Monday, 22 April 2024

2024 LABUAN BHG. 06 (War Cemetery & Masjid An-Nur)

Februari 2024

LABUAN, MALAYSIA

Bahagian 6: Perang Dunia Kedua Di Labuan
LABUAN WAR CEMETERY & MASJID JAMEK AN-NUR LABUAN

HARI KEDUA (5)

Part 15 : Tapak Perkuburan Perang Labuan 
(Labuan War Cemetery)

Labuan adalah medan pertempuran sengit di antara Tentera Bersekutu dengan Tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Labuan War Cemetery di Jalan Tanjung Batu menjadi tempat persemadian 3,905 anggota Tentera Bersekutu yang terkorban di Borneo pada Perang Dunia Kedua dahulu. 

Labuan War Cemetery
Pintu masuk ke Labuan War Cemetery
Plak keterangan mengenai Tapak Perkuburan Perang Labuan
Menjenguk ke dalam kawasan perkuburan
Seperti juga Tanah Perkuburan Perang yang lain di Malaysia, Tanah Perkuburan Perang di Labuan ini dibina dan diselenggara oleh Commonwealth War Graves Commission di United Kingdom. Ada sebuah binaan walkway beratap yang dibina di pintu masuk ke Tapak Perkuburan Perang ini.

Walkway yang dibina di pintu masuk ke Tapak Perkuburan Perang Labuan
Pandangan walkway dengan lebih dekat
Ada beberapa maklumat di sana...
Tapak perkuburan ini dihadiahkan oleh rakyat Malaysia sebagai tempat persemadian Tentera Bersekutu yang terkorban di negara kita
Aktiviti yang sedang dilaksanakan di tapak perkuburan
Berjalan di bawah walkway
Selepas kejatuhan Singapura kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua, beribu-ribu tentera British, Australia dan India yang menjadi tawanan perang dibawa ke Borneo untuk dijadikan buruh paksa pembinaan landasan-landasan terbang Jepun. Pada bulan Februari 1945, Jepun mendapat maklumat tentang pendaratan Tentera Bersekutu di Sandakan. Akibatnya, 2,400 tawanan ini dikerah ke kawasan pendalaman di Ranau. Hanya 260 orang tawanan sahaja yang berjaya melalui kerahan ini dan yang selainnya menemui maut. Di sebalik itu, terdapat 6 orang tentera tawanan yang berjaya melarikan diri dan diberi perlindungan oleh penduduk-penduduk kampung yang bersimpati kepada mereka. Selepas perang tamat, pusara-pusara mereka yang terkorban dalam tawanan Jepun dan ditemui di seluruh Borneo telah dipindahkan ke sini. 

Kisah ini saling tidak tumpah seperti kisah sewaktu perang yang kami pelajari sewaktu berkunjung ke Kanchanaburi War Cemetery di Thailand dulu. Cuma bezanya tentera yang menjadi tawanan di sana menjadi buruh paksa dalam pembinaan Landasan Keretapi Maut Thai-Burma manakala tawanan perang di Borneo pula menjadi buruh paksa dalam pembinaan landasan terbang.

Plak yang menceritakan sejarah anggota Tentera Bersekutu yang disemadikan di sini
Inilah kisahnya yang diceritakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
Secara kebetulan, ada pula sebuah pesawat TUDM sedang terbang di atas tapak perkuburan ini ketika itu.
Batu-batu nisan bagi menandakan pusara para pahlawan ini tersusun rapi di tapak perkuburan. Sebahagian mereka mati sewaktu menentang Tentera Jepun dan sebahagian yang lain pula mati sewaktu menjadi tawanan Tentera Jepun.

Batu nisan yang tersusun rapi
Nama-nama anggota yang disemadikan di sini turut dipamerkan di papan kenyataan untuk kemudahan para pengunjung. 

Nama tentera yang disemadikan di tapak perkuburan ini diabadikan pada tiang-tiang di walkway
Disebabkan sebahagian besar anggota yang disemadikan di sini beragama Kristian, ada salib besar yang diletakkan di tengah tapak perkuburan
Kebanyakan anggota tentera yang disemadikan di sini berasal dari Australia dan Britain, manakala yang lainnya pula terdiri dari anggota-anggota Punjab Signal Corp dari India dan anggota tentera New Zealand dan Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Malaya). 

Sebahagian besar penghuni pusara ini berasal dari Australia dan Britain
Antara tentera yang disemadikan di sini
Barisan-barisan pusara
Pandangan walkway dari tengah pusara
Labuan War Cemetery
Kebanyakan batu nisan di sini diukir dengan mesej atau pesanan menyayat hati daripada kaum keluarga mereka. Nisan sebahagian anggota tentera yang tidak dikenali pula diukir dengan perkataan Known Unto God (Hanya Tuhan Yang Mengetahui).

Mesej-mesej yang menyayat hati dari keluarga yang ditinggalkan dapat dibaca pada batu-batu nisan di sini
Antara tentera yang tidak dikenali yang disemadikan di sini
Kita lihat lagi gambar suasana di Labuan War Cemetery yang sempat diabadikan oleh Husband...

Anggota Tentera Bersekutu pada ketika itu terdiri dari berbagai bangsa dan agama kerana mereka direkrut dari tanah-tanah jajahan Britain di seluruh dunia. Sesuatu yang bagus yang diperhatikan ialah Kerajaan Britain menghormati agama dan kepercayaan tentera-tentera di bawah naungan mereka.

Tugu peringatan untuk tentera Hindu dari India yang mayat mereka dibakar mengikut kepercayaan agama mereka
Nama-nama mayat anggota tentera yang dibakar diabadikan pada tugu ini
Ada juga jenazah anggota Tentera Bersekutu yang beragama Islam disemadikan di tanah perkuburan ini. Kebanyakan mereka adalah anggota pasukan 15th Punjab Regiment yang berasal dari India.

Terdapat juga tentera beragama Islam yang disemadikan di Tapak Perkuburan Perang Labuan ini.
Salah seorang tentera Muslim yang disemadikan di sini
Anggota-anggota tentera Islam dalam Pasukan Tentera Bersekutu yang disemadikan di sini kebanyakannya berasal dari 15th Punjab Regiment
Pusara tentera yang beragama Islam
Tentera Bersekutu yang berbangsa Melayu juga ada yang disemadikan di sini
Anggota Tentera India yang tidak dikenali
Pemilik pusara ini adalah tentera Islam dari pasukan Royal Bombay Sappers & Miners dari India
Disebabkan ramai anggota yang disemadikan di sini berasal dari Australia, Kerajaan Australia mengadakan upacara peringatan untuk mereka di sini pada bulan November setiap tahun.

Pusara Tentera Sikh
Pelawat yang datang berziarah
Di pusara ini juga tersimpan beberapa buah daftar tentang tentera yang disemadikan di tapak perkuburan ini. Ia boleh dirujuk oleh sesiapa sahaja yang mungkin ingin mencari pusara rakan atau keluarga yang disemadikan di sini.

Tempat simpanan daftar anggota yang disemadikan di Tapak Perkuburan Perang Labuan
Buku daftar disimpan di sini
Maklumat mengenai Commonwealth War Graves
Pelbagai rekod yang tersimpan
Daftar nama anggota yang meninggal dunia bukan dalam peperangan
Ramai juga anggota Muslim dari Pakistan yang tersenarai
Turut berada dalam senarai adalah anggota polis Brunei yang berkhidmat untuk Kerajaan British pada ketika itu

Part 16: Masjid Jamek An-Nur Labuan

Dari Labuan War Cemetery, Husband menaiki Grab ke Masjid Jamek An-Nur yang merupakan Masjid Wilayah Persekutuan Labuan untuk bersolat di sana. Masjid ini mempunyai senibina moden yang futuristik.

Masjid Jamek An-Nur Labuan
Masjid Jamek An-Nur ini adalah Masjid Wilayah Persekutuan Labuan
Senibina masjid yang moden dan futuristik ini memang menarik perhatian
Pintu masuk ke masjid
Kotak derma masjid yang juga kelihatan futuristik
Tangga naik ke tingkat atas
Masjid ini dibina pada tahun 1982 dan siap sepenuhnya pada tahun 1987. Pembinaan asalnya dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sabah kerana Labuan masih merupakan sebahagian dari negeri Sabah ketika itu. Senibina keseluruhan masjid adalah mengambil ilham dari senibina tradisional Melayu-Brunei dan senibina Turki.

Masjid ini bukan sahaja kelihatan moden dan futuristik dari luar. Senibina dalamannya pun sama...

Dewan Solat Utama
Pemandangan kubah dari bahagian dalam
Penggunaan dinding kaca membolehkan masjid ini menerima pencahayaan semulajadi dari matahari
Rak simpanan Al Quran
Mihrab dan Mimbar
Kita nikmati lagi senibina masjid ini dari luar sebelum melangkah pergi...

Bumbung masjid
Menara masjid
Pemandangan dari luar menghala ke dalam
Meninggalkan Masjid Jamek An-Nur Labuan

No comments: