Saturday, 29 December 2018

2018 MELAKA BHG. 10 (Day River Cruise)

November 2018

MELAKA, MALAYSIA
Banda Hilir

Bahagian 10: Sungai Melaka (2)
MELAKA RIVER CRUISE (DAY)

HARI KEDUA (7)

Part 33: Bastion Middelburg

Dari Jonker Walk, kami berjalan menyusuri Sungai Melaka untuk mendapatkan jeti Melaka River Cruise. Oleh kerana Sungai Melaka sangat bersejarah, banyak benda yang dapat dilihat di sini.

Arca yang menggambarkan penemuan Melaka oleh putera dari Palembang yang bernama Parameswara.
Kesan sejarah Melaka sebenarnya telah banyak dimusnahkan British sewaktu mereka menduduki Melaka. Untuk memastikan sejarah Melaka terus hidup dan tidak dilupakan, Jabatan Warisan Negara telah membina kembali warisan-warisan sejarah yang hilang. Usaha mereka memang mengkagumkan kerana walaupun kebanyakan kesan yang dilihat kini berbentuk replika semata, sejarah gemilang yang hilang itu dapat dilihat kembali.

Antara kesan sejarah lama yang telah dibina semula adalah sebuah kren lama untuk mengangkut barang dari kapal di Sungai Melaka. Kren ini mula digunakan di zaman Belanda dan terus diperbaiki dan digunakan di zaman British.

Kren lama untuk mengangkut barang
Mekanisma kren
Setelah menewaskan Portugis, pemerintah Belanda telah berusaha memperbaiki tembok kota peninggalan Portugis yang rosak teruk akibat peperangan di samping membina struktur pertahanan tambahan seperti Bastion Middelburg dan Bastion Santiago yang bertujuan untuk menambah kekuatan pertahanan di bahagian yang menghala ke laut Selat Melaka. Kedua-dua Bastion ini juga telah dimusnahkan oleh British tetapi Bastion Middelburg yang terletak di tepi Sungai Melaka telah dibina dan dipulih kembali oleh Jabatan Warisan Negara mengikut rekabentuk asalnya di zaman Belanda.

Bastion Middelburg
Papan keterangan yang menceritakan tentang sejarah Kota dan Pelabuhan Melaka
Bastion Middelburg dibangun pada tahun 1600-an di tepi Sungai Melaka. Kedudukannya berada di antara Stadthuys dan juga Quayside yang merupakan tapak sebuah replika kincir air di zaman Kesultanan Melaka. Bastion ini ditemui oleh Jabatan Warisan Negara pada November 2006. Sudah pasti ia bukanlah suatu hal yang mudah untuk menemui semula sebuah peninggalan yang sudah terkubur selama beratus-ratus tahun.

Pintu masuk ke Bastion
Lapisan-lapisan pada tembok bastion ini dibina pada masa-masa yang berlainan
Meriam yang diletakkan pada lapisan ketinggian 15 meter yang dibina oleh Belanda
Tembok asal Bastion yang dibina di zaman Portugis
Bastion Belanda
Tembok Portugis
Bahagian tembok yang dibina semula oleh Jabatan Warisan Negara dibuat menggunakan batu laterit yang juga digunakan oleh Portugis. Selain itu beberapa laras meriam lama turut diletakkan di Bastion ini untuk menggambarkan suasananya yang sebenar di zaman dulu. Kedudukan Bastion di Sungai Melaka juga jelas menunjukkan fungsinya untuk mengawal aktiviti perdagangan di Pelabuhan Melaka yang sibuk itu.

Tembok Bastion yang menghadap ke Sungai Melaka
Pemandangan dari atas Bastion
Meriam
Bastion Middelburg mempunyai 8 buah meriam.
Logo Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada meriam
Lambang singa pada meriam
Menara pemerhatian
Kesan runtuhan asal Bastion Middelburg yang masih dikekalkan
Tembok asal Bastion Middelburg
Bastion Middelburg juga telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan Malaysia
Warisan Kebangsaan Malaysia
Bahagian Bastion yang menghadap ke Bandar Melaka

Part 34: Kincir Air Kesultanan Melaka

Melaka telah membina semula kincir air di tebing Sungai Melaka seperti mana yang tersebut di dalam Sejarah Melayu. Adalah dipercayai bahawa semasa zaman kegemilangan Melaka sebagai sebuah empayar Melayu, Melaka telah mula memiliki teknologi pengairan dan saliran yang hebat dan dikagumi untuk kegunaan penduduk kota dan para pedagang.

Tapak pelabuhan lama Melaka
Kawasan ini kini dinamakan Dataran Quayside
Kincir air adalah alat untuk menimba dan mengalirkan air dari anak sungai terus ke saliran yang dibina sehingga ke istana, masjid-masjid mahupun sekitar kota. Lazimnya kincir berbentuk roda dibina di kawasan saluran sungai atau parit yang airnya deras bagi membolehkan pengayuh itu bergerak dan memusingkan roda saluran air.

Tapak Kincir Air Kesultanan Melaka
Kincir Air di sini sedang diperbaiki ketika itu
Papan keterangan mengenai Kincir Air Kesultanan Melaka
Kawasan Kincir Air yang sedang ditutup untuk pembaikan
Teknologi kincir air ketika itu terdapat di Hama di Syria, negara China, India dan Eropah. Selain kincir air menurut Sejarah Melayu, Melaka juga sudah memiliki teknologi pancuran air yang disebut juga sebagai 'Lipat Gunting' di mana air pancut menghiasi kawasan istana diraja serta masjid-masjid di kawasan kota tanpa menggunakan kuasa elektrik.

Rupa sebenar Kincir Air Kesultanan Melaka yang diambil dari Internet

Part 34: Melaka River Cruise

Walaupun dah membuat Melaka River Cruise malam tadi, kami membuatnya sekali lagi pada petang ini untuk melihat pemandangan Sungai Melaka di waktu siang pula.

Jeti Melaka River Cruise
Pengunjung-pengunjung yang menunggu nak membuat Melaka River Cruise bersama kami
Bot Melaka River Cruise
Jeti turun ke bot
Pemandangan jeti dari dalam bot
Dalam era Kesultanan Melayu Melaka, Pelabuhan Melaka adalah pelabuhan utama dunia disebabkan kejayaan Kerajaan Melayu Melaka mengawal keselamatan di Selat Melaka dan menguasai arah aliran dagang dunia. Pelabuhan Melaka dikawal oleh Shahbandar dan Undang-Undang Laut Melaka membantu menjamin keselamatan pedagang-pedagang ke sini.

Sungai Melaka yang pernah menjadi pelabuhan yang sibuk pada satu masa dahulu
Tapak Kincir Air Kesultanan Melaka
Hotel Casa del Rio
Pemandangan di dalam bot Cruise
Melaka masih merupakan pelabuhan yang sibuk di zaman pemerintahan Portugis dan Belanda. Namun pada penghujung abad ke-18, Sungai Melaka menjadi cetek dan sempit sehingga tidak sesuai bagi kapal-kapal besar masuk ke muara. Oleh yang demikian kapal kecil dan tongkang menjadi perantara untuk memunggah barang dagangan dari kapal besar ke darat dan sebaliknya.

Pemandangan lebih dekat tapak Kincir Air Kesultanan Melaka
Pemandangan menghala ke Bastion Middelburg
Sid's Pub
Pemandangan Bastion Middelburg dari Sungai Melaka
Welcome To Historic City of Melaka
Lalu di bawah Jambatan Tan Kim Seng
Di bawah pemerintahan Portugis dan Belanda, perdagangan bebas tidak lagi diamalkan seperti di zaman Kerajaan Melayu Melaka. Mereka mengamalkan perdagangan monopoli dan mengenakan cukai yang tinggi sehingga menyebabkan Pelabuhan Melaka mundur. Ketika British memerintah Melaka pula, mereka lebih memberi tumpuan kepada Pulau Pinang dan Singapura sehingga Melaka tidak lagi menjadi perhatian dunia dan tiada kapal dagang yang singgah di sini.

Wall Art di bangunan-bangunan di pinggir Sungai Melaka
Hard Rock Cafe
Wanita-wanita Malaysia
Bila melihat keadaan Sungai Melaka sekarang, macam sukar dipercayai yang satu masa dulu sungai ini adalah sungai yang sangat tercemar.
Sebahagian bangunan zaman Belanda yang masih dikekalkan di tepi sungai
Sebahagian besar bangunan di tepi sungai telah diubahsuai menjadi kafe, restoran dan hotel-hotel kecil.
Menyusuri Sungai Melaka
Walaupun melalui laluan yang sama, pemandangan sewaktu membuat Melaka River Cruise di sebelah siang sangat berbeza dengan pemandangan di sebelah malam. Kalau di sebelah malam, kita terpesona dengan keindahan lampu-lampu yang dipasang pada jambatan, di sebelah siang pula kita terpesona melihat betapa kayanya budaya yang terdapat di sepanjang tebing sungai.

Bot Melaka River Cruise yang sedang dalam perjalanan pulang
Jambatan Chan Koon Cheng
Lukisan-lukisan lama Bandar Melaka menunjukkan bahawa jambatan ini dibina sebagai sebagai sebuah drawbridge yang boleh dibuka untuk membolehkan kapal lalu melepasinya.
Kampung Jawa
Jambatan Kampung Jawa
Restoran Line Clear di Kampung Jawa
RC Hotel di seberang Kampung Jawa
Terus menyusuri Sungai Melaka
Perlayaran Melaka River Cruise ini secara keseluruhannya memakan masa 45 minit. Disebabkan ia adalah aktiviti yang popular di Melaka, kita akan sentiasa berselisih dengan bot-bot cruise yang lain di sepanjang perlayaran.

Wall Art
Laluan pejalan kaki yang dibina di tengah sungai
Lukisan Kuih Bahulu
Indah dan damai
Jambatan Pasar
Riverside Hotel
Lukisan menarik pada bangunan Riverside Hotel
Jambatan Hang Tuah yang dihiasi dengan ukiran keris Taming Sari
Warna-warna pelangi di bawah Jambatan Hang Tuah
Ada 7 buah jambatan yang dilalui dalam perlayaran ini yang sebahagian besarnya adalah jambatan untuk pejalan kaki. Senibina binaan jambatan-jambatan ini juga sangat mengkagumkan.

Ferris Wheel yang dinamakan Eye of Melaka
Jambatan Old Bus Station
Panggung Bangsawan adalah sebuah landmark menarik yang dilalui dalam Melaka River Cruise. Sebelum diubahsuai menjadi Panggung Bangsawan yang memaparkan persembahan bangsawan dan teater, ia adalah panggung wayang gambar Cathay yang terletak di tengah bandar Melaka.

Panggung Bangsawan Melaka
Bangunan-bangunan berhampiran Panggung Bangsawan Melaka
Pemandangan keseluruhan
Pelancong-pelancong lain yang juga membuat Melaka River Cruise
Swiss Garden Hotel dan jambatan monorail
Lalu di bawah jambatan monorail
Jambatan Datuk Mohd Zin
Lalu di bawah Jambatan Datuk Mohd Zin
Berselisih dengan bot lain di bawah jambatan
Landasan Monorail
Perlayaran Melaka River Cruise berakhir di Kampung Morten. Walaupun dinamakan sempena seorang pegawai tanah berbangsa British, Kampung Morten adalah sebuah kampung Melayu tradisional. Salah sebuah rumah tradisional di perkampungan ini yang dinamakan Villa Sentosa boleh dilawati untuk membolehkan pengunjung lebih mengenali budaya Melayu di Melaka.

Kampung Morten
Pembangunan moden berhampiran Kampung Morten
Masjid di Kampung Morten
Jeti Kampung Morten
Landasan monorail berhampiran Kampung Morten
Monorail
Jambatan Kampung Morten
Pemandangan Jambatan Kampung Morten dengan lebih dekat
Bot Melaka River Cruise berpatah balik di sini
Sebuah bot lain
Restoran Melayu di Kampung Morten
Tapak Sungai Melaka International Festival
Kembali menuju ke Banda Hilir
Pemandangan dari dalam bot sewaktu berpatah balik ke Banda Hilir
Air sungai akan berkocak kuat bila bot-bot cruise yang berlawanan arah berselisih
Penumpang yang duduk di bahagian depan bot mesti tak dapat mengelak dari kebasahan bila air sungai berkocak sewaktu bot berselisih.
Putra Specialist Hospital
Hotel Swiss Garden
Melintasi Kampung Morten sekali lagi
Meninggalkan Kampung Morten
Pokok Bakau di pinggir Sungai Melaka
Jeti di celah Pokok Bakau
Dahan yang sujud menyembah air
Akar Pokok Bakau yang berceracak keluar di permukaan air
Rumah-rumah Melayu di Kampung Morten
Jambatan di celah Pokok Bakau
Jambatan Datuk Mohd Zin
Taman Tema Melaka River Pirates Park
Jambatan Monorail
Monorail ini adalah sebahagian dari kemudahan yang terdapat di Melaka River Pirates Park.
Wall Art yang menggambarkan sejarah Melaka
Jambatan Old Bus Station ini adalah satu-satunya jambatan yang masih menggunakan nama Inggeris
Panggung Bangsawan
Jambatan Hang Tuah
Pemandangan dari bawah Jambatan Hang Tuah
Bangunan yang sedang diubahsuai
Jeti Wana
Jambatan Pasar
Melintas Jambatan Pasar
Pemandangan indah di Sungai Melaka
Pejalan kaki yang dibina di dalam Sungai Melaka
Wall Art
Mengekori bot lain di Sungai Melaka
Jambatan Kampung Jawa
Restoran Line Clear di Kampung Jawa
Jambatan Chan Koon Cheng
Gereja St Francis Xavier
Jeti di depan Gereja St Francis Xavier
Ada runtuhan Bastion Victoria yang telah kami lawati pagi tadi di depan gereja ini.
Bangunan-bangunan lama di tebing Sungai Melaka
Bertemu kembali dengan lukisan Wanita-wanita Malaysia
Pulang ke Pangkalan
Bastion Middelburg
Lagi pemandangan Bastion Middelburg
Kincir Air Kesultanan Melaka yang sedang dalam pembaikan
Replika kapal Portugis Flor de la Mar di sana memang sentiasa menarik perhatian
Melaka River Cruise berakhir di sini
Bersiap-sedia untuk turun


 Bersambung ke Bahagian 11...


CATATAN PERJALANAN MELAKA (2018):