Thursday, 18 April 2024

2024 LABUAN BHG. 02 (Pantai Tg. Batu & Taman Tg. Purun)

Februari 2024

LABUAN, MALAYSIA

Bahagian 2: Pantai Di Labuan
PANTAI TANJUNG BATU & TAMAN AWAM TANJUNG PURUN

HARI KEDUA (1)

Part 4 : Breakfast Di Hotel Tiara Labuan

Kami bangun awal di Labuan sebab seperti di Kota Kinabalu, Waktu Subuh di sini adalah sejam lebih awal berbanding Kuala Lumpur. Kalau bangun pagi mengikut kebiasaan di KL, alamat kesianganlah jawabnya.

Pemandangan Subuh dari balkoni bilik penginapan kami di Hotel Tiara Labuan
Pemandangan Laut China Selatan di subuh hari
Ada event ofis yang berlangsung sepanjang hari di Labuan hari ini. Tetapi sebelum bergerak menuju ke tempat event, Myself dan Husband sempat breakfast bersama di Hotel Tiara Labuan.

Pemandangan sewaktu matahari terbit
Tak cukup masa nak bersantai-santai di kerusi balkoni sambil menikmati suasana matahari terbit
Landskap yang menarik di Hotel Tiara Labuan
Kolam Ikan
Ikan di dalam kolam
Kerusi untuk bersantai sambil menikmati pemandangan kolam ikan
Berjalan menuju ke restoran
Masa kecik-kecik dulu memang kita percaya sungguh bila diberitahu yang Hantu Langsuir suka bertenggek di pokok ini
Padang untuk acara rekreasi
Kerusi untuk bersantai
Swimming Pool
Restoran di Hotel Tiara Labuan tidak besar. Pilihan buffet sarapan paginya juga agak terhad. Makanannya juga biasa saja kepada kami. Teringat cerita Ayu kepada kami tentang makanan di Labuan. Ayu sebenarnya berasal dari Johor dan bertugas di sana sebelum berpindah ke Labuan. Selepas beberapa ketika bertugas di Labuan, dia bercuti ke Semenanjung Malaysia. Sewaktu di Semenanjung, dia merasa semua makanan macam masin belaka. Rupa-rupanya dia dah terbiasa dengan cara makanan di Labuan yang agak tawar.

Ada sebuah pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Labuan. Selalu ada jualan makanan dibuat di pangkalan ini. Kata Ayu, semua orang dari Semenanjung Malaysia di Labuan akan pergi ke situ kalau nak mencari makanan yang sedap (menurut standard Orang Semenanjung).

Restoran The Grill di Hotel Tiara Labuan
Suasana di Restoran The Grill
Salad
Sarapan pagi kami

Part 5 : Pantai Tanjung Batu

Hotel Tiara Labuan terletak bertentangan dengan Pantai Tanjung Batu yang merupakan sebahagian dari Labuan Geopark. Disebabkan masih ada masa sebelum event ofis bermula, Myself dan Husband berjalan-jalan di pantai ini.

Tiara Labuan Hotel
Pemandangan blok kediaman kami di Hotel Tiara Labuan
Close-up sikit pemandangan bilik kediaman kami yang paling hujung di tingkat atas
Bangunan lobi Hotel Tiara Labuan
Pemandangan keseluruhan bahagian depan Hotel Tiara Labuan
Tempat parking kenderaan
Tangga turun ke jalan raya. Pantai Tanjung Batu terletak di seberang jalan ini.
Pemandangan Hotel Tiara Labuan dari seberang jalan
Disebabkan hotel ini terletak tidak jauh dari Airport Labuan, selalu kelihatan pemandangan pesawat yang hendak mendarat seperti ini.
Pantai Tanjung Batu terletak di sebelah timur Pulau Labuan. Oleh yang demikian, ia adalah salah sebuah pantai yang terkenal dengan keindahan pemandangan matahari terbit. Tapi disebabkan kami datang ketika matahari dah naik tinggi, tak dapatlah nak menikmati keindahan matahari terbit itu.

Arah ke Pantai Tanjung Batu
Pantai ini adalah sebahagian dari Labuan Geopark
Kita lihat pemandangan indah suasana pagi di Pantai Tanjung Batu.

Keterangan mengenai Labuan Geopark
Close-up
Dari pengalaman kami melawat Labuan, kami dapati pulau ini mempunyai banyak pantai yang cantik. Macam boleh rival pemandangan pantai di Terengganu. Hahaha!!

Awan yang selalu kelihatan cantik di Labuan
Pesawat MASwings yang hendak mendarat di Airport Labuan
Pantai yang panjang di Tanjung Batu, Labuan
Indah
Mari kita lihat lagi pemandangan lain yang sempat kami capture...

Myself tak dapat nak stay lama kerana perlu menghadiri event ofis pada pagi ini. Maka kita tinggalkanlah Husband seorang-seorang terus menikmati pemandangan indah di Pantai Tanjung Baru sewaktu matahari dah naik tinggi...

Alangkah indahnya ciptaan Tuhan di Labuan.

Di tepi Pantai Tanjung Batu ini juga ada sebuah gerai yang menjual makanan tempatan. Di sinilah Husband membeli makanan tengahari pada hari kedua ini.
 
Pantai Tanjung Batu
Gerai di Pantai Tanjung Batu
Gerai ini juga boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki dari Hotel Tiara Labuan
Makanan yang disediakan
Menyedia makanan yang dipesan
Tempat duduk yang terhad turut disediakan

Part 6: Taman Awam Tanjung Purun

Selepas melawat Pantai Tanjung Batu, Husband berjalan kaki menyusuri laluan di tepi pantai sehingga sampai ke Taman Awam Tanjung Purun.

Berjalan ke Taman Awam Tanjung Purun
Suasana di Taman Awam Tanjung Purun
Lawn Bowl Arena dekat Taman Awam Tanjung Purun
Mercu tanda di Taman Awam Tanjung Purun
Ya Allah, Rahmatilah Labuan
Taman Awam Tanjung Purun
Close-up
Berjalan-jalan lagi...
Tempat untuk bersantai
Healing di tengah taman...
Menikmati suasana
Jom ikut Husband berjalan-jalan menikmati suasana di Taman Awam Tanjung Purun, Labuan...

Bendera Wilayah Persekutuan
Lawn Bowling Arena

Part 7: Labuan International Lawn Bowling Arena

Husband berjalan lagi sehingga ke bandar Labuan. Kebetulan dia melintasi Labuan International Lawn Bowling Arena. Macam meriah je suasana di situ kerana ada pertandingan Lawn Bowling sedang berlangsung. Jadi dia menjenguk masuk ke dalam...

Labuan International Lawn Bowling Arena
Jom masuk ke dalam...
Suasana di dalam
Ada pertandingan Labuan Open Pairs sedang berlangsung sempena perayaan Hari Wilayah Persekutuan
Pertandingan sedang berlangsung
Pemandangan dari sudut lain
Umpire Pertandingan yang terlelap sewaktu bertugas
Ala, comelnya...


Bersambung ke Bahagian 3...


No comments: