Friday, 26 April 2024

2024 LABUAN BHG. 10 (Ambuyat & Seafood)

Februari 2024

LABUAN, MALAYSIA

Bahagian 10: Makan-Makan Di Labuan
PONDOK CAHAYA MENTARI & MAWILLA YACHT CLUB RESTAURANT

HARI KETIGA (3)

Part 23: Pondok Cahaya Mentari

Disebabkan ada event ofis pada sebelah petang yang perlu dihadiri, Ayu membawa kami lunch awal pada hari ini. Dia nak membawa kami mencuba makanan tradisional Labuan yang dinamakan Ambuyat di sebuah restoran di Tanjung Aru Nelayan.

Menuju ke Tanjung Aru Nelayan
Perkampungan di Labuan
Dalam perjalanan ke Tanjung Aru Nelayan, kami melalui satu-satunya sungai yang terdapat di Pulau Labuan ~ Sungai Kinabenua yang dipenuhi dengan hutan bakau di tebingnya. Hutan bakau ini juga telah diisytiharkan sebagai sebahagian dari Labuan Geopark.

Sungai Kinabenua
Disebabkan Pulau Labuan sendiri tidak besar, Sungai Kinabenua juga tidak besar. Ia tidak mampu menampung keperluan bekalan air untuk kegunaan penduduk Labuan sendiri. Oleh yang demikian, bekalan air bersih terpaksa dibawa masuk menggunakan paip bawah laut dari Beaufort di Sabah. Labuan juga sebenarnya sering mengalami masalah gangguan bekalan air. Sama macam di Selangor!

Menaiki jambatan merentas Sungai Kinabenua
Hutan Bakau di tebing Sungai Kinabenua adalah sebahagian dari Labuan Geopark
Restoran tempat kami lunch bernama Pondok Cahaya Mentari. Ia hanya dibuka pada hujung minggu dan terletak betul-betul di tepi pantai Tanjung Aru Nelayan. Kebetulan hari itu adalah Hari Sabtu. Maka dapatlah kami mencuba makan di sini.

Pemandangan di Tanjung Aru Nelayan
Pondok Cahaya Mentari di Tanjung Aru Nelayan
Pantai Tanjung Aru Nelayan di depan restoran
Sayangi Pantai Labuan
Pintu masuk ke restoran Pondok Cahaya Mentari
Hidangan istimewa di restoran ini adalah makanan tradisional yang dinamakan Ambuyat
Suasana di Pondok Cahaya Mentari
Posing bersama Ayu
Ruang makan beratap di Pondok Cahaya Mentari
Dapur restoran terletak di sebelah sana
Pemandangan blok utama Pondok Cahaya Mentari dari depan. Restoran ini diusahakan oleh keluarga Nalam
Pemandangan menghala ke laut dari depan blok utama
Pemandangan menghala ke laut dari restoran
Memesan makanan
Menu di Pondok Cahaya Mentari
Service di restoran ini memang cepat. Makanan yang kami order tiba dengan cepat. Myself dan Husband memang tak pernah melihat Ambuyat sebelum ini. Rupa-rupanya ia adalah makanan yang dibuat dari Tepung Sagu dan sering dimakan oleh masyarakat Melayu-Brunei bagi menggantikan nasi. Rupanya memang macam kanji.

Set makan tengahari kami
Ambuyat
Disebabkan kami tak biasa makan Ambuyat, kami meminta Kakak Waitress mengajar kami bagaimana nak memakannya. Lebih-lebih lagi sebab ada kayu macam chopstick diberi bersama Ambuyat. Cuma bezanya kayu chopstick ini cuma terbelah di hujung dan tidak terpisah terus macam yang sering dipakai oleh kaum Cina.

Ada kayu macam chopstick yang tidak terbelah di hujung diberi bersama Ambuyat
Cicah Mambangan
Cicah Asam
Rupa-rupanya kayu chopstick ini diguna untuk mencedok Ambuyat. Lepas dicedok, Ambuyat yang likat ini digulung-gulung di sekeliling chopstick untuk dicicah dengan Air Asam dan Mambangan yang diberi bersama sebelum disuap ke mulut. Seperti juga cara kita memakan nasi, Ambuyat juga dimakan dengan lauk-pauk.

Demonstrasi menggulung Ambuyat
Ambuyat yang siap digulung dicicah dengan Asam dan Mambangan sebelum disuap ke dalam mulut
Selepas selesai demonstrasi, tibalah masa untuk kita sendiri mencuba menggulung Ambuyat dengan chopstick yang diberi. Terkial-kial kita mencuba sampai ketawa family Labuan local yang duduk di sebelah meja kami. Last-last mereka mencadangkan supaya kami makan saja Ambuyat menggunakan sudu. Hahaha!!

Percubaan menggulung Ambuyat yang kurang berjaya. Hahaha!!
Ambuyat dan makanan-makanan lain yang dihidangkan memang sedap dan kena dengan tekak Myself. Berselera juga kita makan tengahari itu. Tapi Ambuyat itu kenalah disuap dengan sudu, dan bukan dengan chopstick. Hahaha!! Memang fail kalau nak menyamar jadi orang local Labuan.

Sambil makan, pengunjung dihidangkan dengan nyanyian merdu lagu-lagu pop klasik dari seorang lelaki yang Myself rasa adalah juga pemilik restoran ini. Suaranya memang hebat. Maklumlah, orang Labuan seperti juga orang Sabah, memang pandai menyanyi.

Hiburan lagu-lagu pop klasik sambil makan di Pondok Cahaya Mentari
Hebat suara Pakcik ini menyanyi
Selepas makan dan sebelum meninggalkan restoran Pondok Cahaya Mentari dengan pengalaman unik memakan Ambuyat, kita nikmati dulu keindahan Pantai Tanjung Aru Nelayan.


Part 24 : Kuda Aurora

Walaupun Ayu adalah seorang yang kecil molek, dia adalah penggemar sukan lasak. Dia sedang berlatih untuk mendaki Gunung Kinabalu tidak lama lagi bersama kawan-kawannya di Labuan. Di samping itu, Ayu juga mempunyai lesen PADI untuk membuat Scuba Diving. Di Labuan ini juga, Ayu turut memiliki seekor kuda kerana dia gemar menunggang kuda. Sebelum membawa kami pulang ke hotel, kami singgah dulu di Bangsal Kuda untuk melawat kuda Ayu.

Menuju ke Bangsal Kuda
Bangsal kuda Ayu terletak di Palm Beach. Ada beberapa ekor kuda dipelihara di bangsal ini.

Pintu masuk ke bangsal kuda
Pejabat bangsal kuda
Jom kita ke sana
Disebabkan pengalaman melawat ke bangsal kuda adalah sesuatu yang rare, kita nikmati dulu suasana di sekeliling...

Suasana di bangsal kuda
Tempat menunggang kuda yang juga digunakan bagi sukan memanah
Paddock untuk kuda Ayu terletak di sana...
Kuda Ayu adalah seekor kuda betina yang bernama Aurora. Ia berusia 18 tahun dan kalau mengikut usia kuda yang rata-ratanya boleh mencecah usia sehingga 50 tahun adalah kuda remaja. Aurora sebenarnya berasal dari Argentina dan pernah dimiliki oleh seorang kenamaan sebelum dibeli oleh Ayu.

Melawat Aurora di kandang
Aurora yang manja dengan tuannya
Bagi Aurora makan carrot
Banyak juga ilmu tentang kuda yang kami pelajari di sini. Nabi Muhammad SAW memang menggalakkan umat Islam belajar menunggang kuda. Dari Amirul Mukminin, Umar al-Faruq ibn al-Khattab, Rasulullah SAW bersabda: "Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah" (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim). Selain dari itu, kalau bertemu dengan kuda, usaplah dahinya kerana keberkatan kuda terletak pada ubun-ubunnya. Ada sebuah Hadis Nabi yang menyebut: Dari Anas bin Malik, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW yang ertinya: "Barakah itu ada pada ubun-ubun kuda".
 
Kuda juga turut disebut di dalam kitab suci Al Quran. Perkataan 'kuda' sendiri disebut sebanyak 5 kali di dalam Al Quran. Malah Surah 100 (Surah Al Adiyat) di dalam Al Quran turut dinamakan sempena kuda. Terjemahannya adalah seperti berikut:

[Al Quran 100: Ayat 1-11]:
SURAH AL ADIYAT (Kuda Perang Yang Berlari Kencang):
[1] Demi kuda perang yang berlari kencang termengah-mengah;
[2] Dan kuda yang memercikkan bunga api (dengan hentakan kakinya); 
[3] Dan kuda yang menyerang (dengan tiba-tiba) pada waktu pagi; 
[4] Sehingga menerbangkan debu; 
[5] Lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh; 
[6] Sungguh manusia itu sangat ingkar, (tidak bersyukur kepada Tuhannya); 
[7] Dan sesungguhnya dia (manusia) menyaksikan (mengakui) keingkarannya; 
[8] Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan; 
[9] Maka tidakkah dia mengetahui apabila apa yang ada di dalam kubur dikeluarkan; 
[10] Dan apa yang tersimpan di dalam dada dilahirkan? 
[11] Sungguh, Tuhan mereka pada hari itu Maha Teliti terhadap keadaan mereka.

Kita juga dinasihatkan supaya berhati-hati sewaktu memberi kuda makan kerana kuda gemar menggigit dan gigitan kuda sangat kuat. Ada juga Myself bertanya betulkah kuda tidur berdiri? Kata penjaga kuda, kuda akan berbaring kalau tidur nyenyak tetapi mereka mereka memang berdiri kalau sekadar napping.

Kuda-kuda lain di bangsal kuda
Kuda yang melawat jiran sebelah
Kuda yang memakai mask
Jiran sebelah Aurora
Melawat kawan-kawan Aurora
Bermesra dengan kuda
Cantik kuda ini
Makan time
Penjaga kuda
Rumput untuk makanan kuda
Aurora sedang makan rumput
Husband bergambar dengan penjaga kuda

Part 25: Mawilla Yacht Club Restaurant

Malam itu adalah malam terakhir kami di Labuan dan Ayu membawa kami makan seafood di Mawilla Yacht Club Restaurant di bandar Labuan.

Mawilla Yacht Club Restaurant
Laluan masuk ke restoran
Pemandangan malam dari laluan masuk ke restoran
Pemandangan menghala ke Pelabuhan Labuan
Sebaik tiba, kami memilih dulu seafood yang hendak dimakan pada malam itu.

Memilih seafood yang hendak dimakan
Pelbagai pilihan seafood yang ada
Petugas yang melayan kami
Harga seafood yang dijual
Secara kebetulan, malam itu juga adalah malam Chap Goh Meh yang meraikan penutup perayaan Tahun Baru Cina. Oleh yang demikian, restoran Mawilla agak penuh malam itu sehingga kami perlu menunggu sebentar sebelum mendapat tempat duduk.

Restoran Mawilla full house pada malam itu disebabkan perayaan Chap Goh Meh
Pemandangan di Mawilla Yacht Club Restaurant
Sambil menunggu sehingga ada meja kosong, kami melepak-lepak dulu menikmati pemandangan malam di sekitar restoran.

Menu yang dihidangkan di Restoran Mawilla Yacht Club adalah menu tipikal yang sering dihidangkan di mana-mana restoran jua. Namun begitu, masakannya memang marvellous. Tomyam yang dihidangkan memang out of this world. Harga seafoodnya juga lebih murah dari harga yang biasa dikenakan di Semenanjung Malaysia.

Suasana di ruang makan tertutup Restoran Mawilla Yacht Club
Tomyam yang marvellous
Hidangan istimewa di Restoran Mawilla ~ Silver Fish yang diimport dari China. Ia memang sedap.
Sotong Masak Pedas
Butter Prawn
Sayur
Memandangkan ini adalah malam terakhir Myself dan Husband berada di Labuan, kita abadikan dulu beberapa gambar untuk kenangan sebelum meninggalkan Restoran Mawilla Yacht Club.

Bergambar dengan Ayu. Thank you Ayu kerana sudi membawa Myself dan Husband berjalan-jalan di sekitar Labuan sepanjang hari ini.
Kenangan sebelum meninggalkan Mawilla Yacht Club
Walaupun jam baru menunjukkan pukul 9 malam, semua orang dah pulang kerana matahari terbenam awal di Labuan
Pemandangan malam di bandar Labuan


Bersambung ke Bahagian 11...