Februari 2024
LABUAN, MALAYSIA
Bahagian 3: Bersiar-siar Di Labuan
MENARA JAM & MUZIUM MARIN LABUAN
HARI KEDUA (2)
Part 8 : Menara Jam Labuan
Husband terus berjalan lagi sehingga ke Bandar Labuan yang pada zaman pemerintahan British dulu dikenali sebagai Victoria. Setibanya di sana, dia terus menuju ke Menara Jam Labuan.
|
Pemandangan Menara Jam Labuan dari seberang jalan |
|
Menara Jam Labuan |
Menara Jam ini pada mulanya didirikan sekitar tahun 1906 oleh seorang peniaga terkemuka Negeri-Negeri Selat yang berasal dari Melaka bernama Chee Swee Cheng. Ia telah diroboh oleh British pada tahun 1948 dengan janji untuk dibina semula. Walau bagaimanapun, janji British tetap tinggal janji. Ia akhirnya hanya berjaya dibina semula pada tahun 2002 oleh Perbadanan Labuan dengan menggunakan peruntukan yang diterima dari Kementerian Pelancongan Malaysia.
|
Pandangan lebih dekat Menara Jam Labuan |
|
Menara ini telah dibina semula mengikut struktur asal oleh Perbadanan Labuan pada tahun 2002. |
|
Keterangan mengenai Menara Jam Labuan |
Bandar Victoria (Labuan) dibom teruk sewaktu Perang Dunia Kedua. Hanya 4 struktur sahaja yang terselamat ketika itu yang mana salah sebuah di antaranya adalah Menara Jam ini. Tiga struktur lain yang terselamat adalah Chimney, Hospital dan Rumah Api Pulau Papan. Walau terselamat dari pengeboman, ia tetap diruntuhkan oleh British dan dibina semula oleh Perbadanan Labuan.
|
Pemandangan menara di sebalik gerbang |
|
Menara ini adalah salah sebuah dari empat struktur di bandar Victoria (Labuan) yang terselamat dari pengeboman dalam Perang Dunia Kedua |
|
Menara Jam yang menjadi salah sebuah mercu tanda bandar Labuan pada hari ini |
|
Menara Jam Labuan dari dua sudut pandang yang berbeza |
|
Pintu masuk ke Menara Jam yang tidak boleh dimasuki |
|
Gerbang masuk ke Menara Jam Labuan |
|
Meninggalkan Menara Jam |
Part 9: Medan Selera LabuanMedan Selera Labuan terletak berdekatan Menara Jam Labuan. Kata Ayu kepada kami, inilah satu-satunya Food Court yang terdapat di Labuan.
|
Medan Selera Labuan |
|
Kakak yang berniaga di Medan Selera Labuan |
|
Nasi Briyani |
|
Ayam Bakar |
|
Suasana di Medan Selera Labuan |
Food Court ini kelihatan sunyi ketika Husband tiba kerana mungkin hari masih awal ketika itu. Kata Ayu kepada kami lagi, disebabkan ini adalah satu-satunya Food Court di Labuan, ia sangat meriah di sebelah malam terutama pada hari gaji.
|
Pemandangan menghala ke Tempat Permainan Kanak-Kanak |
|
Suasana dari Tempat Permainan Kanak-Kanak |
|
Kemudahan-kemudahan di Medan Selera Labuan |
|
Meninggalkan Medan Selera Labuan |
Part 10: Muzium Marin Labuan
Lawatan Husband yang seterusnya adalah ke Muzium Marin Labuan. Myself sendiri tidak berkesempatan untuk masuk ke muzium ini, tetapi kita memang sering lalu di hadapannya sewaktu berada di Labuan.
|
Arah ke Muzium Marin Labuan |
|
Muzium Marin Labuan terletak di dalam bangunan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan ini |
|
Bangunan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan |
|
Pemandangan keseluruhan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan |
|
Pancutan air di depan Kompleks Sukan Laut |
|
Jom masuk ke dalam untuk mencari Muzium Marin Labuan... |
Sebelum masuk ke muzium, kita lihat-lihat dulu suasana di sekitar Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan ini. Menurut maklumat yang diberi, kompleks ini menganjurkan pelbagai pertandingan sukan laut di peringkat tempatan dan antarabangsa setiap tahun. Namun demikian, disebabkan tiada acara sedang berlangsung ketika itu, ia kelihatan sepi.
|
Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Cawangan Labuan |
|
Peta Pulau Labuan yang berbentuk seakan-akan segitiga |
|
Menjenguk ke dalam Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Cawangan Labuan |
|
|
Basikal untuk disewa |
|
Tandem Bike |
|
Pintu masuk ke Muzium Marin Labuan |
Sebelum masuk ke Muzium Marin Labuan, kita lihat-lihat dulu suasana yang ada di sekitar...
|
Pelabuhan Labuan |
Sekarang, baru kita masuk ke dalam muzium... Muzium Marin Labuan yang dibuka pada tahun 2003 adalah muzium yang bertemakan hidupan laut.
|
Pintu masuk ke Muzium Marin Labuan |
|
Peta tempat-tempat menarik di Labuan |
Muzium Marin Labuan terdiri dari dua tingkat. Galeri pameran aras bawah muzium ini menumpukan pameran mengenai hidupan marin. Di ruang yang pertama, kita diperkenalkan dengan ikan-ikan tempatan yang terdapat di Labuan.
|
Mula di sini... |
|
Jom masuk ke dalam |
|
Pameran mengenai terumbu karang |
|
Akuarium yang mempamerkan ikan-ikan tempatan Labuan |
|
Larangan menggunakan flash sewaktu menangkap gambar |
|
Pemandangan dalam muzium |
|
Ikan tempatan |
|
Keterangan mengenai ikan-ikan tempatan Labuan |
|
Ikan-ikan tempatan di Labuan |
|
Ikan Pari |
|
Lionfish |
CATATAN PERJALANAN LABUAN (2024):
No comments:
New comments are not allowed.