasa rugilah juga kalau tak manfaatkan pakej-pakej menarik yang ditawarkan yang selalunya cuma valid melalui tawaran MATTA Fair. Akhirnya tersangkut juga kita dengan tawaran pakej percutian ke Phuket. Okey jugalah rasanya kalau pergi ke Phuket masa akhir tahun nanti, tambahan pula sebab kami belum pernah sampai ke sana.
|
Peta Pelancongan Phuket |
Untuk percutian ke Phuket ini, Myself dan Husband mengambil pakej private tour. Satu kelebihan menggunakan pakej private tour ialah kita boleh memilih dan mengatur sendiri perjalanan dengan bantuan travel agent. Tapi yang Myself agak rimas setiap kali membuat private tour begini ialah kena banyak membuat research tentang tempat yang kita nak pergi. Kalau memakai cadangan standard package yang ditawarkan, itinerarinya sangat basic. Banyak masa terluang kerana standard package begini sebenarnya sesuai untuk mereka yang suka shopping. Bagi orang yang tak suka shopping macam kami, kenalah tukar free slot shopping itu dengan aktiviti lain.
Bila menggunakan private package begini ke negara-negara bukan Islam macam Thailand atau Europe pula, standard package bagi pelancong Muslim juga tak akan menawarkan lawatan ke temple atau gereja walaupun ia adalah ikon bagi destinasi tersebut. Kalau ada pun, cuma dipandang dari luar, mungkin sebab sensitiviti kalau umat Islam masuk melawat ke rumah ibadat agama lain. Myself dan Husband suka saja melawat ke tempat-tempat begitu kerana kami sukakan culture. Kami suka melihat bagaimana penduduk tempatan menjalani ritual seharian mereka. Lagi pun tak salah kalau kita sekadar pergi melihat, bukan nak pergi beribadat bersama mereka. Jadi kenalah modify pakej yang ditawarkan dengan semestinya dikenakan kos tambahan!
Ada 2 jenis pakej percutian Phuket yang ditawarkan: 3 Hari 2 Malam dan 4 Hari 3 Malam. Memandangkan aktiviti yang ditawarkan kebanyakannya berkait dengan laut (island hopping) dan kami bukan peminat aktiviti laut yang tegar, kami memilih pakej 3 Hari 2 Malam saja. Tak adalah nak membuat island hopping sampai 2 hari berturut kat sana!
Atas cadangan dari travel agent juga, kami memilih naik flight yang berlepas paling pagi ke Phuket dan pulang ke Kuala Lumpur dengan flight yang paling lewat pada hari ketiga. Kita maximisekan tempoh kita berada di Phuket begitu!
Pilihan flight untuk ke Phuket pun ada 2 pada masa itu: Air Asia dan Malaysia Airlines. Congak punya congak, didapati total harga tiket Air Asia yang termasuk baggage cuma kurang RM100 dari Malaysia Airlines yang dah termasuk segala-galanya. Maka kami memilih untuk naik Malaysia Airlines.
Disebabkan kami juga cuma stay 2 malam di Phuket, kami memilih untuk bermalam di hotel 4 bintang tepi laut di Patong. Mudah untuk bergerak-gerak sendiri juga kalau di lokasi yang happening seperti ini. Setelah semuanya diatur, kita tunggu saja masa untuk keberangkatan ke Phuket...
HARI PERTAMA (1)
Part 2: Dari KL Terbang Ke Phuket
Hari kejadian tiba pada 22 Disember 2022. Disebabkan flight kami ke Phuket dijadualkan berlepas pada pukul 9.10 pagi dan kami perlu check-in pada pukul 6 pagi, seawal jam 5 pagi kami dah bergerak ke KLIA menggunakan khidmat Grab yang dah ditempah lebih awal.
|
Suasana awal pagi di KLIA |
|
Ada ramai Jemaah Umrah di KLIA pagi ini |
|
KL International Airport |
Disebabkan masih awal pagi dan hari ini adalah weekday, suasana di KLIA masih okey lagi walaupun sedikit sibuk sebab ramai yang dah mula bercuti akhir tahun. Bila masuk ke dalam barisan, terus saja kami ke depan. Tak lama selepas itu bila berpaling ke belakang, Masyaallah... panjang sungguh!
|
Suasana masih tenang sebab masih awal pagi |
|
Check-in di KLIA |
Lepas dah check-in kita pergi pula menunaikan Solat Subuh. Kita berdoa semoga perjalanan kita ke Phuket dirahmati dan dilindungi Allah SWT.
|
Pergi ke Surau untuk Solat Subuh |
|
Kita Solat Subuh dulu... |
|
Mengikut majikan untuk memulakan penghidupan baru |
Walaupun jam dah pun menunjukkan pukul 8.45 pagi, penumpang-penumpang ke Phuket masih tidak dibenarkan masuk ke gate untuk memberi laluan kepada penumpang ke Hanoi di gate sebelah yang masih ramai belum melepasi sekuriti. Selepas penumpang-penumpang ke Hanoi ini selesai masuk ke Gate H8 di sebelah, barulah kami yang nak ke Phuket ini dibenarkan masuk ke gate pelepasan.
|
Beratur masuk ke pintu perlepasan |
|
Pintu H10 |
|
Menunggu panggilan masuk ke dalam pesawat |
|
Pesawat Malaysia Airlines yang dah bersedia untuk membawa kami ke Phuket |
|
Maklumat pesawat kami |
|
Airbridge |
|
Berjalan masuk ke pesawat |
|
Phuket, here we come! |
Penerbangan kami Malaysia Airlines MH 786 berlepas dari KLIA menuju ke Phuket pada pukul 9.45 pagi. Penerbangan adalah menggunakan pesawat Boeing 787-800 model lama yang tak ada personal monitor kat depan tempat duduk.
|
Membuat penerbangan turun menghampiri Phuket International Airport |
|
Bersedia untuk mendarat |
|
Alhamdulillah, selamat mendarat di Phuket |
|
Menuju ke pintu ketibaan |
|
Phuket International Airport |
|
International Arrivals di Phuket International Airport |
Walaupun airport di Phuket bersaiz sederhana, ia adalah sebuah destinasi percutian yang terkenal di seluruh dunia, lebih-lebih lagi di hujung tahun begini. Ada banyak pesawat antarabangsa yang tiba bersama kami ketika itu. Oleh yang demikian, kami terpaksa mengambil masa yang sedikit lama untuk melepasi pemeriksaan passport. Seronok melihat ada pegawai imigresen wanita Muslim Thai yang memakai tudung kepala sedang bertugas.
|
Kedai Duty Free di Phuket International Airport |
|
Berjalan menuju ke tempat pemeriksaan passport |
|
Kenangan di Phuket International Airport |
|
Mengambil bagasi |
|
Berjalan menuju ke pintu keluar |
Dekat luar pintu masuk, pening pulak kepala kita mencari pick-up kami. Kalau dulu kami pening melihat poster-poster nama yang ditampal bertindih-tindih di sepanjang laluan keluar dari Ngurah Rai Airport di Bali, seriously kami lebih pening melihat poster nama yang ditampal di laluan keluar di Phuket International Airport ini. Dua kali kami round mencari satu persatu poster nama yang ditampal, barulah berjumpa dengan nama kami dan greeter yang menunggu kami di airport yang bernama Kassim. Dia adalah seorang lelaki Melayu Thai yang berasal dari Pattani.
|
Suasana poster-poster nama yang ditampal di sepanjang laluan keluar dari airport. |
|
Bertindih-tindih poster nama yang ditampal |
|
Dua round kami pusing mencari nama kami |
|
Jumpa juga akhirnya... |
|
Menunggu Tour Guide datang pulak |
|
Membawa bagasi masuk ke kereta |
Part 3: Phuket
Program pertama kami sebaik tiba di Phuket adalah membuat Phuket City Tour. Tour Guide kami adalah seorang lelaki Melayu Thai yang berasal dari Pattani yang bernama Anwar. Anwar pernah tinggal di Bangi, Malaysia selama 3 tahun dan boleh bertutur Bahasa Malaysia dengan sangat baik.
Anwar juga fasih berbahasa Thai dan Inggeris dan sedikit Bahasa Arab. Kata Anwar dia sebenarnya selalu menjadi Tour Guide kepada warga Indonesia yang datang melawat Phuket. Tak seperti pelancong Malaysia yang boleh memahami Bahasa Inggeris, pelancong Indonesia selalunya tidak begitu. Kerana itulah kata Anwar pelancong Indonesia akan meminta Tourist Guide seperti beliau untuk mengikut bersama sepanjang masa.
|
Pemandangan pertama di Phuket |
Phuket adalah antara destinasi pelancongan utama di Thailand. Ia adalah sebuah pulau dan province tersendiri yang terletak di selatan Thailand dan mempunyai keluasan hampir sebesar negara Singapura. Secara keseluruhan Thailand mempunyai 77 buah province berbanding Malaysia yang mempunyai 14 buah negeri. Pulau ini sangat bergantung kepada pelancongan kerana ia tidak mempunyai industri ataupun kegiatan pertanian yang besar. Kerana itulah ekonomi Phuket hampir hancur sewaktu pandemik Covid-19 dulu.
Kata Anwar, sebelum Covid-19 Phuket paling ramai dikunjungi pelancong dari China dan Eropah. Namun kini disebabkan China masih belum membuka pintu sempadan mereka, bilangan pelancong yang paling besar datang dari India. Ini memang kami akui kerana mereka berada di mana-mana di Phuket ketika itu. Kami juga ada beberapa pengalaman memeningkan kepala dengan pelancong India ini sepanjang percutian singkat kami di Phuket yang akan Myself ceritakan nanti.
Selain pelancong dari India, Phuket juga kini menjadi tumpuan pelancong dari Russia. Kata Anwar, pelancong Russia ini tinggal berbulan-bulan di Phuket kerana mereka ingin melarikan diri dari kerahan tentera di negara mereka yang sedang berperang dengan Ukraine. Memang benar seperti kata Anwar kerana ramai Mat Salleh yang kami temui sewaktu bercuti di Phuket adalah Orang Russia.
|
Shopping centre Robinson Lifestyle |
Dalam perjalanan juga kami melalui Phuket Heroines Monument. Di tengah monumen ini dibina patung 2 orang wanita adik-beradik bernama Lady Chan dan Lady Mook. Kedua wanita ini sangat berjasa menentang penjajahan Burma pada masa dahulu.
|
Pemandangan di dalam Restoran Marina Kitchen |
Makanan yang dihidangkan kepada kami adalah makanan tipikal Thai. Memang sedap! Walau kami selalu makan makanan Thai di Malaysia, rasanya memang tak sesedap di tempat asal mereka, terutama masakan Tomyam.
|
Menikmati lunch di Restoran Marina Kitchen |
|
Tomyam Seafood, Ayam Berempah dan Ikan Tiga Rasa yang sangat sedap. |
|
Air oren yang juga sangat sedap. Air oren ini walau bagaimanapun terpaksa dibayar sendiri kerana tak termasuk dalam pakej. Harganya THB 80 (RM 10) |
Bersambung ke Bahagian 2...
CATATAN PERJALANAN PHUKET (2022):
No comments:
New comments are not allowed.