Februari 2024
LABUAN, MALAYSIA
Bahagian 9: Labuan Chimney
CHIMNEY WALKING TRAIL (2) & MUZIUM CHIMNEY
HARI KETIGA (2)
Part 21: Labuan Chimney Walking Trail (2)
Disebabkan pemandangannya yang menghala ke timur Pulau Labuan, Chimney Walking Trail adalah juga tempat untuk menikmati pemandangan matahari terbit. Lokasi sebenarnya adalah di depan Gedung Ubat.
|
Gedung Ubat |
|
Sunrise View Point di depan Gedung Ubat |
|
Kita sedang berada di sini... |
Pemandangan menghala ke Laut China Selatan dari sini tenang dan mendamaikan. Sukar nak membayangkan yang kawasan ini pada masa dahulu adalah sebuah pelabuhan yang agak sibuk bernama Raffles Anchorage di mana arang batu diangkut masuk ke dalam kapal untuk dieksport keluar.
|
Lapisan-lapisan arang batu dapat dilihat pada tebing batu yang tinggi ini |
|
Husband berdiri di tepi tebing batu |
|
Ombak yang menghempas pantai |
|
Posing di tepi tebing batu |
|
Lapisan arang batu sangat jelas dilihat di sini |
Kita berjalan lagi sampai ke penghujung pantai...
|
Pantai yang berbatu |
|
Tebing batu |
|
Pemandangan pantai di Labuan memang sangat indah |
|
Rekahan-rekahan batu |
|
Mengikut Ayu berjalan sampai ke hujung pantai |
|
Lorong ini dikatakan menuju ke sebuah perkuburan British lama |
|
Laluan masuk ke lorong |
|
Tebing batu dengan formasi geologi yang menarik |
|
Memeriksa lapisan arang batu dengan lebih dekat |
|
Pokok Mengkuang |
Kami keluar dari Chimney Walking Trail mengikut sebuah lorong yang menuju ke sebuah kampung.
|
Lorong menuju ke kampung |
|
Seronok juga berjalan di celah-celah lalang begini |
|
Pemandangan menghala ke laut |
|
Lorong menuju ke perkampungan ini sejuk dan nyaman |
|
Tiba di pinggir kampung |
Sampai di pinggir kampung, Ayu menyuruh kami menunggu saja di sini sambil dia terus berjalan lagi mendapatkan kereta yang parking di Muzium Chimney. Kami okey saja dengan cadangan Ayu. Maklum sajalah sebab dia masih muda bertenaga. Kami berdua pulak dah nak mencapai usia emas begitu.
Part 22: Muzium Chimney
Kira-kira 20 minit kemudian, Ayu tiba mengambil kami dengan kereta. Kami kembali ke Labuan Chimney kerana nak melawat Muzium Chimney pula yang masih belum dibuka sewaktu kami tiba di awal pagi tadi.
|
Menuju kembali ke Muzium Chimney |
Beroperasi sejak 26 Oktober 2002, Muzium Chimney ditubuhkan untuk menyebarkan pengetahuan mengenai aktiviti perlombongan arang batu yang aktif di Labuan sekitar tahun 1847 -1911.
|
Muzium Chimney |
|
Pintu masuk ke Muzium Chimney |
|
Waktu melawat Muzium Chimney |
Galeri pameran di Muzium Chimney dibahagikan kepada beberapa segmen seperti sejarah awal Tanjung Kubong, sejarah perlombongan arang batu dan keretapi Labuan, sejarah Chimney, Chimney meniti abad, kerja konservasi dan penggalian arkeologi Chimney.
|
Pemandangan di dalam Muzium Chimney |
|
Pameran mengenai Labuan Geopark |
|
Warisan geologi Labuan |
|
Melihat pameran |
|
Tempat-tempat menarik di Tanjung Kubong |
|
Sejarah awal Tanjung Kubong yang merupakan pusat industri perlombongan arang batu di Labuan |
|
Sejarah perlombongan arang batu Labuan |
Pengalaman paling menarik bagi pengunjung ke Muzium Chimney ialah peluang untuk meneroka dan mengalami sendiri suasana di dalam terowong perlombongan arang batu melalui diorama.
Sewaktu keluar nak mendapatkan tangga ini, kami terpandang set permainan tradisional yang diletakkan di luar bangunan. Malangnya tak ada sesiapa yang bermain permainan ini. Kalau tidak pasti ia lebih menarik.
|
Set permainan tradisional yang diletakkan di luar muzium |
|
Peralatan Gasing dan Sepak Takraw |
|
Set Kaki Hantu |
|
Cara bermain Kaki Hantu |
|
Terompah Gergasi |
|
Permainan Terompah Gergasi yang memerlukan teamwork yang hebat |
|
Getah untuk permainan Zero Point |
|
Zero Point adalah antara permainan yang selalu Myself terror bermain sewaktu kecil-kecil dulu |
|
Telefon Tin |
|
Tangga naik ke Tingkat Atas |
|
Membaca keterangan yang tertulis di luar Galeri Pameran di Tingkat Atas |
|
Koleksi gambar Chimney di Malaysia dan seluruh dunia |
Galeri Pameran di Tingkat Atas lebih kecil berbanding galeri di Tingkat Bawah. Ia menyajikan 612 koleksi artifak yang ditemukan di tapak Chimney seperti batu-bata asal Chimney, pelbagai peralatan perlombongan arang batu, barangan tinggalan pelombong dan penemuan arkeologi di kawasan Tanjung Kubong.
|
Galeri pameran di Tingkat Atas |
|
Beginilah dasar Labuan Chimney yang ditemui sewaktu penggalian arkeologi |
|
Batu-bata binaan Chimney |
|
Bahan-bahan yang digunakan untuk mengukuhkan struktur Chimney |
|
Pameran artifak yang ditemui di sekitar Chimney |
|
Deskripsi Fizikal Chimney |
|
Pameran penemuan arkeologi di sekitar Chimney |
|
Penemuan seramik dan kaca di sekitar Chimney |
|
Bahan-bahan logam |
|
Bahan-bahan binaan |
|
Melihat pameran dengan tekun |
|
Seramik |
|
Seramik tinggalan pekerja lombong |
|
Artifak yang digunakan oleh pekerja lombong dari China |
|
Juga serpihan-serpihan seramik yang ditemui di sekitar Chimney |
|
Pameran mengenai kerja-kerja konservasi Chimney |
|
Pelbagai peralatan kejuruteraan yang ditemui di tapak Kompleks Sejarah Chimney |
Walaupun tidak besar, Muzium Chimney sangat menarik untuk dilawati. Myself memang recommend sesiapa saja yang datang ke Labuan untuk melawat ke muzium ini. Selain itu, jangan lepaskan peluang menyusuri Chimney Walking Trail. Laluannya mudah dan tidak mencabar. Sekadar berjalan bersantai-santai juga dah boleh untuk menikmati keindahannya.
Bersambung ke Bahagian 10...
CATATAN PERJALANAN LABUAN (2024):
No comments:
New comments are not allowed.