Wednesday, 17 April 2024

2024 LABUAN BHG. 01 (KL - Labuan)

Februari 2024

LABUAN, MALAYSIA

Bahagian 1: Arrival
KUALA LUMPUR KE LABUAN

Part 1 : Outstation Ke Labuan

Seminggu selepas kami kembali dari menunaikan Umrah, Myself telah diminta untuk mewakili Boss dalam satu event ofis yang berlangsung di Labuan. Macam biasa bila kita pergi outstation, Husband pasti akan menemani. Dia cukup excited bila diajak menemani kita ke Labuan kerana dia belum pernah menjejak kaki ke sana. Myself sendiri pun excited juga kerana kali terakhir kita menjejak kaki ke Labuan adalah kira-kira 20 tahun dahulu.

Myself percaya ada ramai rakyat Malaysia yang belum pernah sampai ke Labuan. Jadi Myself akan bercerita tentang beberapa pengalaman menarik kami sewaktu di Labuan. Bak kata orang, kalau tak kenal Labuan, maka kita tak cinta Labuan...

Peta Labuan
Myself dan Husband berpeluang berada di Labuan selama 4 Hari. Sewaktu Myself bekerja menghadiri event ofis, Husband berjalan-jalan macam seorang tourist. Jadi kita akan gunakan gambar-gambar dan pengalaman Husband sebagai seorang tourist dalam entry ini.

HARI PERTAMA

Part 2: Dari KL Terbang Ke Labuan

Salah satu cabaran kalau nak berkunjung ke Labuan dari Kuala Lumpur ialah bilangan direct flight yang tidak banyak. Pada masa sekarang, kedua-dua Malaysia Airlines dan Air Asia hanya mempunyai satu flight sahaja setiap hari. Dengan bilangan flight begitu, memanglah sukar untuk kita mendapatkan tiket bila mendapat tugasan last minute. Harga tiketnya pun memang mahal!! Tiket Myself memanglah ofis yang bayar. Tapi tiket Husband pulak, terpaksalah kita telan saja harga yang dikenakan.

Syukur Alhamdulillah kerana Myself dan Husband berjaya mendapat tiket Air Asia untuk penerbangan pergi ke Labuan sehari sebelum tarikh event berlangsung. Walau bagaimanapun, kami gagal mendapat direct flight balik dari Labuan ke KL kerana kedua-dua flight Air Asia dan Malaysia Airlines telah penuh pada hari event tamat dan juga pada keesokan harinya. Oleh yang demikian, pilihan yang terbaik ialah pulang ke Kuala Lumpur melalui Miri, Sarawak sehari selepas event berakhir.

Naik Grab ke KLIA2
Pemandangan Lebuhraya SUKE dari kejauhan
Disebabkan kami naik Air Asia, perjalanan kami bermula dari KLIA2. Memang dah lama sungguh kami tak datang ke KLIA2 dan naik Air Asia. Kali terakhir kami naik pesawat Air Asia adalah sewaktu pergi ke Alor Setar di awal zaman Covid berlalu pada tahun 2022. Lama sungguh tu ~ dah 2 tahun berlalu!

Tiba di KLIA2
Suasana sewaktu tiba di KLIA2
Masuk ke Bangunan Terminal
Pintu 2 di KLIA2
Rasa macam rusa masuk kampung bila kami tiba di KLIA2 sebab segala-galanya dah berubah. Suasana di KLIA2 juga tidak sibuk kerana hari itu adalah hari bekerja di tengah minggu.

Suasana di dalam Bangunan Terminal KLIA2
Escalator ke Transportation Hub
Menolak bagasi ke Passenger Area
Pintu masuk ke Passenger Area
Perhiasan sempena Chinese New Year
Check dulu status flight kita di sini
Suasana di Passenger Area
Mencari Check-in Kiosk
Salah satu kemestian kalau menggunakan Air Asia ialah kita perlu check-in sendiri. Disebabkan kami selalu travel dengan premier airline di mana urusan check-in dibuat di kaunter, terkial-kial juga kita nak menggunakan mesin check-in yang disediakan. Dah lupa langsung steps yang perlu diambil sewaktu menggunakan mesin ini. Haihh!!

Check-in Kiosk
Terkial-kial juga nak menggunakan mesin di Check-in Kiosk ini sebab dah lama tak pakai
Check-in bagasi pun kena buat sendiri
Selepas dah check-in bagasi, kami lunch di Food Court KLIA2. Terkejar-kejar juga semasa makan sebab kami nak kejar masa untuk Solat Jamak Zohor dan Asar di Boarding Area sebelum masuk flight ke Labuan.

Food Court di KLIA2
Suasana di Food Court
Food Court di KLIA2 ini ada lebih banyak pilihan makanan untuk rakyat marhaen berbanding di KLIA1.
Our Lunch Today...
Selepas dah lunch, kita masuklah ke Boarding Area. Pesawat kami ke Labuan Air Asia AK 5172 dijadual berlepas dari Pintu K14.

Boarding Area di KLIA2
Arah ke Pintu Perlepasan J
Arah ke Pintu Perlepasan K
Menuju ke Pintu K14
Pemandangan dari walkalator
Sempat bersolat di Surau berdekatan Pintu Perlepasan
Pintu K14
Suasana di Pintu K14
Pesawat kami belum tiba lagi pada waktu ini
Pesawat kami dijadual berlepas ke Labuan pada pukul 3 petang. Oleh yang demikian, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat pada pukul 2 petang.

Satu lagi pemandangan dari Pintu K14
Berjalan masuk ke dalam flight
Air Asia
Pemandangan pintu perlepasan sebelah
Tiba di pintu pesawat
Masuk ke dalam pesawat
Mencari tempat duduk
Disebabkan kami selalu sangat travel dengan premier airline, terasa sungguh betapa sempitnya seat Air Asia ini. Tapi tak kisahlah, asal kita selamat sampai di Labuan.

Pemandangan dari seat kami
Walaupun semua penumpang dah masuk ke dalam flight, pesawat kami tidak bertolak tepat pada pukul 3 petang mengikut jadual kerana menurut Kapten flight, ada pembaikan kecil yang perlu dibuat. Selepas 20 minit, barulah pesawat kami sedia untuk berlepas.

Pemandangan di luar pesawat
Menikmati pemandangan dari dalam pesawat
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan memakan masa 2 jam 30 minit. Alhamdulillah, cuaca sepanjang penerbangan amat baik sehingga kami sampai di Labuan. Ada sajian penerbangan yang telah dibundle sekali dalam harga tiket. Pilihan makanan dalam tiket bundle ini terhad. Kalau nak pilihan makanan yang lain, kenalah bayar extra.

Chicken & Cheese With Egg Mayo Sandwich
Uncle Chin's Chicken Rice
Uncle Chin's Chicken Rice
Tambahan Nacho Chips dan Teh Tarik yang kami beli di dalam flight
Nacho Chips dan Guacomole Sauce yang diberi bersama
Pemandangan sewaktu menghampiri Labuan
Tiba di Labuan
Airport di Labuan macam airport baru. Sewaktu Myself berulang-alik ke Labuan 20 tahun dulu, airport ini berkongsi dengan pangkalan TUDM.

Labuan Airport
Pesawat Malaysia Airlines yang sedang parking di Airport Labuan
Berjalan menuju ke Imigresen
Pesawat MASwings
Ada pemeriksaan imigresen yang dikenakan kepada pengunjung dari Semenanjung Malaysia yang masuk ke Labuan seperti juga kalau kita berkunjung ke Sabah dan Sarawak. Tetapi tak perlulah kita kena ada passport antarabangsa untuk masuk ke sini. Cukup sekadar menunjukkan Kad Pengenalan sebagai Warganegara  Malaysia.

Iklan tempat-tempat menarik di Labuan
Menuju ke Tempat Pengambilan Bagasi
Turun ke bawah
Tempat bagasi di bawah sana
Menunggu bagasi tiba

Part 3: Tiara Labuan Hotel

Kami tiba di Airport Labuan pada pukul 5.45 petang. Mengikut perancangannya, rakan yang bertugas di Labuan bernama Ayu akan menjemput kami di Airport Labuan. Secara kebetulan Ayu bermesyuarat di Kota Kinabalu pada hari ketibaan kami dan dia sepatutnya tiba kembali di Labuan dengan penerbangan dari Kota Kinabalu pada pukul 5.00 petang sedangkan kami pula dijangka tiba pada pukul 5.30 petang. Kereta Ayu memang parking di Airport, jadi mudahlah dia nak membawa kami terus ke hotel penginapan.

Tempat parking kereta di Airport Labuan
Walau bagaimanapun, kita merancang dan Tuhan menentukan. Flight Ayu dari Kota Kinabalu delay pulak berlepas sehingga ke pukul 6.30 petang. Oleh itu, Ayu meminta bantuan dari seorang staff yang bernama Ibrahim untuk membawa kami ke hotel. Ibrahim dah sedia menanti ketika kami tiba dan kami terus dibawa ke hotel penginapan. Thank you very much, Ibrahim!

Ibrahim yang membantu membawa kami ke hotel
Hotel penginapan kami di Labuan bernama Tiara Labuan Hotel. Ia adalah sebuah hotel 4 bintang yang terletak kira-kira 5 minit perjalanan dari airport.

Tiara Labuan Hotel
Jalan masuk ke lobi hotel
Bangunan Lobi Hotel Tiara Labuan
Fountain di depan hotel
Jom masuk ke lobi...
Lobi hotel
Suasana di lobi hotel yang dihias dengan tema Chinese New Year
Restoran hotel
Tempat menunggu di lobi hotel
Check-in
Lagi suasana di lobi hotel
Tiara Labuan Hotel adalah sebuah hotel yang berkonsep resort. Landskap dan suasana di hotel ini memang cantik. Sewaktu kami di sana, ada ramai penginapnya yang berasal dari Jepun. Mereka memilih untuk tinggal di hotel ini kerana kedudukannya yang tidak jauh dari Labuan Golf Club. Kita tengok suasana di Hotel Tiara Labuan lagi...

Untuk ke bilik penginapan dari lobi, kita perlu melalui taman hotel yang dijaga indah dan rapi.

Terperanjat melihat betapa besarnya bilik penginapan kami. Ia juga terletak di bahagian depan hotel, menghala ke laut. Tetapi disebabkan pantainya jauh ke bawah di seberang jalan, tak nampaklah pemandangan pantai ini dari bilik kami.

Pintu masuk ke bilik
Suasana di dalam bilik
Sofa
Pintu ke balkoni bilik
Balkoni bilik kami
Pemandangan dari balkoni yang menghala ke Laut China Selatan
Pemandangan di bilik kami dari angle lain
Bilik Mandi
Bath Tub
Sinki dan tandas
Malam itu, Myself menghadiri event yang dianjurkan oleh ofis. Husband cuma stay di hotel.

Suasana malam di balkoni
Pemandangan malam dari balkoni


Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN LABUAN (2024):

No comments: