LABUAN, MALAYSIA
Bahagian 11: Pulang
LABUAN -- MIRI -- KUALA LUMPUR
HARI KEEMPAT
Part 26: Labuan Airport
Hari Keempat adalah hari untuk kami pulang dari Labuan ke Kuala Lumpur. Sepatutnya kami terbang dari Labuan ke Miri dengan sebuah pesawat MASwings pada pukul 10.40 pagi dan menyambung perjalanan seterusnya dari Miri ke Kuala Lumpur dengan pesawat Malaysia Airlines pada pukul 1.50 petang. Namun demikian, pada lewat petang semalam kami mendapat notifikasi dari MASwings yang pesawat kami yang sepatutnya berlepas pada pukul 10.40 pagi itu delay sehingga ke pukul 1.30 tengahari.
Disebabkan perkara ini juga, kami telah dihubungi oleh petugas MASwings untuk dipindahkan ke pesawat yang berlepas lebih awal ke Miri pada pukul 7.55 pagi untuk membolehkan kami meneruskan perjalanan pulang dari Miri ke Kuala Lumpur pada pukul 1.50 petang seperti yang dijadualkan. Kata petugas tersebut, kalau kami miss pesawat dari Miri ke KL ini, tiket yang available seterusnya hanya 5 hari lagi. Aduhh, takkan nak kena stay kat Miri sampai 5 hari pulak menunggu penerbangan sambungan ke KL!
|
Bersedia untuk pulang ke Kuala Lumpur |
Ayu sebenarnya dah merancang nak membawa kami breakfast di sebuah lagi tempat yang best katanya pada pagi ini sebelum membawa kami ke airport. Tetapi disebabkan jadual perjalanan dah berubah, Myself dan Husband memutuskan untuk menggunakan free shuttle service yang disediakan oleh hotel ke airport. Tak mahulah menyusahkan Ayu menghantar kami awal-awal pagi ke airport pula. Next time sajalah Ayu, kita pergi breakfast di sana!
|
Free shuttle service dari Hotel Tiara Labuan ke Lapangan Terbang Labuan |
|
Bagasi dimasukkan ke dalam van |
|
Bergerak menuju ke Airport Labuan |
Perjalanan dari Hotel Tiara Labuan ke Labuan Airport cuma memakan masa kira-kira 5 minit. Airport Labuan masih sunyi lagi pada ketika itu kerana hari masih awal pagi.
|
Tiba di Airport Labuan |
|
Suasana awal pagi di Airport Labuan |
|
Jom masuk ke dalam... |
|
Masih sunyi sebab hari masih awal pagi |
|
Kaunter check-in pun masih belum dibuka |
|
Jadual penerbangan |
Ada surprise yang menanti kami sewaktu check-in di kaunter MASwings. Disebabkan flight asal kami telah delay dan kami ditukarkan penerbangan yang lebih awal ke Miri, Malaysia Airlines memberi free upgrade ke Business Class bagi penerbangan dari Miri ke Kuala Lumpur.
|
Check-in untuk penerbangan ke Miri |
|
Aiseyy, dapat free upgrade ke Business Class untuk flight Miri-KL!! |
Sambil menunggu masa penerbangan ke Miri, kita jamah dulu bekalan roti dan air mineral yang kami beli di bandar Labuan malam tadi. Maklumlah takut kelaparan pulak kalau berhasrat nak breakfast bila sampai di Miri saja.
|
Bekalan roti dan air mineral yang dibeli di bandar Labuan malam tadi |
Bila hari dah cerah, Husband berjalan-jalan di sekitar airport. Kita tengok gambar-gambar yang diambil oleh Husband sekitar Airport Labuan.
|
Mural aktiviti laut di sekitar Labuan |
|
Mural Chimney yang bersejarah |
|
Airport Labuan juga adalah sebenarnya sebuah monumen bersejarah |
|
Sejarah Airport Labuan. Satu masa dahulu, ada banyak penerbangan antarabangsa yang membuat persinggahan di Labuan. |
|
Tempat letak kereta di Airport Labuan |
|
Drop-off Area |
|
Control Tower |
|
Senibina Airport Labuan |
Sejam sebelum waktu perlepasan, kami bergerak menuju ke Boarding Gate. Penumpang yang ingin pergi ke Miri perlu melalui pemeriksaan imigresen terlebih dahulu.
|
Ada banyak mural menarik di Airport Labuan |
|
Mural penyu dan kapal karam |
|
Suasana keseluruhan Airport Labuan
|
|
Mentari terbit di Airport Labuan |
|
Boarding Gate |
Part 27: Dari Labuan Terbang Ke Miri
Pada pukul 7.20 pagi, semua penumpang pesawat MASwings MH 3221 dari Labuan menuju ke Miri dipanggil masuk ke dalam pesawat.
|
Panggilan masuk ke dalam pesawat |
|
Berjalan menuju ke pesawat |
|
Pesawat MASwings yang akan membawa kami dari Labuan ke Miri |
|
Pandangan pesawat dari sisi |
|
Turun ke bawah untuk mendapatkan pesawat |
|
Pemandangan dari tingkat bawah |
Syukur Alhamdulillah kerana pesawat ini tidak mengalami kelewatan. Myself suspen juga sebenarnya kerana sewaktu menghadiri event ofis semalam, kami mendengar berita yang ada sebuah pesawat MASwings ke Miri terpaksa berpatah balik ke Labuan selepas tidak dapat mendarat kerana cuaca buruk. Alhamdulillah Ya Allah, kerana cuaca sangat baik pagi ini. Myself dan Husband juga pernah mengalami pengalaman ini sewaktu kami bercuti ke Sandakan di Sabah pada tahun 2012 dulu. Pesawat MASwings yang kami naiki ketika itu terpaksa berpatah balik ke Kota Kinabalu kerana gagal mendarat di Sandakan disebabkan cuaca buruk.
|
Berjalan menuju ke pesawat |
|
Beratur nak naik ke pesawat |
|
Posing dulu dengan MASwings |
|
Tangga pesawat |
|
Mencari tempat duduk di dalam pesawat |
|
Pemandangan dari seat kami |
|
Bersedia untuk berlepas |
Pesawat ATR 72-500 MASwings kami MH 3221 dari Labuan ke Miri berlepas mengikut jadual pada pukul 7.55 pagi. Goodbye, Labuan. Semoga kita berjumpa lagi nanti.
|
Pemandangan Labuan dari udara |
|
Terbang menuju ke Miri |
|
Menyeberang Laut China Selatan ke Sarawak |
Penerbangan dari Labuan ke Miri dengan MASwings memakan masa 40 minit. Snack ringan Kacang Masin diberikan kepada penumpang sebaik selepas pesawat selamat berada di udara.
|
Kacang masin yang diberi kepada penumpang sebaik berlepas ke udara |
|
Peramugari MASwings |
Aircond dalam pesawat MASwings memang tak kuat. Oleh itu ada kipas disediakan untuk setiap penumpang di tempat duduk. Kipas ini sepatutnya ditinggalkan dalam pesawat, tetapi kami tidak perasan arahan itu. Sorry, MASwings sebab kami terbawa kipas ini balik ke rumah. Hihihi!!
|
Kipas yang disediakan di semua tempat duduk |
Selain Kacang Masin, ada hidangan ringan lain yang diberi kepada penumpang: Roti dan Susu Coklat. Sedap juga Susu Coklat yang diberi.
|
Sajian ringan seterusnya sedang diberi kepada penumpang |
|
Complete set hidangan ringan yang diberi |
|
Pemandangan di luar pesawat |
|
Peramugara MASwings |
|
Tiba di Sarawak |
|
Pemandangan ketika menghampiri Miri |
|
Bersedia untuk mendarat |
|
Semakin menghampiri Miri |
|
Membuat pendaratan turun di Lapangan Terbang Miri |
Pesawat kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri pada pukul 8.35 pagi mengikut jadual.
|
Lapangan Terbang Miri |
|
Peramugara MASwings mengucapkan selamat jalan kepada penumpang |
|
Turun dari pesawat di Lapangan Terbang Miri |
Part 28: Menunggu Di Lapangan Terbang MiriTidak seperti pesawat Boeing atau Airbus, pesawat ATR MASwings adalah pesawat yang rendah, jadi airbridge tak boleh digunakan untuk penumpang keluar atau masuk ke dalam pesawat. Disebabkan perkara inilah pesawat ATR sentiasa kena parking di tengah airport.
|
Pesawat MASwings yang membawa kami dengan selamat dari Labuan ke Miri |
|
Berjalan ke bangunan terminal Miri Airport |
|
Selain pesawat kami tadi, ada juga pesawat MASwings lain tengah parking di tengah airport. |
|
Pintu masuk ke bangunan terminal |
|
Kena naik tangga pulak... |
|
Tiba di tingkat atas |
|
Pemandangan di Miri Airport |
|
MASwings |
Semua penumpang dari Labuan yang tiba di Miri perlu melalui pemeriksaan imigresen. Kita akan diberi kertas visa untuk masuk ke Sarawak. Disebabkan kami cuma transit sahaja di Miri, sekejap sajalah kita memegang visa ini. Visa ini perlu diserahkan kembali kepada imigresen sewaktu masuk ke Boarding Gate untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.
|
Kertas visa yang diberi untuk masuk ke Sarawak |
Oleh kerana bagasi dah siap kami check-in sampai ke Kuala Lumpur dari Labuan, kita berjalan melenggang kangkung saja di Airport Miri. Disebabkan kita transit panjang di sini, ada juga Myself dan Husband terfikir nak keluar berjalan-jalan di Miri. Tapi ke mana pulak kami nak pergi? Takkan nak pergi ke Gua Niah sekali lagi pulak!
|
Berjalan merentas bangunan terminal Airport Miri untuk pergi ke Boarding Gate |
|
Starbucks |
|
Gerai Coklat |
|
Menuju ke Boarding Gate |
Walaupun kami mempunyai Boarding Pass Business Class untuk ke Kuala Lumpur, tak ada Lounge disediakan di Airport Miri. Maka terpaksalah kita menunggu sahaja selama 5 jam 30 minit di Boarding Gate.
|
Pemandangan berdekatan dengan Boarding Gate |
|
Mural Gua Niah |
|
Pemandangan di Boarding Gate |
Oleh kerana lama lagi masa untuk kami bertolak ke Kuala Lumpur, kita makan-makan dulu di Kopitiam Delights yang terletak di Boarding Gate.
|
Kopitiam Delights |
|
Suasana di dalam Kopitiam Delights |
|
Menu Kopitiam Delights |
Kopitiam Delights mengamalkan konsep Layan Diri. Kita order makanan dan ambil sendiri di kaunter.
|
Self service |
|
Set Roti Bakar dengan Telur Setengah Masak |
|
Enak!! |
Kopitiam Delights ini juga ada menjual paste masakan keluaran Sinang Food. Kami diberi sample untuk dicuba dan rasanya memang sedap. Akhirnya kami membeli 3 perisa: Sambal Belacan Letopss, TaiGe Assam Curry dan Sambal Nasi Lemak yang setiap satunya sebanyak 2 botol. Ketiga-tiganya memang marvellous. Macam menyesal pulak membeli cuma sekadar 2 botol. Myself paling suka TaiGe Assam Curry manakala Husband pulak cukup suka dengan Sambal Nasi Lemak. Sambal Nasi Lemak itu memang rasanya sangat authentic macam sambal nasi lemak asli di zaman dulu-dulu. Paste Sinang Food ini juga macam tak pernah kami jumpa di Semenanjung Malaysia. Takkanlah kita kena fly balik ke Miri semata-mata nak membeli paste ini lagi, haihh!!
|
Paste Sinang Food yang dijual di Kopitiam Delights di Airport Miri |
|
Packing paste yang dibeli |
|
Hasil belian paste Sinang Food |
Tension juga menunggu flight lama-lama di Miri Airport ini. Lebih tension sebab dalam tempoh kami menunggu itu, ada flight Malaysia Airlines dan Air Asia yang dah berlepas ke Kuala Lumpur. Namun apakan daya sebab Myself mendapat tugasan ke Labuan last-last minute. Tiket balik direct flight dari Labuan dan juga tiket flight yang lebih awal dari Miri semua dah habis ketika itu. Itupun bersyukur kerana mendapat tiket flight yang berlepas pukul 1.50 petang dari Miri dan tiba kembali kembali ke KL lebih kurang pada pukul 4 petang. Kalau tidak, mungkin kami terpaksa balik menerusi Kota Kinabalu yang masa transitnya jauh lebih panjang.
|
Hujan turun di Airport Miri |
|
Pada ketika ini, penumpang Air Asia ke Kuala Lumpur sedang dipanggil untuk masuk ke dalam pesawat |
Akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu apabila penumpang pesawat Malaysia Airlines MH 7487 ke Kuala Lumpur dipanggil masuk ke pesawat. Alhamdulillah, berakhir kini penantian yang panjang untuk kami balik ke rumah.
|
Panggilan masuk untuk penumpang pesawat kami Malaysia Airlines MH 7487 ke Kuala Lumpur |
|
Pesawat kami yang dah sedia untuk berlepas |
|
Bagasi sedang dipunggah masuk ke dalam pesawat. Hujan yang turun sebentar tadi juga kelihatan sudah berhenti. |
Part 29: Dari Miri Terbang Ke KL
Pesawat kami sebenarnya terlewat sedikit tiba di Miri dari Kuala Lumpur. Namun begitu penumpang tetap dipanggil masuk on time bagi membolehkan kami berlepas mengikut jadual ke Kuala Lumpur.
|
Berjalan masuk ke dalam pesawat |
|
Pemandangan airbridge dari Bangunan Terminal |
|
Panggilan masuk untuk pesawat kami |
|
Pesawat Malaysia Airlines yang akan membawa kami pulang ke KL |
|
Menunggu giliran masuk ke pesawat |
|
Masuk ke dalam pesawat |
|
Business Class Malaysia Airlines |
|
Air Asia yang parking di sebelah pesawat kami |
Kalau duduk di Business Class biasalah, macam-macam diberi kepada penumpang sebaik duduk di kerusi. Ada minuman dan juga towel untuk mengelap muka.
|
Air Oren yang diberi sebaik kami duduk di kerusi |
|
Peramugara dan peramugari yang bertugas di Business Class |
|
Selfie dulu... |
Pada pukul 1.50 petang, pesawat Malaysia Airlines MH 7478 bergerak meninggalkan Lapangan Terbang Miri menuju ke Kuala Lumpur.
|
Meninggalkan Miri Airport |
|
Control Tower |
|
Bergerak menuju ke runway |
Alhamdulillah, akhirnya kami berlepas pulang selepas menunggu sampai macam nak mereput kat Airport Miri. Hati juga gembira bila dapat melihat pemandangan bandar Miri dari udara. Maklum sajalah, kami baru melawat ke Miri 2 tahun lepas. Memori lawatan ke Miri ini masih segar dalam ingatan.
|
Miri, Sarawak |
|
Miri adalah bandaraya yang kedua terbesar di Sarawak selepas Kuching |
|
Kota ini makmur dengan hasil perlombongan petroleum |
|
Cuaca di sebelah sana agak suram |
|
Seronok melihat hotel penginapan kami sewaktu melawat Miri dulu di bawah sana. |
|
Sungai Miri |
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Miri memakan masa 2 jam 20 minit. Alhamdulillah, cuaca juga amat baik sepanjang penerbangan pulang sehingga sampai ke Kuala Lumpur.
|
Cuaca baik sepanjang penerbangan |
|
Sajian penerbangan sedang dihidangkan |
|
Makanan dihidang dalam pinggan di Business Class |
|
Pemandangan di luar pesawat |
|
Melintasi Pulau Natuna, Indonesia di tengah Laut China Selatan |
|
Ada airport di bawah sana... |
|
Awan yang cantik |
|
Tiba di Semenanjung Malaysia |
Macam biasa, flight kami yang ini juga terpaksa berlegar di atas Port Dickson sementara menunggu giliran mendarat di KLIA ...
No comments:
New comments are not allowed.